Saturday, March 31, 2012

HambaMu~




layan lagu nie lagi best.. huhu ^-^
sendiri2 lg seronok =)

Monday, March 12, 2012

12312 =)

Alhamdulillah akhirnya hari penuh bersejarah ini telah tiba juga!

Terima kasih buat semua..

Especially KH =)

15 tahun dahulu..


Mengimbau kenangan dan pengalaman lampau memang mengasyikkan. Yang gembira pastinya dirindui, yang pahit pastinya lucu jika dikenang kembali. Lantas difikiran terlintaslah beberapa potong ayat dan salah satunya berbunyi begini.. "kelakarnya waktu itu..."

Pengalaman.. Setiap insan pastinya berbeza. Pasti ada perkara yang mampu membuatkan kita ketawa, tersenyum malahan boleh membuat kita menangis kembali.

15 tahun dahulu..

Ketika usia baru mencecah 6 tahun, ketika dunia hanya penuh dengan permainan dan gelak-tawa dengan rakan-rakan sepermainan. Sungguh indah saat itu.

Tiada pelajaran yang perlu ditelaah untuk peperiksaan yang menjelang. Tiada assignment yang perlu disiapkan, nota yang perlu di-up date mengikut keperluan, tiada masalah "besar-besar" yang memerlukan perhatian dan kesungguhan untuk diselesaikan.

Yang ada hanyalah seorang kanak-kanak perempuan yang hidup dengan kasih sayang mak dan ayahnya, yang  diasuh dan begitu dipelihara bagai menatang minyak yang penuh.. Yang ditegur, dimarahi dan dirotan apabila membuat kesalahan. Yang hidupnya bertemankan seorang adik yang juga masih kecil dan tidak mengerti apa-apa. Banyak mendapat bimbingan dan tunjuk-ajar daripada sifu-sifu terhormat, semestinya Kak Nurul dan Abang Ngah, satu-satunya "kakak dan abang" yang saya miliki dalam hidup ini. Sememangnya mereka pakar dalam memantapkan lagi skill-skill yang saya ada dalam dunia kanak-kanak ketika itu.

15 tahun dahulu...

Saya hanyalah seorang anak kecil dalam sebuah keluarga yang sangat bahagia. Masih dapat dingat lagi, usia sebegini kanak-kanak seusia saya dah pun melangkah kaki ke tadika, diperkenalkan dengan matapelajaran A B C dan alif ba ta.. Mula diajar untuk mendisiplinkan diri dengan peraturan. 

Kanak-kanak nakal dan ceria. Itulah saya. Hanya tahu bermain, bermain dan bermain. 

Bekejar ke sana kemari, salah langkah diatur, tersadung di sana-sini. Walau berdarah dan calar anggota badan, tiada istilah serik dalam kamus hidup ketika itu. Lagi-lagi bila taman permainan depan rumah, tengah-tengah hari pun nak bermain juga, sehinggakan pagar terpaksa dikunci bila ayah keluar bekerja. Namun semua itu bukan penghalang bagi kanak-kanak comel ini untuk keluar bermain, huhu~

Entah dari mana semangat yang datang telah berjaya membuatkan saya lolos dari rumah yang pagarnya berkunci itu. Dengan susah payah (tak susah mana pun), saya panjat pagar. Ye panjat pagar, semata-mata mahu keluar bermain di padang. comel kan hehe

Jari-jemari menari-nari mengikut rentak sambil tersenyum, sungguh saya terkenangkan zaman      nakal-nakal saya dahulu.. Ok jom sambung...

Suatu pagi saya ke sekolah tadika seperti biasa. Ditemani Fuad (5 tahun) yang sama sekolah dengan saya dan juga Pak Lang (ayah Fuad). Ketika semua kanak-kanak ribena yang lain dah masuk ke kelas dan memulakan pelajaran,saya masih lagi tercegat dan duduk di sebuah kedai yang terletak di depan sekolah. 

Perasaan malas dan tak suka pergi sekolah memang menebal ketika itu. oh ye, rasa tu hanya wujud masa saya kat sekolah yang kedua jerrr. Kebetulan kedai tu milik atuk saya. Jadi, memang best la kan ponteng sekolah sorang-sorang sambil melepak di kedai atuk. Masa tu pulak pak long yang jaga kedai, dia mesti faham punyalaaaa huhu.

Kakak tak nak pergi sekolah ke.. tanya beliau, saya diam je tak bagi apa-apa respon. Lalu beliau biarkan saja saya duduk melayan perasaan.

Aduh, paling best bila sesi ponteng sekolah saya buat kali yang pertama itu telah dirosakkan oleh Pak Su. Masa ni pulak beliau nak datang kedai beli barang. Balik rumah apa lagi, memang masak saya dikerjakan oleh ayahanda tersayang.

******

15 tahun dahulu.. 

Terlalu banyak untuk dikenang, walau masa itu terlalu jauh ditinggalkan dan tertinggal di belakang, segala yang berlaku tetap dalam hati dan diingatan. Kedegilan dan kenakalan zaman dahulu kala banyak mematangkan saya, menjadikan saya lebih "sopan" ketika meniti usia dewasa. Menjadikan saya lebih kuat dan berani, dan menjadikan saya seorang yang bersemangat waja dalam menjalani kehidupan ini.. =)

8 MAC 1997

Lahirnya beliau. Melengkapkan lagi hidup saya yang indah itu. Lahirnya si kecil itu, menjadikan saya kakak yang mempunyai dua orang adik yang comel-comel. Dari satu bertambah menjadi dua orang. Bertambah jugalah rakan dan teman saya untuk bermain.

Kami membesar bersama-sama, gelak ketawa bersama-sama, bergaduh bersama-sama, adakalanya saling dengki-mendengki juga bersama-sama namun beberapa ketika kemudian akan kembali berpelukan kembali. 

Hari ini genaplah usianya. Telah bermusafir di bumi Allah ini selama 15 tahun lamanya. Telah membesar daripada seorang anak kecil kepada seorang remaja.

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 15 buat adikku... 

Semoga sentiasa dibawah peliharaan Allah swt hendaknya, dilimpahkan kemudahan dan kelapangan dalam setiap perkara yang dilakukan. Berjaya cemerlang di dunia dan di akhirat.. 







notahati : Entri khas buat adik yg banyak songeh nie ambil masa berhari2 untuk disiapkan, tengah khusyuk2 menaip, hostel tibe2 black out, bila dah start menaip balik, laptop tibe2 padam.. last2 terus x bukak langsung smpailah selamat sampai mlake.. =)