Wednesday, October 5, 2011

Al-Fatihah buat Adam Nufail..

Hari ini saya dikejutkan dengan berita pemergian seorang anak kecil. Baru semalam saya bercerita tentangnya dengan adik dan sepupu saya. Tetapi hari ini, dia telah pergi buat selama-lamanya.

Adam Nufail.. Baru berusia 2 tahun dan masil kecil lagi.. Namun telah ditakdirkan perjalanan hidupnya hanya sampai di sini sahaja. Meninggal petang tadi sekitar jam 4 petang..

Takziah buat Pak Ngah sekeluarga (sepupu emak saya). Semoga tabah menghadapi ujian ini.. 

Berita ini saya terima daripada kakak sepupu saya sebentar tadi. Mak dan ayah memang tak menyampaikan berita ini pada saya. Mungkin tak mahu saya risau. Lebih-lebih lagi hari ini dan esok ada peperiksaan yang perlu saya jalani. 

Saya disini hanya mampu mendoakan. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman. Dan semoga semua ahli keluarga tak kira yang dapat pulang atau tidak menziarahinya di Melaka tabah dengan berita dan dugaan ini. Kalau ikutkan hati memang saya nak pulang juga... :-(



pic from fb MakNgah


Semalam saya dapat mesej dari adik, suruh bukak FB dia dan tengok gambar Adam, Ya Allah sayu dan sedih rasanya bila tengok keadaannya. Masa ni Adam dekat Hospital, gambar kat atas ni Adam tengah tengok gambar kakaknya..

pic from MakNgah

Dan ini antara gambar2 akhir yang saya dapat tengok. Adam sering berulang antara Melaka dan Hospital di Kuala Lumpur untuk rawatan sakit kansernya, jadi saya jarang dapat jumpa dengan Adam..

Tapi hari ini Adam Nufail telah tiada..

Buat semua, mari sama-sama kita doakan Adam Nufail.. dan sedekahkan Al-Fatihah buatnya..


p/s: Saya sayang Adam... sedihnya..

4 comments:

khaira fansuri said...

ya Allah
Kau tmptknlh adam nufail
dlm klbgn org2 yg beriman
dan dcucuri rahmatMu..
aminn..

aimie amalina said...

aduhai
sedihnye
T___T
Allah sygkan die kan
alfatihah buat arwah adam

Azie Azman said...

sedihnye..
kecik sangat lagi..
alfatihah buat adam..

ciK LyndaWawa said...

ya Allah..sedapnya nama...Allah lebih sayangkan dia..sabar ye..takziah..