Thursday, June 21, 2012

Thursday, June 14, 2012

MULAKAN DENGAN CERIA




Percayalah, orang yang cemerlang ialah orang yang ceria. Dia melaksaanakan apa jua aktiviti hidupnya dengan rasa gembira. Sama ada aktiviti yang berkait dengan Allah (habluminallah), mahupun aktiviti yang berkait dengan manusia (habluminannas), semuanya dibuat dengan gembira .
Ceria yang dimaksudkan di sini bukanlah terkinja-kinja atau tertawa terbahak-bahak, tetapi rasa senang, tenang, rasa bebas dan lapang di dalam hati.
Tidak percaya? Cuba imbau kembali hasil kerja kita yang dirasakan paling berkualiti, sama ada  tulisan, masakan, lukisan, persembahan atau apa sahaja… Ingat semula bagaimana hati kita sewaktu menghasilkannya. Insya-Allah, pada waktu itu mesti hati kita dalam keadaan ceria. Mustahil kita dapat menghasilkan satu kerja yang baik sewaktu dilanda perasaan sedih, benci ataupun marah.
Aliran kegembiraan akan mengukir mutu yang tinggi pada hasil pekerjaan kita. Itulah yang dimaksudkan ‘air tangan’ dalam pekerjaan kita. Air tangan itu hakikatnya adalah aliran keceriaan yang mengalir daripada diri kepada pekerjaan kita. Bukan sahaja kerja malah wajah kita juga diukir oleh kegembiraan itu. Kata bijak pandai, “jika hati baik, wajah akan sentiasa cantik.” Salah satu ciri hati yang baik, adalah ceria!
Kata pakar-pakar psikologi dan motivasi, sepuluh minit terawal sebaik sahaja bangun daripada tidur akan menentukan kecemerlangan kita pada hari tersebut. Jangan hendaknya fikiran, perasaan dan hati kita dicemari oleh sesuatu yang buruk, jahat dan kotor. Saranan mereka, senyum, cakap yang baik-baik, rasa yang indah-indah, sebaik sahaja bangun daripada tidur.
Sebagai seorang Islam, kita seharusnya tidak ada masalah untuk merasa ceria sebaik sahaja bangun daripada tidur. Caranya?  Hitung kesyukuran, jangan hitung kesukaran. Islam hakikatnya sudah lama mendidik umatnya agar melihat sisi yang baik-baik, indah-indah dan cantik-cantik sebaik sahaja bangun daripada tidur. Justeru, kita dianjurkan untuk melafazkan doa kesyukuran ini sebaik sahaja bangun daripada tidur: “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami selepas kematian kami dan kepadaNyalah kami akan dihimpunkan.”
Ya, pertama dan utama, kita mesti bersyukur atas nikmat hidup yang masih dikurniakan Allah.  Cuba kenangkan betapa ramai orang yang pada malam sebelumnya tidur, kemudian tidak bangun-bangun lagi pada hari esoknya kerana telah ‘dijemput’ kematian. Tidur disifatkan oleh para hukama sebagai separuh daripada kematian. Jadi apabila kita diizinkan untuk hidup pada pagi hari, ertinya ‘separuh daripada kematian’ telah diangkat kembali oleh Allah daripada diri kita… Lalu bersyukurlah kerana kita telah hidup semula dengan sepenuhnya!
Ukirlah senyuman dan berilah salam kepada orang yang pertama anda temui pada awal setiap pagi. Mungkin orang itu ialah ibu, bapa, suami, isteri atau anak-anak kita. Juga fikirkan yang baik-baik dan bayangkan yang cantik-cantik. Mintalah perlindungan daripada rasa dukacita, takut, malas dan pengecut seperti doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW ini: “Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia
Untuk itu lihat apa yang ada, jangan dikenang apa yang tiada. Hitung satu persatu ‘kelebihan’ yang sedang kita miliki dan nikmati, insya-Allah kita akan tersentak kerana pasti tidak dapat menghitungnya. Firman Allah: “Jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan terhitungnya.”
Ya, tidak dinafikan kita punya masalah, kesedihan, kesakitan, kegagalan… namun itu tidak menghalang kita untuk terus bersyukur. Kelebihan pastinya mengatasi kekurangan. Kesenangan tentunya melebihi kesukaran. Malah di dalam kesukaran itu pun masih ada kesenangan. Itu sudah sunahtullah (peraturan Allah). Itulah yang dijanjikan Allah. Firman Allah:”Sesungguhnya pada kesukaran itu ada kelapangan.”
Namun, mengapa dalam realitinya, dirasakan berbeza? Semua ini gara-gara tersalah memandang hidup. Ingat selalu, yang penting bukan apa yang kita pandang tetapi bagaimana cara kita memandangnya.  Apa yang berlaku di dalam diri kita lebih penting daripada apa yang berlaku di luar diri kita.   Pemikiran dan perasaan kita yang negatif menyebabkan kita hanya fokus kepada negatif sekalipun yang negatif itu cuma sekelumit.
Jangan jadi lalat yang mencari dan hinggap hanya pada tempat-tempat yang kotor dan busuk walaupun masih banyak tempat yang bersih dan wangi. Tetapi jadilah lebah yang mencari dan hinggap di tempat yang cantik dan harum. Jadi pandanglah hidup dengan penuh rahmat, nikmat dan indah sejak awal pagi lagi… Insya-Allah, apa yang kita lihat, itulah yang akan kita dapat!

 Ustaz Pahrol Mohd Juoi
>>Kuatkan Fikir, Tingkatkan Zikir<<

Monday, June 11, 2012

Jadual PISMP Sem 4

Huu~ dah terasa dah bahang nak masuk sem baru nie.. Ada beberapa hari saja lagi ni..

Jadual pun dah ada..

Jom tengok kita belajar apa sem 4 nie ye..




nak lagi jelas.. 





Good Luck buat semua!

Sunday, June 10, 2012

Melaka to Nilai

Hampir dua minggu cuti persekolahan dan cuti semester berlalu, bagi adik2 yang masih bersekolah, dah tentu sedang menghitung hari untuk kembali ke sekolah semula. Rasa malas? Oh itu perkara biasa bagi semua orang. Lama dah bercuti, memang kena lah muhasabah diri semula ----> untuk kembali bangkit bersemangat waja!

Untuk pelajar IPG, kita ada seminggu lagi cuti tambahan berbanding dengan murid-murid sekolah. Jadi, manfaatkan cuti yang ada, yang mana kerja tu kerja la rajin2 walaupun sempat kerja dalam tempoh yang singkat je. Kalau kita rajin, kerja sungguh-sungguh tak mustahil kita diperlukan lagi dan dialu-alukan untuk bekerja di masa akan datang. Siapa tak nak bekerjasama dengan orang yang bagus kan..

Bagi yang menghabiskan masa di rumah pun, manfaatkan cuti lagi seminggu ni dengan aktiviti2 yang berfaedah. Kalau ada hajat yang tak sampai-sampai lagi sampai sekarang ni, cepat manfaatkan masa yang ada! 

Tak kira apa sekalipun yang anda lakukan sekarang dan di waktu ini, buat yang terbaik ye..

Alhamdulillah cuti kali ni selain luangkan masa dengan keluarga di rumah, saya juga dapat luangkan masa dengan kawan-kawan sekolah dulu. Kebetulan minggu pertama cuti ada dapat jemputan perkahwinan kat Alor Gajah, kakak kawan saya kahwin, siap dalam mesej pesan "anda wajib datang" hoho.. habislah kalau x datang dosa la plak nie.. eh x.. gurau je.. huhu

Jadi apa lagi, team dari Masjid Tanah walaupun dapat kumpul 3 orang je (kira jama' la nie) sebabkan yang lain2 x dapat pergi, sorang baru balik kerja disebabkan penat sangat jadi tak dapat nak join, yang lagi sorang baru je sampai dari Jordan semalam tu dah kena tolong2 ada saudara nak nikah petang tu... 

Jadi hanya saya, Azie Razi dan iema yang jadi wakil team Masjid Tanah ke Alor Gajah. Hari tu serius rasa lama nak sampai Alor Gajah, dalam perjalanan tu ada juga kenduri kahwin, huhu yang ni serius hebat, dengan kereta sesak kiri kanan sampai anggota RELA yang bertugas kena stopkan kereta untuk bagi laluan kat kereta lain jalan, jadi sempat la kami tengok KERETA LEMBU yang lip lap lip lap sebab dah dihiaskan dengan sangat cantik. 

Lembu tu serius besar gila sampai kawan yang duduk kat sebelah saya cakap "Alamak berhenti kat sebelah lembu la pulak, dah la besar semacam, takut aku".. Yup serius sangat memang besar, saya pun dalam hati tawakal je minta2 tak jadi apa-apa. 

Excited betul bila nampak kereta lembu tu sebab dah lama x nampak, rasanya dulu memang ada orang kahwin naik kereta lembu, sekarang ni dah jarang dah jumpa. haha gelakkan diri cerita pasal lembu je dah masuk 3 perenggan. Ok anggap je ni ilmu dari my experience k.. ceh!

Siapa ada kawan Melaka sila perhatikan betapa kecohnya mereka-mereka ni.. tu lah yang jadi bila dah jumpa dengan kawan-kawan yang hampir 4 tahun x jumpa, memang bingit dewan dibuatnya. Huh ok nasib baik la buat kat dewan kan, jadi bising2 pun x dengar sangat. 

Serius rasa macam "aku dapat diri aku balik" hehe sebab berjaya kecoh2 juga dengan diorang. Bila dah merantau kat negeri orang lagi2 bila jadi satu2nya budak Melaka dalam kelas jadi macam "sopannya aku" eh bukanlah nak cakap den ni tak sopan,. dok eh.. tapi kurang kecoh la kecuali dengan orang-orang yang tertentu je. 

Senang cerita cam ni la "sapa rapat dengan aku dia tahu aku macam mana". "Sapa kenal aku dia tahu betapa lawyer buruknya aku dan suka buat benda jadi bahan lawak" "Siapa faham aku dia tahu betapa bisingnya aku" ok2 stop talking about myself, nanti story lagi la hehe.

Ehem2, kita masih lagi dalam musim cuti lagi ye.. ok semalam saya baru je sampai Melaka dari Nilai, Negeri Sembilan.. Lewat jugak sampai semalam sebab tunggu sekali adik dari KL sampai kat Melaka Sentral (mc).. Sebagai seorang kakak yang baik lagi bertanggungjawab kenalah ambil adik kita tuw.. 

Ingatkan gerak malam tak jam, tapi huh meleset tanggapan tu, dan macam biasa, highway yang tak lekang dengan kesesakan lalu lintas ialah Seremban. Ok lupa hari ni hari Jumaat dan kebanyakkan mereka yang kerja kat KL memang akan balik rumah masing2 (ke selatan). Jadi memang jam la, dengan hujan yang turun tak henti2 lagi (alhamdulillah hujan rahmat)

Pergi Nilai bukan dengan family sebab jalan2 tapi dengan kawan yang sorang nie. iema la siapa lagi. Kebetulan Azie ajak pergi Nilai tidur dekat rumah dia kat sana sebab ada event dekat Kajang malam tu (masa tu hari Rabu/ 6 Jun 2012).

Lepas dapat lesen dari mak ayah baru la siap-siap solat dan kemas semua barang, ambil iema dekat rumah dia dan bual-bual kejap dengan mak ayah iema pulak dalam 10 minit, thanks mak cik pak cik sebab susah-susah je hidangkan air sejuk sebelum kami bertolak, shing2** muka terharu. Kalau nak pergi mana-mana sebut je nama iema dengan Azie memang insyaAllah lepas la, hehehe. 

Macam tu jugak dengan iema, bila dia sebut je nama den ni dekat mak ayah dia gerenti lulus la nak buat apa-apa pun. Tak de la nanti beliau-beliau ni siasat mengalahkan encik polis. Terima kasih pak cik mak cik mak ayah sebab percayakan kami.. shing2** muka terharu lagi, huhu.

Cadangnya dua hari je kat Nilai, tapi disebabkan beberapa perkara, jadilah 3 hari kami kat Nilai, kebetulan Azie tengah study week, iema baru habis diploma, saya plak memang tengah cuti, sempat la nak jalan-jalan kat sana.

Eh lupa nak kenalkan Azie nie.. em member baik dari sekolah menengah dulu, dari form 1 sampai form 5 satu kelas.. memang ngam la.. paling best kitorang sama-sama dapat USIM 3 tahun dulu, Kos yang sama iaitu Tamhidi Perakaunan dan Muamalat, then bila ada test untuk pecahkan student ikut kelas tutorial, lagi sekali kitaorang satu kelas!. 

Ingat lagi dulu kitaorang lain-lain blok kat Camellia court, ni nama tempat tinggal kitaorang kat Nilai dulu, em  dia macam kondo tapi kecik sikit la, siap ada kolam renang ngan taman-taman lagi kat situ, seronok sangat..

Kebetulan Azie tinggal kat bilik kat rumah dia tu, sorang-sorang je.. tak de rumate, then dia la yang sungguh-sungguh suruh saya tulis surat mohon untuk pindah kat rumah dia tu, rumah dia masa tu tingkat bawah sekali.. 

Rumah saya plak kat tingkat 4 (arggh tiba-tiba teringat coretan suka duka dari start saya study kat sana sampai la nak pindah IPG hilang, memang frust sampai sekarang la) banyak kenangan kat sana walaupun kejap je kisah kehidupan saya kat sana, banyak yang saya belajar, ramai kawan2 yang saya kenal sampaikan ada juga yang satu IPG ngan saya sekarang. ^_^ muka redha je, huuhu..

Daripada saya sebenarnya tak tahu nak tulis pasal apa, sekali dah macam-macam cerita pula yang keluar, cerita pasal cuti kat Nilai belum lengkap lagi, insyaAllah nanti saya cerita lagi apa saya buat dekat Nilai dan event apa yang saya pergi, event yang sangat awesome la! tangan sakit sebab dah lama sangat tak menaip, maklumlah dah lama x buat assignment la katakan.. hak hak! see u soon..!


pergi KL lalu highway mesti x kan miss tengok bangunan canselori nie =)
*rindu*