Thursday, May 31, 2012

Untuk Kau, Sahabatku..


Khas buat semua sahabat, kawan, dan teman yang teristimewa ^_^
Juga buat semua yang mengenali diri ini..





Monday, May 21, 2012

Rancangan..?




Sebenarnya dalam dunia memang banyak benda yang berlaku tanpa kita duga. Kita fikir setiap apa yang kita rancangkan akan berjalan seperti mana yang kita harapkan.

Tapi mungkin ada masanya kita terlupa. Kita merancang, dan pada masa yang sama Allah turut merancang.

Bezanya ialah perancangan yang diaturkan oleh Allah untuk kita adalah lebih sempurna. Dia Maha Mengetahui tentang apa yang terbaik untuk kita, dan apa yang buruk untuk kita.

Boleh jadi kita sangat suka akan sesuatu, padahal perkara itu adalah buruk bagi kita, dan boleh jadi kita sangat benci akan sesuatu.. walhal perkara itu baik untuk kita.

bersabarlah, dan teruskan berdoa agar Allah sentiasa memberikan kita yang terbaik.





Friday, May 18, 2012

Realiti tentang diri ini

Matahari sudah tegak di kepala. Cuaca pada penghulu segala hari ini terasa aman dan damai. Panas yang tidak terlalu terik, namun tidaklah boleh dikatakan sejuk seperti di kutub utara dan selatan. hihi (gelak sopan)

Alhamdulillah, memang sepatutnya kita memanjatkan kesyukuran kepada-Nya atas segala nikmat yang ada. Yang sama sekali tidak dapat dibalas dengan apa-apa jenis balasan sekalipun.

google image
Usai kelas Bahasa Arab bersama pensyarah dan rakan-rakan yang lain, bergerak beramai-ramai ke kantin untuk memenuhi tuntutan si perut yang semakin menarik perhatian pastinya.

Selesai makan, bersama rakan-rakan bercerita itu dan ini, asalnya mahu mengambil bahan yang ada.. Maklumlah, exam hanya tinggal beberapa hari saja lagi. 3 paper dah selesai, kini lagi 3 menanti..

Dah penat bercerita dan bergelak ketawa, masing-masing balik bilik semula.. Ada yang mahu menyambung kerja, tapi kebanyakkannya nak tidur.. lagi2 tengah2 hari macam nie, memang sangat2 seronok melelapkan mata.

Teringat perbualan berjam-jam lamanya dengan si gadis ayu (haha) yang lebih mesra di panggil kembar, semalam.




Kenapa kembar?

Asalnya saya tidak dilahirkan kembar, oh memang kalau bukan asal pun, saya tak ada kembar, hanya dilahirkan sebagai anak sulung kepada 3 orang adik.

Sehinggalah saya berjumpa dengan kembar. Yang lahir sama tarikh lahir, sama bulan kelahiran dan juga sama tahun kelahiran kami.

Sangat teruja masa masing-masing dapat tahu tentang tarikh lahir kami, seingat saya beberapa tahun yang lepas, di sebuah program anjuran kampus tercinta. Biasalah ada aktiviti yang memerlukan kami bergerak ke kumpulan mengikut bulan kelahiran. 

Dengan bangganya kami ke kumpulan yang semua ahlinya lahir pada bulan lapan. Masing-masing sibuk bertanya tarikh kelahiran. Hampir melompat2 (hiperbola) kami dibuatnya bila dapat tahu lahir pada tarikh dan hari yang sama. Cuma yang bezanya saya lahir pagi dan dia lahir lebih lewat dari itu. 

Teringat bagaimana dia menceritakan serba sedikit tentang diri saya pada seorang kenalan dia.

"Heartless"

Sesetengah orang mungkin akan cakap macam tak ada perasaan, hati kering dan sebagainya. Itu yang biasa.

Hahaha. Lucu bila kita dengar orang cerita pasal kita. Cerita bagaimana sebenarnya tanggapan dan pandangan orang terhadap kita. 

Kadang2 kita sendiri tak tahu macam mana perangai kita, bagaimana cara kita, perlakuan kita dan sebagainya yang bersangkut-paut tentang diri kita.

Kembar selalu kata.. "Kau ni rileks je.. macam tak ada apa-apa". 

Diri saya.

Mungkin boleh dikatakan heartless la jugak. Bukan bermakna saya tak ada hati dan perasaan, tak ada rasa nak marah, sedih, kecewa, cemburu, suka dan sebagainya. 

Ada, tipu la kalau tak ada kan. Tapi memang apa-apa yang jadi, saya akan nampak tenang, walaupun ada jugak la macam-macam rasa kat dalam hati ni. Apa yang kembar cakap tu, memang tak dinafikan itu adalah saya.

Bukan sekali dua orang cakap saya heartless, dah banyak kali, dah banyak kali saya hadapi macam-macam situasi yang orang akan kata saya heartless.

"Aku tak pernah nampak kau menangis sebab rindu kat family"

"Orang lain dah takut kena marah, dia rileks je"

"Kau ni macam lelaki, semua senang"

Bila gaduh ada yang akan kata " Tak ada rasa apa-apa ke?"

Kadang-kadang orang lain bercerita penuh emosi.. "Kau ni dengar tak apa aku cakap?!"

google image
Pengaruh ayah.

Tak dinafikan cara saya bertindak, berfikir, buat kerja.. dipengaruhi oleh ayah. Hihi tahu2 je la cara lelaki, yang tak suka terlalu fikir pasal sesuatu benda. 

Saya suka cara ayah handle sesuatu perkara. Kadang-kadang kalau saya bising2 pasal something, dia akan cakap senang je tu, sambil disusuli tindakan.. jadi, masalah yang ada settle dengan senangnya. 

Antara lain kembar cakap juga..

"Kalau dia macam lelaki, orang yang dengan dia akan macam perempuan"

Hiuw hiuw.. Saya ketawa sendiri, teringat masa saya bergaduh dengan seorang teman lama.

Lepas bertukar-tukar khabar dan saya hanya buat macam tidak ada apa-apa yang jadi antara kami, walaupun sebelumnya perang yang meletus hampir menyamai perang dunia ke 2.

Kemudian dia bertanya.. "Tak rasa apa-apa ke?"

"Rasa apa?"

"Awak ni tak pernah berubah, macam tak ada perasaan" 

dan dia terus-terusan dengan bebelan yang sangat panjang dan hanya mampu dilayankan oleh saya yang setia mendengar setiap butir bicaranya. 

"Saya rasa kita nie dah terbalik, macam awak lelaki dan saya perempuan"

"Macam je pun"

Kesannya, saya tak suka membebel, tak suka banyak cakap dan komen itu ini pasal sesuatu perkara. Kebanyakkan perkara yang jadi, saya rasa tak heran, sebab pada saya, tak ada apa yang mustahil untuk terjadi.

Terkesan dengan ayah yang sangat sporting, tak kisah bila kita nak buat apa-apa yang penting tidak melampaui batas-batas yang ada, saya juga begitu.. 

Akan lebih berkata ok ok dan ok.. daripada membebel dan merungut.. 

Yang paling menarik!

Bila orang tak akan tahu dan tak dapat nak kesan langsung bila saya sedang menghadapi masalah.

Muka of course nampak bersahaja dan tidak ada apa-apa.

Emosi boleh dikawal, ketegangan tidak begitu mengganggu kehidupan dan pelajaran saya.

Jauh disudut hati, saya bersyukur dikurniakan emosi stabil dan masih kekal stabil bila menghadapi cabaran-cabaran yang datang.

Bersyukur masih boleh bersabar dan tenang menghadapi sesetengah perkara yang memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Bersyukur kerana ketika orang lain sibuk mengata itu dan ini tentang diri kita, saya masih boleh bertahan dan memaafkan semua kesalahan mereka.

Sangat2 berterima kasih pada-Nya kerana mendengar doa saya.. Saya sentiasa berharap akan diberi ketenangan dalam setiap perkara, setiap pekerjaan yang saya lakukan, juga ketenangan pada setiap butir bicara saya.

Tanpa izin-Nya tidak mungkin saya mampu tenang sehingga dikatakan heartless oleh orang-orang disekeliling saya..  (^_^)

Semoga saya dan rakan-rakan yang lain cemerlang menghadapi peperiksaan nanti!

Moga dipermudahkan segala urusan hendaknya!






Tuesday, May 15, 2012

Sepuluh sen

Alhamdulillah masih diberi peluang dan kesempatan untuk menghirup udara milik Pencipta yang Agung, hingga ke saat ini masih diberi peluang untuk merasa nikmat kehidupan ciptaan Tuhan.

Baru selesai menghantar pesanan dan ucapan buat kawan yang dah lama tak jumpa. Akhirnya ditemukan semula dalam dunia mukabuku . Hari ini genaplah usianya 21 tahun. Moga dia sentiasa dibawah peliharaanNya!

Itu dia.. bagaimana ya saya? Bagaimana kita yang lain? Usia untuk tahun ini belum genap lagi..

Masihkah kita diberi kesempatan sehingga ke saat itu.? Dalam kita meraikan ulang tahun kelahiran, mungkin dengan sambutan meriah daripada keluarga dan sahabat yang dikasihi.. Dengan orang-orang yang kita sayang.. Jangan hanya melihat keseronokkan sahaja..

Semakin hari, semakin hampirlah kita pada hari kematian. Mati itu pasti. Bila? Takkan kita ketahui.. Hanya Dia yang sahaja yang tahu.

Bagaimana kita?

Saya berdoa moga ruang dan kesempatan ini dapat digunakan sebaiknya, untuk bertaubat daripada kesalahan dan dosa-dosa yang lampau. Untuk memperbaiki amalan yang ada, memperbanyakkan bekalan untuk ke sana pastinya..

Fitrah manusia itu cenderung pada kesucian. Ya memang namanya manusia yang tidak lepas daripada melakukan kesalahan, dan begitulah seterusnya apabila sampai satu detik dan ketika, kita akan rasa mahu berubah, bertaubat dan ingin kembali ke pangkal jalan. 

Di kampus saya ketika ini sedang musim peperiksaan. Untuk semester ini ada 6 paper.. Baru selesai 2, 4 lagi akan "dipertarungkan" tidak lama lagi. Doakan saya dan rakan-rakan yang lain berjaya dengan cemerlang!

Beberapa hari yang lalu, saya susuri sebuah kisah kehidupan seorang insan. Alhamdulillah dengan izin Allah yang mempertemukan saya dengan blognya.. Banyak yang saya belajar, banyak yang dapat saya teladani.

Siapalah kita untuk melawan ketentuanNya. Siapalah kita untuk mempersoalkan apa yang Allah beri untuk kita.. 

Sebak saya membaca kisah hidupnya. Saya akan gelarkannya kakak di sini.. (untuk lebih mesra)

Tak dapat dibayangkan apa yang dirasai dan dipikul oleh kakak itu. Dalam usia yang begitu muda, telah kehilangan insan yang paling rapat dan dicintainya. Baru sahaja kehilangan suami tercinta (al-fatihah) setahun yang lepas, dan kakak itu meneruskan hidup dengan dua orang anaknya yang masih terlalu kecil.

Bergenang air mata. Ya Allah betapa bersyukurnya saya, sampai ke usia 20an ini masih mempunyai emak dan ayah. Masih ada atuk dan nenek (al-fatihah buat atuk saya sebelah ayah yang tak sempat saya temui). 

Anak-anak kakak itu telah kehilangan ayah tempat bermanja pada usia yang sangat2 kecil. Seorang baru berusia tiga tahun lebih dan seorang baru berusia setahun lebih. Si adik, hanya beberapa bulan sahaja mendapat belaian dan kasih sayang ayahnya. Allahu Rabbi!

Satu malam saya habiskan membaca setiap isi dan luahan hati kakak tu. Luahan yang disampaikan terus daripada hatinya. Luahan yang berjaya membuatkan hati saya begitu tersentuh. Bagaimana si kakak itu bangkit dan terus berjalan ke hadapan setelah peristiwa hitam terlakar dalam sejarah hidupnya dan anak-anak.

Buat anda-anda, bacalah jika ada kesempatan, stalker lah untuk mengambil iktibar dan pengajaran. Saya tak sanggup lagi dah nak cerita. Saya hanya mampu berdoa, moga Allah berikan kekuatan dan ketabahan untuk kakak jalani hari-hari yang mendatang. Moga Allah sentiasa merahmati kakak sekeluarga!

Kerana kisah itu, saya jadi makin beringat dan insyaAllah akan sentiasa ingat (moga Allah sentiasa menjadikan saya bersyukur dengan semua nikmat yang diberi).

Nikmat.

Tidak terhitung pemberiannya. 

Keluarga, harta dan pangkat. Antara perkara yang digilai manusia masa kini. Kerana harta sanggup hilang saudara! na'uzubillah!

Keluarga. Hargailah. Sekali mereka pergi, selamanya takkan kembali. Gunakan kesempatan yang ada sebaiknya.

Harta. Manfaatkanlah. Betapa pentingnya simpanan. Betapa pentingnya untuk kita salurkan sedikit sumbangan pada mereka yang lebih memerlukan (bagi yang bekemampuan).

Sepuluh sen. 

Andai kita kaya-raya. Jangan begitu angkuh sehingga tidak mahu dan malu mengutip duit sepuluh sen yang jatuh didepan mata. 

Kononnya sepuluh sen itu tidak akan menjejaskan wang 1 juta kita.

Sepuluh sen.

Mungkin pada kita tidak apa-apa. Tapi sedarkah kita bahawa nilai sepuluh sen itu begitu berharga pada sesetengah orang.?

Sepuluh sen.

Nilainya jangan dipandang remeh. Ya memang mata wang semakin lama semakin jatuh (digalakkan untuk kita membuat simpanan dengan emas). 

Namun apakah pilihan bagi mereka yang tidak berdaya? Tidak berkemampuan?

Sepuluh sen amat berharga bagi mereka!

Betapa beruntungnya saya, rezeki yang ada amat-amat mencukupi. Amat2 menjadikan kehidupan saya "senang".

Boleh dikatakan apa yang dihajatkan hampir semuanya saya perolehi. Apa yang saya impikan, usaha sedikit saja dapat sudah saya realisasikan impian tersebut.
Maha suci Allah yang mencukupkan segala keperluan kita.

Memang sejak kecil saya diajar berdikari. Sejak kecil tidak dimanjakan dengan apa yang saya ingini.

Nak, kena usaha, kemudian baru dapat..

Ya Allah, jadikan saya hambaMu yang sentiasa merasa cukup dan bersyukur.!

Moga Allah redha!

google image







Saturday, May 12, 2012

Pantai Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka

Sekali sekala pulang ke kampung halaman, meluangkan masa dengan keluarga dan sahabat handai yang telah lama tidak bersua muka. 

Pastinya saling bertukar-tukar cerita.. Tentang dia dan saya..

Beberapa minngu yang lepas, berkesempatan meluangkan masa bersama iema si sahabat baik sejak sekolah menengah.. 

Pastinya pantai menjadi pilihan kami. Dari dahulu hingga sekarang, masih sama.

Teringat semasa masih bersekolah lebih kurang 3 tahun yang lalu, penat belajar, lepas sekolah.. kami ke pantai bersama rakan-rakan yang lain.

Menikmati ABC di waktu petang, ditambah pula dengan pisang goreng.. (duit x byk mase sekolah dulu, hehe)

Kalau rajin, mandi laut sekali.. 

Kebetulan sekolah saya terletak berhampiran dengan pantai laut, jadi memang selalu la saya ke sana.

Kalau nak jalan-jalan luangkan masa dengan rakan-rakan atau family, boleh pilih sama ada nak ke Pantai Pengkalan Balak, Padang Kemunting dan Pantai Tg Bidara.

Tapi kalau nak cari REMIS, teringin nak bawak balik 2 3 baldi remis untuk di goreng, jom kita pergi Pantai Kuala Sg Baru. 

Tempat cari remis ni tak ramai orang tahu, dulu kami sekelurga pun tak tahu, bila ada ahli keluarga yang berkahwin dengan orang Kuala Sg Baru ini barulah kami tahu ada banyak remis kat sana.

Masa PBS yang lepas, saya sempat bawa kawan-kawan saya ke sana.. Mula-mula ingat nak bawa jalan-jalan pantai je, tapi bila fikir balik, baik bawa cari remis sebab tak banyak tempat yang ada remis banyak macam tu.

Hah, memang betul lah seperti yang di sangka, memang mereka-mereka ni tak pernah jumpa remis banyak macam tu.. Masing-masing excited. Walaupun masa sampai sana tu dah petang, air dah pasang, alhamdulillah dapat la bawak balik 2 baldi remis. Satu baldi Zati bawak balik Tangkak. 

Jadi, sapa nak pergi cari remis, bagitahu.. Saya bab jalan memang rajin (haha)

Kalau nak cari tempat tu sendiri memang susah nak jumpa rasanya, sebab kena pergi belakang rumah-rumah orang. 




Kat bawah nie gambar pantai masa saya dating dengan Iema hari tu, hiuw hiuw.. Dari petang sampai la ke senja.. Hajat nak tengok matahari terbenam tapi disebabkan nak balik cepat, tak dapat lah..

Suasana sekitar jam 6.30 ptg

Senja

Banana boat bawa penumpang, hehe

Monday, May 7, 2012

Tema Hari Guru 2012


16 Mei 2012 bakal menjelma tak lama lagi

Seperti kebiasaannya kita akan menyambut Hari Guru pada tarikh tersebut.

Sambutan Hari Guru pada tahun ini bertemakan


Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Bersama-sama ini disertakan juga lirik lagu bagi tema tahun 2012 ini


Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Bangun Beranikan Terima Seruan
Mendidik, Memimpin Penuh Berwawasan
Menciptakan Kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif
Sahutlah Cabaran, Perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku Tercinta
Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Tiada Pernah Jemu Tiada Putus Asa
Sedia Menimba Ilmu Di Mana Saja
Binakanlah Keyakinan
Merentasi Segala Halangan

Lagu : Rosman bin Adam
Lirik : Zainal Ariffin bin Yusof