Thursday, January 12, 2012

Membuat keputusan tak sesukar untuk memahami keputusan yang dibuat


Dalam kehidupan ini kita dihadapkan dengan pelbagai jenis perkara dan dugaan. Walaupun adakala ianya pahit untuk dikunyah, apatah lagi untuk kita telan, namun kita tiada pilihan selain untuk berhadapan dengan semua itu.

"hati kita bukan kita yang pegang"

Sering kali saya mendengar ungkapan dan ayat tersebut. Saya akui ada kebenarannya di situ..

"Iman kita bertambah dan berkurang"

Itu mungkin satu antara berjuta faktor yang wujud dalam pada kita membuat pertimbangan untuk menentukan keputusan yang kita ambil terhadap sesuatu perkara.

Susahnya untuk membuat keputusan terhadap sesuatu perkara. Namun ianya tidaklah sesukar untuk kita memahami semula apa yang telah kita putuskan.

"Redha itu ikhlas, pasrah itu berserah"

Sejauh mana kita redha dengan setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita? Allah jua tempat kita bergantung dan memohon pertolongan, itu sudah pasti.

Yang menggalas bebanan tidak mungkin sama dengan yang hanya sekadar mendengar akan setiap rintihan hati. 
Tetapi apa yang terbuku dihati adakalanya perlu diluahkan andai takut ianya kelak memakan dan membinasakan diri sendiri. 

Bimbang akan menyebabkan stress atau tekanan yang melampau, lebih-lebih lagi sekiranya ia mengganggu setiap pekerjaan yang kita lakukan saban hari.

Hanya padaNya lah tempat kita bergantung, meluahkan apa yang kita rasa, apa yang terbeban di minda dan di hati.

Selain itu, carilah mereka yang sangat kita percayai untuk meluahkan. Tak kira siapa pun yang menjadi pilihan kita.. Ibu bapa, guru-guru atau teman yang boleh dikongsi rasa dan kata. 

"Be professional" 

Tak kira apa pun halangan, rintangan dan bebanan yang kita galas sekarang ini, jadilah seorang yang matang dan dewasa dalam menanganinya dan menghadapinya.

Tak guna kita lari dari masalah, kerana ianya tak akan dapat menyelesaikan apa-apa sekali pun.

"Berjuanglah.. Jangan sampai berputus asa. Sekiranya rasa putus asa melanda diri, bangunlah dan teruskan perjuangan dalam rasa putus asa itu, walau sepayah mana sekali pun untuk kita berdiri"

Itu kata seorang teman saya siang tadi, yang saya tambah sedikit beberapa kata untuk memotivasikan diri.

Apa yang kita rasa dan rancang hari ini, mungkin akan terjadi seperti yang kita rancangkan. Tetapi mungkin juga akan berlaku yang sebaliknya, mungkin juga akan terjadi sesuatu yang diluar jangkaan kita. 

Tiada siapa yang tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang melainkan Dia.

Kita merancang, Allah juga turut merancang.

Apa yang pasti, percayalah bahawa setiap yang berlaku ada sebab dan hikmah disebaliknya. Pasti ada.

Walau sering kali hati memberontak, menangis kehibaan, menjerit dan meraung walau tiada yang mendengar, siapa kita untuk melawan takdir dan ketentuanNya?

Siapa kita untuk mempersoalkan apa yang telah ditetapkan?

Ini pelajaran kehidupan buat kita yang bergelar hamba kepadaNya. Yang menjadikan kita kuat dikemudian hari. Yang meneguhkan pegangan kebergantungan kita pada Dia.

Mungkin terlalu payah untuk menerima apa yang telah terjadi, apa yang telah kita lakukan. Tapi percayalah bahawa itu yang terbaik buat kita.

Mungkin juga orang sekeliling tak habis fikir akan keputusan yang telah dibuat. Kerana seperti yang saya katakan, membuat tak sesukar untuk memahami dan mendalaminya.

Andai diri ini menyakiti hati sesiapa, maafkanlah.. Katakanlah andai ada rasa yang terbuku dihati dengan sebaiknya. Moga terungkai setiap permasalahan yang ada.

"Andai kita kehilangan"

Andai kita hilang sesuatu, jangan sampai yang lain turut terlepas dari genggaman kita.

Kita masih punya kehidupan, keluarga, pelajaran, pekerjaan dan segalanya dalam kehidupan ini.

Bimbinglah emosi kita, kawallah ia.. 

Moga suatu hari nanti kita memahami mengapa dan kenapa semuanya terjadi pada kita. Semoga kita mengerti akan keputusan yang kita telah kita buat dengan bunga-bunga senyuman yang indah di bibir.





No comments: