Friday, September 21, 2012

Super Nogori Style!


Aku duduk berteleku di kerusi itu. Sambil menahan mata yang dah beberapa kali terpejam tanda mahu lena dibuai mimpi kerana keletihan, jari masih tak sudah-sudah menekan butang-butang telefon bimbit membalas pesanan yang dihantar oleh rakan-rakan.

Masa lapang yang ada semestinya dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Semester ini sibuknya lain macam. Terkadang tidak sempat membalas pesanan yang dihantar oleh rakan-rakan. Sekadar membaca sekali imbas  lalu membiarkan pesanan-pesanan itu tersimpan rapi di dalam peti masuk telefon bimbit. Jika tidak begitu mustahak, memang berhari-hari kemudian baru teringat untuk dibalas.

Di sebelah, ayah sedang leka dengan gadget-gadget yang dia miliki. Lagi-lagi bila pusat membeli belah tempat kami meluangkan masa pada hari tersebut ada perkhidmatan internet percuma, lagi khusyuk dan tawaduk dia mencari info di sana sini.

Bonda tersayang langsung tidak melepaskan peluang yang ada. Mencari itu dan ini, melihat dengan penuh teliti barang-barang yang ada di kedai-kedai pilihan. Adik bongsu pula sekejap menjadi peneman emak memilih barang, sekejap bersama kami.

Tiba-tiba ayah bersuara memecahkan kebisuan di antara kami. "Along, tengok ni budak kerja ayah buat video..".

Aku menoleh, melihat pada video yang ditunjukkan oleh ayah. Sekali pandang aku terus ketawa berdekah-dekah.

"Eh! ni video yang orang tengok hari tu. Gelak-gelak tengok video ni",  ketawa pecah lagi. Lalu belum sempat ayah membalas kata-kataku, aku berkata lagi, " dia saja je ke buat video ni?".

Dengan senyum yang tak lekang di bibir, ayah menjawab. " A'ah dia saja je buat video ni. Dia buat sendiri guna DSLR. Dia kata masa kereta lalu je dia diam, kereta tak ada dia joget la balik, lepas tu dia edit. Dekat shopping complex je buat dengan kawan, takut nanti orang curi DSLR dia pula".

" Ni dia buat macam video Gangnam Style ni, dalam youtube banyak, memang ramai dah yang buat macam ni" Aku berkata setelah ayah menghabiskan baris ayatnya.

Adik bongsu yang melihat kekecohan antara kami pula menyampuk. " Apa tu ayah?" Sambil menyambut huluran telefon bimbit dari ayah untuk melihat video tersebut.

" Budak-budak kat office la bising-bising. Mereka tanya ayah. Encik Man, kenal tak sapa ni.. Lepas tu ayah tengok, ayah kata eh ni macam ashri" Sambung ayah lagi.

"Tu yang budak-budak sibuk bising. Bila jumpa ashri je semua kata.. Artis datang, artis datang." Ayah ketawa lagi. Aku juga turut ketawa.

"Memang selamba je la dia ni, boleh buat macam ni. Kreatif betul, dia memang orang Negeri Sembilan ke?"Aku berkata dan bertanya.

Kata ayah dia memang dari Negeri Sembilan. Memang tak hairan andainya dia boleh ke sana dan ke mari untuk buat video ni. Ni la realiti kerja ayah dan anak-anak buahnya. Kerja dari satu tempat ke satu tempat. Kadang-kadang terpaksa bekerja lewat malam sehingga ke subuh.

Video Gangnam style yang memang popular sekarang ni memang tengah dilanda kontroversi. Super Nogori Style pula saya lihat salah satu cara bagaimana Negeri Sembilan dapat dipromosikan. Kreatif. Unik.

Walau sekadar suka-suka, ada mesej yang cuba disampaikan. Yang lain-lain hanyalah sekadar penambah rasa bagi menjadikan video ini lebih menarik. Jumlah yang menonton pula memang tidak kurang hebatnya. Ramai. Ada yang puji ada yang kutuk. Ada yang suka ada juga yang tidak suka.

Eh lama pula. Maklumlah, lama tak blogging. Lupa nak tunjuk. Meh la tonton. Sekadar suka-suka =)















**fuh, akhirnya berjaya post. Just for fun, why so serious? huhu




Friday, September 7, 2012

Tiru-tiru. Ikut-ikut. Jadilah diri sendiri.

Setiap orang berbeza cara dan perwatakan mereka. Cara duduk, cara makan, cara cakap dan macam-macam jenis cara lagi yang ada.

Aku ada cara aku yang tersendiri.

Dah kata cara sendiri, mestilah tak kan sama dengan cara orang lain. 

Apa aku nak cakap?

Sekarang ni musim assignment. Tak lama lepas musim assignment bagi sem 4 ni berakhir, akan ada pulak musim peperiksaan.

Cara aku belajar. Cara aku buat kerja.

Dah tentu cara aku sendiri kan.

Orang sekeliling selalu cakap apa yang mereka rasa dan apa yang mereka nampak sahaja. Iaitu apa yang tersurat dan bukannya apa yang tersirat.

Surat dengan sirat. Zaman sekolah dulu berpuluh-puluh kali cikgu ajar. Kalau tak faham juga, pergilah belajar balik. huhu

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Aku ingat lagi, dulu masa aku call mak untuk beritahu pointer dapat berapa, ayat first mak aku cakap lepas cakap tahniah.. " Jangan sombong"

Masa aku masuk U, hari pertama pagi-pagi lagi ayah hantar mesej. Walaupun dah hampir 3 tahun lepas, aku ingat sampai sekarang.

"Tahniah dah jadi mahasiswa, jangan rasa diri hebat, jangan sombong, 

Aku tak kaya-raya. Tapi mampu. Syukur atas nikmat.

Alhamdulillah kebanyakkan apa yang aku nak, aku dapat. Kehendak tu kena la ikut kemampuan. Bukan melebihi kemampuan diri.

Jangan pandang kehidupan aku hebat. Tolonglah. Yang nampak hanya luaran.

Maksudnya macam ni.. Selalu je aku perhatikan, jadi macam ni..

Kaya gileee dia! Pakai bla bla bla... Pandai gileerr dia, dapat sekian sekian sekian . Uisshhh hebat gle!

Itu luaran,  iaitu bagi aku, itu adalah hasil dari usaha seseorang.

Yang kita nampak hanyalah luaran.

Pernah korang tahu macam mana dia berusaha keras untuk dapatkan kejayaan itu? Pernah korang tahu macam mana perit dan sakit dia bekerja untuk kesenangan hidup? Pernah korang tahu macam mana rasa nak gilanya dia bersengkang-mata bertungkus-lumus untuk capai impian dia?

Tak pernah. Kita tak pernah tahu. Walau macam mana baik sekalipun kita dengan dia. Kita tak berada dengan dia 24 jam. 

Boleh jadi depan kita dia relax dan cool je. Boleh jadi depan kita dialah orang paling pemalas di dunia.

Tapi masa kita tidur, kita tahu apa dia buat? Masa kita tak ada di sisi dia, kita tahu apa yang dia usahakan?

TAK. Kita tak tahu. Tapi Allah tahu semuanya.

Kejayaan, kesenangan, kemenangan, kebahagiaan (banyak betul mr. k ni), biarlah kita kongsi dengan Dia yang Maha Mendengar. Tak ada apa yang terlepas dari pengetahuanNya kan. 

Cukuplah kita kongsi hanya denganNya. Itu lebih sweet. Daripada orang lain tahu dan menyebarkan cerita-cerita yang langsung tak masuk dek akal, langsung tak memberi respon yang membina.

Jangan rasa diri hebat. Kerana ada orang lain yang lebih hebat berjuta-juta kali daripada kita. Apa yang penting, buat yang terbaik, doa banyak-banyak. 

Apalah sangat hebat manusia ini. HANYA HAMBA. ya, KITA HAMBA. SERING LALAI DAN LUPA.

Tak faham, kenapa mesti ada yang berkata.. Tak adil... Tak sepatutnya begitu dan begini.. Tak boleh macam tu, tak boleh macam ni.. Tak betul tu.. 

Manusia tak pernah puas. Tak pernah rasa cukup dengan apa yang dah dimiliki. Jauhkanlah aku dari rasa tak pernah cukup dengan apa yang ada. Moga kita sentiasa bersyukur.

Kat mana agaknya yang salah? Sehingga orang berkata.. "Rahsia kejayaan... bla bla bla..." 

Aduh, yang dikata tu pulak, yang negatif.. 

Senyumlah dan jangan risau biarpun orang tak tahu cerita sebenar.

Sebab hanya Allah saja yang tahu apa yang kita lakukan. Apa yang kita usahakan. Apa yang kita hajatkan.

Biarlah kejayaan kita dengan restu Dia ^_^


Sunday, September 2, 2012

Sabar menunggu


Bila kita terlalu mengharapkan pada sesuatu. Terlalu mengharap. Memang akan hancur hati andainya apa yang kita harapkan tu tak seperti apa yang kita jangka. 

Kecewa? Mungkin pada mulanya. 

Allah selalu ada. =)

Itulah penawarnya bagi hati yang duka.

Allah tunjukkan jalan penyelesaian yang tak kita sangka-sangka.

Ingat lagi ada seorang teman istimewa selalu je ingatkan diri ini.

"Allah pun pandai buat surprise jugak"

Huhu, akan ingat apa yang dia cakap sampai bila-bila. Bila-bila masa dan di mana-mana sekalipun.

Hidup ini seronok. Ada suka ada duka. Ada masam ada manis. Ada pahit ada kelat. Ada senang dan ada susah. 

Hari ini 4 September 2012. Ada lagi 7 hari lagi. 

Moga semuanya baik-baik aje.