Saturday, January 5, 2013

2013

Salam.

Ini entri 2013 aku yang pertama. Hoho, agak lambat. Tapi masih sempat lagi kan?

2013 bermula dengan sangat baik. Sangat-sangat. Walaupun beberapa jam sebelum tahun baru tu aku sesat kat KL lepas ambil kakak yang seorang nie. Dengan bantuan si GPS bergerak, sampai jugak kat RN. Gila betul dia boleh ingat satu-satu simpang dekat KL tu. tak kira la mana aku sesat sekalipun. Memang tak salah orang la aku pilih untuk minta tolong dia. hehe

Acara menulis dream pun bermula. Semestinya dream yang paling femes di alam semesta ialah dream nak KAHWIN. Nanti nak kahwin jangan lupa jemput aku, in sha Allah aku datang, doakan aku dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, boleh la sampai rumah korang.

Aku punya dream? Biar Allah je yang tahu.

Oh ye, dreams korang tu suka hati la nak macam mana sekalipun, ada yang tulis banyak tentang material je, ada yang nak grow dan improve life masing-masing. Yang nak ubah perangai, macam-macam ada. Sebak aku dengar. Lagi-lagi kalau masuk bab mak ayah ni.

Ada orang susah, ada orang senang. Ada yang bekerja, ada yang masih belajar. Ada yang tak ada rumah. Masha Allah. Tak dapat nak bayang. Bersyukur la atas nikmat yang Allah kurniakan untuk kita. Kat luar sana tu ramai lagi yang lebih susah dari kita.

Berhenti merungut. Buat sesuatu. Kalau tak ada apa nak buat, pergi mengaji lagi baik. Sehari satu juzuk macam Ustaz Isa pesan.

Bila Ustaz Isa kata nanti dah umur macam dia macam-macam masalah yang datang, time2 macam nie lagi sensitif, aku terfikir, sekarang pun dah hebat-hebat masalah yang datang, maknanya akan datang lagi mencabar la. fuhhh

Untuk minggu ni kuliah mula hari Rabu. Pagi-pagi ada perhimpunan. Aku rasa agak "baik" momentum kali ni, awal-awal dah ditekankan kena tahu kita ambil subjek apa untuk sem ni, dah ditekankan pasal kecemerlangan.

Hari pertama lepas naik cuti, tak jauh beza dengan masa kat sekolah dulu. Cerita berguni-guni bak kata Ustaz Zaidi, tak berhenti-henti nak bercerita.

Kemudian, tutorial. Isu yang paling ketengah sekarang ni ialah Accident. Terutama yang baru dapat experience drive jauh-jauh. =) ingat nak drive senang ke. kau kena alert setiap masa, 360 darjah punya pandangan. hati-hati kena lebih. Bak kata ayah aku tak boleh leka sesaat pun. Sekelip mata boleh jadi macam-macam. nauzubillah.

Ni yang nak start mengimbau ni. Akhir tahun 2008 lepas SPM aku dah pandai la jugak bawak kereta. First time ayah aku ajar. Arghhh stress bila dia kata dia pandai bawak kereta masa umur 14 tahun. Aku 18 tahun. Ok fine.

Kalau ikut jadual cikgu yang ajar aku masa kat driving school tu, aku test JPJ awal bulan satu 2009 (kalau x silap la). Alhamdulillah aku sangat cemerlang masa belajar bawak kereta tu. Nak banding dengan ambil test JPJ motor, aku failed. Sekali je. Kali kedua alhamdulillah lulus.

Pra test pun aku lulus. JPJ yang sepatutnya aku pergi, aku tak dapat datang sebab aku demam. Aku jarang demam tapi kalau demam akan muntah-muntah satu hari tu. Jadi, tu la yang aku rasa masa awal-awal pagi tu, terus aku call cikgu aku, cakap tak dapat test.

Kemudian dekat 2 minggu lepas tu baru aku pergi lagi untuk JPJ. Hari-hari sebelum tu dah tak ada pergi latihan lagi sebab dah cukup jam. Kalau nak kena tambah duit la.

Alhamdulillah hari yang ditunggu pun tiba. Mula dengan bukit dulu. Lancar. kemudian parking. Aku dah tengok budak-budak yang test parking sebelum aku banyak yang langgar tiang. Lepas tu aku perhati, kat mana diorang ni silap. Ooooo rupanya kereta tak lurus pun masa first step tu.

haha. jadi aku ambil banyak masa nak luruskan kereta. Senang je tak susah pun sebab dah belajar, cikgu aku kata, ikut tegak anak panah tu je. Alhamdulillah settle juga. Tiba dekat 3 penjuru, yang ni pak cik JPJ tak tengok sgt pun sebab senang agaknya. Masa tu pulak ramai yang tengah berkerumun dekat aku cakap "jalan je, jalan je" haha. Alhamdulillah lulus juga.

Maka, satu lagi hari yang cemerlang terlakar dalam sejarah hidup aku.

Aku ingat lagi, lepas tu, pertama kali aku bawak kereta dekat jalan besar masa hari aku amek result SPM. Kah3 tak ingat la berapa orang yang naik dengan aku masa tu. Penuh satu kereta. Lepas tu kecoh kat sekolah masa nak balik.

Nak banding dengan adik-beradik aku, aku paling berdikari. Result PMR aku ambil sendiri je. Naik la bas kat Masjid Tanah tu sampai Tanjung Bidara. Dekat Tg Bidara plak bukan senang nak dapat bas. Terlepas satu, ko tunggu la lagi sejam.

Adik-adik aku plak kalau ayah mak tak ikut. Aku la yang ikut diorang =_= tak reti guna ATM pun ajak aku.  nasib baik la aku kakak yang paling baik di dunia tau. haha

Masuk plak pasal anak sulung. Keras sangat ke kitorang ni ek. Ayat femes kalau borak-borak, anak sulung memang macam tu kot, hahaha.

Erkk? Aku rasa kalau teori cakap yang kitorang ni kalau ada masalah tak reti nak tunjuk, betul la kot. Sebab tak akan ada orang yang tahu kitorang ada masalah apa. Tahu-tahu dah naik angin. Tapi aku kalau marah aku senyap.

Sebab tu aku selalu cepat nak bergaduh je kalau dengan anak sulung ni. Sebab masing-masing keras hati. Kalau tak dapat balas banyak, sikit pun jadi la "Diam lah kau" tu paling lembut la kot. haha. Eh, aku baik tau. miahaha..

Kuliah. 3 hari dah berlalu. Kejap je. Hari 1st, semua lecturer yang 1st time mengajar. Yang menariknya macam-macam nama la aku dapat. Simple je kot nama aku. kahkah. Its okay, asalkan semua budak kelas aku happy sambil gelak terbahak-bahak dah kira ok la tu. At least aku jadi sebab kenapa diorang ketawa. haha.

Apakah? aku ada chemistry dengan subjek Dr ke? Dulu masa oral Arab kena dengan dia. Pergh terpotong apa aku nak cakap masa tu. Sebabkan dah banyak kali kena macam tu. Ayah aku garang tau. haha. cakap je apa yang aku tak kena masa kecil dulu, semua dah. Dr pun cakap. kalau mak ayah awak tak garang mesti awak tak sampai sini.

Yup, sangat la betul.

And and and agak pelik sebenarnya bila diundi, aku dapat giliran first. opss bukan nak jadikan isu, saja je nak tulis, nanti sepuluh tahun akan datang aku baca benda alah ni, boleh la imbau balik apa jadi masa zaman aku belajar.

selalu kalau undi, kalau tak last sekali, mesti yang nak dekat2 last jugak la. Tapi masa sebut nama aku tu tak ada la aku terkejut sangat, Ok je. Awak first. ok2.. sangat2 diterima. 2 jam nak bercakap. Sebab aku layak, sebab tu terpilih. cewah.

************************
Kawan aku yang rapat dengan aku pun tak tahu sangat pasal aku. Tapi dia yang di sana tu boleh tahu pasal aku. Hebat jugak la. Ouch hidup aku mendapat perhatian rupanya. hahaha. Terima kasih ambil berat tentang saya dan kehidupan saya. Susah-susah je.

Orang yang sibuk lihat diri dia, sibuk nak betulkan diri dia, tak akan ada masa untuk lihat diri orang lain. Apatah lagi untuk nampak kesalahan atau keburukan orang.

Setiap hari lihat apa yang kita cakap pada diri kita. ceh dah macam Prof Muhaya gayanya. Tapi aku boleh ternganga kot kalau dengar dia cakap. Aku suka bab-bab motivasi ni. Meh la datang bilik nak buku-buku islamik motivasi ke, novel-novel cinta maaflah ye, tak ada dalam koleksi saya. huhu

Setiap pagi tengok apa yang kita cari. Cari berita ke cari ilmu. 30 minit pertama lepas bangun tidur adalah masa yang sangat kritikal dalam hari-hari yang kita lalui. Bakal menentukan kesudahan hari kita sepanjang hari.

Tak payah la sedih dengan cerita aku. Nanti aku lak yang sedih balik. Aku still lagi ada banyak benda yang tak hilang dalam hidup aku. Tak pun nanti aku dapat something yang lagi best dan berpuluh-puluh kali lagi bagus daripada apa yang kita ada kan.

Budaya Quran hari Jumaat ni banyak kena dengan hati aku. Jadi, aku celik je sepanjang hari tu. Lagi-lagi bila aku masuk masjid aku dengar terjemahan lebih kurang macam ni kesimpulan dia "segala yang kita ada, hanyalah ujian semata-mata" 

Lepas tu..

Sabar, maafkanlah orang yang buat salah dekat kita tu. In shaa Allah kalau kita maafkan dia akan ingat. :') dan aku tak minta pun untuk rasa bersalah atas apa yang berlaku. Aku sangat-sangat fikir positif. I have Allah at all. Tu dah cukup-cukup sempurna buat aku.

Sebab aku tahu, orang yang memaafkan orang lain tu, adalah orang yang paling bahagia, dan sungguh aku rasa kebahagiaan itu di hati aku sekarang ini. Semuanya dari siapa? Dari Allah semata-mata. tak ada lain.

Tak ada apa pun yang nak dikesalkan. Kau tetap kawan aku sampai bila-bila. Kawan yang terbaik yang pernah aku ada. Kawan yang banyak bantu aku untuk berubah jadi makin baik dan makin lemah lembut.. aaawww. huhu

Ada sebab semua benda berlaku dalam hidup kita. Kenapa mesti aku nak kena menyesal dengan semua yang aku lalui? Tak ada sebab rasanya. Yang manisnya lagi banyak daripada yang pahit. Yang bezanya hanyalah yang pahit itu je susah untuk kita telan. 

Since 12 Safar hari tu, aku dah pun 22 tahun. Buku baru dah pun aku buka. Yang lama simpan nanti ada masa sekali sekala buka untuk peringatan buat diri sendiri.

Aku dapat rasa perubahan positif dalam diri aku lagi-lagi time belajar. Nak semangat-semangat belajar. nak bagi respon macam yang sepatutnya aku buat, dan yang sebenarnya aku adalah begitu. 

Hey, sem ni best sebab dah free dari sebarang jawatan. Masa macam dulu-dulu, aku dapat spend time dengan kawan-kawan aku lagi. Hari pertama dah drive si neo keluar. Kedua dah ada orang belanja kitorang makan. Nak tunggu akak pink+purple belanja plak nanti. aku punya turn akan datang. haha tunggu je la.

Panjang lebar plak aku cerita, padahal 2013 baru 4 hari, macam nak buat kesimpulan untuk setahun je haha. Ada ke orang nak baca? entah la. 

Eh jap, kalau korang cari cara macam mana nak jadi Supervisor, pergi STS je la. Lepas tu make sure rujuk sponsor korang. Nanti diorang bagi jalan penyelesaian. Kat blog aku ni, tak ada part DMO spesifik pun tau. Tapi kalau nak tanya Marketing Plan boleh la tanya aku. Aku hafal satu-satu sampai la ke GET Team insyaAllah.

Semoga bertemu kembali. Nanti aku membebel lagi eh. Tadi tak tahu sangat apa nak tulis. hamek kau! kehkehkeh.













No comments: