Sunday, January 6, 2013

Dan sepi pun berlalu~

Aku jenguk halaman demi halaman
Buka pintu hati
Lalu kunilai dengan jiwa

Kau mungkin hanya pengantara sahaja
Kerana yang datang adalah lebih bermakna
Untuk ketika dan diri ini

Manusia punya pilihan bukan?
Dan sudah tentu pilihan itu
Pilihan yang sangat membahagiakan diri
Buat engkau
Juga buat aku.

Kerana air di sungai yang sentiasa mengalir
Musim berlalu pergi
dan sepi itu pun berlalu

Menjadikan kita tenang kembali.





2 comments:

sea_lavender said...

pilihan manusia msti inginkn yg terbaik, namun dalam pemilihan, Allah telah aturkan. aturan Allah adalah yg paling terbaik :)

Srikandi Cinta said...

betul. Allah sebaik-sebaik perancang :)