Friday, January 20, 2012

Tragedi 4 November 2011

Petang itu saya mengatur perjalanan pulang ke Melaka. Warga IPG yang lain juga kebanyakkannya telah pun memulakan perjalanan untuk pulang ke rumah masing-masing, tak kira lah walau di mana sekalipun arah tujuan mereka.

Beberapa hari lagi, kami akan menyambut Hari Raya AidilAdha, sudah tentunya bersama keluarga yang senantiasa dirindui bila berjauhan, juga bersama sanak-saudara yang jauh di mata namun masih tetap dihati.

Sungguh.. Segalanya masih segar diingatan ini, kira-kira jam 5 petang, di Jalan Temenggung Ahmad, Muar. Saya melihat sendiri kejadian itu. Kecelakaan yang berlaku di depan mata saya masih dapat dibayangkan sehingga sekarang.

Saya dengan kereta, dia dengan motor. Mungkin salah saya juga kerana tak perasan akan signal ke kiri yang beliau berikan. Lalu saya hanya meneruskan perjalanan tanpa memasuki simpang kiri tersebut.

Peristiwa itu berlaku di simpang berlampu isyarat. Bila saya mahu melihat dia dengan menggunakan cermin pandang belakang, dengan jelas saya dapat lihat saat-saat dia melanggar pembahagi jalan yang mengarah ke kiri itu. Beliau terjatuh di atas tebing tersebut, beg tercampak, motor juga turut rebah! Dan yang pastinya, memang jelas kelihatan serpihan-serpihan bahagian motor yang pecah di jalan raya itu.

Ya Allah hanya tuhan saja yang tahu apa yang saya rasa ketika itu. Beristighfar panjang saya dibuatnya di dalam kereta. Dari dalam kereta, saya dah lihat orang ramai berhenti dan mula mengerumuni dia. Dia pula turut bangun dan memungut beg yang berterabur di atas jalan.Tak kurang juga, ada pak cik dari seberang jalan, turut berlari-lari ke tempat kejadian itu.

Setelah kereta diberhentikan di bahu jalan dan saya mencapai apa yang patut, langkah diatur untuk ke tempat kemalangan itu berlaku. Saya mahu mendapatkan dia, berdebar-debar hati saya dibuatnya. Apa-apa pun saya tahu tiada kecederaan yang teruk berlaku seperti patah tangan atau kaki.

Hampir saja saya di tempat tersebut, dia berpaling ke arah saya. Ya Allah, darah! darah dimuka, rasa mahu saja saya menjerit di situ, tapi disebabkan orang ramai ketika itu, ianya tertahan dan dibiarkan begitu saja.

Muka calar-balar, berdarah sana sini, dahi juga turut terluka. Tangan dibahagian kiri dan kanan kedua-duanya luka, baju yang beliau pakai juga turut terkoyak di bahagian poket. Alhamdulillah kaki tidak menunjukkan banyak luka.

Mereka yang datang dan berhenti tanda prihatin juga turut mahu menghulurkan bantuan. Ada yang mahu menghantar beliau ke klinik, ada juga yang mahu menghantar beliau ke rumah memandangkan tempat kejadian itu tidak jauh dari rumahnya.

Namun setelah meyakinkan mereka bahawa dia tidak apa-apa. Mereka beransur pulang.

Pihak yang berkenaan dihubungi, motor yang dah tak boleh nak ditolak walau sedikit tu pun hanya dibiarkan kat atas tebing jalan sahaja. Agak teruk juga keadaan motor tu.

Sesudah itu, klinik menjadi tempat tujuan seterusnya, luka dibersihkan.. Kesian sangat, ye sangat kesian.. Ya Allah ringankan kesakitannya Ya Allah.

******

Kini hampir dua bulan motor dah berada di bengkel, mungkin juga telah siap dibaiki. Jadi hanya menunggu masa sahaja untuk di ambil. Lepas ni dah ada motor, dah tak perlu susah-susah untuk naik bas. huhu takpe2.. kesusahan itukan nikmat yang tertangguh. 

Tolong jaga kesihatan, sebab saya tahu ada effect lepas awak excident tu, lepas awak terhentak dan tersembam kat atas tanah tu.. Please Please Please jage diri ok.. 

Walau kemana pun awak nak pergi lepas ini, sama ada dengan kereta atau motor, pastikan keselamatan diutamakan. Jangan nak cepat sampai je kat sesuatu tempat sehingga tak hiraukan keselamatan diri. Biar lambat asal selamat.

Happy Holiday and Take Good Care of Yourself!


masa motor sihat lagi! wee~



Maaf ye & Thanks juga!


Sungguh mulianya awak.
Walaupun saya tahu awak terseksa sebab saya sekarang nie
Tapi bila saya minta tolong..
Awak masih lagi nak tolong kita..

Thanks awak!

Sungguh baiknya awak,
Walau dah banyak kali hati awak terluka
Juga disebabkan saya,
Awak masih lagi mampu tersenyum untuk saya.

Thanks awak!

Maafkan saya sebab buat awak macam ni
Harap awak faham..
Saya pun tak terfikir ni akan berlaku
Kalau boleh saya tak nak langsung..
Awak bazirkan air mata sebab saya..

Jangan!

Jangan lemah dan rebah disebabkan saya,
Jangan disebabkan saya awak jatuh tergolek,
Jangan disebabkan saya awak gagal untuk berdiri,
Jangan hancurkan hidup awak disebabkan saya.

Betul cakap awak..

Awak kata kita mesti boleh buat keputusan yang betul,
Untuk masa depan saya,
Ye saya tahu saya akan buat keputusan
Tapi maaf, belum masanya lagi..

Terima kasih daun keladi!

Thanks ye awak
Masih lagi tolong saya sampai saat ni
Masih di sisi saya sehingga ke hari ini
Masih tak jemu menasihati saya bila perlu

Blog kita dah sihat :)
Terima kasih ye awak..
Maaf sebab dari dulu susahkan awak


Tapi saya harap awak tak kan susah lagi,
Bila saya tak ada nanti,
Jangan sedih tau..
Janji.

Apa yang awak ada masa dengan saya
Jangan ubah,
Jangan buang bila saya tak ada
Jangan jadi lain bila saya tak ada

Kesian kat orang lain
Masih ada lagi yang harapkan awak
Masih ada lagi yang mahu lihat awak tersenyum.
Masih ada lagi yang perlu komitmen awak.

Saya tahu awak boleh berdiri sendiri
Tanpa saya di sisi
Saya minta maaf..
Saya tak lagi di sisi awak..

Saya dah tak risau,
Saya tahu bila saya tak ada..
Allah ada untuk jaga awak buat saya..




Sunday, January 15, 2012

Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba


Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.
Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Ameen..




Thursday, January 12, 2012

Membuat keputusan tak sesukar untuk memahami keputusan yang dibuat


Dalam kehidupan ini kita dihadapkan dengan pelbagai jenis perkara dan dugaan. Walaupun adakala ianya pahit untuk dikunyah, apatah lagi untuk kita telan, namun kita tiada pilihan selain untuk berhadapan dengan semua itu.

"hati kita bukan kita yang pegang"

Sering kali saya mendengar ungkapan dan ayat tersebut. Saya akui ada kebenarannya di situ..

"Iman kita bertambah dan berkurang"

Itu mungkin satu antara berjuta faktor yang wujud dalam pada kita membuat pertimbangan untuk menentukan keputusan yang kita ambil terhadap sesuatu perkara.

Susahnya untuk membuat keputusan terhadap sesuatu perkara. Namun ianya tidaklah sesukar untuk kita memahami semula apa yang telah kita putuskan.

"Redha itu ikhlas, pasrah itu berserah"

Sejauh mana kita redha dengan setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita? Allah jua tempat kita bergantung dan memohon pertolongan, itu sudah pasti.

Yang menggalas bebanan tidak mungkin sama dengan yang hanya sekadar mendengar akan setiap rintihan hati. 
Tetapi apa yang terbuku dihati adakalanya perlu diluahkan andai takut ianya kelak memakan dan membinasakan diri sendiri. 

Bimbang akan menyebabkan stress atau tekanan yang melampau, lebih-lebih lagi sekiranya ia mengganggu setiap pekerjaan yang kita lakukan saban hari.

Hanya padaNya lah tempat kita bergantung, meluahkan apa yang kita rasa, apa yang terbeban di minda dan di hati.

Selain itu, carilah mereka yang sangat kita percayai untuk meluahkan. Tak kira siapa pun yang menjadi pilihan kita.. Ibu bapa, guru-guru atau teman yang boleh dikongsi rasa dan kata. 

"Be professional" 

Tak kira apa pun halangan, rintangan dan bebanan yang kita galas sekarang ini, jadilah seorang yang matang dan dewasa dalam menanganinya dan menghadapinya.

Tak guna kita lari dari masalah, kerana ianya tak akan dapat menyelesaikan apa-apa sekali pun.

"Berjuanglah.. Jangan sampai berputus asa. Sekiranya rasa putus asa melanda diri, bangunlah dan teruskan perjuangan dalam rasa putus asa itu, walau sepayah mana sekali pun untuk kita berdiri"

Itu kata seorang teman saya siang tadi, yang saya tambah sedikit beberapa kata untuk memotivasikan diri.

Apa yang kita rasa dan rancang hari ini, mungkin akan terjadi seperti yang kita rancangkan. Tetapi mungkin juga akan berlaku yang sebaliknya, mungkin juga akan terjadi sesuatu yang diluar jangkaan kita. 

Tiada siapa yang tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang melainkan Dia.

Kita merancang, Allah juga turut merancang.

Apa yang pasti, percayalah bahawa setiap yang berlaku ada sebab dan hikmah disebaliknya. Pasti ada.

Walau sering kali hati memberontak, menangis kehibaan, menjerit dan meraung walau tiada yang mendengar, siapa kita untuk melawan takdir dan ketentuanNya?

Siapa kita untuk mempersoalkan apa yang telah ditetapkan?

Ini pelajaran kehidupan buat kita yang bergelar hamba kepadaNya. Yang menjadikan kita kuat dikemudian hari. Yang meneguhkan pegangan kebergantungan kita pada Dia.

Mungkin terlalu payah untuk menerima apa yang telah terjadi, apa yang telah kita lakukan. Tapi percayalah bahawa itu yang terbaik buat kita.

Mungkin juga orang sekeliling tak habis fikir akan keputusan yang telah dibuat. Kerana seperti yang saya katakan, membuat tak sesukar untuk memahami dan mendalaminya.

Andai diri ini menyakiti hati sesiapa, maafkanlah.. Katakanlah andai ada rasa yang terbuku dihati dengan sebaiknya. Moga terungkai setiap permasalahan yang ada.

"Andai kita kehilangan"

Andai kita hilang sesuatu, jangan sampai yang lain turut terlepas dari genggaman kita.

Kita masih punya kehidupan, keluarga, pelajaran, pekerjaan dan segalanya dalam kehidupan ini.

Bimbinglah emosi kita, kawallah ia.. 

Moga suatu hari nanti kita memahami mengapa dan kenapa semuanya terjadi pada kita. Semoga kita mengerti akan keputusan yang kita telah kita buat dengan bunga-bunga senyuman yang indah di bibir.





Thursday, January 5, 2012

Kurniaan Ilahi

Terima Kasih Allah..

Atas segala limpah kurnia yang diberikan..

Sungguh aku tak mampu berdiri di sini,

Tanpa cinta dan rahmatMu..

Sungguh aku tak berdaya..

Tanpa kasih dan sayangMu..