Sunday, March 31, 2013

Adik-beradik

Dah pukul 5 pagi, kepala aku pun dah naik pening dengan project management ni. Ayah dah surrender, tinggal adik yang nombor 3 masih bertahan. Dalam family, yang boleh buat kerja gila ni hanya 3 orang.. ayah, aku dan adik no 3.

Eh, ada lagi sorang, yg no 2, masa mengadap cerita korea, apa yg best ntah. Layan cerita ganas2 lagi best kot haha. Kungfu terbang keee..



" Kau ni dah macam abang aku la plak"

"Bukan abang, tapi adik lelaki"

Ops tu la yang aku maksudkan sebenarnya, dia adik lelaki aku, tapi mengalahkan seorang abang je overprotective dia tu.

"Haa memang pun, kau kan adik lelaki aku"

"Ya, akak aku cuma kau dgn kak nurul je"

" Adik lelaki aku yang matang cuma kau dengan Fuad je, haha "

"Matang la sangat, dua2 bermasalah ada la.. nama pun geng kan"

"Apa masalah korang, meh cerita kat akak nie"



Masa terus berlalu, menjadikan kami semakin matang dengan kehidupan. Zaman kanak-kanak, tak mungkin berulang kembali, cuma hanya boleh dikenang kembali.

Dalam hidup ini, aku cuma punya seorang kakak, seorang abang, yang bertalian darah. Dan aku cuma punya dua orang adik perempuan yang matang dan dua orang adik lelaki yang matang. 

Yang lain, sila membesarkan dengan cepat dan sihat ok? Baru boleh masuk dalam list hahaha

Mana mungkin aku lupa zaman nakal aku dulu. Ya Rabbi, nakal yang amat. Cakap apa je yang aku x pernah buat masa kecil dulu. Sebab tu kot masa dah besar ni aku jadi baik gila haha. (moga betul2 baik)

Masa kecil jenis tak tahu malu, dah besar jadi pemalu dan sopan santun. haha. Cuma yang betul2 rapat dengan aku kenal aku macam mana.

Dialog 'matang' di atas, buat aku terkenang kembali zaman dulu-dulu. Aku memang jenis sentimental sikit. Ada sikit la jiwang. kah3 mana ada yg jiwang akan mengaku jiwang

Masa kecil, aku jenis yang ganas. Sebab kawan dengan budak-budak lelaki je yang ramai. Aku tak suka duduk diam, bila besar aku suka duduk diam gelakkan orang hahaha.

Haa dan aku jenis tak tahu takut. Sampai sekarang ni pun sebenarnya, tapi selalu buat muka cuak je bila besar, dalam hati tak pun huhu. 

Aku ingat lagi, masa aku darjah satu ada 2 org budak ni suka kacau aku, sampaikan satu masa, masa duduk atas tikar ramai-ramai dekat depan papan hitam, diorang tarik tudung aku kalau tak silap, aku pusing belakang dan aku terus lepaskan buku lima kat muka dia.

Oh malangnya aku tak tanya dia la pulak sama ada dia rasa sakit ke tak, sampailah masa aku tengah seronok2 main dalam kelas, aku masih ingat masa tu kelas aku bising gila sebab semuanya aktif2 (adeh lagi 2 hari nak praktikum nih) tiba-tiba cikgu panggil nama aku, aku masih boleh dengar walaupun masa tu tengah bising.

"Kenapa awak tumbuk kawan awak"

Bayangkan dari belakang kelas masa tu, aku toleh ke depan kat meja cikgu. Tengok2 budak tu tengah menangis kat sebelah cikgu.

Aku tengok, kemudian aku buat macam tak ada apa yang jadi aku pun terus sambung main. Huhhh lantak kau la sapa suruh kacau aku, ingat aku diam aku takut dengan kau. haha

Em tu la benda yang aku tak boleh lupa masa aku darjah satu beb. Darjah satu.

Sila jangan gelak eh sila gelak berdekah2.

