Friday, September 21, 2012

Super Nogori Style!


Aku duduk berteleku di kerusi itu. Sambil menahan mata yang dah beberapa kali terpejam tanda mahu lena dibuai mimpi kerana keletihan, jari masih tak sudah-sudah menekan butang-butang telefon bimbit membalas pesanan yang dihantar oleh rakan-rakan.

Masa lapang yang ada semestinya dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Semester ini sibuknya lain macam. Terkadang tidak sempat membalas pesanan yang dihantar oleh rakan-rakan. Sekadar membaca sekali imbas  lalu membiarkan pesanan-pesanan itu tersimpan rapi di dalam peti masuk telefon bimbit. Jika tidak begitu mustahak, memang berhari-hari kemudian baru teringat untuk dibalas.

Di sebelah, ayah sedang leka dengan gadget-gadget yang dia miliki. Lagi-lagi bila pusat membeli belah tempat kami meluangkan masa pada hari tersebut ada perkhidmatan internet percuma, lagi khusyuk dan tawaduk dia mencari info di sana sini.

Bonda tersayang langsung tidak melepaskan peluang yang ada. Mencari itu dan ini, melihat dengan penuh teliti barang-barang yang ada di kedai-kedai pilihan. Adik bongsu pula sekejap menjadi peneman emak memilih barang, sekejap bersama kami.

Tiba-tiba ayah bersuara memecahkan kebisuan di antara kami. "Along, tengok ni budak kerja ayah buat video..".

Aku menoleh, melihat pada video yang ditunjukkan oleh ayah. Sekali pandang aku terus ketawa berdekah-dekah.

"Eh! ni video yang orang tengok hari tu. Gelak-gelak tengok video ni",  ketawa pecah lagi. Lalu belum sempat ayah membalas kata-kataku, aku berkata lagi, " dia saja je ke buat video ni?".

Dengan senyum yang tak lekang di bibir, ayah menjawab. " A'ah dia saja je buat video ni. Dia buat sendiri guna DSLR. Dia kata masa kereta lalu je dia diam, kereta tak ada dia joget la balik, lepas tu dia edit. Dekat shopping complex je buat dengan kawan, takut nanti orang curi DSLR dia pula".

" Ni dia buat macam video Gangnam Style ni, dalam youtube banyak, memang ramai dah yang buat macam ni" Aku berkata setelah ayah menghabiskan baris ayatnya.

Adik bongsu yang melihat kekecohan antara kami pula menyampuk. " Apa tu ayah?" Sambil menyambut huluran telefon bimbit dari ayah untuk melihat video tersebut.

" Budak-budak kat office la bising-bising. Mereka tanya ayah. Encik Man, kenal tak sapa ni.. Lepas tu ayah tengok, ayah kata eh ni macam ashri" Sambung ayah lagi.

"Tu yang budak-budak sibuk bising. Bila jumpa ashri je semua kata.. Artis datang, artis datang." Ayah ketawa lagi. Aku juga turut ketawa.

"Memang selamba je la dia ni, boleh buat macam ni. Kreatif betul, dia memang orang Negeri Sembilan ke?"Aku berkata dan bertanya.

Kata ayah dia memang dari Negeri Sembilan. Memang tak hairan andainya dia boleh ke sana dan ke mari untuk buat video ni. Ni la realiti kerja ayah dan anak-anak buahnya. Kerja dari satu tempat ke satu tempat. Kadang-kadang terpaksa bekerja lewat malam sehingga ke subuh.

Video Gangnam style yang memang popular sekarang ni memang tengah dilanda kontroversi. Super Nogori Style pula saya lihat salah satu cara bagaimana Negeri Sembilan dapat dipromosikan. Kreatif. Unik.

Walau sekadar suka-suka, ada mesej yang cuba disampaikan. Yang lain-lain hanyalah sekadar penambah rasa bagi menjadikan video ini lebih menarik. Jumlah yang menonton pula memang tidak kurang hebatnya. Ramai. Ada yang puji ada yang kutuk. Ada yang suka ada juga yang tidak suka.

Eh lama pula. Maklumlah, lama tak blogging. Lupa nak tunjuk. Meh la tonton. Sekadar suka-suka =)















**fuh, akhirnya berjaya post. Just for fun, why so serious? huhu




No comments: