Saturday, May 12, 2012

Pantai Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka

Sekali sekala pulang ke kampung halaman, meluangkan masa dengan keluarga dan sahabat handai yang telah lama tidak bersua muka. 

Pastinya saling bertukar-tukar cerita.. Tentang dia dan saya..

Beberapa minngu yang lepas, berkesempatan meluangkan masa bersama iema si sahabat baik sejak sekolah menengah.. 

Pastinya pantai menjadi pilihan kami. Dari dahulu hingga sekarang, masih sama.

Teringat semasa masih bersekolah lebih kurang 3 tahun yang lalu, penat belajar, lepas sekolah.. kami ke pantai bersama rakan-rakan yang lain.

Menikmati ABC di waktu petang, ditambah pula dengan pisang goreng.. (duit x byk mase sekolah dulu, hehe)

Kalau rajin, mandi laut sekali.. 

Kebetulan sekolah saya terletak berhampiran dengan pantai laut, jadi memang selalu la saya ke sana.

Kalau nak jalan-jalan luangkan masa dengan rakan-rakan atau family, boleh pilih sama ada nak ke Pantai Pengkalan Balak, Padang Kemunting dan Pantai Tg Bidara.

Tapi kalau nak cari REMIS, teringin nak bawak balik 2 3 baldi remis untuk di goreng, jom kita pergi Pantai Kuala Sg Baru. 

Tempat cari remis ni tak ramai orang tahu, dulu kami sekelurga pun tak tahu, bila ada ahli keluarga yang berkahwin dengan orang Kuala Sg Baru ini barulah kami tahu ada banyak remis kat sana.

Masa PBS yang lepas, saya sempat bawa kawan-kawan saya ke sana.. Mula-mula ingat nak bawa jalan-jalan pantai je, tapi bila fikir balik, baik bawa cari remis sebab tak banyak tempat yang ada remis banyak macam tu.

Hah, memang betul lah seperti yang di sangka, memang mereka-mereka ni tak pernah jumpa remis banyak macam tu.. Masing-masing excited. Walaupun masa sampai sana tu dah petang, air dah pasang, alhamdulillah dapat la bawak balik 2 baldi remis. Satu baldi Zati bawak balik Tangkak. 

Jadi, sapa nak pergi cari remis, bagitahu.. Saya bab jalan memang rajin (haha)

Kalau nak cari tempat tu sendiri memang susah nak jumpa rasanya, sebab kena pergi belakang rumah-rumah orang. 




Kat bawah nie gambar pantai masa saya dating dengan Iema hari tu, hiuw hiuw.. Dari petang sampai la ke senja.. Hajat nak tengok matahari terbenam tapi disebabkan nak balik cepat, tak dapat lah..

Suasana sekitar jam 6.30 ptg

Senja

Banana boat bawa penumpang, hehe

5 comments:

Kak Fari said...

Salam tuan tanah, agaknya kalau sampai awal jun ni banyak lg tak remis? Tolong beri cadangan htl atau resort yg berdekatan situ yg kami boleh stay.. TQVM.

Srikandi Cinta said...

wassalam.. insyaAllah remis ade.. sbb stakat ni setahu saya ianya tak bermusim..

antara yg boleh sy cadangkan...

http://www.ismahresort.com/

http://hjmahawachalet.blogspot.com/

http://chaletpengkalanbalak.blogspot.com/

https://www.facebook.com/pages/Kemunting-Beach-Resort-Melaka/195503557157339?sk=wall&filter=12

banyak lagi sebenarnya.. mungkin boleh search lain2 penginapan di internet.. =)

Anonymous said...

saya mmg tgh cari tempat nak lepak bersama keluarga tepi pantai sambil cari remis tapi tak tahu nak stay kat mana. Pantai dpn ismah resort tu ada remis ker? Nak buat plan gi jln2 bulan May nanti. Insya'allah.

Srikandi Cinta said...

Pantai depan ismah resort tak ada remis sgt. Kalau nak cari remis boleh pergi pantai Kuala Sungai Baru. Link yg saya bagi di atas sekitar Pengkalan Balak, Padang Kemunting dan Tg Bidara. Utk ke Kuala Sg Baru kira2 15 hingga 20 minit perjalanan.

Anonymous said...

Terimakasih, nanti saya usha chalet kat pantai sg. baru pulak. Kalau awak tahu boleh jugak guide saya.