Dari umur aku 4 ke 5 tahun sampai ke darjah brape entah, masa tu memang zaman nakal. Dari masa aku tinggal kat PD, hari2 nak pergi pantai, hari2 nak pergi taman permainan nak main jongkang-jongkit yang papan tu, apa kelas sekarang yang spring punya, tak mencabar langsung. keh3

Masa aku tinggal dekat rumah nenek, panjat pokok, ok sumpah tak sopan langsung, siapa harus dipersalahkan?? Abang Ngahhhhh... haha (abang Ngah ex student di IPG dot dot dot, opsyen dirahsiakan, em belum posting lagi, tak boleh mengorat sebab dah berpunya) haha

Siapa ajar masuk hutan? Abang dengan kakak.. Wan dengan Fuad join sekali. Zaty, nana, iqah, ain pun join sekaki.

Seingat aku, aku mula matang seawal darjah 3 sebab masa ni aku dah ada tanggungjawab. Kena jadi ketua kelas beb. Haru-biru dibuatnya sebab kelas aku memang semua budak2 "baik-baik" belaka macam aku. 

Sampai la darjah 4, 5, dan 6 aku masih jadi ketua kelas. Penolong ofkos classmate lelaki aku. 

Eh tak pasal2 masa maths ketua dengan penolong kena jawab soalan kat depan, kat papan hitam huhu. Darjah 5 kalau x silap aku.

Bermulalah zaman "matang" aku, dah ada tanggungjawab la katakan. hak3

Sampai la sekolah menengah start tingkatan 3 again aku kena jadi ketua tingkatan, tapi tak lama lepas tu aku letak jawatan kalau x silap. 2 3 kali gak la aku gi jumpa cikgu nak letak jawatan, mula-mula dia buat tak layan, lepas tu lama-lama mungkin bosan tengok muka aku, dia pun setuju.

Aku tolak jawatan tu sebab masa tu aku dah mula kenal dengan kerenah manusia dan aku malas nak layan, lain2 sebab aku penat. Em lagi sebab lepas Trial PMR aku keluar asrama aku duduk rumah. 

Tingkatan 4, aku jadi lagi ketua tingkatan. Oh fine kali ni aku terima dengan rela hati je jawatan tu. Lagipun masa tahun tu exam SMA. okey je kot.

Form 5 aku tolak awal2 jawatan Ketua Tingkatan tu, walaubagaimanapun, masih ada Ustaz yang panggil aku "ketua, ketua, ketua" walaupun masa tu aku humble dan hanya rakyat jelata biasa saja, haha.

Masa ni la aku kena paksa jadi Pengerusi PBSM, aku ingat lagi, ye2 memang aku ingat.. 

Dewan tgh bising2, nak buat perlantikan, aku tengah borak2 dengan junior. Aku rasa sebab aku anak sulung jadi hati aku memang dekat dengan adik2.

Aku masih ingat lagi.. flashback lagiiii adeh..

Tengah dewan tu dok bising2, cikgu kat depan pulak dah tanya pasal pencalonan Pengerusi, aku masih lagi ligat borak dengan adik junior ni, tiba-tiba member kat sebelah aku nie bangun. Aku bercakap lagi masa tu, huh dasar bercakap tak ingat dunia.

"Saya cadangkan hazirah sebagai pengerusi"

Terus terberhenti aku bercakap, aku terus bangun

"Saya tak nak, cikgu"

 Part ni macam drama sikit, cikgu aku terus balas

"Apsal awak tak nak?"

Adoi, lalu satu dewan bersorak.

Aku pandang belakang, nampak member2 kelas aku kat belakang. Kitorang calon SPM cuma 36 orang je, setelah ditapis-tapis ini yang tinggal. 18 orang budak kelas akaun, 18 orang lagi ambil perdagangan.

" Tu ramai lagi kat belakang" aku pun tegakkan hujah kenapa aku tak nak.

Akhirnya, kawan aku jadi Pengerusi, dengan kuasa veto cikgu tersebut aku kena jadi Naib Pengerusi. T__T

Haa tu la serba sedikit zaman sekolah aku, banyak je lagi, nanti kalau aku cerita sampai minggu depan pun tak habis.

Ni tajuk adik-beradik bukan zaman persekolahan haha




"Dah besar dah kita ek, dulu main kejar-kejar"

Sumpah aku gelak gila2 bila abang Ngah cakap macam tu. Touching beb. Lagi2 bila wan cakap macam dialog kat atas tu.. 


Serious aku rindu. Bila besar, aku kenang balik apa yang aku dah lalui dari aku kecil sampai la aku dah besar panjang, walaupun x panjang mana hahaha. Ehem2.

Banyak yang aku lalui sampai la aku jadi diri aku yang sekarang ni. Cabaran? oh tu normal. Aku rasa tension aku jerit je la walaupun tak lepas. huhu. 

Rejection? oh itu normal. Alah bisa tegal biasa kan. Buat je banyak2 kali jangan serik, nanti lama2 biasa.

Jangan takut tanggung risiko. Apa-apa jadi think positive ok. 

Em ni dah masuk tajuk lain dah nie.



Adik-beradik, semua yang merantau kat negeri orang, balik la melaka weh. 

Kangen bangat~



*entri ni terhasil kesan daripada kepala yang pening study pasal project management, haha
Alhamdulillah siap jugak akhirnya! =) 

Saturday, March 30, 2013

Amanat berharga~

Allah Maha Kuasa, makhluk tak ada kuasa

Apa pun tak boleh buat apa2 pada Allah, jadi apa nak takut?




Kenapa Allah uji seseorang, sebab Allah swt sayang dia, nak betulkan keyakinan dan iman.


Kalau nak apa-apa, minta pada Allah, 
tak dapat, solat lagi,
tak dapat solat lagi


Solat lagi

Solat lagi

Solat lagi



20032013
Bilik Jqaf Masjid Attarbiyah
PIM3110
**Mengutip setiap butir mutiara dari Dr**





Setiap hari, cakap pada diri sendiri,
hari ini aku nak jadi manusia yang terbaik,

apa pun berlaku, saya mesti hidup dengan cemerlang

Perbanyakkan solat hajat

Pada sujud yang terakhir, mohonlah bersungguh2 pada Allah
Minta Allah tunjukkan yang terbaik dalam hidup kita

Puasa sunat jangan tinggal

Hidupkan malam, qiamulail, berdoalah disepertiga malam

Solat tahajud

Solat Dhuha

jadikan amalan



Ayat pembatal sihir:

Surah al-baqarah ayat 102

Surah Toha ayat 1-5

Surah Soffat ayat 1-11
( baca lepas sembahyang asar, masa matahari nak terbenam)



Lepas solat subuh berjemaah, afdal baca di masjid, 
amalkan surah al-An'am ayat 1-3 

Bismillah, Bismillahillazi la yadurru maasmihi syaiun fil ardhi wala fis sama'i wahuassami' il alim
(amal 7 kali pagi dan petang)

Lepas solat isyak baca surah al-Mulk



14032013
Masjid Attarbiyah
*Amanat KJ*




Setiap masalah, ada jalan penyelesaiannya,

Yakin dengan Allah



20032013
1600
Bilik Jqaf
**Ustaz MAH**



Bersyukur padaMu Ilahi, kerana meletakkan aku pada suasana yang sering mendekatkan aku denganMu~
Moga Allah pelihara hamba-hambaNya di jalan ini~

Friday, March 29, 2013

Reason~


Ikut hati, mahu saja aku turuti semua permintaan

Kerana itu pasti akan buat kau senang

Tapi maafkan aku

Aku fikir menjauh itu lebih baik buat masa ini

Hmmm..

Yaaaaa!

Kerana sentuhan dijiwa yang aku rasa~

Aku juga mahu kau rasa sama macam aku


Hanya Tuhan tahu siapa engkau dan siapa aku bukan?

Jadi, aku pilih untuk pergi dulu

Dan menunggu jawapan dari Dia


Allah is watching! 

Itu kata orang putih, heee~


Jom! sama-sama lari ke arahNya...!

Tiba masa nanti akan kusambut huluran tanganmu teman! 

^_^




Salam saiyidul ayyam!

Bahagia kerana Dia! 

Dulu dan sekarang

Aku sekarang adalah dia yang dulu

Dan dia sekarang adalah aku yang dulu

Mahu tergelak rasanya

Bukan aku seorang yang perasan rupanya




Aku coretkan di lembaran kertas putih

Sampai masa akan aku kongsi




Dan sekarang, mood melayan perasaan

Nikmati aja~




Oh tenggelam dgn assignment project management ni!

Aishhh kita tukar kos nak ayah? hak3

Thursday, March 28, 2013

Setiap detik penuh makna

Kau tahu?
Kau datang tak pernah aku jemput
Kau datang secara tiba-tiba
Kau datang menyergah aku
Hingga aku hampir jatuh tersungkur.

Sering kali aku persoalkan
Kenapa mesti kau datang
Kenapa aku?
Kenapa bukan yang lain.

Mula-mula aku meraba-raba bagaikan buta
Tak kenal maka tak cinta bukan?
Lama-lama aku kenal kau
Aku kenal kau datang dari siapa....

Aku jadi senyum sendiri.

Kini aku mampu tersenyum
Walau dulunya kau buat aku meracau-racau
Ya, hampir setiap masa aku gelisah
Seminit aku rasa macam sebulan!

Allah tak jadikan setiap perkara itu sia-sia bukan?

Aku genggam keyakinan itu kuat-kuat
Aku pasakkan dalam diri aku
Pasti ada sesuatu yang berharga di kemudian hari

Dikala aku rasa bagai tidak punya harapan lagi
Sejadah cintaku membuatkan aku yakin kembali

Dikala kau datang
Aku miliki apa yang pernah aku hajatkan dahulu
2010 dahulu,
kini 2013.
Aku tak sangka sekuat dan secepat ini.
Terima kasih Allah =)

Kerana Allah beri aku kekuatan untuk aku terus melangkah
Akan kugagahi juga
Kerana Dia pasti tahu apa yang terbaik buat aku
Dan Dia pasti sudah sediakan yang terbaik buat aku.
Allah itu Maha Baik!

Kini,
Setiap detik penuh makna
Kerana aku yakin Tuhan itu sentiasa dekat!

Terima kasih Allah!
Segala puji dan puja hanya untukMu~



Ingatlah, sesungguhnya apabila musibah itu datang, ketahuilah bahawa itu petanda kebaikkan akan datang menyapa


2150
28032013
Melaka

Wednesday, March 27, 2013

Ia peluang!

Allah! Kenapa la aku boleh tak nampak. Bahawa ianya adalah peluang!

Walau ianya pahit untuk ditelan

Sampaikan sarat dah mata ni nak menampung air-air yang keluar tanpa dipaksa.

Pipi pulak dah macam sungai dah. hahaha.




Aku berdiri bersandarkan tingkap.

Rasa macam mimpi ada kat hostel ni.

Allah.

Dengan izin Dia jualah semua ni berlaku.

Azan maghrib. Rindu suara azan dan suasana maghrib ini.

Haiii, baru 4 hari dah rindu?

Sungguh,

Sentuhan tu rasa lain macam sangat.

Tak tergambar dengan kata-kata.

Satu-persatu seruan panggilan Agung itu aku hayati.

Tenangnya jiwa.




Allah panggil kita 5 kali je sehari.

Dah tu bila orang call tu apa lagi jawab la panggilan..

Dah gi solat cepat!

Nak lagi romantik kita calling2 pukul 2 3 pagi nanti okay?.

Aku nak gi dating. Lepas tu baca surat cinta dari kekasih hati.

Asyik Dia je bahagiakan kita kan. Aku pun nak jugak buat Dia bahagia.

Kata sweeettttt. huhu. tunjuk laaa ^_^

Yang terbaik , sebaik-baik dan baik ^_^

Makin aku menjauh
Makin ia datang dekat
Makin didekatkan
Makin senang ia didekati.

Huh..

Bergetar jiwa~

Kasih sayang Allah.
Jentikkan yang bermakna buat diri.




Ustaz : Anti doa minta Allah tunjukkan yang terbaik.. walaupun pahit. Sebab apa yang kita suka belum tentu Allah suka. 


Senyumlah!
Kerana Allah memilihmu :-)


Aturan Allah itu sangat cantik,
Terima kasih Allah!



Menyantuni makna yg terkandung dalam surah Ad-Dhuha,
benarlah yang kemudian itu lebih baik daripada permulaan.
Usah ragu!



" Ya Allah, padaMu ku sandarkan segalanya. Kau sebaik-baik penjaga"

  


Tiga nama yang membawa maksud yang sama, termasuk domain blog  ^_^, moga Allah menjadikan kami manusia yang terbaik, sebaik-baik manusia dan manusia yang sentiasa membuat kebaikan   



Dekatilah Allah, 
nescaya seluruh kebaikan akan mendekatimu!



Katakanlah : Wahai yang terbaik!



Akan kusahut dgn : Iyaaaa.. aku datang ni ^_^



*Batu Pahat
*teman rumate dengan akak2 KDC, haha



Sunday, March 10, 2013

Sekeping surat cinta dari manusia yang malam-malamnya penuh cinta.



Surat cinta dari manusia yang malam-malamnya penuh cinta......
Ditujukan kepada insan-insan yang tersia-sia malamnya........

Wahai orang-orang yang terpejam matanya!

Perkenankanlah kami, manusia-manusia malam menuliskan sebuah surat cinta kepadamu. Seperti halnya cinta kami pada waktu malam-malam yang kami sibuk di sepertiga terakhir. Atau seperti cinta kami pada keagungan dan rahsianya yang penuh pesona. Kami tahu dirimu bersusah payah lepas tengah hari berharap intan dan mutiara dunia. Namun kami tak perlu bersusah payah, sebab malam-malam kami berhiaskan intan dan mutiara dari syurga.

Wahai orang-orang yang terlelap,

Sungguh nikmat malam-malammu. Gelapnya yang pekat membuat matamu tak mampu melihat tenaga cahaya yang tersembunyi di baliknya. Sunyi senyapnya membuat dirimu hanyut tak menghiraukan seruan cinta. Dinginnya yang merasuk semakin membuat dirimu terlena, menikmati tidurmu di atas pembaringan yang empuk, bermesraan dengan bantal dan gulingmu, bergeliat manja dibalik selimutmu yang demikian hangatnya. Aduhai kau sangat menikmatinya.

Wahai orang-orang yang terlena,

Ketahuilah, kami tidak seperti dirimu!! Yang setiap malam terpejam matanya, yang terlelap pulas tak terkira. Atau yang terlena oleh suasananya yang begitu menggoda. Kami tidak seperti dirimu!! Kami adalah para perindu kamar di syurga. Tak pernahkah kau dengar Sang Insan Kamil, Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya di syurga itu ada kamar yang sisi luarnya terlihat dari dalam dan sisi dalamnya terlihat dari luar. Disediakan untuk mereka yang memberi makan orang-orang yang memerlukannya, menyebarkan salam serta mendirikan solat pada saat manusia terlelap dalam tidur malam.” Sudahkah kau dengar tadi? Ya, sebuah kamar yang menakjubkan untuk kami dan orang-orang yang mendirikan solat pada saat manusia-manusia yang lain tertutup mata dan hatinya.

Wahai orang-orang yang keluarganya hampa cinta,

Kau pasti pernah mendengar namaku disebut. Aku Abu Hurairah, Periwayat Hadis. Kerinduanku akan sepertiga malam adalah hal yang tak terperi. Penghujung malam adalah kenikmatanku terbesar. Tapi tahukah kau? Kenikmatan itu tidak serta merta ku kecapi sendiri. Ku bahagi malam-malamku yang penuh syahdu itu menjadi tiga. Satu untukku, satu untuk isteriku tercinta dan satu lagi untuk pelayan yang aku kasihi. Jika salah satu dari kami selesai mendirikan solat, maka kami bersegera membangunkan yang lain untuk menikmati bahagiannya. SubhanAllah, tak tergerakkah dirimu? Pedulikah kau pada keluargamu? Adakah kebaikan yang kau inginkan dari mereka? Sekadar untuk membangunkan orang-orang yang paling dekat denganmu, keluargamu?

Lain lagi dengan aku, Nuruddin Mahmud Zanki. Sejarah mencatatku sebagai Sang Penakluk kesombongan pasukan salib. Suatu kali seorang ulama tersohor Ibnu Katsir mengkomentari diriku, katanya, “Nuruddin itu sudah asyik dengan solat malam, banyak berpuasa dan berjihad dengan akidah yang benar.” Kemenangan demi kemenangan aku raih bersama pasukanku. Bahkan pasukan musuh itu terlibat dalam sebuah perbincangan seru. Kata mereka, “Nuruddin Mahmud Zanki menang bukan kerana pasukannya yang banyak. Tetapi lebih kerana dia mempunyai rahsia bersama Tuhan.” Aku tersenyum, mereka memang benar. Kemenangan yang kuraih adalah kerana doa dan solat-solat malamku yang penuh kekhusyukan.

Tahukah kau dengan orang yang selalu setia mendampingiku? Dialah Isteriku tercinta, Khatun binti Atabik. Dia adalah isteri solehah di mataku, terlebih di mata Allah. Malam-malam kami adalah malam penuh kemesraan dalam bingkai Tuhan. Gemerisik dedaunan dan desahan angin seakan menjadi teman kami saat mendung di mata kami jatuh berderai dalam sujud kami yang panjang.

Kuceritakan padamu suatu hari ada kejadian yang membuat belahan jiwaku itu tampak murung. Kutanyakan padanya apa gerangan yang membuatnya resah. Ya Allah, ternyata dia tertidur, tidak bangun pada malam itu, sehingga kehilangan kesempatan untuk beribadah. Astaghfirullaah, aku menyesal telah membuat dia kecewa. Segera setelah peristiwa itu ku bayar saja penyesalanku dengan mengangkat seorang pegawai khusus untuknya. Pegawai itu kuperintahkan untuk menabuh genderang agar kami terbangun di sepertiga malamnya.

Wahai orang-orang yang terbuai,

Kau pasti mengenalku dalam kisah pembebasan Al Aqsa, rumah Allah yang diberkati. Akulah pengukir tinta emas itu, seorang Panglima Perang, Shalahuddin Al-Ayyubi. Orang-orang yang hidup di zamanku mengenalku tak lebih dari seorang Panglima yang selalu menjaga solat berjama’ah. Kesenanganku adalah mendengarkan bacaan Al-Quran yang indah dan syahdu. Malam-malamku adalah saat yang paling ku tunggu. Saat-saat dimana aku bercengkerama dengan Tuhanku. Sedangkan siang hariku adalah perjuangan-perjuangan nyata, tanda cintaku padaNya.

Wahai orang-orang yang masih saja terlena,

Pernahkah kau mendengar kisah penaklukan Konstantinopel? Akulah orang dibalik penaklukan itu, Sultan Muhammad Al Fatih. Namun tahukah kau bahawa sehari sebelum penaklukan itu, aku telah memerintahkan kepada pasukanku untuk berpuasa pada siang harinya. Dan saat malam tiba, kami laksanakan solat malam dan munajat penuh harap akan pertolonganNya. Jika Allah memberikan kematian kepada kami pada siang hari disaat kami berjuang, maka kesyahidan itulah harapan kami terbesar. Biarlah siang hari kami berada di hujung kematian, namun sebelum itu, di hujung malamnya Allah temukan kami berada dalam kehidupan. Kehidupan dengan menghidupkan malam kami.

