Monday, April 30, 2012

Khabar Angin


Tak tahu apa yang dirasa bila khabar ini sampai di pengetahuan saya.. Mahu tergelak terasa macam nak marah pula..

Tak tahu macam mana berita yang tak benar sama sekali tu boleh sampai ke pengetahuan pelajar-pelajar yang bukan sama aliran dengan saya, sedangkan kawan-kawan kelas saya pun tidak tahu dan tak kata apa-apa. Pelik2.

Pantai mana yang tak dipukul ombak. Hubungan mana yang tak pernah diduga. Tak kira la apa jenis hubungan sekalipun, antara ibu bapa dan anak, antara sahabat handai, antara adik-beradik, guru dan anak murid dan banyak lagi la.

Laman ini adakalanya jadi tempat untuk meluah kata dan rasa. Sememangnya emosi dan apa yang kita rasa mempengaruhi apa yang kita tulis dan mahu sampaikan. Lebih-lebih lagi apabila kita menulis dengan sepenuh hati..

Tak semestinya apa yang kita sedih dan tangiskan adalah disebabkan hubungan kita dengan seseorang.

Boleh jadi disebabkan perkara lain. Kematian haiwan kesayangan mungkin... Kehilangan barang yang disayangi mungkin... Atau mungkin juga terlepas satu peluang keemasan yang ditunggu selama ini..

Mudahnya membuat andaian dan kesimpulan. "Oh dia begini begini dan begini.."

"Oh dia dah tak......"

Senangnya membuat tanggapan yang sama sekali tidak berasas. Tak mahu bertanya dari hati ke hati dengan empunya diri? Sudah tentu tidak. Mahu salahkan siapa? Tidak tahu mana silapnya..

Kelakar rasanya, sedangkan yang rapat dengan diri ini pun tidak tahu apa-apa, dan yang tahu "cerita betul" kononnya.. tahu segalanya. Seboleh-boleh mahu mempertahankan apa yang mereka tahu.

Mungkinkah atas faktor perubahan yang terjadi sejak kebelakangan ini? Dia atau saya, mungkin ada anjakan paradigma yang kami lakukan. Lalu atas sebab itulah terjadinya andaian itu, lahirnya pemikiran yang sebegitu.


Tak ada apa yang berubah, dari dahulu hingga sekarang, semuanya masih sama seperti dahulu, kami baik-baik saja..


Khabar angin. Saya kira penyebarannya lebih dahsyat daripada angin taufan yang bertiup.

Cepat sungguh berita tersebar... Inilah namanya masyarakat..

Jangan buat sebarang andaian, jika tuan punya badan tak keluarkan apa-apa kenyataan..

Ceh, dah macam artis plak.. tak mahu2, huhu..




Saturday, April 28, 2012

SMA Al-Ehya El-Karim dan Anugerah PIBG Cemerlang




Tahniah buat semua warga MEKAR
(Maahad Ehya El-Karim)


Tersegam indah MEKAR
Mencapai satu wawasan
Pelajar berdisiplin guru dedikasi
Warga Maahad disanjung tinggi

Sekolahku Maahad Al-Ehya El-Karim 
Terus harum di pelusuk dunia
Kami bangga menjaga oh namamu
Impian kan jadi kenyataan

Al-Quran As-Sunnah jadi panduan
Rukun Iman Islam teras kami
Nama maruahmu kan kami jaga
Demi agama bangsa dan negara

majulah MEKAR sekolahku
majulah MEKAR sekolahku


Ehya' El Karim : kehidupan yang mulia..
Moga diberkati Allah =)


Terkenangkan semua kenangan yang ada sepanjang 5 tahun di sana.. Ukhuwah bersama semua warga sekolah. Bilangan pelajar yang tidak terlalu ramai, menyebabkan kita akan saling kenal-mengenali antara satu sama lain, x kira kelas apa dan tingkatan apa..

SPM 2008, calon SPM hanya seramai 36 orang.. Tingkatan 5 hanya 2 kelas.. 5 Khadijah dan 5 Aisyah masing-masing 18 orang pelajar sahaja. 5K budak2 PA (Prinsip Akaun) 5A pulak budak2 Perd (Perdagangan).



**adeh, mana majalah sekolah nie x jumpe2, aisshhh.**

Tahniah SMA Al-Ehya' El-Karim


En. Zaid Md. Saman : Pengerusi PIBG
Tuan Haji Johari bin Samad : Pengetua SMA Al-Ehya El-Karim

MUHYIDDIN Yassin mengucapkan tahniah kepada Zaid Md. Saman (dua dari kanan) sambil diperhatikan Dr. Wee Ka Siong (dua dari kiri) dan Abd. Ghafar Mahmud (kanan) pada majlis Anugerah Cemerlang PIBG Kebangsaan 2011, di Tapak Pameran Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang, Selangor, semalam. - UTUSAN/SAIFUL BAHARI ASHARI

KUALA LUMPUR 25 April - Sekolah Menengah Agama (JAIM) Al-Ehya El-Karim dari Melaka muncul pemenang sulung Anugerah Cemerlang Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kebangsaan yang baru diperkenalkan.

Sekolah tersebut dipilih sebagai pemenang kerana kemampuannya mengurus PIBG secara berkesan sehingga membolehkan pelbagai program berkualiti dilaksanakan hasil sumbangan ibu bapa dan pihak berkepentingan.
Kemenangan itu membolehkan sekolah berkenaan membawa pulang wang tunai RM50,000, Piala Pusingan Menteri Pelajaran serta sijil penghargaan.

Anugerah itu disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran.
Pada majlis sama, Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield dari Selangor muncul PIBG cemerlang bagi kategori sekolah menengah manakala Sekolah Kebangsaan Methodist Kuantan, Pahang pula pemenang bagi kategori sekolah rendah.

Kedua-dua sekolah berkenaan membawa pulang wang tunai RM30,000 beserta sijil penghargaan.
Sementara itu, Pengerusi PIBG SMA Al-Ehya El-Karim, Zaid Md. Saman berkata, pihak persatuan memang merangka dan menggerakkan pelbagai program secara berterusan untuk tempoh sepanjang tahun.

Jelasnya, hasil kerjasama agresif antara PIBG dan pihak pengurusan sekolah, mereka berjaya mengumpul dana RM1 juta dan membina sebuah asrama serbaguna walaupun jumlah pelajar hanya 370 orang.

“Hasil daripada dana inilah yang kami guna untuk membiayai kelas tambahan, ceramah motivasi, menyediakan makanan cerdas minda kepada semua pelajar setiap hari serta membekalkan peralatan peperiksaan," ujarnya.


Sunday, April 22, 2012

Kasih Sayang


Alhamdulillah dengan limpah dan kurniaNya kita masih diberi peluang dan mempunyai peluang untuk menikmati kehidupan yang indah ini. Bersama orang-orang di sekeliling juga bersama mereka yang kita kasihi dan sayangi.

Manusia hidup dengan kasih sayang yang ada, kasih sayang daripada Tuhannya, kasih sayang daripada keluarga dan orang-orang yang terdekat.

Kasih sayang dapat melorongkan kehidupan manusia menjadi lebih teratur, bahagia dan lebih bermakna. Maka dengan hilangnya kasih sayang dan perhatian daripada orang-orang penting dalam hidup kita, akan pincanglah sesebuah perhubungan dan kehidupan itu.

Perhatian dan kasih sayang amat penting. Kurang kasih sayang, kurang perhatian yang diberikan, akan menyebabkan seseorang itu menjadi tak tentu hala. Cepat marah, cepat mengamuk, senang kecewa, mudah rasa hampa dan yang lebih teruk lagi apabila mereka mengasingkan diri dan tidak mahu terlibat dengan sebarang bentuk komunikasi.



Sekadar renungan di pagi hari..

Teringat adik2 yang banyak songeh..

nur izzaty, nur syahirah, nurul syafiqah..

juga mak ayah tersayang =)


Thursday, April 19, 2012

Serupa tapi tak sama.

Pagi yang indah, aman damai, dapat dirasa hembusan angin sepoi-sepoi bahasa. Dipertengahan kelas, hujan turun mencurah-curah.. Sesuai dengan keadaan cuaca pagi ini.. Mendung dan tak panas, tiba-tiba mood Cameron Higland datang.. hehe

Teringat perbualan di antara saya, rakan dan tuan punya kedai. Semalam saya ke kedai komputer. Laptop yang dah dihantar beberapa hari yang lalu dah dapat dikesan apa penyakitnya.

Motherboard. Huh, agak parah disitu nampaknya. Laptop yang selama ini tak pernah sakit dan menunjukkan sebarang tanda "kemerengan" disahkan rosak oleh mereka yang pakar dalam bidang-bidang pengkomputeran ni..

Ada dua jalan penyelesaian, pertama laptop tu kena hantar ke KL untuk tukar apa yang patut, yang kedua beli baru je la..

Saya tak buat apa-apa keputusan lagi masa tu. Laptop tu saya ambil semula, nak dapatkan pandangan dari kenalan yang tahu tentang selok-belok komputer ni dulu sebelum buat apa-apa.

Rasa sedih pulak bila laptop rosak, huhu.. Em mungkin sebab laptop tu ayah yang belikan dulu. Masa saya belajar dekat USIM, masa tengah sibuk2 dengan kelas, task dan kuiz.. Ayah datang hantar laptop.. 

Saya memang sayang kalau barang atau sesuatu tu orang lain yang bagi.. Tapi kalau guna duit sendiri memang tak rasa sangat sedihnya tu. 

Orang lain mungkin akan rasa sayang bila guna duit sendiri, tapi tak bagi saya.. Kalau barang yang orang tu bagi yang itu lah.. memang sebolehnya saya akan jaga betul2.. sebab bagi saya, kalau kita dapat tukar yang lain dengan warranty sekalipun.. Yang dah ditukar tu tak akan sama dengan apa yang kita dapat mula-mula.

Sebab tu bila jadi macam nie, sekalipun saya akan beli laptop baru nanti kalau itu je cara yang ada, saya nak cuba jugak betulkan laptop yang ada nie, walaupun potensi laptop tu nak elok agak tipis.. 

Assignment dah settle, tinggal beberapa tugasan yang perlu diselesaikan.. Tak lama lagi nak exam dah.. mungkin akan gunakan laptop jugak walaupun tak sekerap masa musim demam assignment..

Masa laptop rosak, kebetulan ada laptop lebih dekat rumah, dapat la saya pinjam.. Mula-mula tu adik2 tak nak bagi jugak sebab nak guna masa on line nanti.. Ayah dah beli laptop baru, jadi dapat gak la guna laptop nie. Kalau x, x merasa la nak update blog, huhu..

Thanks Ayah bagi pinjam.. ^_^ Semoga urusan pelajaran ayah masa study Master ni dipermudahkan.. Kalau ade rezeki jadi Dr Azman la ye.. Tak pun Ir pun best jugak.. amin amin.. =)


Jom motivasikan diri, layan video nie jap.. best =)



Jangan lupa muhasabah diri kita.. Tak salah kalau kita cuba jadi yang terbaik..


Ikhlas,
Cahaya Pilihan Yang Terbaik..



Saturday, April 14, 2012

Depan murid-murid jangan senyum =)

Hidup sememangnya perlu diceriakan dengan senyuman dan gelak tawa, dari kita dan orang-orang sekeliling. Kerana senyuman ikhlas yang lahir dari hati melambangkan betapa gembira, bahagia dan cerianya hidup seseorang itu.

Tapi harus diingat, senyuman dan gelak tawa yang kita lihat, belum tentu menggambarkan rasa sebenar yang ada pada hati seseorang itu.

Walau kita jenis yang ceria, 24 jam penuh dengan senyuman, hidup penuh bunga-bunga yang berwarna-warni..

Ada masanya kita perlu serius.. bergantung pada situasi yang kita hadapi.

Memang kita tak akan tahu apa yang kita boleh buat sehinggalah kita berani melangkah ke hadapan dan cuba untuk melakukannya.

Depan murid-murid jangan senyum.. kata ustaz saya tadi..

Teringat satu peristiwa semasa PBS 3 baru-baru ini..

Bila mana saya dan rakan-rakan saya yang lain diamanahkan untuk menjadi guru ganti bagi kelas-kelas tertentu, lebih-lebih lagi bila sekolah tersebut menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Bola Baling peringkat kawasan. Tak menang tangan kami dibuatnya.

Dah dapat kelas, masing-masing bergerak ke kelas yang telah ditetapkan ikut jadual dan masa yang diberi. Saya dapat kelas darjah 6C, kelas yang paling hujung.. Tapi tak ramai murid dalam kelas, sebahagiannya dah pergi padang join bola baling.

Yang tinggal berapa kerat tu pn mula2 sibuk2 nak turun bawah jugak.. Last2 saya suruh mereka nyanyi dan saya rakam. Hajatnya nak rakam mereka nyanyi lagu sekolah je.. Sebab masa saya dengar lagu sekolah masa perhimpunan hari Isnin, lagu sekolah tu best, rentak dan lirik dua-dua best. Rasa macam jiwa pejuang wujud dalam diri plak, hehehe.. sekolah dalam kem la katakan..

Disebabkan murid-murid dalam kelas tu memang sporting, dengan lagu negeri Melaka dan Wawasan Pendidikan Negeri Melaka sekali mereka nyanyi.. Lagu patriotik 3 buah lagu..

Bila dah habis, nak nyanyi lagi la plak.. macam-macam lagu mereka nyanyi..

Lain ceritanya dengan kawan-kawan saya, . ada yang kata nak kawal kelas bukan main susah sebab murid-muridnya yang kuat sangat bercakap dan tak tahu duduk diam..

Sampaikan seorang kawan yang sepanjang kami berkawan dengan dia, tak pernah dengar dia menjerit, apatah lagi bercakap dengan nada yang sangat kuat tak kira di dalam kelas atau di luar kelas, semasa perbentangan pun kena ingatkan supaya kuatkan suara yang sayup2 kedengaran dari sudut belakang kelas..

Namun pada masa tersebut, beliau telah berjaya mengeluarkan suara emas yang beliau simpan selama ini.. Keh3, sampai terkejut kawan saya yang seorang lagi. Sampai menangis budak yang kena marah dengan kawan bersuara emas itu.

Alangkah ruginya saya tak ada masa tu.. kalau tak, dapat gak tengok dia marah budak, dapat gak tengok dia jadi garang sebab selama ni asek kena buli dengan orang je.. hehehehe

Tahniah buat kawan2 yang berjaya handle kelas dengan jayanya.. Ifa yang buat budak takut sampai nangis. Zati yang jaga kelas darjah 1 yang x leh dok diam tu dengan garangnya.. sis nadiah yang jadi guru pembimbing dak2 tahun 5 buat latihan dengan cemerlangnya.. (sory yg lain2 aktiviti tak dapat ingat) huhu


Tuesday, April 3, 2012

ADHD

Kenal ADHD??. Mari sini saya perkenalkan, bagi yang dah tahu, duduk diam2 ye..

ADHD atau bahasa mudahnya kita panggil sebagai hiperaktif.. atau kata lainnya boleh juga dikatakan sebagai terlebih aktif, sangat aktif dan yang sewaktu dengannya..

Hrmm banyak kisahnya tentang pelajar atau budak yang hiperaktif ni, setakat ni kalau kat sekolah memang selalu berhadapan dengan budak yang terlebih nakal, tak tahu duduk diam.. Pergh jenuh juga cikgu nie nak handle kelas tersebut. Lebih2 lagi apabila majoriti daripada mereka dilahirkan sebagai anak pejuang negara yang handal-handal belaka.

Dua orang adik sepupu saya, seorang lelaki dan seorang perempuan.. Boleh la kita kategorikan sebagai hiperaktif. Yang mana memang terserlah gaya dan tingkah lakunya yang sangat aktif dan tak tahu duduk diam.

Pantang nampak kita diam je, dia akan kacau, ajak bermain, adakalanya membebel, memuji kita.. adakalanya mengutuk pulak tu..

Begitulah mereka, ada keistimewaannya tersendiri..

Ada kelebihan dan keunikan yang Allah ciptakan buat mereka..



kami ok , jangan risau, thanks sbb care..

Ok, sambung buat kerja jom, huhu ~