Wednesday, January 9, 2013

Jawapan


Aku punya tenaga
Tak segagah Dia

Sungguh,
Aku cuba dan terus mencuba
Andai ada kalanya hampir terjatuh
Cepat-cepat menahan diri
Biar tegak kembali.

Seringkali suara itu berbisik
Kau pasti bisa
Ya, kau bisa.
Kau tahu itu bukan?

Makin kuat tanganku berpaut
Makin kuat angin bertiup
Taufan apakah ini?
Lain daripada yang lain.

Lalu aku peringatkan diri,
Kau harus bersedia
Mesti bersedia
Bila-bila masa dan di mana-mana,
Ia pasti kembali.

Aku tanya pada diri
Apa yang kau rasa?

Kasih sayang Tuhanku
Hanya itu jawapan yang pasti.


No comments: