Saturday, January 12, 2013

Gaya jemput orang lain. Agak-agak mana yang ok?

Salam.

Hai hoi hai.

Sihat x? ceh macam aku tengah mesej orang plak. haha

Hari ini aku nak cerita pasal jemput. Bukan jemput-jemput yang sodaap tu. hikhik

Tapi jemput atau pun jemputan atau orang putihnya (slang jawa) kita panggil invitation.

Salah betulkan lah. Aku tak berapa pandai sangat kecek orang putih ni. Melayu je pandai. hakhak

Aku dah kaji benda ni lama dah. cewah.

Aku tak ingat la samada lecturer aku ke, cikgu aku ke, yang penting dia mengajar maths la.

Dia kata, orang otak matematik ni adalah direct person.

Sebab... 1+1=2. Tak akan jadi 2 setengah. tak akan jadi 3 or 4 or 5.

So, faham apa aku nak cakap?

Lu pikir la sendiri. huhu

Tapi kalau yang lain-lain tu, boleh berubah-ubah.

Contohnya kalau buat ayat. Susunan ayat tu boleh jadi berbeza, tapi membawa maksud yang sama. Itu la bezanya dengan matematik.

Aku. Tak ada la pandai sangat matematik. Setakat tambah tolak tu memang pandai la kot. hahaha.

Tapi sampai sekarang aku kagum dengan ayah aku. Bagi la soalan apa pun maths atau add maths. Dia boleh jawab!!!! argghhh stress.

Stress sebab aku tak dapat. hehe.

Kadang-kadang, time aku rasa otak aku agak beku, selain daripada solat dan baca al-quran, aku akan cari buku maths. Tak pun sudoku.

Kalau dapat buku syok sikit. Kalau guna handphone pun best je tapi aku asek ter-reset je. so kena ulang level. Bengang kejap.

Pernah tak korang rasa otak berselirat kalau belajar maths. Aku rasa neuron-neuron dalam kepala tu dah bersambung la (pengaruh iklan susu kanak-kanak dalam tv) hahaha

Eh jap. kenapa aku boleh termasuk pasal maths plak tadi ek. *pening kejap.




Ok, jom mula.

Kalau nak jemput orang, bahasa formalnya.

Atau nak ajak orang, bahasa mudahnya.

Aku rasa ayat yang kita gunakan tu kena la ayat yang sesuai. Sebab honestly memang banyak sangat perbezaanya.

Contoh :

"Jom keluar"

>> Membawa maksud yang orang yang mengajak tu betul-betul nak kita keluar dengan dia. Kalau kita tolak dia sedih jugak la. hehehe

Atau pun

" Petang ni teman aku cari barang"

>> Ayat ni pun menunjukkan si dia serius nak kita keluar dengan dia. Nak kita temankan dia.

Kalau ayat ni pulak

"Aku nak pergi sana(tempat), kau nak ikut?"

>> Maksudnya, dia memang akan pergi, sebab dah beritahu yang dia akan pergi tempat tu, so kalau kita tak ikut pun dia tak kisah sebab dia akan pergi juga.

" Aku dan si A nak keluar. Kau nak ikut?"

>> Lebih kurang sama dengan yang kat atas. Dia dah pun merancang untuk keluar dengan si A. Ajak kita bagi memeriahkan suasana. Yang ni pun sama kalau kita tak nak ikut pun dia akan ok je dan tak kisah langsung pun.

"Weh, jom la pergi sana(tempat). Jom la jom la jom la.

>> Yang ni memang confirm dia betul-betul bersungguh-sungguh ajak kita. Jadi, jangan hampakan. huhu.

"Free tak petang nie. Nak ajak kau pergi (tempat)"

>> Hmm yang ni serius juga. Jemputan yang bermakna.




Banyak lagi sebenarnya contoh yang ada. Kalau kita teliti betul-betul setiap perkara. Memang akan faham maksud tersiratnya. Sebab tu orang yang pandai meneka, menilik dan tahu isi hati atau niat seseorang tu, bukan sebab dia memang pandai menilik, tapi sebab pengalaman yang dia ada.

Pengalaman sebenarnya yang mengajar seseorang.

Simple je sebenarnya apa yang aku tulis tu kalau nak dikaji dari segi ayat. Tapi complicated untuk faham maksudnya.

So, invitation sangat penting. Berdasarkan ayat yang kita gunakan pun, akan mempengaruhi orang yang kita jemput tu. Sama ada terpinggir, atau pun diraikan. huhu




Mungkin belum banyak pengalaman yang kita ada nak dibandingkan dengan orang lain.

Tapi In shaa Allah apa yang kita ada, jadikan ianya sesuatu yang sangat berharga dalam hidup kita.

Kalau nak fikir yang pahit, tak akan habis sampai bila-bila.

Kenapa nak fikir yang pahit, sedangkan yang manis Allah bagi sangat banyak. Jadi, jom buka mata hati luas-luas. In shaa Allah kita akan nampak lebih daripada apa yang kita nampak sekarang ni.

Dan bagi aku, tak kira la kau siapa, kenalan, teman, kawan, sahabat, atau sesiapa sekalipun. Bergembiralah dengan kesenangan, kelapangan dan keadaan yang kau nikmati sekarang ni. Aku tumpang gembira. Tak ada maksud nak iri hati walau sedikit pun.

Cuma, satu pesan aku. Kalau kau perlukan aku, perlukan tempat untuk mengadu, perlukan seseorang, perlukan apa-apa bantuan. Aku sentiasa ada.

Ada tangan untuk hulurkan bantuan. Ada mata untuk lihat keadaan kau. Ada telinga untuk dengar setiap apa yang kau luahkan. Ada bahu untuk kau bersandar. Ada kaki untuk aku melangkah buat sesuatu untuk kau.

In shaa Allah aku bantu sedaya upaya aku.

Tak perlu tanya susahkan aku ke tak.

Sebab setiap perkara, Allah ada untuk beri balasan. =)

Jom audit diri.

No comments: