Saturday, December 29, 2012

Semuanya dari Allah.

Alhamdulillah.

Syukur ya Rabb.

Terima Kasih Allah.

Semuanya dari Allah. 

Pinjaman semata-mata.

Balasan? Cintai Dia sepenuh jiwa.

Kejayaan?

Kurniaan Allah.

Kebahagiaan?

Anugerah Allah. Pasti yang terindah.

Ketenangan?

Dengan mengingati Dia.

Allahu Allah.

Seringkali hambaMu lalai dan leka.

Yang Maha Penyayang,

Moga cintaMu satu-satunya yang ku damba.

Tiada lain.

Semuanya dengan izin Allah.

AdaMu di setiap langkahku.

Sungguh, manis terasa

:')


Tuesday, December 18, 2012

Direct dari ALLAH

Assalamualaikum, pembuka bicara. Malam menjelma lagi.

Fuhhh anak-anak semua dah tidur. eh berangan. adik-adik semua dah tidur. haaa baru betul. *gurau je hihi

Korang apa khabar? sihat? kalau sakit cepat2 la sembuh tau. harap semuanya ceria je selalu. jangan sedih2, jangan masam2, jangan stress2.

Selamat datang bagi yang pertama kali jejakkan mata membaca di sini. Selamat datang kembali bagi yang dah berkali-kali datang. Harap tak jemu. honestly tak ada apa yang menarik pun dalam blog ni. hanya sekadar luahan, pandangan atau pun perkongsian kerdil je. 

Sebab tu kadang-kadang macam skema sangat. beliau-beliau bagai. kadang-kadang rilex aku engkau je. kadang-kadang2 sedih, marah, suka (macam entry statement herbalife yang baru keluar).

Yes. itulah hidup. kadang-kadang kita kat atas kadang-kadang kat bawah. Hidup di dunia ujian, hidup di akhirat balasan, kata Prof Dr Muhaya. Ahhh I love her so much! perkongsian yang santai menusuk ke kalbu. sangat-sangat.

Cuti kali ni menarik. Sangat-sangat. macam-macam benda berlaku. sekejap je semua ni berlaku. Aku nak cerita, harap apa-apa sekalipun korang nilailah dengan mata hari, ambil yang tersirat.

Cuti mula dengan Zero to Hero. Best gila! huh serius best! apa yang best? kena rasa sendiri. Amazing training about life ever! Akan datang Spectacular pulak! Kat bukit jalil. 15ribu distributor Herbalife akan ada kat sana for one mission.

Huuuuaaaa.. macam-macam benda jadi, pasal spec ni pun ada banyak benda yang jadi. Diibaratkan kalau korang tak pergi spec nie. korang delay success korang selama setahun. sebab, amazing event ni setahun sekali je weh! nanti 2014 la korang dapat  pergi. rugi2.

Allah Maha Mengetahui. Ada orang tak dapat pergi. Allah gantikan dengan yang lain insyaAllah. Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya.

Ok2 lepas tu aku berangkat ke kelantan. Tak naik flight pun, disebabkan cuaca tak mengizinkan dan flight tunda, dan banyak masalah lagi, jadi kami naik bas je. KAMI. Aku dengan kak nadiah. ehehehehe

Dekat 3 4 kali gak la aku pergi Kelantan. Then, member2 kelantan bawak la jalan2 kat Rantau Panjang. Hah tempat ni memang aku ingat sangat2, mak cik pak cik atuk nenek mak ayah aku borong ape ntah banyak2 kat sini. masa tu aku tak berapa nak besar lagi jadi tak faham kenapa mereka-mereka ni beli banyak sangat barang. OK sekarang dah faham :p

Lepas ke Kelantan, plan nak stay kat Ganu kejap. Ber-DMO dekat sane keee.. sekali bila difikir dan dirisik-risik, rupanya lebih baik kalau aku balik KL terus. Oh ye, kereta aku kat KL masa aku pergi Kelantan. Jadi, aku dengan Kak Nadiah pun berpisah. sob sob sob. sedih.

Dia balik Terengganu, aku balik KL balik. Sampai KL pagi tu petang ada SC training dekat NZ, Prima Saujana. Haaa ni yang cerita aku sorang-sorang kat Bandar Sri Putra tu. dan kemudiannya di Booth USIM. Bolehlah korang cantumkan puzzle yang aku buat nie. Karangan pun ade puzzle jugak weh!

Belum pun lama aku stay kat sana, aku balik melaka pulak. Em cuti macam-macam yang jadi la. Allah :)  Tak apa. tu yang buatkan hidup ni indah. Yang datang tu semua aku tahu akan buatkan aku bertambah-tambah cool je. lagi nampak macam heartless nanti.. Apa-apa pun semuanya dengan bimbingan Allah.

Guru yang terbaik buat diri kita sendiri kan pengalaman. MasyaAllah tak dapat nak gambarkan apa yang aku rasa. Nikmat betul rasa ni. Rasa ditarbiyah DIRECT dari Allah. Subhanallah! Bayangkan aku rasa seolah-olah semua benda yang jadi kat sekeliling aku semuanya buat hati makin tenang. Tenang. Rasa ni yang selalu aku minta. Semua hamba Allah kena minta sebenarnya.

Sayang Allah. Semuanya dari DIA. Aku dah tanam niat untuk 2013. InsyaAllah nak ke Baitullah. Sampaikanlah aku ke sana Ya Allah :') DREAM 2013. Kena kerja kuat dari sekarang!

Cuti kali ni ayah rajin bawak pergi MIBC main bowling. Seronok. Adik aku yang bongsu tu la selalu ajak-ajak-ajak-ajak-ajak selagi tak dapat selagi tu la dia tak berhenti ajak. So, demi untuk tidak mengecewakan adik. Ayah pun bawak la. Balik aku plak bawak. bawak kereta. ayah penat.

Benda yang buat aku lupa segala cabaran ujian yang datang tu bila rumah jiran aku terbakar. Betul2 depan rumah aku sebelah kanan. First time aku tengok bangunan terbakar. Jadi aku sangat-sangat terkejut dan takut. Risau. Ya Allah bila tengok ramai budak2 taman aku dah dekat depan rumah aku, aku rasa macam selamat sikit.

Bila bomba dah datang, satu dua tiga empat kereta bomba. Lepas tu, polis, forensik, wartawan, jurugambar pinjam tangga kat rumah aku sebab nak tangkap gambar. Aku memang dah tahu dah. Pastu adik aku kata, laaa nak tangkap gambar rupanya ingatkan nak tolong. hahaaha. ok jangan buat lawak time cemas ni boleh tak.

dekat satu jam lebih alhamdulillah api berjaya dipadamkan. Masa terbakar ni tuan rumah tak ada. Keluar. Diorang balik2 je masa tu api dah padam tinggal padamkan bara-bara api yang ada je. Nanti aku cerita full pasal kebakaran ni kat entri lain eh.

Ok, aku nak tekankan kat sini ialah. Bila kita rasa ada cabaran paling besar dalam hidup kita yang datang masa tu, ada orang lain yang lebih besar ujiannya. Contoh sangat-sangat simple, pasal kebakaran ni. Alhamdullillah bukan menimpa aku. Tengok, kecil je masalah kita tu sebenarnya. Itu yang buatkan aku bangkit dan lepas tu aku terus tak toleh belakang. Doakan aku istiqamah.

Lagi, tiba-tiba adik aku keluarkan majalah, em isu bulan tu aku tak ingat apa dia, tapi yang aku ingat, Fedtri Yahya ada tulis, hiduup ini terlalu singkat untuk muram dan bersedih *tak ingat ayat betul dia apa tapi yang ni yang aku absorb.

Lagi, Prof Dr Muhaya kata, renunglah sejauh mana ujian tu boleh buat kita dekat dengan Allah dan sejauh mana ujian yang datang tu buatkan kita jadi makin baik daripada semalam. Bila aku renung balik. YES! kedua-duanya aku dapat. So, Terima kasih Allah sebab sayang saya =) Terima kasih masalah sebab datang dan buat saya rasa kecewa.

See, tak ada sebab sebenarnya kita perlu marah dan melenting. Tu semua tipu daya syaitan. Persetankan!! Amboih ganasnya. okeh, kena ganas sikit! ehehehe

Banyak sangat. Banyak. banyak yang aku belajar. InsyaAllah harapnya lebih baik daripada semalam. Kan kesakitan tu ubat. Dekatlah dengan Allah. Allah segala-galanya buat kita. Tempat terbaik untuk kita mengadu, mengharap. 

Jangan hanya dekat dengan Allah semata-mata mengharapkan sesuatu balasan sahaja. Dekat dengan Allah walau apa pun yang kita lalui, masa senang dengan Allah, masa susah dengan Allah. Ingatan buat diri sendiri. =)

Lumrah, hati kita ni berbolak-balik. Ada masa tenang, ada masa gelisah. Tenang dengan Allah, gelisah pun biarlah dengan Allah bukan buat perkara yang bukan-bukan ye kawan. Banyakkan solat taubat daripada hajat. Taubat dahulu kemudian hajat. InsyaAllah Allah bagi kejayaan, kebahagiaan, ketenangan dan apa-apa sahaja yang kita hajatkan. 

Allah bimbinglah hambaMu ini. Doakan saya diberi  kekuatan LUAR BIASA dari Allah.

Syukur, aku hilang sesuatu, aku dapat sesuatu. =)

Sehingga bertemu lagi.
18.12.2012
3.55am



Saturday, October 27, 2012

Jangan pernah menyerah kalah!

Kata orang, setiap kejayaan yang dikecapi bermula dengan satu langkah. Mana mungkin sesuatu itu dapat kita capai sekiranya kita tidak memulakan apa-apa langkah.

Tapi, bila kita telah mula melangkah, memulakan dengan penuh semangat dan keazaman untuk berjaya satu hari nanti, mengapa sering kali kita lemah dan mengaku kalah? Lebih-lebih lagi apabila datang ujian, datang cabaran yang tak diduga, ada cemuhan dan ejekan dari orang-orang tertentu.

Ya, boleh jadi itu akan menjadikan kita cepat berputus asa, cepat menyerah kalah dan rasa rendah diri datang menerpa.

Mana perginya keazaman dan semangat yang telah kita mulakan langkah dengannya?

Berhati-hatilah dengan apa yang kita fikir. Bersangka baik la dengan setiap perkara. Apa yang penting, bersederhanalah dengan apa jua yang kita hadapi dan lalui.

Fikirlah bahawa kita boleh! Kita mampu untuk mencapainya! Kita boleh ke angkasa! Dengan izin-Nya.


sumber : google


Gemuruh jiwa
Semangat membara 
Dari PUNCAK ingin ke ANGKASA..



Berkalungkan bintang berkelipan
MENYERLAH jauh dari yang biasa



Kalau kita boleh memilih menjadi yang LUAR BIASA,
mengapa kita pilih yang BIASA?








Thursday, October 25, 2012

Jom balik kg!

Saat orang lain dah bersuka ria dengan saudara-mara kat kampung halaman masing-masing, aku masih lagi di asrama. Alhamdulillah kereta dah ok, dah ditukar apa yang patut. Huh, see kereta pun perlu dijaga rapi apatah lagi kesihatan. ehehehe.. Analogi paling simple tu.

Jadual exam baru je keluar.. Keluar dari pejabat SUP, haha. Jenuh semua tunggu. Penantian itu satu penyiksaan betul la. Dah terasa dah bahang-bahang peperiksaan.

Sem ni aku stress sikit. Sebab ada beberapa orang dah letakkan satu harapan kat aku. Arghh, tapi aku kalau tak stress aku tak kan buat betul-betul. InsyaAllah aku akan lakukan dengan sebaik mungkin. Nak mengekalkan sesuatu yang dah kita ada lagi mencabar dari nak mencapai sesuatu. Tapi tak pe, think positif!!! Nothing impossible!! Usaha + doa.

Balik Melaka jom. Nak raya dah nie. Tak yah tulis banyak2. hehe 

Semoga selamat sampai buat kawan-kawan yang baru nak balik macam kitew nie, hiuw hiuw.

Selamat Hari Raya Aidil Adha. =)



Sunday, October 21, 2012

Calar



Kerana kau calarkan,
aku belajar untuk memahami dan menghargai.





Sayangilah orang2 yang mencalarkan hati kita. Kerana, ada ketika kita pernah mencalarkan hati orang lain juga.





Friday, September 21, 2012

Super Nogori Style!


Aku duduk berteleku di kerusi itu. Sambil menahan mata yang dah beberapa kali terpejam tanda mahu lena dibuai mimpi kerana keletihan, jari masih tak sudah-sudah menekan butang-butang telefon bimbit membalas pesanan yang dihantar oleh rakan-rakan.

Masa lapang yang ada semestinya dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Semester ini sibuknya lain macam. Terkadang tidak sempat membalas pesanan yang dihantar oleh rakan-rakan. Sekadar membaca sekali imbas  lalu membiarkan pesanan-pesanan itu tersimpan rapi di dalam peti masuk telefon bimbit. Jika tidak begitu mustahak, memang berhari-hari kemudian baru teringat untuk dibalas.

Di sebelah, ayah sedang leka dengan gadget-gadget yang dia miliki. Lagi-lagi bila pusat membeli belah tempat kami meluangkan masa pada hari tersebut ada perkhidmatan internet percuma, lagi khusyuk dan tawaduk dia mencari info di sana sini.

Bonda tersayang langsung tidak melepaskan peluang yang ada. Mencari itu dan ini, melihat dengan penuh teliti barang-barang yang ada di kedai-kedai pilihan. Adik bongsu pula sekejap menjadi peneman emak memilih barang, sekejap bersama kami.

Tiba-tiba ayah bersuara memecahkan kebisuan di antara kami. "Along, tengok ni budak kerja ayah buat video..".

Aku menoleh, melihat pada video yang ditunjukkan oleh ayah. Sekali pandang aku terus ketawa berdekah-dekah.

"Eh! ni video yang orang tengok hari tu. Gelak-gelak tengok video ni",  ketawa pecah lagi. Lalu belum sempat ayah membalas kata-kataku, aku berkata lagi, " dia saja je ke buat video ni?".

Dengan senyum yang tak lekang di bibir, ayah menjawab. " A'ah dia saja je buat video ni. Dia buat sendiri guna DSLR. Dia kata masa kereta lalu je dia diam, kereta tak ada dia joget la balik, lepas tu dia edit. Dekat shopping complex je buat dengan kawan, takut nanti orang curi DSLR dia pula".

" Ni dia buat macam video Gangnam Style ni, dalam youtube banyak, memang ramai dah yang buat macam ni" Aku berkata setelah ayah menghabiskan baris ayatnya.

Adik bongsu yang melihat kekecohan antara kami pula menyampuk. " Apa tu ayah?" Sambil menyambut huluran telefon bimbit dari ayah untuk melihat video tersebut.

" Budak-budak kat office la bising-bising. Mereka tanya ayah. Encik Man, kenal tak sapa ni.. Lepas tu ayah tengok, ayah kata eh ni macam ashri" Sambung ayah lagi.

"Tu yang budak-budak sibuk bising. Bila jumpa ashri je semua kata.. Artis datang, artis datang." Ayah ketawa lagi. Aku juga turut ketawa.

"Memang selamba je la dia ni, boleh buat macam ni. Kreatif betul, dia memang orang Negeri Sembilan ke?"Aku berkata dan bertanya.

Kata ayah dia memang dari Negeri Sembilan. Memang tak hairan andainya dia boleh ke sana dan ke mari untuk buat video ni. Ni la realiti kerja ayah dan anak-anak buahnya. Kerja dari satu tempat ke satu tempat. Kadang-kadang terpaksa bekerja lewat malam sehingga ke subuh.

Video Gangnam style yang memang popular sekarang ni memang tengah dilanda kontroversi. Super Nogori Style pula saya lihat salah satu cara bagaimana Negeri Sembilan dapat dipromosikan. Kreatif. Unik.

Walau sekadar suka-suka, ada mesej yang cuba disampaikan. Yang lain-lain hanyalah sekadar penambah rasa bagi menjadikan video ini lebih menarik. Jumlah yang menonton pula memang tidak kurang hebatnya. Ramai. Ada yang puji ada yang kutuk. Ada yang suka ada juga yang tidak suka.

Eh lama pula. Maklumlah, lama tak blogging. Lupa nak tunjuk. Meh la tonton. Sekadar suka-suka =)















**fuh, akhirnya berjaya post. Just for fun, why so serious? huhu




Friday, September 7, 2012

Tiru-tiru. Ikut-ikut. Jadilah diri sendiri.

Setiap orang berbeza cara dan perwatakan mereka. Cara duduk, cara makan, cara cakap dan macam-macam jenis cara lagi yang ada.

Aku ada cara aku yang tersendiri.

Dah kata cara sendiri, mestilah tak kan sama dengan cara orang lain. 

Apa aku nak cakap?

Sekarang ni musim assignment. Tak lama lepas musim assignment bagi sem 4 ni berakhir, akan ada pulak musim peperiksaan.

Cara aku belajar. Cara aku buat kerja.

Dah tentu cara aku sendiri kan.

Orang sekeliling selalu cakap apa yang mereka rasa dan apa yang mereka nampak sahaja. Iaitu apa yang tersurat dan bukannya apa yang tersirat.

Surat dengan sirat. Zaman sekolah dulu berpuluh-puluh kali cikgu ajar. Kalau tak faham juga, pergilah belajar balik. huhu

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Aku ingat lagi, dulu masa aku call mak untuk beritahu pointer dapat berapa, ayat first mak aku cakap lepas cakap tahniah.. " Jangan sombong"

Masa aku masuk U, hari pertama pagi-pagi lagi ayah hantar mesej. Walaupun dah hampir 3 tahun lepas, aku ingat sampai sekarang.

"Tahniah dah jadi mahasiswa, jangan rasa diri hebat, jangan sombong, 

Aku tak kaya-raya. Tapi mampu. Syukur atas nikmat.

Alhamdulillah kebanyakkan apa yang aku nak, aku dapat. Kehendak tu kena la ikut kemampuan. Bukan melebihi kemampuan diri.

Jangan pandang kehidupan aku hebat. Tolonglah. Yang nampak hanya luaran.

Maksudnya macam ni.. Selalu je aku perhatikan, jadi macam ni..

Kaya gileee dia! Pakai bla bla bla... Pandai gileerr dia, dapat sekian sekian sekian . Uisshhh hebat gle!

Itu luaran,  iaitu bagi aku, itu adalah hasil dari usaha seseorang.

Yang kita nampak hanyalah luaran.

Pernah korang tahu macam mana dia berusaha keras untuk dapatkan kejayaan itu? Pernah korang tahu macam mana perit dan sakit dia bekerja untuk kesenangan hidup? Pernah korang tahu macam mana rasa nak gilanya dia bersengkang-mata bertungkus-lumus untuk capai impian dia?

Tak pernah. Kita tak pernah tahu. Walau macam mana baik sekalipun kita dengan dia. Kita tak berada dengan dia 24 jam. 

Boleh jadi depan kita dia relax dan cool je. Boleh jadi depan kita dialah orang paling pemalas di dunia.

Tapi masa kita tidur, kita tahu apa dia buat? Masa kita tak ada di sisi dia, kita tahu apa yang dia usahakan?

TAK. Kita tak tahu. Tapi Allah tahu semuanya.

Kejayaan, kesenangan, kemenangan, kebahagiaan (banyak betul mr. k ni), biarlah kita kongsi dengan Dia yang Maha Mendengar. Tak ada apa yang terlepas dari pengetahuanNya kan. 

Cukuplah kita kongsi hanya denganNya. Itu lebih sweet. Daripada orang lain tahu dan menyebarkan cerita-cerita yang langsung tak masuk dek akal, langsung tak memberi respon yang membina.

Jangan rasa diri hebat. Kerana ada orang lain yang lebih hebat berjuta-juta kali daripada kita. Apa yang penting, buat yang terbaik, doa banyak-banyak. 

Apalah sangat hebat manusia ini. HANYA HAMBA. ya, KITA HAMBA. SERING LALAI DAN LUPA.

Tak faham, kenapa mesti ada yang berkata.. Tak adil... Tak sepatutnya begitu dan begini.. Tak boleh macam tu, tak boleh macam ni.. Tak betul tu.. 

Manusia tak pernah puas. Tak pernah rasa cukup dengan apa yang dah dimiliki. Jauhkanlah aku dari rasa tak pernah cukup dengan apa yang ada. Moga kita sentiasa bersyukur.

Kat mana agaknya yang salah? Sehingga orang berkata.. "Rahsia kejayaan... bla bla bla..." 

Aduh, yang dikata tu pulak, yang negatif.. 

Senyumlah dan jangan risau biarpun orang tak tahu cerita sebenar.

Sebab hanya Allah saja yang tahu apa yang kita lakukan. Apa yang kita usahakan. Apa yang kita hajatkan.

Biarlah kejayaan kita dengan restu Dia ^_^


Sunday, September 2, 2012

Sabar menunggu


Bila kita terlalu mengharapkan pada sesuatu. Terlalu mengharap. Memang akan hancur hati andainya apa yang kita harapkan tu tak seperti apa yang kita jangka. 

Kecewa? Mungkin pada mulanya. 

Allah selalu ada. =)

Itulah penawarnya bagi hati yang duka.

Allah tunjukkan jalan penyelesaian yang tak kita sangka-sangka.

Ingat lagi ada seorang teman istimewa selalu je ingatkan diri ini.

"Allah pun pandai buat surprise jugak"

Huhu, akan ingat apa yang dia cakap sampai bila-bila. Bila-bila masa dan di mana-mana sekalipun.

Hidup ini seronok. Ada suka ada duka. Ada masam ada manis. Ada pahit ada kelat. Ada senang dan ada susah. 

Hari ini 4 September 2012. Ada lagi 7 hari lagi. 

Moga semuanya baik-baik aje.

Thursday, August 30, 2012

Jaga hati jaga perkataan

Dah nak masuk pukul 2 pagi. Esok pagi-pagi dah kena bertolak ke Rompin. Ambil masa update blog kejap. Lama dah tak blogging. 

Tak faham kenapa orang suka cakap buruk tentang seseorang. Manusia memang tak boleh tengok orang senang? Tak boleh tengok orang lain bahagia?

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, dengan jalan kehidupan yang kita miliki. Kan semua yang Allah beri pada kita adalah yang terbaik. Jadi, jalanilah dengan sebaiknya.

Tak perlu burukkan orang lain. Lagi-lagi depan orang yang dia sayang. Kalau rasa dia bersalah sangat, tegurlah dengan cara yang paling berhikmah. Ada cara yang betul, bukan dengan cara sebarkan cerita yang dah tentu ditokok tambah dengan hebatnya.

Kita buka aib orang. Tak takut ke kalau Allah balas dengan buka aib kita pula? Berhati-hatilah.

Setiap yang berlaku ada sebab dan hikmahnya. Jaga hati jaga perkataan kita.

Aku pun orang selatan jugak. Orang Melaka juga. Tapi pandai2lah jaga bahasa kita. 

Tak payah la cerita buruk tentang orang lain. Kutuk-kutuk bagai ni. Yang mana buruk jadikan pengajaran je dah la, simpan kemas2 dalam hati. Biar Allah je yang tahu.

Jangan beratkan tabung dosa kita. Aku ingatkan diri aku jugak. Maafkan orang yang buat salah dengan kita. Pasti kita tenang.

May Allah bless!

Tuesday, August 7, 2012

Alahai Masa.

Setiap orang ada 24 jam dalam sehari. Tak ada yang dapat lebih sesaat, mahupun kurang sesaat.

Seandainya kita dapat manfaatkan masa dengan sebaik mungkin, masa yang ada tidak akan terbazir begitu sahaja.

Lama dah tak update blog, kekok rasanya.. ish3..

Bila lecturer sebut pasal Jurnal hari ni, terus teringat dan terbayang-bayang kat blog ni..huhu

Sem depan bila praktikum kena tulis jurnal, bila tengok cara penulisan jurnal tu la teringat kat blog..

Sem ni agak sibuk, ye memang sibuk. Err tu yang kadang-kadang pengurusan masa jadi tak betul.

Antara kesannya ni la, tak dapat nak update blog.

Yang lain-lain insyaAllah masih seperti biasa. Moga jalan saya ini terus dipandu oleh Allah hendaknya.

Sem yang mencabar, banyak perkara yang perlu dilakukan, dilaksanakan, dijalankan.

Handle kelas, handle BIG, handle bisnes.. Fuhh

Challenging.

Mungkin tak sehebat dan se-mencabar kawan-kawan yang lain, ini mungkin baru sedikit.

Alhamdulillah saya tahu Allah sentiasa akan tolong kita bila-bila masa sekalipun.

Itu yang penting.

Bila kita kat atas, jangan sombong, jangan bongkak, jangan berlagak tahu semua benda.

Bila kita jadi ketua, ada masalah.. tak apa, ingat.. yang benda tu boleh settle, tak perlu nak besar-besarkan, tak perlu nak perli dan tak perlu nak ungkit.

Ish banyak sangat benda yang jadi, kalau nak lepaskan kat sini pun boleh je. Tapi aku tak pilih cara tu.

Aku tukar dia jadi positif, insyaAllah.. dengan tidak meniru apa yang tak sepatutnya.

(mood panas buatkan SAYA jadi AKU)

hehe..

Dah la, malas nak tulis banyak2 lagi..

Sapa nak cari income lebih (RM500-RM1000) boleh contact aku. Aku boleh tolong.
Sapa ada masalah kesihatan pun boleh contact aku jugak. Jangan risau aku bukan nak bagi ubat, cuma nak bantu jadi sihat.


Tuesday, July 3, 2012

Perjalanan : Kuliah dan Result



2 minggu kuliah dah habis berlalu. Ada lagi 13 minggu kuliah. Tambah tolak ade la dalam 19 minggu lagi untuk sem nie termasuk dengan minggu exam. Huhu jauh cik kak sorang nie pandang ye, terlalu ke depan.

Life is short. Betulkan?

Memang singkat kehidupan ni, masa memang sangat2 berharga, yang berharga tu la banyak orang yang bazirkan masa tu macam tu je. Okeh, terasa.. =_=

2 minggu kuliah dan berada dalam tahun ke 2 pengajian, bersamaan dengan sem 4 memang waaww la.. Eh bukan waw bulan.. hehe

Sem yang dikatakan padat oleh senior-senior yang dah lalui sem 4 nie, mungkin disebabkan banyak aktiviti dan perkara yang perlu dilakukan dalam sem 4 ni. Kalau sem-sem sebelum nie agak relax la, lepak2 je kan. Boleh tidur lebih2, boleh jalan2 dengan kawan-kawan, boleh lepak tengok cerita korea sampai lebam, boleh khatamkan novel yang berkotak-kotak OK i x layan novel ngan korea hihi.


Sepanjang nak dekat 3 tahun lebih kat sini ada la dalam 2 novel je yang dah selamat dikhatamkan. hehe.. Bukan sebab tak suka membaca, eh fevret tu.. tapi sebab tak berapa "sangat" dengan novel cintan cintun. ada la sekali dua member hulur novel n dia kata best, so amek la baca..

Minggu lepas masa banyak habis dengan kuliah. Kelas pengenalan jadi tak banyak pun kerja nak kena buat. masih dalam mood relax2 je lagi. Minggu pertama agak memenatkan bagi orang baru macam saya. ehehe, akibatnya, petang dah terlentuk, paling dahsyat bila baru pukul 10 malam pun dah tidur.

Pelik, burung hantu dah terbang, dah kelam bila malam, kalau dulu, dialah orangnya bila orang lain dah nenyak berdengkur, dia masih segar bugar bersuka ria dengan apa yang dia suka. hihi. kalau dulu pukul 12 kata malam masa muda, sekarang nie, pukul 11 pun dah kata oh malam dah tua, ehehe..

Minggu lepas, start sem baru, lecturer baru, wajah baru, semangat baru, subjek baru, kelas baru (R8), kasut baru, beg baru, jadual pun mesti lah baru. Teringat dulu cikgu kata, masuk sekolah semua nak baru, otak je lama. =_= ok terasa. huhu walaupun tersirat tapi faham je la, sebab kita tak tukar mindset kita kan kan..

Result



Keputusan sem lepas dah keluar, alhamdulillah sangat2 tak sangka, Allah, I love so much! usaha sikit je, Allah bagi yang sangat2 besar pada saya. Er er actually saya dah tahu sehari awal dah keputusan tu, bila lecturer bagi tahu, jadi saya dapat surprise awal la daripada kawan2 yang lain, so bila time dapat keputusan tu just cek untuk pastikan berita yang saya dapat tu benar dan bukanlah mainan semata-mata. Saya dah touching2 sehari awal dah sebenarnya, hehehe. Thank You Allah!

Maha Suci Allah, sebab Dia kurniakan saya nikmat ini. Moga saya tak leka! Terkesan dengan kata-kata Hilal Asyraf..


Hebat kita ini milik Allah.
Jadi mengapa tidak kita tunduk kepadaNya agar Dia meneruskan kehebatan kita?

InsyaAllah moga kita sama-sama saling mengingati dan muhasabah diri kita.

Fuhh, masa ni la semua lecturer nak kenal kita, semua orang terbeliak tengok kita. Rasa macam, ok i want my old life back! huhu, seorang yang x famous dan x berapa gemar dikenali. Tapi suka nak tolong orang lain. hihikhik. Oh pehlis laaa kan..

Tak ape, walaupun kita sedar je orang akan cari kita bila mereka ada kepentingan dengan kita, tapi bila dia datang, tak yah merungut, bantu apa yang kita mampu, buat yang sebaiknya dengan ikhlas. Adat kat dunia ni macam ni, orang yang berpengaruh je yang orang nampak, orang yang pandai bercakap je yang semua orang heboh2 suka, yang nampak berkebolehan je yang tertonjol. 

Yang kurang bernasib baik sapa nak bela? Aku jugakkk.. ecewah..

Adalah jugak yang tanya.. apa rahsia.. tips apa yang saya guna. Em em, kalau nak ikutkan tak ada lah study tertonggeng sangat pun, sebab saya memang bukan jenis suka study, time exam, orang sibuk study 2 3 minggu awal, saya main game.. lepak2 buang masa dengan online. Ok cerita buruk pasal diri sendiri, hehe..

Tapi ni realiti, dan bukan jenis suka buat kerja awal, suka sangat nak buat last2 minit walaupun akhir2 nanti akan.. sampai tak tidur malam sebab nak siapkan kerja. Eh kalau tak ada assignment pun tidur awal ke? pelik je, haha..

Mungkin ini dapat membantu mereka-mereka yang nak keputusan cemerlang.. Harap bergunalah walaupun tak seberapa. First, ikutlah cara macam mana sekalipun korang nak study, contoh kalau jenis yang study dah macam masa prep kat sekolah tu, ok fine.. teruskan, kalau yang masa orang-orang sibuk prep korang tergolek bantai tidur, ok fine,, teruskan jugak.. sebab tahu je kalau korang tengok kawan korang tu x boleh buat kerja waktu siang dan depan orang ramai, tu maknanya dia kategori burung hantu yang x reti nak tidur malam. Ok terasa lagi =_=

Pada saya, sebab memang jenis tak punctual dan suka hati je ikut kepala sendiri nak buat apa, so study smart itu penting, study hard saya tolak tepi.. kalau paksa jugak nanti mereng jadinya..

Err yang ni jangan ikutlah, sebab tak elok, at least sehari sebelum nak exam tu, korang cuba la khatam satu buku tu.. yang ni selalunya saya buat subjek EDU.. Tak apa baca je sekali lalu insyaAllah ingat. Ok, kalau subjek-subjek macam nie memang banyak teori yang kena ingat. Dari zaman sekolah rendah, ke menengah dan ke IPG sekarang ni, saya akan skip fokus pada soalan-soalan teori, soalan-soalan yang kena ingat.

Ini pendapat sendiri ok.. Jangan ikut kalau rasa tak ngam. Aku ni gila jugak kadang-kadang, hehe.. Kalau saya jawab exam, seboleh-bolehnya saya akan elak soalan yang korang langsung tak boleh goreng. Ok fine memang nampak senangkan kalau dah hafal? Just tulis je sebutir-sebutir apa yang ada dalam kepala. 

Tapi saya skip, dan saya pilih soalan yang boleh merapu dalamnya tu. Maksudnya, jawapan yang bila korang tulis, benda tu relevan, ok akan diterima, masa ni la nak tunjukkan bakat menulis yang ada pada lecturer2 tersayang,, hehehe..

Tapi sebenarnya resepi kejayaan yang paling besar ialah doa. Mintalah apa yang kamu-kamu semua nak terus direct daripada DIA. Doalah setiap waktu yang ada, bukan hanya lepas solat, terutamanya masa kita buat benda2 yang baik, contoh pergi masjid, tolong orang, tengok langit, tengok bulan. Berkata-kata dengan DIA. Allah maha mendengar dan mengetahui.


Doa mak ayah itu sangat penting. Masa nak study, minta mak doakan, nak exam kejap lagi tu.. call mak kita minta doa supaya semua berjalan lancar dan cemerlang.

Nak spot? Ok boleh, mana-mana spot yang korang dapat tu, bukan semuanya tak boleh dipercayai, boleh je.. Tapi jangan lah terlalu percaya, bila tak keluar, mula meradang tak tentu pasal, tuding jari sana-sini. Huh. 

Nak lagi best minta spot dari Allah. Macam mana? macam nie, doa je supaya Allah gerakkan kita untuk baca dan fokus pada soalan-soalan atau tajuk2 yang ada dalam kertas soalan tu. So sekarang, sekali gus nampak kita lebih pentingkan pandangan dan bantuan Allah daripada segala spot2 yang ada.

Chill.


Apa2 pun, walau macam mana malas sekalipun nak buat kerja, nak pergi kelas, nak buat assignment, betulkan balik niat kita buat semua tu dengan niat ikhlas kerana Allah taala.. niatkan jugak nak buat mak ayah dan orang2 yang kita sayang bangga dan gembira dengan kejayaan kita.. 






Entri nie sebenarnya panjang lagi, huhu dusshhh dasar bercakap tak tahu berhenti, eh bukan2.. dasar taip x reti nak berhenti.. huhu


Minggu nie dah masuk 3 minggu kuliah, banyak entri tertangguh sebenarnya, tentang sajak, tentang majlis persaraan warden asrama merangkap pensyarah IPTHO, tentang Desaru yang sumpah memang awesome gila, jatuh cinta I tau.. huhu, sebab tempat dan aktiviti2 dia sangat best! yang join pulak semua sangat2 sporting.. pakej la kiranye.. 


setakat nie kita cerita nie dulu la ea.. ingatkan xde org baca blog ni, skali ade plak yang tegur.. bila kau nak update blog.. haa lebih kurang cam tu la.. hehe.. 


Jaga diri, jaga kesihatan semua.. aktiviti dan kerja yang kita lakukan boleh dilaksanakan dengan sebaiknya bila badan kita sihat walafiat.. 


Take care =)

Sunday, July 1, 2012

Sanah helwah fruit heart!


Hari ni dah masuk awal bulan Julai dah,
1 Julai 2012..
bersamaan dengan hari Ahad..
hari kesukaan my fruit heart sebab boleh relax2 x yah fikir pasal keje,
hehehe.. x senonoh betul.. opss

dekat 3 tahun kenal, sama kelas..
mungkin tak tahu semua, tapi banyak yang dah tahu..
Perangai.. kerenah.. cara.. 
err ape lagi ek..

Satu2 nye orang yang tahan dengan perangai ikut kepala sendiri nie..
huhu sebab memang jenis degil dan x reti nak dengar ckp orang lain..
Thanks so much!

Err, hehe untung la kan..
parents kite suka kat dia..
sikit tanya pasal "dia"
Rasa macam.. 
Awak jadi la anak mak ayah kita, nak? 
hahhaha, x de la gurau je..

Happy Birthday awak!
Dah 22 tahun dah awak kan!
May Allah bless u !!
Bangun2, jangan tidur dalam kelas lagi.. hehe

nah! dengar nie tau!
x tahu la lagu ape..
huhu






sory.. short update.. ngantuk sikit.. peace =)

Thursday, June 21, 2012

Thursday, June 14, 2012

MULAKAN DENGAN CERIA




Percayalah, orang yang cemerlang ialah orang yang ceria. Dia melaksaanakan apa jua aktiviti hidupnya dengan rasa gembira. Sama ada aktiviti yang berkait dengan Allah (habluminallah), mahupun aktiviti yang berkait dengan manusia (habluminannas), semuanya dibuat dengan gembira .
Ceria yang dimaksudkan di sini bukanlah terkinja-kinja atau tertawa terbahak-bahak, tetapi rasa senang, tenang, rasa bebas dan lapang di dalam hati.
Tidak percaya? Cuba imbau kembali hasil kerja kita yang dirasakan paling berkualiti, sama ada  tulisan, masakan, lukisan, persembahan atau apa sahaja… Ingat semula bagaimana hati kita sewaktu menghasilkannya. Insya-Allah, pada waktu itu mesti hati kita dalam keadaan ceria. Mustahil kita dapat menghasilkan satu kerja yang baik sewaktu dilanda perasaan sedih, benci ataupun marah.
Aliran kegembiraan akan mengukir mutu yang tinggi pada hasil pekerjaan kita. Itulah yang dimaksudkan ‘air tangan’ dalam pekerjaan kita. Air tangan itu hakikatnya adalah aliran keceriaan yang mengalir daripada diri kepada pekerjaan kita. Bukan sahaja kerja malah wajah kita juga diukir oleh kegembiraan itu. Kata bijak pandai, “jika hati baik, wajah akan sentiasa cantik.” Salah satu ciri hati yang baik, adalah ceria!
Kata pakar-pakar psikologi dan motivasi, sepuluh minit terawal sebaik sahaja bangun daripada tidur akan menentukan kecemerlangan kita pada hari tersebut. Jangan hendaknya fikiran, perasaan dan hati kita dicemari oleh sesuatu yang buruk, jahat dan kotor. Saranan mereka, senyum, cakap yang baik-baik, rasa yang indah-indah, sebaik sahaja bangun daripada tidur.
Sebagai seorang Islam, kita seharusnya tidak ada masalah untuk merasa ceria sebaik sahaja bangun daripada tidur. Caranya?  Hitung kesyukuran, jangan hitung kesukaran. Islam hakikatnya sudah lama mendidik umatnya agar melihat sisi yang baik-baik, indah-indah dan cantik-cantik sebaik sahaja bangun daripada tidur. Justeru, kita dianjurkan untuk melafazkan doa kesyukuran ini sebaik sahaja bangun daripada tidur: “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami selepas kematian kami dan kepadaNyalah kami akan dihimpunkan.”
Ya, pertama dan utama, kita mesti bersyukur atas nikmat hidup yang masih dikurniakan Allah.  Cuba kenangkan betapa ramai orang yang pada malam sebelumnya tidur, kemudian tidak bangun-bangun lagi pada hari esoknya kerana telah ‘dijemput’ kematian. Tidur disifatkan oleh para hukama sebagai separuh daripada kematian. Jadi apabila kita diizinkan untuk hidup pada pagi hari, ertinya ‘separuh daripada kematian’ telah diangkat kembali oleh Allah daripada diri kita… Lalu bersyukurlah kerana kita telah hidup semula dengan sepenuhnya!
Ukirlah senyuman dan berilah salam kepada orang yang pertama anda temui pada awal setiap pagi. Mungkin orang itu ialah ibu, bapa, suami, isteri atau anak-anak kita. Juga fikirkan yang baik-baik dan bayangkan yang cantik-cantik. Mintalah perlindungan daripada rasa dukacita, takut, malas dan pengecut seperti doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW ini: “Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia
Untuk itu lihat apa yang ada, jangan dikenang apa yang tiada. Hitung satu persatu ‘kelebihan’ yang sedang kita miliki dan nikmati, insya-Allah kita akan tersentak kerana pasti tidak dapat menghitungnya. Firman Allah: “Jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan terhitungnya.”
Ya, tidak dinafikan kita punya masalah, kesedihan, kesakitan, kegagalan… namun itu tidak menghalang kita untuk terus bersyukur. Kelebihan pastinya mengatasi kekurangan. Kesenangan tentunya melebihi kesukaran. Malah di dalam kesukaran itu pun masih ada kesenangan. Itu sudah sunahtullah (peraturan Allah). Itulah yang dijanjikan Allah. Firman Allah:”Sesungguhnya pada kesukaran itu ada kelapangan.”
Namun, mengapa dalam realitinya, dirasakan berbeza? Semua ini gara-gara tersalah memandang hidup. Ingat selalu, yang penting bukan apa yang kita pandang tetapi bagaimana cara kita memandangnya.  Apa yang berlaku di dalam diri kita lebih penting daripada apa yang berlaku di luar diri kita.   Pemikiran dan perasaan kita yang negatif menyebabkan kita hanya fokus kepada negatif sekalipun yang negatif itu cuma sekelumit.
Jangan jadi lalat yang mencari dan hinggap hanya pada tempat-tempat yang kotor dan busuk walaupun masih banyak tempat yang bersih dan wangi. Tetapi jadilah lebah yang mencari dan hinggap di tempat yang cantik dan harum. Jadi pandanglah hidup dengan penuh rahmat, nikmat dan indah sejak awal pagi lagi… Insya-Allah, apa yang kita lihat, itulah yang akan kita dapat!

 Ustaz Pahrol Mohd Juoi
>>Kuatkan Fikir, Tingkatkan Zikir<<

Monday, June 11, 2012

Jadual PISMP Sem 4

Huu~ dah terasa dah bahang nak masuk sem baru nie.. Ada beberapa hari saja lagi ni..

Jadual pun dah ada..

Jom tengok kita belajar apa sem 4 nie ye..




nak lagi jelas.. 





Good Luck buat semua!

Sunday, June 10, 2012

Melaka to Nilai

Hampir dua minggu cuti persekolahan dan cuti semester berlalu, bagi adik2 yang masih bersekolah, dah tentu sedang menghitung hari untuk kembali ke sekolah semula. Rasa malas? Oh itu perkara biasa bagi semua orang. Lama dah bercuti, memang kena lah muhasabah diri semula ----> untuk kembali bangkit bersemangat waja!

Untuk pelajar IPG, kita ada seminggu lagi cuti tambahan berbanding dengan murid-murid sekolah. Jadi, manfaatkan cuti yang ada, yang mana kerja tu kerja la rajin2 walaupun sempat kerja dalam tempoh yang singkat je. Kalau kita rajin, kerja sungguh-sungguh tak mustahil kita diperlukan lagi dan dialu-alukan untuk bekerja di masa akan datang. Siapa tak nak bekerjasama dengan orang yang bagus kan..

Bagi yang menghabiskan masa di rumah pun, manfaatkan cuti lagi seminggu ni dengan aktiviti2 yang berfaedah. Kalau ada hajat yang tak sampai-sampai lagi sampai sekarang ni, cepat manfaatkan masa yang ada! 

Tak kira apa sekalipun yang anda lakukan sekarang dan di waktu ini, buat yang terbaik ye..

Alhamdulillah cuti kali ni selain luangkan masa dengan keluarga di rumah, saya juga dapat luangkan masa dengan kawan-kawan sekolah dulu. Kebetulan minggu pertama cuti ada dapat jemputan perkahwinan kat Alor Gajah, kakak kawan saya kahwin, siap dalam mesej pesan "anda wajib datang" hoho.. habislah kalau x datang dosa la plak nie.. eh x.. gurau je.. huhu

Jadi apa lagi, team dari Masjid Tanah walaupun dapat kumpul 3 orang je (kira jama' la nie) sebabkan yang lain2 x dapat pergi, sorang baru balik kerja disebabkan penat sangat jadi tak dapat nak join, yang lagi sorang baru je sampai dari Jordan semalam tu dah kena tolong2 ada saudara nak nikah petang tu... 

Jadi hanya saya, Azie Razi dan iema yang jadi wakil team Masjid Tanah ke Alor Gajah. Hari tu serius rasa lama nak sampai Alor Gajah, dalam perjalanan tu ada juga kenduri kahwin, huhu yang ni serius hebat, dengan kereta sesak kiri kanan sampai anggota RELA yang bertugas kena stopkan kereta untuk bagi laluan kat kereta lain jalan, jadi sempat la kami tengok KERETA LEMBU yang lip lap lip lap sebab dah dihiaskan dengan sangat cantik. 

Lembu tu serius besar gila sampai kawan yang duduk kat sebelah saya cakap "Alamak berhenti kat sebelah lembu la pulak, dah la besar semacam, takut aku".. Yup serius sangat memang besar, saya pun dalam hati tawakal je minta2 tak jadi apa-apa. 

Excited betul bila nampak kereta lembu tu sebab dah lama x nampak, rasanya dulu memang ada orang kahwin naik kereta lembu, sekarang ni dah jarang dah jumpa. haha gelakkan diri cerita pasal lembu je dah masuk 3 perenggan. Ok anggap je ni ilmu dari my experience k.. ceh!

Siapa ada kawan Melaka sila perhatikan betapa kecohnya mereka-mereka ni.. tu lah yang jadi bila dah jumpa dengan kawan-kawan yang hampir 4 tahun x jumpa, memang bingit dewan dibuatnya. Huh ok nasib baik la buat kat dewan kan, jadi bising2 pun x dengar sangat. 

Serius rasa macam "aku dapat diri aku balik" hehe sebab berjaya kecoh2 juga dengan diorang. Bila dah merantau kat negeri orang lagi2 bila jadi satu2nya budak Melaka dalam kelas jadi macam "sopannya aku" eh bukanlah nak cakap den ni tak sopan,. dok eh.. tapi kurang kecoh la kecuali dengan orang-orang yang tertentu je. 

Senang cerita cam ni la "sapa rapat dengan aku dia tahu aku macam mana". "Sapa kenal aku dia tahu betapa lawyer buruknya aku dan suka buat benda jadi bahan lawak" "Siapa faham aku dia tahu betapa bisingnya aku" ok2 stop talking about myself, nanti story lagi la hehe.

Ehem2, kita masih lagi dalam musim cuti lagi ye.. ok semalam saya baru je sampai Melaka dari Nilai, Negeri Sembilan.. Lewat jugak sampai semalam sebab tunggu sekali adik dari KL sampai kat Melaka Sentral (mc).. Sebagai seorang kakak yang baik lagi bertanggungjawab kenalah ambil adik kita tuw.. 

Ingatkan gerak malam tak jam, tapi huh meleset tanggapan tu, dan macam biasa, highway yang tak lekang dengan kesesakan lalu lintas ialah Seremban. Ok lupa hari ni hari Jumaat dan kebanyakkan mereka yang kerja kat KL memang akan balik rumah masing2 (ke selatan). Jadi memang jam la, dengan hujan yang turun tak henti2 lagi (alhamdulillah hujan rahmat)

Pergi Nilai bukan dengan family sebab jalan2 tapi dengan kawan yang sorang nie. iema la siapa lagi. Kebetulan Azie ajak pergi Nilai tidur dekat rumah dia kat sana sebab ada event dekat Kajang malam tu (masa tu hari Rabu/ 6 Jun 2012).

Lepas dapat lesen dari mak ayah baru la siap-siap solat dan kemas semua barang, ambil iema dekat rumah dia dan bual-bual kejap dengan mak ayah iema pulak dalam 10 minit, thanks mak cik pak cik sebab susah-susah je hidangkan air sejuk sebelum kami bertolak, shing2** muka terharu. Kalau nak pergi mana-mana sebut je nama iema dengan Azie memang insyaAllah lepas la, hehehe. 

Macam tu jugak dengan iema, bila dia sebut je nama den ni dekat mak ayah dia gerenti lulus la nak buat apa-apa pun. Tak de la nanti beliau-beliau ni siasat mengalahkan encik polis. Terima kasih pak cik mak cik mak ayah sebab percayakan kami.. shing2** muka terharu lagi, huhu.

Cadangnya dua hari je kat Nilai, tapi disebabkan beberapa perkara, jadilah 3 hari kami kat Nilai, kebetulan Azie tengah study week, iema baru habis diploma, saya plak memang tengah cuti, sempat la nak jalan-jalan kat sana.

Eh lupa nak kenalkan Azie nie.. em member baik dari sekolah menengah dulu, dari form 1 sampai form 5 satu kelas.. memang ngam la.. paling best kitorang sama-sama dapat USIM 3 tahun dulu, Kos yang sama iaitu Tamhidi Perakaunan dan Muamalat, then bila ada test untuk pecahkan student ikut kelas tutorial, lagi sekali kitaorang satu kelas!. 

Ingat lagi dulu kitaorang lain-lain blok kat Camellia court, ni nama tempat tinggal kitaorang kat Nilai dulu, em  dia macam kondo tapi kecik sikit la, siap ada kolam renang ngan taman-taman lagi kat situ, seronok sangat..

Kebetulan Azie tinggal kat bilik kat rumah dia tu, sorang-sorang je.. tak de rumate, then dia la yang sungguh-sungguh suruh saya tulis surat mohon untuk pindah kat rumah dia tu, rumah dia masa tu tingkat bawah sekali.. 

Rumah saya plak kat tingkat 4 (arggh tiba-tiba teringat coretan suka duka dari start saya study kat sana sampai la nak pindah IPG hilang, memang frust sampai sekarang la) banyak kenangan kat sana walaupun kejap je kisah kehidupan saya kat sana, banyak yang saya belajar, ramai kawan2 yang saya kenal sampaikan ada juga yang satu IPG ngan saya sekarang. ^_^ muka redha je, huuhu..

Daripada saya sebenarnya tak tahu nak tulis pasal apa, sekali dah macam-macam cerita pula yang keluar, cerita pasal cuti kat Nilai belum lengkap lagi, insyaAllah nanti saya cerita lagi apa saya buat dekat Nilai dan event apa yang saya pergi, event yang sangat awesome la! tangan sakit sebab dah lama sangat tak menaip, maklumlah dah lama x buat assignment la katakan.. hak hak! see u soon..!


pergi KL lalu highway mesti x kan miss tengok bangunan canselori nie =)
*rindu*


Thursday, May 31, 2012

Untuk Kau, Sahabatku..


Khas buat semua sahabat, kawan, dan teman yang teristimewa ^_^
Juga buat semua yang mengenali diri ini..





Monday, May 21, 2012

Rancangan..?




Sebenarnya dalam dunia memang banyak benda yang berlaku tanpa kita duga. Kita fikir setiap apa yang kita rancangkan akan berjalan seperti mana yang kita harapkan.

Tapi mungkin ada masanya kita terlupa. Kita merancang, dan pada masa yang sama Allah turut merancang.

Bezanya ialah perancangan yang diaturkan oleh Allah untuk kita adalah lebih sempurna. Dia Maha Mengetahui tentang apa yang terbaik untuk kita, dan apa yang buruk untuk kita.

Boleh jadi kita sangat suka akan sesuatu, padahal perkara itu adalah buruk bagi kita, dan boleh jadi kita sangat benci akan sesuatu.. walhal perkara itu baik untuk kita.

bersabarlah, dan teruskan berdoa agar Allah sentiasa memberikan kita yang terbaik.





Friday, May 18, 2012

Realiti tentang diri ini

Matahari sudah tegak di kepala. Cuaca pada penghulu segala hari ini terasa aman dan damai. Panas yang tidak terlalu terik, namun tidaklah boleh dikatakan sejuk seperti di kutub utara dan selatan. hihi (gelak sopan)

Alhamdulillah, memang sepatutnya kita memanjatkan kesyukuran kepada-Nya atas segala nikmat yang ada. Yang sama sekali tidak dapat dibalas dengan apa-apa jenis balasan sekalipun.

google image
Usai kelas Bahasa Arab bersama pensyarah dan rakan-rakan yang lain, bergerak beramai-ramai ke kantin untuk memenuhi tuntutan si perut yang semakin menarik perhatian pastinya.

Selesai makan, bersama rakan-rakan bercerita itu dan ini, asalnya mahu mengambil bahan yang ada.. Maklumlah, exam hanya tinggal beberapa hari saja lagi. 3 paper dah selesai, kini lagi 3 menanti..

Dah penat bercerita dan bergelak ketawa, masing-masing balik bilik semula.. Ada yang mahu menyambung kerja, tapi kebanyakkannya nak tidur.. lagi2 tengah2 hari macam nie, memang sangat2 seronok melelapkan mata.

Teringat perbualan berjam-jam lamanya dengan si gadis ayu (haha) yang lebih mesra di panggil kembar, semalam.




Kenapa kembar?

Asalnya saya tidak dilahirkan kembar, oh memang kalau bukan asal pun, saya tak ada kembar, hanya dilahirkan sebagai anak sulung kepada 3 orang adik.

Sehinggalah saya berjumpa dengan kembar. Yang lahir sama tarikh lahir, sama bulan kelahiran dan juga sama tahun kelahiran kami.

Sangat teruja masa masing-masing dapat tahu tentang tarikh lahir kami, seingat saya beberapa tahun yang lepas, di sebuah program anjuran kampus tercinta. Biasalah ada aktiviti yang memerlukan kami bergerak ke kumpulan mengikut bulan kelahiran. 

Dengan bangganya kami ke kumpulan yang semua ahlinya lahir pada bulan lapan. Masing-masing sibuk bertanya tarikh kelahiran. Hampir melompat2 (hiperbola) kami dibuatnya bila dapat tahu lahir pada tarikh dan hari yang sama. Cuma yang bezanya saya lahir pagi dan dia lahir lebih lewat dari itu. 

Teringat bagaimana dia menceritakan serba sedikit tentang diri saya pada seorang kenalan dia.

"Heartless"

Sesetengah orang mungkin akan cakap macam tak ada perasaan, hati kering dan sebagainya. Itu yang biasa.

Hahaha. Lucu bila kita dengar orang cerita pasal kita. Cerita bagaimana sebenarnya tanggapan dan pandangan orang terhadap kita. 

Kadang2 kita sendiri tak tahu macam mana perangai kita, bagaimana cara kita, perlakuan kita dan sebagainya yang bersangkut-paut tentang diri kita.

Kembar selalu kata.. "Kau ni rileks je.. macam tak ada apa-apa". 

Diri saya.

Mungkin boleh dikatakan heartless la jugak. Bukan bermakna saya tak ada hati dan perasaan, tak ada rasa nak marah, sedih, kecewa, cemburu, suka dan sebagainya. 

Ada, tipu la kalau tak ada kan. Tapi memang apa-apa yang jadi, saya akan nampak tenang, walaupun ada jugak la macam-macam rasa kat dalam hati ni. Apa yang kembar cakap tu, memang tak dinafikan itu adalah saya.

Bukan sekali dua orang cakap saya heartless, dah banyak kali, dah banyak kali saya hadapi macam-macam situasi yang orang akan kata saya heartless.

"Aku tak pernah nampak kau menangis sebab rindu kat family"

"Orang lain dah takut kena marah, dia rileks je"

"Kau ni macam lelaki, semua senang"

Bila gaduh ada yang akan kata " Tak ada rasa apa-apa ke?"

Kadang-kadang orang lain bercerita penuh emosi.. "Kau ni dengar tak apa aku cakap?!"

google image
Pengaruh ayah.

Tak dinafikan cara saya bertindak, berfikir, buat kerja.. dipengaruhi oleh ayah. Hihi tahu2 je la cara lelaki, yang tak suka terlalu fikir pasal sesuatu benda. 

Saya suka cara ayah handle sesuatu perkara. Kadang-kadang kalau saya bising2 pasal something, dia akan cakap senang je tu, sambil disusuli tindakan.. jadi, masalah yang ada settle dengan senangnya. 

Antara lain kembar cakap juga..

"Kalau dia macam lelaki, orang yang dengan dia akan macam perempuan"

Hiuw hiuw.. Saya ketawa sendiri, teringat masa saya bergaduh dengan seorang teman lama.

Lepas bertukar-tukar khabar dan saya hanya buat macam tidak ada apa-apa yang jadi antara kami, walaupun sebelumnya perang yang meletus hampir menyamai perang dunia ke 2.

Kemudian dia bertanya.. "Tak rasa apa-apa ke?"

"Rasa apa?"

"Awak ni tak pernah berubah, macam tak ada perasaan" 

dan dia terus-terusan dengan bebelan yang sangat panjang dan hanya mampu dilayankan oleh saya yang setia mendengar setiap butir bicaranya. 

"Saya rasa kita nie dah terbalik, macam awak lelaki dan saya perempuan"

"Macam je pun"

Kesannya, saya tak suka membebel, tak suka banyak cakap dan komen itu ini pasal sesuatu perkara. Kebanyakkan perkara yang jadi, saya rasa tak heran, sebab pada saya, tak ada apa yang mustahil untuk terjadi.

Terkesan dengan ayah yang sangat sporting, tak kisah bila kita nak buat apa-apa yang penting tidak melampaui batas-batas yang ada, saya juga begitu.. 

Akan lebih berkata ok ok dan ok.. daripada membebel dan merungut.. 

Yang paling menarik!

Bila orang tak akan tahu dan tak dapat nak kesan langsung bila saya sedang menghadapi masalah.

Muka of course nampak bersahaja dan tidak ada apa-apa.

Emosi boleh dikawal, ketegangan tidak begitu mengganggu kehidupan dan pelajaran saya.

Jauh disudut hati, saya bersyukur dikurniakan emosi stabil dan masih kekal stabil bila menghadapi cabaran-cabaran yang datang.

Bersyukur masih boleh bersabar dan tenang menghadapi sesetengah perkara yang memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Bersyukur kerana ketika orang lain sibuk mengata itu dan ini tentang diri kita, saya masih boleh bertahan dan memaafkan semua kesalahan mereka.

Sangat2 berterima kasih pada-Nya kerana mendengar doa saya.. Saya sentiasa berharap akan diberi ketenangan dalam setiap perkara, setiap pekerjaan yang saya lakukan, juga ketenangan pada setiap butir bicara saya.

Tanpa izin-Nya tidak mungkin saya mampu tenang sehingga dikatakan heartless oleh orang-orang disekeliling saya..  (^_^)

Semoga saya dan rakan-rakan yang lain cemerlang menghadapi peperiksaan nanti!

Moga dipermudahkan segala urusan hendaknya!






Tuesday, May 15, 2012

Sepuluh sen

Alhamdulillah masih diberi peluang dan kesempatan untuk menghirup udara milik Pencipta yang Agung, hingga ke saat ini masih diberi peluang untuk merasa nikmat kehidupan ciptaan Tuhan.

Baru selesai menghantar pesanan dan ucapan buat kawan yang dah lama tak jumpa. Akhirnya ditemukan semula dalam dunia mukabuku . Hari ini genaplah usianya 21 tahun. Moga dia sentiasa dibawah peliharaanNya!

Itu dia.. bagaimana ya saya? Bagaimana kita yang lain? Usia untuk tahun ini belum genap lagi..

Masihkah kita diberi kesempatan sehingga ke saat itu.? Dalam kita meraikan ulang tahun kelahiran, mungkin dengan sambutan meriah daripada keluarga dan sahabat yang dikasihi.. Dengan orang-orang yang kita sayang.. Jangan hanya melihat keseronokkan sahaja..

Semakin hari, semakin hampirlah kita pada hari kematian. Mati itu pasti. Bila? Takkan kita ketahui.. Hanya Dia yang sahaja yang tahu.

Bagaimana kita?

Saya berdoa moga ruang dan kesempatan ini dapat digunakan sebaiknya, untuk bertaubat daripada kesalahan dan dosa-dosa yang lampau. Untuk memperbaiki amalan yang ada, memperbanyakkan bekalan untuk ke sana pastinya..

Fitrah manusia itu cenderung pada kesucian. Ya memang namanya manusia yang tidak lepas daripada melakukan kesalahan, dan begitulah seterusnya apabila sampai satu detik dan ketika, kita akan rasa mahu berubah, bertaubat dan ingin kembali ke pangkal jalan. 

Di kampus saya ketika ini sedang musim peperiksaan. Untuk semester ini ada 6 paper.. Baru selesai 2, 4 lagi akan "dipertarungkan" tidak lama lagi. Doakan saya dan rakan-rakan yang lain berjaya dengan cemerlang!

Beberapa hari yang lalu, saya susuri sebuah kisah kehidupan seorang insan. Alhamdulillah dengan izin Allah yang mempertemukan saya dengan blognya.. Banyak yang saya belajar, banyak yang dapat saya teladani.

Siapalah kita untuk melawan ketentuanNya. Siapalah kita untuk mempersoalkan apa yang Allah beri untuk kita.. 

Sebak saya membaca kisah hidupnya. Saya akan gelarkannya kakak di sini.. (untuk lebih mesra)

Tak dapat dibayangkan apa yang dirasai dan dipikul oleh kakak itu. Dalam usia yang begitu muda, telah kehilangan insan yang paling rapat dan dicintainya. Baru sahaja kehilangan suami tercinta (al-fatihah) setahun yang lepas, dan kakak itu meneruskan hidup dengan dua orang anaknya yang masih terlalu kecil.

Bergenang air mata. Ya Allah betapa bersyukurnya saya, sampai ke usia 20an ini masih mempunyai emak dan ayah. Masih ada atuk dan nenek (al-fatihah buat atuk saya sebelah ayah yang tak sempat saya temui). 

Anak-anak kakak itu telah kehilangan ayah tempat bermanja pada usia yang sangat2 kecil. Seorang baru berusia tiga tahun lebih dan seorang baru berusia setahun lebih. Si adik, hanya beberapa bulan sahaja mendapat belaian dan kasih sayang ayahnya. Allahu Rabbi!

Satu malam saya habiskan membaca setiap isi dan luahan hati kakak tu. Luahan yang disampaikan terus daripada hatinya. Luahan yang berjaya membuatkan hati saya begitu tersentuh. Bagaimana si kakak itu bangkit dan terus berjalan ke hadapan setelah peristiwa hitam terlakar dalam sejarah hidupnya dan anak-anak.

Buat anda-anda, bacalah jika ada kesempatan, stalker lah untuk mengambil iktibar dan pengajaran. Saya tak sanggup lagi dah nak cerita. Saya hanya mampu berdoa, moga Allah berikan kekuatan dan ketabahan untuk kakak jalani hari-hari yang mendatang. Moga Allah sentiasa merahmati kakak sekeluarga!

Kerana kisah itu, saya jadi makin beringat dan insyaAllah akan sentiasa ingat (moga Allah sentiasa menjadikan saya bersyukur dengan semua nikmat yang diberi).

Nikmat.

Tidak terhitung pemberiannya. 

Keluarga, harta dan pangkat. Antara perkara yang digilai manusia masa kini. Kerana harta sanggup hilang saudara! na'uzubillah!

Keluarga. Hargailah. Sekali mereka pergi, selamanya takkan kembali. Gunakan kesempatan yang ada sebaiknya.

Harta. Manfaatkanlah. Betapa pentingnya simpanan. Betapa pentingnya untuk kita salurkan sedikit sumbangan pada mereka yang lebih memerlukan (bagi yang bekemampuan).

Sepuluh sen. 

Andai kita kaya-raya. Jangan begitu angkuh sehingga tidak mahu dan malu mengutip duit sepuluh sen yang jatuh didepan mata. 

Kononnya sepuluh sen itu tidak akan menjejaskan wang 1 juta kita.

Sepuluh sen.

Mungkin pada kita tidak apa-apa. Tapi sedarkah kita bahawa nilai sepuluh sen itu begitu berharga pada sesetengah orang.?

Sepuluh sen.

Nilainya jangan dipandang remeh. Ya memang mata wang semakin lama semakin jatuh (digalakkan untuk kita membuat simpanan dengan emas). 

Namun apakah pilihan bagi mereka yang tidak berdaya? Tidak berkemampuan?

Sepuluh sen amat berharga bagi mereka!

Betapa beruntungnya saya, rezeki yang ada amat-amat mencukupi. Amat2 menjadikan kehidupan saya "senang".

Boleh dikatakan apa yang dihajatkan hampir semuanya saya perolehi. Apa yang saya impikan, usaha sedikit saja dapat sudah saya realisasikan impian tersebut.
Maha suci Allah yang mencukupkan segala keperluan kita.

Memang sejak kecil saya diajar berdikari. Sejak kecil tidak dimanjakan dengan apa yang saya ingini.

Nak, kena usaha, kemudian baru dapat..

Ya Allah, jadikan saya hambaMu yang sentiasa merasa cukup dan bersyukur.!

Moga Allah redha!

google image







Saturday, May 12, 2012

Pantai Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka

Sekali sekala pulang ke kampung halaman, meluangkan masa dengan keluarga dan sahabat handai yang telah lama tidak bersua muka. 

Pastinya saling bertukar-tukar cerita.. Tentang dia dan saya..

Beberapa minngu yang lepas, berkesempatan meluangkan masa bersama iema si sahabat baik sejak sekolah menengah.. 

Pastinya pantai menjadi pilihan kami. Dari dahulu hingga sekarang, masih sama.

Teringat semasa masih bersekolah lebih kurang 3 tahun yang lalu, penat belajar, lepas sekolah.. kami ke pantai bersama rakan-rakan yang lain.

Menikmati ABC di waktu petang, ditambah pula dengan pisang goreng.. (duit x byk mase sekolah dulu, hehe)

Kalau rajin, mandi laut sekali.. 

Kebetulan sekolah saya terletak berhampiran dengan pantai laut, jadi memang selalu la saya ke sana.

Kalau nak jalan-jalan luangkan masa dengan rakan-rakan atau family, boleh pilih sama ada nak ke Pantai Pengkalan Balak, Padang Kemunting dan Pantai Tg Bidara.

Tapi kalau nak cari REMIS, teringin nak bawak balik 2 3 baldi remis untuk di goreng, jom kita pergi Pantai Kuala Sg Baru. 

Tempat cari remis ni tak ramai orang tahu, dulu kami sekelurga pun tak tahu, bila ada ahli keluarga yang berkahwin dengan orang Kuala Sg Baru ini barulah kami tahu ada banyak remis kat sana.

Masa PBS yang lepas, saya sempat bawa kawan-kawan saya ke sana.. Mula-mula ingat nak bawa jalan-jalan pantai je, tapi bila fikir balik, baik bawa cari remis sebab tak banyak tempat yang ada remis banyak macam tu.

Hah, memang betul lah seperti yang di sangka, memang mereka-mereka ni tak pernah jumpa remis banyak macam tu.. Masing-masing excited. Walaupun masa sampai sana tu dah petang, air dah pasang, alhamdulillah dapat la bawak balik 2 baldi remis. Satu baldi Zati bawak balik Tangkak. 

Jadi, sapa nak pergi cari remis, bagitahu.. Saya bab jalan memang rajin (haha)

Kalau nak cari tempat tu sendiri memang susah nak jumpa rasanya, sebab kena pergi belakang rumah-rumah orang. 




Kat bawah nie gambar pantai masa saya dating dengan Iema hari tu, hiuw hiuw.. Dari petang sampai la ke senja.. Hajat nak tengok matahari terbenam tapi disebabkan nak balik cepat, tak dapat lah..

Suasana sekitar jam 6.30 ptg

Senja

Banana boat bawa penumpang, hehe

Monday, May 7, 2012

Tema Hari Guru 2012


16 Mei 2012 bakal menjelma tak lama lagi

Seperti kebiasaannya kita akan menyambut Hari Guru pada tarikh tersebut.

Sambutan Hari Guru pada tahun ini bertemakan


Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Bersama-sama ini disertakan juga lirik lagu bagi tema tahun 2012 ini


Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Bangun Beranikan Terima Seruan
Mendidik, Memimpin Penuh Berwawasan
Menciptakan Kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif
Sahutlah Cabaran, Perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku Tercinta
Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Tiada Pernah Jemu Tiada Putus Asa
Sedia Menimba Ilmu Di Mana Saja
Binakanlah Keyakinan
Merentasi Segala Halangan

Lagu : Rosman bin Adam
Lirik : Zainal Ariffin bin Yusof