Wednesday, February 29, 2012

Wordless Wednesday~ Sambutan Maulidur Rasul


Majlis Sambutan Maulidur Rasul
peringkat IPG Kampus Tun Hussein Onn,
Batu Pahat Johor..

25 Februari 2012
Dewan Sri Budiman..





**notahati : Tahniah kawan2!.. akhirnya kemenangan milik kita, huhu
                   Sampai tak tidur malam siapkan banner tu...!



Eh2, nie wordless, terlupa plak..
keh3
                   


Saturday, February 18, 2012

Gua rindu sama itu Gelanggang

Malam menjelma lagi, malam yang tenang dan sunyi sepi.. Terutamanya bagi penghuni hostel ni, lagi2 bila semua kawan2 rapat dengan saya dah "terbang" ke sana ke mari.. Ada yang balik, ada yang join program, ada yang tidur rumah kawan diorang..

Jadi tinggallah kiteww ni keseorangan di sini.. huhu

Jauh dari hiruk pikuk kota. Eh tetibe.. Sememangnya kepala jadi lapang yang teramat sangat dari masalah, bila dah sunyi2 macam nie..Tak ade bunyi bising yang buatkan kepala dan otak jadi serabut.. Jap2, nie apa kena-mengena dengan tajuk entri kali ni *confuse*

Bukan apa, nie malam minggu, lazimnya ramai antara kita yang habiskan masa untuk buat apa yang mereka nak, contohnya jalan2 sekitar bandar Batu Pahat ni, yela nak jalan masa weekdays kan busy.. Dengan tugasan, kuliah, perjumpaan bagai la dan yang sama waktu dengannya.

Bila duduk2 layan perasaan sorang-sorang ni, tetibe terasa rindu pulak nak masuk gelanggang. Serentak dengan tu semua kisah suka dan duka semasa berada di gelanggang terimbau kembali. *Fuhh lap peluh*

Silat dan saya bagai tidak dapat dipisahkan. Oh mungkin lebih tepat lagi kita kata, silat dan ahli keluarga saya memang tak dapat dipisahkan. Ok mungkin sangat tepat lagi kita katakan "orang Melaka" dan silat memang sama sekali tidak dapat dipisahkan.. hihihihi.. *tak de kena-mengane*

Nak cerita sejarah dalam dunia persilatan ni memang panjang, tapi insyaAllah saya akan cuba ringkaskan seboleh yang mungkin. ceh ceh cewah..

Dulu masa saya sekolah rendah, masa tu saya tinggal kat Ayer Keroh, Melaka. Jadi anak engineer nie memang macam nie, sikit-sikit pindah, sikit-sikit kena tolong angkat barang, pastu kemas balik kat rumah baru..

Melaka ke Negeri Sembilan ke Johor dan hampir ke Perak.. Tapi tak jadi pindah Perak sebab masa tu arwah moyang meninggal.. Merata dah kami sekeluarga pindah-randah. Nasib baik belum sampai tahap nomat kihkihkih.

Dia dah mengarut dah.. Ok balik pada cerita sebenar, ehem2. Masa tu umur saya 9 tahun, saya ingat lagi, masa tu saya mula joinkan diri dengan silat. Saya tak join silat yang dekat sekolah tu, ala yang kena isi borang dan bagi nama dulu sebelum nak masuk silat kat sekolah tuuu..

Saya join silat yang Taman saya punya. Sekarang tak tahulah ada ke tak group silat ni. Saya tak join sorang-sorang, eh mestilah kena tarik adik sekali join silat ni. Masa tu dia darjah satu, saya darjah tiga, adiklah peserta paling muda dan kecik sekali masa tu.

Silat ada banyak jenis dan nama. Ade silat zahir ada yang batin jugak.. Huh yang ni boleh sampai terbang parang semua, tapi tak yah la nak join silat tu kalau rasa dia punya cara macam tak betul je..

First silat yang saya join, silat Hulubalang. Silat ni seingat saya budak-budak muda yang join, masa tu saya kecik lagi, yang saya ingat ada gak la dak2 sekolah menengah yang join. Yang part ayah-ayah dan pakcik-pakcik punya tak ada sebab kami yang muda-muda lagi gagah perkasa ni je yang join.

Pergi latihan seminggu sekali, Jumaat malam Sabtu, dari pukul 8 malam sampai pukul 10 la lebih kurang. Yang ni dekat gelanggang dekat dengan Dewan Taman Ayer Keroh Heights.. Gelanggang, of course mesti berpasir, baru best, kalau pasir dah tak de, tambak balik..

Dari bab memukul, mengelak, menendang, lawan antara satu sama lain, training untuk buat persembahan semuanya seronok. Paling tak boleh lupa bila kami yang adik-adik nie duduk kat atas bahu mereka yang besar-besar tua bangka ni, pastu buat movement, yang duduk kat atas bahu buat gerak menumbuk, yang tukang kendong budak-budak buat langkah dengan kaki.

Bila Sabtu Ahad macam biasalah banyak majlis perkahwinan, dan kami banyak dapat tempahan untuk buat persembahan sekitar dalam negeri Melaka. Ingat lagi masa tu, pergi naik van, ada la dalam belas-belas orang jugak yang pergi.

Dengan baju silat warna hitam bertali pinggang merah, pastu kat kepala ikat jugak kain warna merah. Fulamak, dapat bayangkan tak betapa comelnya saya masa tu.. ^_^

Silat ni salah satu dari cabang-cabang seni, cikgu silat saya ada ajar saya buat satu gaya bersembahan ni, yang mana nanti dak-dak silat yang lain berdiri dalam bentuk U, saya ditengah-tengah akan persembahkan persembahan tersebut.

Ni kira acara individu lepas buat persembahan beramai-ramai. Akan ada juga budak-budak group saya yang lain buat persembahan solo, macam-macam gayalah.

Huh serius rindu semua tu.

Bila kat sekolah menengah, ok masa ni saya dah pindah Masjid Tanah dah, ada jugak silat kat sekolah, tapi saya tak join, ni silat Gayung. huhu tali pinggang warna kuning.

Sampailah masa form 3 saya satu family join lagi silat, ni Silat Pancasila pulak, dari Kedah. cikgu yang ajar tu dari sana.

Yang ni lagi best, sebab bukan setakat saya satu family je yang join, sekali dengan keluarga Pak Ngah, Pak Cik, Pak Teh join sekali. Sebab ayah ada bukak gelanggang dekat belakang rumah nenek. Memang ramai, bila malam je penuh dengan budak-budak silat.

Siap sekali sepupu-sepupu saya bawak member-member dia, saya pun bawak member jugak, memang penuh la gelanggang tu. Memang best.

Dan kini.. kini.. kini..

Bila dah di IPG, ada juga silat, Silat Sendeng, saya join dengan kawan-kawan yang lain. Tapi makin lama makin kurang orang yang datang, nak join silat memang perlukan komitmen.. Tapi bila masing-masing dah bz dengan kerja masing-masing, memang tak dapat la nak turun latihan.

Setiap silat itu unik. Silat sendeng ni seni diaaa.. kena sendengkan badan, haha bagi senget sikit badan tu.. Dari segi asas memang sama, tumbuk, tendang.. dan cikgu silat ajar jugak main kayu.. salah pukul habis la..

Dan sekarang..

Ye sekarang, saat saya tengah sibuk-sibuk menulis entri ni, jari digerakkan mengikut apa yang berkata-kata dalam hati dan juga yang berada di minda, saya rindu akan semua itu..

Dah lama tak gi silat, dah lama tak buat gerak-gerakkan yang dapat buat badan jadi "segar" lepas training.. Dah lama tak dengar cikgu bebel-bebel bagi tips pasal cara nak bagi nampak lagi bergaya bila buat gerakkan.

Tak kira apa pun jenis dan nama ilmu mempertahankan diri yang awak-awak sekalian join, silat ke tomoi ke kungfu ke, bagi saya la kan.. Ia memang bagus.. banyak kelebihannya..

Jadi, jom la join ramai-ramai..


Friday, February 17, 2012

Yang Kita Ada Hanyalah Sekarang.




Kehidupan : Untuk Kita Pendosa - Yang Kita Ada Hanyalah Sekarang.

Melihat-lihat gambar semasa kecil, meningkat remaja, dan remaja membuatkan saya rasa rawan. Saya sentiasa berkata kepada diri saya sendiri, bahawa kalau diberi pilihan, saya akan pulang ke masa dahulu untuk mengubah diri.
Memang, manusia dalam meneruskan kehidupan, ada kalanya dia melakukan perkara-perkara bodoh.
Bila teringatkan perkara bodoh yang dia lakukan, dia akan terasa ingin kembali untuk pada waktu sebelum dia melakukan kebodohan.
Namun, manusia tidak mempunyai semalam. Juga manusia belum tentu menghadiri esok. Dan manusia belum tentu meghabisi hari ini. Yang manusia ada hanyalah sekarang.
Sekarang untuk dia hargai, dan membuat peningkatan diri.
Ramai tidak menghargai
Kita menjalani hidup sehari-hari tanpa gusar. Seakan-akan semalam itu boleh kita kutip kembali bila-bila masa. Seakan-akan juga esok itu 100% pastinya ada. Sepertinya kita amat yakin, hari ini kita mampu kita tamatkan dengan baik.
Ramai tidak menghargai kehidupan, lantas mengisinya dengan perkara yang sia-sia.
Saya tidak mengira sia-sia itu dengan apa yang manusia lihat sia-sia. Tetapi saya mengira sia-sia itu dengan apa yang Allah SWT katakan sebagai sia-sia.
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”. Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.” Ayat 103-105 Surah Al-Kahfi.
Saya tidak peduli kalau kita lakukan sesuatu, dan manusia tidak menilainya, atau manusia tidak memberikan perhatian terhadapnya. Sebagai contoh – ikhlas, niat yang bersih, amalan qiam di malam hari, berapa helai bacaan Al-Quran kita, berapa zikir kita wiridkan, berapa rapatnya hubungan kita dengan Allah SWT.
Sebab saya hanya peduli, apa yang Allah kira pada kita. Apa yang Allah nilai.
Dan saya sentiasa yakin, apa-apa sahaja yang Allah katakan baik untuk kita lakukan, itu semestinya baik untuk hubungan kita dengan manusia sekeliling. Allah tidak pernah menyuruh kita melakukan sesuatu yang membawa mudarat pada diri dan juga orang ramai.
Cuba fikirkan.
Namun. Ramai yang tidak menghargai. Waktu-waktu diberikan, dihabiskan untuk memenuhi kehendak manusia semata-mata. Untuk memenuhi tuntutan mereka sahaja. Sebab itu, hendak dapat banyak A, atau mendapat pointer yang tinggi, atau mendapat laba yang besar, atau hendak menyenangkan hati manusia lain, manusia sanggup berbohong, menipu dan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

Nanti Allah akan tanya
Adakah saya rasa rugi dengan masa belakang saya, rasa ingin kembali, hanya kerana kenangan-kenangan yang berharga? Hanya kerana rasa rindu dengan suasana-suasana yang ada pada waktu-waktu dahulu?
Itu bukan masalahnya. Yang membuatkan saya rasa rawan, terkilan, dan kadangkala terasa hati, adalah kerana apabila saya melihat waktu-waktu belakang saya, maka saya akan terfikir, bagaimana Allah SWT akan bertanya pada saya akan hari-hari yang telah saya lalui itu.
Dan saya sudah tidak boleh memperbaikinya.
Adakah sesiapa yang dapat kembali kepada semalam?
Jadi bagaimana? Bagaimana kalau Allah tanya?
“Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), – iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): “Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)”. Surah An-naba’ ayat 40.

Sebab itu, sekarang adalah amat berharga
Manusia tidak nampak, bahawa dia akan pulang kepada Yang Maha Berkuasa. Yang Maha Bijaksana. Yang Maha Memerhatikan. Yang Maha Mengetahui.
Sebab itu, waktu sekarang, mereka salah gunakan dengan hidup untuk perkara lain. Kebanyakan perkara, atau kesemua perkara yang dilakukan, tidak dihubungkan dengan Allah SWT. Kerja, tidak dihubungkan dengan Allah. Studi, tidak dihubungkan dengan Allah. Canda, tidak dihubungkan dengan Allah. Makan minum, riadhah, kehidupan seharian, langsung tidak dihubungkan kepada Allah SWT. Sebab itu, perkara-perkara tidak syara’ menembus masuk dan menyerang kehidupan manusia dari segenap arah.
Sedangkan, sekarang adalah berharga. Sebelum ia bertukar menjadi masa lalu, semalam, minggu lepas, bulan lepas, setahun lepas, 10 tahun lepas.
“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian – Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” Surah Al-‘Asr ayat 1-3.
Tidakkah manusia benar-benar faham, bahawa mereka hanya mempunyai sekarang?
Sekaranglah masa memohon ampun, sekaranglah masa memperbaiki diri, sekaranglah masa mengubati hati, sekaranglah masanya untuk menggerakkan diri ke arah Yang Kekal Abadi.
Kita hanya ada sekarang.
Tidakkah manusia memerhatikan?

Penutup: Nanti bila Allah berpaling…
Allah SWT adalah Yang Maha Penyayang, Maha Pengasih, Maha Mencintai, Maha Pengampun. Tiada yang mampu menandingi kasih-sayang-Nya. Tiada siapa yang mampu menandingi cinta-Nya. Tiada yang mampu menyaingi keampunan-Nya.
Tetapi akan wujud satu hari, di mana Allah SWT tidak lagi membuka kasih sayang-Nya, melainkan kepada mereka yang telah mendapat kasih sayang-Nya. Akan tiba satu hari di mana Allah menutup ampunan-Nya melainkan untuk mereka yang telah diampunkan-Nya. Akan sampai satu hari di mana  Allah menutup cinta-Nya melainkan untuk mereka yang telah dicintai-Nya.
Itulah dia Hari Akhirat.
Allah akan murka semurka-murkanya pada mereka yang telah diberi peluang tetapi mensia-siakannya. Allah akan marah semarah-marahnya, pada mereka yang telah diberi peringatan tetapi tidak mengendahkannya.
Hari itu Allah akan berpaling.
“Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”. Lalu berkatalah orang yang berdosa: “Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?” Allah berfirman: “Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan”.” Surah Toha 124-126
Dan kita hanya punya kehancuran. Ketika itu kita tidak punya lagi ‘sekarang’ atau ‘hari esok’. Yang kita hanya ada adalah apa-apa yang telah kita lepaskan.
Tergantung di neraka. Di tengah-tengah kematian dan kehidupan.
“Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya, Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya), Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.” Surah Al’A’laa ayat 11-13.


Saturday, February 11, 2012

Pilihan yang menyeronokkan.

google image

Adat lah kalau hidup kita ni ada kalanya diwarnai dengan pelbagai warna suka dan duka.. Teettt tibe2 teringat slide presentation bagi "Hubungan Etnik" yang saya buat berwarna-warni.

Kata lecturer.. "Walaupun warnanya agak kekelingan sedikit......". Oh maaflah bagi kawan2 kaum india, bukan mahu menyutuk ye.. weee~

Hehe, adakah itu melambangkan bahawa hidup saya dan hidup kamu-kamu semua sebenarnya memang diwarnai dengan pelbagai warna tak kira yang cantik mahupun kurang cantik, yang gelap atau terang???

Hmm,persoalan di situ...

Dalam tenang, akan ada tekanan yang datang. Barangkali untuk menguji sejauh mana kita akan kekal tenang untuk menghadapi sesuatu masalah.

Dalam senyum, pasti akan ada rintangan yang memaksa kita untuk berhenti dari senyum, lalu yang tinggal hanyalah muka kelat dan masam mencuka.

Heeiiissshhhh...

Sungguh tak cantik dan hensem lahhhh muka tu jadinya..

Tapi apa yang pasti, kita tidak akan dapat mengelak, dan kita memang tidak boleh mengelak dengan setiap cabaran yang datang.

Berhadapanlah..

walau seperit dan sesusah mana pun ianya harus kita hadapi.

Siapa tahu mungkin akan ada pelangi yang muncul tidak lama lagi..

Dan kini.. pada waktu ini.. saya memilih untuk menghadapi semuanya dengan jiwa yang kental (walaupun tak sekuat mana), muka bersahaja, lagak bagai tidak ada apa-apa.. hehehehe, (ketawa lagi)

Kerana saya tahu, hidup ini penuh WARNA dan MENYERONOKKAN...

** May Allah Bless**