Tuesday, May 15, 2012

Sepuluh sen

Alhamdulillah masih diberi peluang dan kesempatan untuk menghirup udara milik Pencipta yang Agung, hingga ke saat ini masih diberi peluang untuk merasa nikmat kehidupan ciptaan Tuhan.

Baru selesai menghantar pesanan dan ucapan buat kawan yang dah lama tak jumpa. Akhirnya ditemukan semula dalam dunia mukabuku . Hari ini genaplah usianya 21 tahun. Moga dia sentiasa dibawah peliharaanNya!

Itu dia.. bagaimana ya saya? Bagaimana kita yang lain? Usia untuk tahun ini belum genap lagi..

Masihkah kita diberi kesempatan sehingga ke saat itu.? Dalam kita meraikan ulang tahun kelahiran, mungkin dengan sambutan meriah daripada keluarga dan sahabat yang dikasihi.. Dengan orang-orang yang kita sayang.. Jangan hanya melihat keseronokkan sahaja..

Semakin hari, semakin hampirlah kita pada hari kematian. Mati itu pasti. Bila? Takkan kita ketahui.. Hanya Dia yang sahaja yang tahu.

Bagaimana kita?

Saya berdoa moga ruang dan kesempatan ini dapat digunakan sebaiknya, untuk bertaubat daripada kesalahan dan dosa-dosa yang lampau. Untuk memperbaiki amalan yang ada, memperbanyakkan bekalan untuk ke sana pastinya..

Fitrah manusia itu cenderung pada kesucian. Ya memang namanya manusia yang tidak lepas daripada melakukan kesalahan, dan begitulah seterusnya apabila sampai satu detik dan ketika, kita akan rasa mahu berubah, bertaubat dan ingin kembali ke pangkal jalan. 

Di kampus saya ketika ini sedang musim peperiksaan. Untuk semester ini ada 6 paper.. Baru selesai 2, 4 lagi akan "dipertarungkan" tidak lama lagi. Doakan saya dan rakan-rakan yang lain berjaya dengan cemerlang!

Beberapa hari yang lalu, saya susuri sebuah kisah kehidupan seorang insan. Alhamdulillah dengan izin Allah yang mempertemukan saya dengan blognya.. Banyak yang saya belajar, banyak yang dapat saya teladani.

Siapalah kita untuk melawan ketentuanNya. Siapalah kita untuk mempersoalkan apa yang Allah beri untuk kita.. 

Sebak saya membaca kisah hidupnya. Saya akan gelarkannya kakak di sini.. (untuk lebih mesra)

Tak dapat dibayangkan apa yang dirasai dan dipikul oleh kakak itu. Dalam usia yang begitu muda, telah kehilangan insan yang paling rapat dan dicintainya. Baru sahaja kehilangan suami tercinta (al-fatihah) setahun yang lepas, dan kakak itu meneruskan hidup dengan dua orang anaknya yang masih terlalu kecil.

Bergenang air mata. Ya Allah betapa bersyukurnya saya, sampai ke usia 20an ini masih mempunyai emak dan ayah. Masih ada atuk dan nenek (al-fatihah buat atuk saya sebelah ayah yang tak sempat saya temui). 

Anak-anak kakak itu telah kehilangan ayah tempat bermanja pada usia yang sangat2 kecil. Seorang baru berusia tiga tahun lebih dan seorang baru berusia setahun lebih. Si adik, hanya beberapa bulan sahaja mendapat belaian dan kasih sayang ayahnya. Allahu Rabbi!

Satu malam saya habiskan membaca setiap isi dan luahan hati kakak tu. Luahan yang disampaikan terus daripada hatinya. Luahan yang berjaya membuatkan hati saya begitu tersentuh. Bagaimana si kakak itu bangkit dan terus berjalan ke hadapan setelah peristiwa hitam terlakar dalam sejarah hidupnya dan anak-anak.

Buat anda-anda, bacalah jika ada kesempatan, stalker lah untuk mengambil iktibar dan pengajaran. Saya tak sanggup lagi dah nak cerita. Saya hanya mampu berdoa, moga Allah berikan kekuatan dan ketabahan untuk kakak jalani hari-hari yang mendatang. Moga Allah sentiasa merahmati kakak sekeluarga!

Kerana kisah itu, saya jadi makin beringat dan insyaAllah akan sentiasa ingat (moga Allah sentiasa menjadikan saya bersyukur dengan semua nikmat yang diberi).

Nikmat.

Tidak terhitung pemberiannya. 

Keluarga, harta dan pangkat. Antara perkara yang digilai manusia masa kini. Kerana harta sanggup hilang saudara! na'uzubillah!

Keluarga. Hargailah. Sekali mereka pergi, selamanya takkan kembali. Gunakan kesempatan yang ada sebaiknya.

Harta. Manfaatkanlah. Betapa pentingnya simpanan. Betapa pentingnya untuk kita salurkan sedikit sumbangan pada mereka yang lebih memerlukan (bagi yang bekemampuan).

Sepuluh sen. 

Andai kita kaya-raya. Jangan begitu angkuh sehingga tidak mahu dan malu mengutip duit sepuluh sen yang jatuh didepan mata. 

Kononnya sepuluh sen itu tidak akan menjejaskan wang 1 juta kita.

Sepuluh sen.

Mungkin pada kita tidak apa-apa. Tapi sedarkah kita bahawa nilai sepuluh sen itu begitu berharga pada sesetengah orang.?

Sepuluh sen.

Nilainya jangan dipandang remeh. Ya memang mata wang semakin lama semakin jatuh (digalakkan untuk kita membuat simpanan dengan emas). 

Namun apakah pilihan bagi mereka yang tidak berdaya? Tidak berkemampuan?

Sepuluh sen amat berharga bagi mereka!

Betapa beruntungnya saya, rezeki yang ada amat-amat mencukupi. Amat2 menjadikan kehidupan saya "senang".

Boleh dikatakan apa yang dihajatkan hampir semuanya saya perolehi. Apa yang saya impikan, usaha sedikit saja dapat sudah saya realisasikan impian tersebut.
Maha suci Allah yang mencukupkan segala keperluan kita.

Memang sejak kecil saya diajar berdikari. Sejak kecil tidak dimanjakan dengan apa yang saya ingini.

Nak, kena usaha, kemudian baru dapat..

Ya Allah, jadikan saya hambaMu yang sentiasa merasa cukup dan bersyukur.!

Moga Allah redha!

google image







No comments: