Wednesday, February 20, 2013

Kisah aku hari ini.

Alhamdulillah, hari Selasa sampai juga ke penghujungnya. Hari ni aku rajin gila update blog, kena sampuk apa tak tahu la, huhu.

Esok Rabu, sebelum kita buka buku baru, marilah kita sama-sama muhasabah diri, timbang tara semula apa yang kita telah lakukan pada hari ini. Adakah lebih baik daripada semalam?

Allah makin sayang kat aku. Tu je yang aku makin faham, dan tu je yang aku nak faham setakat nie :-)

Setakat hari ini, pergi kelas, belajar. "Point" penting aku belajar hari ini aku perlu faham keadaan dan perlu terima hakikat. InsyaAllah ini yang terbaik, aku di uji, mereka juga sedang di uji Allah sebenarnya.

Bersangka baiklah. Andai tak ada semua ni, kita mungkin jauh dari Tuhan yang menciptakan, tidak menghargai apa yang ada disekeliling kita, tidak lihat menggunakan mata hati dan banyak lagi.

Salurkan setiap apa yang kita rasa, alami, lalui, sakit, pahit, manis, kelat, payau dan semua rasa yang sewaktu dengannya tu pada tempat yang betul. Pada Allah.

Kita manusia, punya hati dan perasaan. Normal andainya kita terasa hati dengan orang disekeliling kita, baik secara sengaja mahupun tak sengaja.

Pada dia mungkin itu tak meninggalkan kesan langsung pada kita, tapi pada kita mungkin sebaliknya. Mampu     melukakan dengan parah, andai sembuh juga masih meninggalkan parut.

Belajarlah daripada apa yang kita lalui itu, andai kita terluka mahupun ada yang tidak kena, berazamlah sekurang-kuranya untuk diri sendiri bahawa kita tidak akan melakukan kesilapan yang sama pada orang lain. Kita akan cuba untuk tidak menyakiti hati orang lain.

Hidup ini untuk berbakti, bukan hanya untuk diri sendiri. Sumbangkan apa jua kiranya yang kita mampu walaupun hanya secebis perhatian buat sesiapa sahaja yang memerlukan. Sumbangkan apa sahaja yang kita boleh lakukan. 

Tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima.

Aku petik kata-kata seorang GET Team Member..

SETIAP KALI KITA JATUH, ITULAH PELUANG UNTUK PERGI LEBIH JAUH

Ia adalah pengalaman untuk kita jadi lebih matang, untuk kita pergi lebih jauh.

Semalam seorang kawan baik aku kata kat aku, lebih kurang macam ni

"Aku bukan nak puji, tapi aku rasa kau lebih matang daripada ***** "

Sampai ke hari ini aku masih tak faham orang ukur kematangan itu dari segi apa. Sukar untuk ditafsir kerana setiap orang mempunyai daya penilaian yang berbeza-beza. Penilaian itu berdasarkan pemahaman mereka yang dah tentunya berbeza-beza.

Aku tak rasa bangga pun, aku gelak je bila kawan aku kata macam tu. hahaha

Kelakar.

Matang aku, Mungkin disebabkan banyak sangat dah ujian, dugaan, cabaran yang aku kena lalui selama aku hidup ini. Calar-balar kat hati, remuk redam semua ada. Complete set. Lengkap. 

Atau dengan kata lainkan, pengalaman mendewasakan kita.

Jujur cakap aku jarang rasa bosan bila berhadapan dengan sesuatu perkara, kat kelas tak kira la lecturer tu mengajar macam mana sekalipun sampai tersengguk-sengguk orang dalam kelas tu, aku cari "point" aku untuk setiap yang aku lalui.

Adalah satu pembaziran kalau korang buat sesuatu, tapi tak dapat apa-apa. Tak dapat walau secebis pun kata-kata berharga daripada orang sekeliling kau. Membazir masa dan tenaga. 

Apa-apa pun sandarkan segalanya kembali pada Allah.





Zati, kata-kata kau sentuh hati aku lagi.. sayang la kat kau, hehe. Aku dah cakap banyak kali kat kau tadi, aku cakap lagi kat sini, hahahaha :p



Akhir kata, Jangan rasa gembira dengan kesedihan orang lain, jangan bina sesuatu dengan kesedihan orang lain, Allah sebaik-baik penjaga. Moga kita berada dalam redha Ilahi.

Selamat malam, assalamualaikum! ^_^

No comments: