Friday, May 18, 2012

Realiti tentang diri ini

Matahari sudah tegak di kepala. Cuaca pada penghulu segala hari ini terasa aman dan damai. Panas yang tidak terlalu terik, namun tidaklah boleh dikatakan sejuk seperti di kutub utara dan selatan. hihi (gelak sopan)

Alhamdulillah, memang sepatutnya kita memanjatkan kesyukuran kepada-Nya atas segala nikmat yang ada. Yang sama sekali tidak dapat dibalas dengan apa-apa jenis balasan sekalipun.

google image
Usai kelas Bahasa Arab bersama pensyarah dan rakan-rakan yang lain, bergerak beramai-ramai ke kantin untuk memenuhi tuntutan si perut yang semakin menarik perhatian pastinya.

Selesai makan, bersama rakan-rakan bercerita itu dan ini, asalnya mahu mengambil bahan yang ada.. Maklumlah, exam hanya tinggal beberapa hari saja lagi. 3 paper dah selesai, kini lagi 3 menanti..

Dah penat bercerita dan bergelak ketawa, masing-masing balik bilik semula.. Ada yang mahu menyambung kerja, tapi kebanyakkannya nak tidur.. lagi2 tengah2 hari macam nie, memang sangat2 seronok melelapkan mata.

Teringat perbualan berjam-jam lamanya dengan si gadis ayu (haha) yang lebih mesra di panggil kembar, semalam.




Kenapa kembar?

Asalnya saya tidak dilahirkan kembar, oh memang kalau bukan asal pun, saya tak ada kembar, hanya dilahirkan sebagai anak sulung kepada 3 orang adik.

Sehinggalah saya berjumpa dengan kembar. Yang lahir sama tarikh lahir, sama bulan kelahiran dan juga sama tahun kelahiran kami.

Sangat teruja masa masing-masing dapat tahu tentang tarikh lahir kami, seingat saya beberapa tahun yang lepas, di sebuah program anjuran kampus tercinta. Biasalah ada aktiviti yang memerlukan kami bergerak ke kumpulan mengikut bulan kelahiran. 

Dengan bangganya kami ke kumpulan yang semua ahlinya lahir pada bulan lapan. Masing-masing sibuk bertanya tarikh kelahiran. Hampir melompat2 (hiperbola) kami dibuatnya bila dapat tahu lahir pada tarikh dan hari yang sama. Cuma yang bezanya saya lahir pagi dan dia lahir lebih lewat dari itu. 

Teringat bagaimana dia menceritakan serba sedikit tentang diri saya pada seorang kenalan dia.

"Heartless"

Sesetengah orang mungkin akan cakap macam tak ada perasaan, hati kering dan sebagainya. Itu yang biasa.

Hahaha. Lucu bila kita dengar orang cerita pasal kita. Cerita bagaimana sebenarnya tanggapan dan pandangan orang terhadap kita. 

Kadang2 kita sendiri tak tahu macam mana perangai kita, bagaimana cara kita, perlakuan kita dan sebagainya yang bersangkut-paut tentang diri kita.

Kembar selalu kata.. "Kau ni rileks je.. macam tak ada apa-apa". 

Diri saya.

Mungkin boleh dikatakan heartless la jugak. Bukan bermakna saya tak ada hati dan perasaan, tak ada rasa nak marah, sedih, kecewa, cemburu, suka dan sebagainya. 

Ada, tipu la kalau tak ada kan. Tapi memang apa-apa yang jadi, saya akan nampak tenang, walaupun ada jugak la macam-macam rasa kat dalam hati ni. Apa yang kembar cakap tu, memang tak dinafikan itu adalah saya.

Bukan sekali dua orang cakap saya heartless, dah banyak kali, dah banyak kali saya hadapi macam-macam situasi yang orang akan kata saya heartless.

"Aku tak pernah nampak kau menangis sebab rindu kat family"

"Orang lain dah takut kena marah, dia rileks je"

"Kau ni macam lelaki, semua senang"

Bila gaduh ada yang akan kata " Tak ada rasa apa-apa ke?"

Kadang-kadang orang lain bercerita penuh emosi.. "Kau ni dengar tak apa aku cakap?!"

google image
Pengaruh ayah.

Tak dinafikan cara saya bertindak, berfikir, buat kerja.. dipengaruhi oleh ayah. Hihi tahu2 je la cara lelaki, yang tak suka terlalu fikir pasal sesuatu benda. 

Saya suka cara ayah handle sesuatu perkara. Kadang-kadang kalau saya bising2 pasal something, dia akan cakap senang je tu, sambil disusuli tindakan.. jadi, masalah yang ada settle dengan senangnya. 

Antara lain kembar cakap juga..

"Kalau dia macam lelaki, orang yang dengan dia akan macam perempuan"

Hiuw hiuw.. Saya ketawa sendiri, teringat masa saya bergaduh dengan seorang teman lama.

Lepas bertukar-tukar khabar dan saya hanya buat macam tidak ada apa-apa yang jadi antara kami, walaupun sebelumnya perang yang meletus hampir menyamai perang dunia ke 2.

Kemudian dia bertanya.. "Tak rasa apa-apa ke?"

"Rasa apa?"

"Awak ni tak pernah berubah, macam tak ada perasaan" 

dan dia terus-terusan dengan bebelan yang sangat panjang dan hanya mampu dilayankan oleh saya yang setia mendengar setiap butir bicaranya. 

"Saya rasa kita nie dah terbalik, macam awak lelaki dan saya perempuan"

"Macam je pun"

Kesannya, saya tak suka membebel, tak suka banyak cakap dan komen itu ini pasal sesuatu perkara. Kebanyakkan perkara yang jadi, saya rasa tak heran, sebab pada saya, tak ada apa yang mustahil untuk terjadi.

Terkesan dengan ayah yang sangat sporting, tak kisah bila kita nak buat apa-apa yang penting tidak melampaui batas-batas yang ada, saya juga begitu.. 

Akan lebih berkata ok ok dan ok.. daripada membebel dan merungut.. 

Yang paling menarik!

Bila orang tak akan tahu dan tak dapat nak kesan langsung bila saya sedang menghadapi masalah.

Muka of course nampak bersahaja dan tidak ada apa-apa.

Emosi boleh dikawal, ketegangan tidak begitu mengganggu kehidupan dan pelajaran saya.

Jauh disudut hati, saya bersyukur dikurniakan emosi stabil dan masih kekal stabil bila menghadapi cabaran-cabaran yang datang.

Bersyukur masih boleh bersabar dan tenang menghadapi sesetengah perkara yang memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Bersyukur kerana ketika orang lain sibuk mengata itu dan ini tentang diri kita, saya masih boleh bertahan dan memaafkan semua kesalahan mereka.

Sangat2 berterima kasih pada-Nya kerana mendengar doa saya.. Saya sentiasa berharap akan diberi ketenangan dalam setiap perkara, setiap pekerjaan yang saya lakukan, juga ketenangan pada setiap butir bicara saya.

Tanpa izin-Nya tidak mungkin saya mampu tenang sehingga dikatakan heartless oleh orang-orang disekeliling saya..  (^_^)

Semoga saya dan rakan-rakan yang lain cemerlang menghadapi peperiksaan nanti!

Moga dipermudahkan segala urusan hendaknya!






No comments: