Thursday, February 28, 2013

Detik hati

Di penghujung tahun 2012, di suatu tempat.

Sementara tunggu kawan-kawan yang lain,

Saling bertukar-tukar cerita.

Diakhirnya, sebelum aku hantar dia ke kereta untuk dia pulang ke rumah, hari pun dah lewat malam nie.

"kita ****** lillahi taala ya"

Aku tersentak. Cepat-cepat menoleh

"hah?" hanya itu yang terkeluar.

Lalu dia pun menjelaskan.



Mungkin kerana kata-kata demi tuhan yang telah diniatkan dalam hati, lalu keluar menjadi perkataan.

Ingat senang-senang hanya dengan menyebutnya sahaja?

Kita bakal diuji dengan berbagai-bagai jenis ujian. Adakalanya sampai tak diterima dek akal.

Hari ini, hari terakhir bulan Februari 2013, baru aku teringat kembali.

Oooo.. dalam kepala, banyak puzzle dah tercantum, tinggal separuh saja lagi.



Seperti biasa, perkara sama yang mengguris. Lalu hatiku terdetik " Ya Allah, moga dia yang beri sakit, dia juga yang akan jadi penawarnya"

Andai ini harga yang perlu aku bayar, aku terima =)

Allah pasti ada surprise buat kau dan aku, juga buat orang2 yang aku sayang ^_^



Andai ia tak terjadi, aku mungkin tak seperti ini sekarang. 

Jadi, aku sangat-sangat berterima kasih pada kau.

Aku tahu kau terima, kerana kau pun ada hati ^_^

Aku dah send guna hati =) 

haha, peace

Friday, February 22, 2013

Cinta sejati

Tuhan,

kerana aku punya Engkau yang Maha Besar

Lebih besar daripada seisi alam ini

Lebih Agung daripada segala-galanya

Lebih bermakna daripada segala apa yang aku ada


Tuhan,

kerana Engkau aku bernyawa.

kerana Engkau, hidup ini penuh makna



Bersyukurlah,

kita sentiasa punya Allah

yang sangat peduli dan kasih pada setiap hambaNya.



Senyuman diragut hiba dan tangis

Kerana mengenangkan cinta sejati dari Tuhanku.






Thursday, February 21, 2013

Rebah, Bangun

REBAH

Apabila rebah, pasti sakit. Saat itu, automatik mulut kita mengaduh. Kononnya menyesal dan serik tidak berhati-hati, namun tanpa sedar dalam waktu yang sama mulut lancar memaki hamun secara tiba-tiba. Pelik, padahal salah diri sendiri!

Kadang-kadang hati kecil kita selalu bermonolog letih dan bosan serta mempertikaikan usaha yang sudah dilakukan. Cepat sungguh kita mengaku kalah. Ketika semangat diri mula longgar, prinsip nafsu mula menghasut membatasi pegangan akal dan akhlak.

"Eh, aku studi bagai nak gila, tapi tak juga dapat A, result lagi teruk adalah. Baik tak payah struggle studi macam ni. Buat penat aja," keluh seorang pelajar.

"Aku dah fed up dengan masalah ni. Semua benda yang aku usahakan tak menjadi..."luah seorang pekerja.

Pernah berdepan dengan situasi begini? Tanya pada hati, berbicaralah dengan diri sendiri dahulu sebelum menuding jari kepada orang lain. Adakah niat kita berselari dengan apa yang kita usahakan selama ini? Adakah Allah didahulukan dalam setiap pekerjaan yang kita tekuni? Adakah lemah dan rebah itu kerana lupakanNya? Jawapannya, boleh jadi ya atau tidak. Ambillah masa untuk bermuhasabah memperbaiki diri dan perhalusi niat dari hari ke hari.

Pesan pada diri, acap kali rebah bukan petanda anda lemah dan lelah. Namun ia adalah tangga-tangga usaha yang perlu didaki demi menuju pintu di tangga yang terakhir. Allah belum mengurniakan kejayaan dan kegembiraan kerana belum tiba masanya. Allah juga menggantikan sedikit ujian supaya kita kukuh dan akrab memohon dan bergantung pada Dia.

Jika gagal, usaha dan usahalah lagi. Siapa sangka usaha yang terakhir itulah bakal membuahkan natijah yang sebenar.

Jangan rebah ketika hampir ke garisan penamat!

BANGUN

Lihat kanak-kanak kecil yang baru belajar bertatih. Jatuh, rebah, kemudian bangkit semula. Langsung tidak terzahir sikap putus asa dan menyerah kalah begitu sahaja. Hebat pinjaman semangat dan roh kekuatan yang Allah tiupkan pada anak-anak kecil ini.

Untuk berjaya, ukurlah tahap usaha yang dipertaruhkan. Hakikatnya, bukan tukul yang memberi kesan kepada kedalaman paku dan papan tetapi si pemukul yang mencorakkan. Pemukullah yang bertindak sebagai medan berkuasa. Makin bertenaga paku diketuk, makin kemas dan kukuhlah hasilnya.

Bangkit dan bangunnya anda daripada kegagalan dan kejatuhan, itu petanda anda seorang yang LUAR BIASA.

Anda membuktikan anda mampu berjaya dengan kebangkitan dan keazaman yang baru.

 Ingat ya, gagal hanya sukses yang tertunda.


-vice versa
Solusi isu 50

Wednesday, February 20, 2013

Kisah aku hari ini.

Alhamdulillah, hari Selasa sampai juga ke penghujungnya. Hari ni aku rajin gila update blog, kena sampuk apa tak tahu la, huhu.

Esok Rabu, sebelum kita buka buku baru, marilah kita sama-sama muhasabah diri, timbang tara semula apa yang kita telah lakukan pada hari ini. Adakah lebih baik daripada semalam?

Allah makin sayang kat aku. Tu je yang aku makin faham, dan tu je yang aku nak faham setakat nie :-)

Setakat hari ini, pergi kelas, belajar. "Point" penting aku belajar hari ini aku perlu faham keadaan dan perlu terima hakikat. InsyaAllah ini yang terbaik, aku di uji, mereka juga sedang di uji Allah sebenarnya.

Bersangka baiklah. Andai tak ada semua ni, kita mungkin jauh dari Tuhan yang menciptakan, tidak menghargai apa yang ada disekeliling kita, tidak lihat menggunakan mata hati dan banyak lagi.

Salurkan setiap apa yang kita rasa, alami, lalui, sakit, pahit, manis, kelat, payau dan semua rasa yang sewaktu dengannya tu pada tempat yang betul. Pada Allah.

Kita manusia, punya hati dan perasaan. Normal andainya kita terasa hati dengan orang disekeliling kita, baik secara sengaja mahupun tak sengaja.

Pada dia mungkin itu tak meninggalkan kesan langsung pada kita, tapi pada kita mungkin sebaliknya. Mampu     melukakan dengan parah, andai sembuh juga masih meninggalkan parut.

Belajarlah daripada apa yang kita lalui itu, andai kita terluka mahupun ada yang tidak kena, berazamlah sekurang-kuranya untuk diri sendiri bahawa kita tidak akan melakukan kesilapan yang sama pada orang lain. Kita akan cuba untuk tidak menyakiti hati orang lain.

Hidup ini untuk berbakti, bukan hanya untuk diri sendiri. Sumbangkan apa jua kiranya yang kita mampu walaupun hanya secebis perhatian buat sesiapa sahaja yang memerlukan. Sumbangkan apa sahaja yang kita boleh lakukan. 

Tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima.

Aku petik kata-kata seorang GET Team Member..

SETIAP KALI KITA JATUH, ITULAH PELUANG UNTUK PERGI LEBIH JAUH

Ia adalah pengalaman untuk kita jadi lebih matang, untuk kita pergi lebih jauh.

Semalam seorang kawan baik aku kata kat aku, lebih kurang macam ni

"Aku bukan nak puji, tapi aku rasa kau lebih matang daripada ***** "

Sampai ke hari ini aku masih tak faham orang ukur kematangan itu dari segi apa. Sukar untuk ditafsir kerana setiap orang mempunyai daya penilaian yang berbeza-beza. Penilaian itu berdasarkan pemahaman mereka yang dah tentunya berbeza-beza.

Aku tak rasa bangga pun, aku gelak je bila kawan aku kata macam tu. hahaha

Kelakar.

Matang aku, Mungkin disebabkan banyak sangat dah ujian, dugaan, cabaran yang aku kena lalui selama aku hidup ini. Calar-balar kat hati, remuk redam semua ada. Complete set. Lengkap. 

Atau dengan kata lainkan, pengalaman mendewasakan kita.

Jujur cakap aku jarang rasa bosan bila berhadapan dengan sesuatu perkara, kat kelas tak kira la lecturer tu mengajar macam mana sekalipun sampai tersengguk-sengguk orang dalam kelas tu, aku cari "point" aku untuk setiap yang aku lalui.

Adalah satu pembaziran kalau korang buat sesuatu, tapi tak dapat apa-apa. Tak dapat walau secebis pun kata-kata berharga daripada orang sekeliling kau. Membazir masa dan tenaga. 

Apa-apa pun sandarkan segalanya kembali pada Allah.





Zati, kata-kata kau sentuh hati aku lagi.. sayang la kat kau, hehe. Aku dah cakap banyak kali kat kau tadi, aku cakap lagi kat sini, hahahaha :p



Akhir kata, Jangan rasa gembira dengan kesedihan orang lain, jangan bina sesuatu dengan kesedihan orang lain, Allah sebaik-baik penjaga. Moga kita berada dalam redha Ilahi.

Selamat malam, assalamualaikum! ^_^

Tuesday, February 12, 2013

Bintang.

Aku suka malam. Aman, damai, tenang, nyaman. Siang pun tak ada la tak suka. hehe

Saja.

Aku duduk kat buaian. Mak ayah duduk kat pondok. Adik2 dekat tempat mainan lain. 

Aku dongak tengok langit. Angin laut buatkan aku rasa tenang. Nampak bintang-bintang bertaburan..

Subhanallah! :')

Di tempat dan waktu yang berbeza pula,

Aku keluar dari rumah itu,

Sarung kasut. Jalan kat halaman rumah.

Rindunya. Tempat ni banyak sangat kenangan bagi aku. Dari kecil lagi.

Aku dongak tengok langit lagi. Nampak bintang :) Bulan tak kelihatan malam itu.

Aku pandang depan, tengok pokok-pokok kelapa. Ditiup angin. Sukanya hati.

Lamanya tak duduk dekat pantai, tenangkan fikiran, bersaksikan ciptaan Allah yang sangat agung, sambil melihat bintang-bintang bertaburan di atas sana.

Aku rindu pantai rupanya. hehe (baru sedar)

Padahal rumah dengan pantai tak ada la jauh mana pun. 

Hmm tak ada kawan nak berborak laaa ni. Mana tak nya, sorang dah ke Nilai, sorang dah ke Ganu. Cuti pulak tak sama, tinggal la aku sorang. Time diorang cuti sem, aku kat johor =_=

Anyone, teman aku ke sana boleh? huhu

*********

Aku jahit tudung guna mesin. Jarum tumpul. Habis tudung aku tercarik. Adeh.

Mak datang, tolong betulkan mana yang rosak. Sambil cakap macam mana la boleh jadi cam ni ni along.....

Aku sarung tudung tu nak betulkan jugak mana yang rosak. Dengan muka sedih aku cakap "Ala, macam mana ni" sambil tangan betulkan tudung. 

"Sikit je ni" mak pujuk anak paling tua dia ni, sambil mak tolong sekali huhu.

Aku tunduk, tiba-tiba sebak. Hai la hati, kenapa makin sensitif dari sehari ke sehari ni. Dulu tak macam ni kan.

Lama tak rasa manja dengan mak.








Nanti aku sambung cerita. Tak dapat nak teruskan. :''(

Saturday, February 9, 2013

Hargai.

"Sudah aku katakan dahulu, andai ada yang mencalarkan, jangan kau keji dan caci, kerana kau pasti belajar sesuatu, belajar untuk lebih menghargai"

Tak sangka. Post aku yang lepas yang aku ingat tak ada orang nak baca (lagi-lagi teman rapat), dapat respon.

Jujurnya, aku tak ingat dah apa perasaan aku menulis pada ketika itu. Sampai berjaya menyentuh beberapa hati. 

"Sedih post ko kat blog"

Satu pesanan aku terima tengah hari itu, baru saja aku nak bersiap-siap menunaikan solat zohor. 

Aku senyum. Hampir tergelak. Tiba-tiba rasa terharu. Ada yang faham rupanya. 

Betul-betul menghayati apa yang aku tulis juga dia ni. Sampai sedih bila baca post aku tu.  (sekarang aku rasa nak ketawa bila ingat balik)

Di waktu malam pula, leka-leka, satu lagi pesanan sampai kepadaku. Menyatakan permohonan maafnya kepadaku andai aku rasa dia "jaga" aku.

Kajet sebentar. apa yang sedang berlaku?????

Malam itu, baruku tahu. Ada yang dah lama selalu datang sini rupanya. Menjaga aku dari jauh mungkin.

Allah. 

Punya sahabat baik seperti kalian,

Allah. Aku tak tahu nak kata apa :')

Sayangnya Allah pada aku dan kalian.

Pada aku, kalian adalah hadiah yang tidak ternilai. Yang tak akan mampu aku tukar walau dengan apa-apa tukaran sekalipun.

Terima kasih sahabat :')






Kembara ini kuteruskan juga. Bersandarkan Allah sebagai kekuatan untuk melangkah.

Cita-cita yang telah aku lakar satu ketika dahulu, masih tersemat dalam sanubari ini.

Walau jalannya kelam, kadang kala kabus tebal di hadapan, membuatkan kita rasa sukar untuk meneruskan perjalanan. 

Hakikatnya bukan mudah untuk mencapai apa yang kita impikan. Lagi-lagi jika hajatnya cukup besar. Yang mampu merubah kehidupan aku 360 darjah dengan serta-merta.

Andai ini sebahagian daripada jalannya untuk aku lebih bersedia di kemudian hari, untuk aku benar-benar menghargai apa yang aku ada, akan aku gagahi langkahku ini sehingga sampai ke destinasinya nanti.

Allah kan ada. Senyum.

Tak perlu rasanya aku buang target dan impian itu. Masanya akan tiba. Emm tak lama lagi mungkin. hehe

Allah pun pandai bagi surprise jugaaaa.... ^_^




Tuesday, February 5, 2013

Yang pernah singgah.

Salam.

Apa mood anda hari ini?

Suka? Gembira? Sedih? Murung? Teruja?

Anda stress?

Relax2, jangan stress2 ok.

Stress perlu diurus dengan baik, kalau tak dapat diurus dengan baik tu la boleh membahayakan diri. 

Macam-macam penyakit boleh datang.

Sebagai seorang yang beragama Islam, dekatkanlah diri dengan Allah =)

********

Malam itu aku sendiri,

Melihat kota yang penuh dengan cahaya lampu,

"Hmm.. dah dekat 4 tahun aku kat sini."

Kenapa agaknya banyak2 tempat, tempat ni jadi tempat aku belajar?

Kenapa tak tempat lain?

Kenapa mesti kat sini?

"Ahhh.. macam-macam la kau"

"Kan ramai kawan-kawan kat sini"

Tersentak dengan persoalan dan jawapan diri sendiri.

Ya, banyak yang aku belajar dekat sini.

Satu hari nanti, pasti aku akan habis belajar.

Pasti tempat ni yang akan aku rindui.

Tak lama dah..

Tahun depan je lagi, masa sangat pantas berlalu.

**********

Andai masa itu tiba..

Mampukah aku ucap selamat tinggal?

Tegarkah aku melangkah pergi meninggalkan apa yang aku ada.

Suka melakar senyum dan tawa buat diri aku dan yang lain.

Duka menikam jiwa bagai ditusuk sembilu mungkin?
(sembilu pun aku tak kenal sebenarnya, hehehe)

**********

Batu Pahat

Johor.

Allah. Tak pernah aku terfikir akan meneroka bumi ini satu ketika dahulu.

Tapi aku yakin, aturan Allah adalah yang terbaik =)

*********

Berita itu sampai ke pengetahuan dia juga.

Lalu satu pesanan dihantar kepadaku.

"Kenapa la ramai-ramai orang kau yang tahu dulu ni"

"Kau ni macam penjaga aku la pulak"

Dia sering ada, walau datangnya berkala.

Sekejap timbul, sekejap tenggelam.

Membuatkan aku sukar untuk membaca yang tersiratnya.

*********

Satu pesanan pelik dihantar kepadaku.

"Maaf, tak pernah lalui, jadi tak tahu..."

Maaf, hanya itu jawapan yang aku ada, 

Pada masa dan ketika itu.

Aku mungkin boleh memberi jawapan berdasarkan logik akal aku sendiri.

Tapi, mana mungkin aku dapat memberi jawapan itu tulus dari hatiku.

Nantilah,

satu hari nanti, 

andai masanya tiba,

 dapatlah aku beri jawapan =)

**********

Mungkin aku salah menilai,

sehingga aku terlupa apa yang hakikatnya 

"Hoi, berpijaklah pada bumi yang nyata"

Lalu kuulang berulang-kali, ulang, ulang, ulang...

"Aku masih sedar diri"

**********

Sekeping hati.

" Ya Allah, andai ia bukan yang terbaik buatku, berilah ketenangan yang abadi buat diriku ini "

**********

Kau yang berjasa.

Mana mungkin aku dapat lupakan jasa-jasa kau.

Yang setia mendengar kala aku susah.

Yang cuba buat aku tersenyum.

Yang selalu ingatkan aku untuk bersabar.

Terima kasih ^^ huhu

nanti aku belanja sate kajang =)

**********

Kau yang sedang berbahagia =)

Aku turut bahagia dengan keadaan kau sekarang.

Doakan aku juga ya.

InshaAllah satu hari nanti, macam yang kau selalu kata pada aku..

Satu hari nanti.

Kau jaga diri baik-baik,

hargai apa yang kau ada

**********
Dan aku.

Masih seperti dulu dan selamanya.

Punya Allah, maka punya segala-galanya.

Allah sumber kekuatan, 

sumber ketenangan yang dicari.

**********

Inginku pinta angin bawa rasa yang hadir

Mana mungkin boleh.

Lalu kubiar masa mengukir segalanya =)






Doakan aku istiqamah dijalan ini ^_^