Monday, May 21, 2012

Rancangan..?




Sebenarnya dalam dunia memang banyak benda yang berlaku tanpa kita duga. Kita fikir setiap apa yang kita rancangkan akan berjalan seperti mana yang kita harapkan.

Tapi mungkin ada masanya kita terlupa. Kita merancang, dan pada masa yang sama Allah turut merancang.

Bezanya ialah perancangan yang diaturkan oleh Allah untuk kita adalah lebih sempurna. Dia Maha Mengetahui tentang apa yang terbaik untuk kita, dan apa yang buruk untuk kita.

Boleh jadi kita sangat suka akan sesuatu, padahal perkara itu adalah buruk bagi kita, dan boleh jadi kita sangat benci akan sesuatu.. walhal perkara itu baik untuk kita.

bersabarlah, dan teruskan berdoa agar Allah sentiasa memberikan kita yang terbaik.





1 comment:

Jijimon said...

sesungguhnya Allah tak akan biarkan hambaNya mengeluh~walaupun mereka dihujani dengan pelbagai ujian dan dugaan.

LAST PAPER! GUD LUCK ^_^