Wahai orang-orang yang gelap mata dan hatinya,

Pernahkah kau dengar kisah Penduduk Basrah yang kekeringan? Mereka sangat merindukan air yang keluar dari celah-celah awan. Sebab terik matahari terasa sangat menyengat, padang pasir pun semakin kering dan tandus. Suatu hari mereka sepakat untuk mengadakan Solat Istisqa yang langsung dipimpin oleh seorang ulama di masa itu. Ada wajah-wajah besar yang turut serta di sana, Malik bin Dinar, Atha’ As-Sulami, Tsabit Al-Bunani. Solat dimulai, dua rakaat pun selesai. Harapan terbesar mereka adalah hujan-hujan yang penuh berkah.

Namun waktu terus berganjak siang, matahari kian meninggi, tak ada tanda-tanda hujan akan turun. Mendung tak datang, langit membisu, tetap cerah dan biru. Dalam hati mereka bertanya-tanya, adakah dosa-dosa yang kami lakukan sehingga air hujan itu tertahan di langit? Padahal kami semua adalah orang-orang terbaik di negeri ini?

Solat demi solat Istisqa didirikan, namun hujan tak kunjung datang. Hingga suatu malam, Malik bin Dinar dan Tsabit Al Bunani terjaga di sebuah masjid. Saat malam itulah, aku, Maimun, seorang pelayan, berwajah kuyu, berkulit hitam dan berpakaian usang, datang ke masjid itu. Langkahku menuju mihrab, kuniatkan untuk solat Istisqa sendirian, dua orang terpandang itu mengamati gerak gerikku.

Setelah solat, dengan penuh kekhusyu’an kutadahkan tanganku ke langit, seraya berdo’a :
“Tuhanku, betapa banyak hamba-hambaMu yang berkali-kali datang kepadaMu memohon sesuatu yang sebenarnya tidak mengurangi sedikit pun kekuasaanMu. Apakah ini kerana apa yang ada padaMu sudah habis? Ataukah perbendaharaan kekuasaanMu telah hilang? Tuhanku, aku bersumpah atas namaMu dengan kecintaanMu kepadaku agar Engkau berkenan memberi kami hujan secepatnya.”

Lalu apa gerangan yang terjadi? Angin langsung datang bergemuruh dengan cepat, mendung tebal di atas langit. Langit seakan runtuh mendengar do’a seorang pelayan ini. Doaku dikabulkan oleh Tuhan, hujan turun dengan derasnya, membasahi bumi yang tandus yang sudah lama merindukannya.

Malik bin Dinar dan Tsabit Al Bunani pun terasa hairan dan kau pasti juga hairan bukan? Aku, seorang budak miskin harta, yang hitam pekat, mungkin lebih pekat dari malam-malam yang kulalui. Hanya manusia biasa tapi aku menjadi sangat luar biasa kerana doaku yang makbul dan malam-malam yang kupenuhi dengan tangisan dan taqarrub padaNya.

Wahai orang-orang yang masih saja terpejam,

Penghujung malam adalah detik-detik termahal bagiku, Imam Nawawi. “Suatu hari muridku menanyakan kepadaku, bagaimana aku boleh menciptakan berbagai karya yang banyak? Bila aku beristirehat, bagaimana aku mengatur tidurku?” Lalu kujelaskan padanya, “Jika aku mengantuk, maka aku hentikan solatku dan aku bersandar pada buku-bukuku sejenak. Selang beberapa waktu jika telah segar kembali, aku lanjutkan ibadahku.”
Aku tahu kau pasti berfikir bahwa hal ini sangat sulit dijangkau oleh akal sihatmu. Tapi lihatlah, aku telah melakukannya dan sekarang kau boleh menikmati karya-karyaku.

Wahai orang-orang yang tergoda,

Begitu kuatkah syaitan mengikat tengkuk lehermu saat kau tertidur pulas? Ya, sangat kuat, tiga ikatan di tengkuk lehermu! Dia lalu menepuk setiap ikatan itu sambil berkata, “Hai manusia, engkau masih punya malam panjang kerana itu tidurlah!.”

Hei, sedarlah, sedarlah, jangan kau dengarkan dia, itu tipu muslihatnya! Syaitan itu berbohong kepadamu. Maka bangunlah, bangkitlah, kerahkan kekuatanmu untuk menangkal godaannya. Sebutlah nama Allah, maka akan lepas ikatan yang pertama. Kemudian, berwudhulah, maka akan lepas ikatan yang kedua. Dan yang terakhir, solatlah, solat seperti kami, maka akan lepaslah semua ikatan-ikatan itu.

Wahai orang-orang yang masih terlelap,

Masihkah kau menikmati malam-malammu dengan kepulasan? Masihkah? Adakah tergerak hatimu untuk bangkit, bersegera, mendekat kepadaNya, bercengkerama denganNya, memohon keampunanNya, meski hanya 2 rakaat? Tidakkah kau tahu, bahwa Allah turun ke langit bumi pada 1/3 malam yang pertama telah berlalu. Tidakkah kau tahu, bahwa Dia berkata, “Akulah Raja, Akulah Raja, siapa yang memohon kepadaKu akan Kukabulkan, siapa yang meminta kepadaKu akan Kuberi, dan siapa yang memohon ampun kepadaKu akan Ku ampuni. Dia terus berkata demikian, hingga fajar merekah.”

Wahai orang-orang yang terbujuk rayu dunia,

Bagi kami, manusia-manusia malam, dunia ini sungguh tak ada ertinya. Malamlah yang memberi kami kehidupan sesungguhnya. Sebab malam bagi kami adalah malam-malam yang penuh cinta, sarat makna. Masihkah kau terlelap? Apakah kau menginginkan kehidupan sesungguhnya? Maka ikutilah jejak kami, manusia-manusia malam. Kelak kau akan temukan cahaya di sana, di waktu sepertiga malam. Namun jika kau masih ingin terlelap, menikmati tidurmu di atas pembaringan yang empuk, bermesraan dengan bantal dan gulingmu, bergeliat manja di balik selimutmu yang demikian hangatnya, maka surat cinta kami ini sungguh tak bererti apa-apa bagimu.

Semoga Allah mempertemukan kita di sana, di syurgaNya, mendapati dirimu dan diri kami dalam kamar-kamar yang sisi luarnya terlihat dari dalam dan sisi dalamnya terlihat dari luar. 




Saturday, March 2, 2013

Aku sampaikan pesanan

Hidup kalau tak ada ujian, bukan hidup namanya.

Dalam kepayahan, aku cuba meneliti. Untuk apa semua ini terjadi? Kenapa semua ini berlaku?

Lalu satu keyakinan tertanam dalam hati dan diri. Pasti ada hikmah kenapa Allah aturkan semua ini. Bukankah setiap perkara yang berlaku pada diri kita itu dengan izin Allah jua.

Pada usia ini, betapa aku sangat memahami, bahawa hidup ini ujian. Umur begini, ujiannya begini. Umur begitu, bentuk ujiannya pula begitu.

Allah sedang menjawab setiap pertanyaan dan permintaan kita. Yakinlah.

Bahagia yang diimpi, mana mungkin senang-senang sahaja kita perolehi. Ada rintangannya, ada halangannya, ada sakitnya, untuk kita merasa nikmat dan menghargai apa yang dikatakan dengan bahagia itu dikemudian hari.

Maka bersabarlah walau apa pun yang terjadi dalam hidup kita. Kita punya Allah bukan?

Semalam, aku pinjam Gen-Q seorang sahabat. Aku selak halaman demi halaman.

Sampai di satu halaman. Mata aku tertumpu pada tajuknya.

"Tiada masa untuk berputus asa"

Menarik ni.

Benarlah, semasa kita mendapat nikmat, kita langsung tidak mempersoalkan, mengapa nikmat ini yang aku terima? Mengapa aku yang layak untuk menerima nikmat ini?

Tetapi, berbeza apabila kita ditimpa musibah, didatangi dengan pelbagai bentuk ujian. Sering kali kita mempersoalkan. Kenapa ini semua terjadi pada aku? Kenapa berat ujian ini ?

Adakalanya turut membuat perbandingan dengan orang lain. Kenapa aku begini dan mengapa dia tidak begitu.

Aku datang lewat ke kelas Dr, hehe. Seperti biasa, kongsi pantun.

Lalu ini yang kukongsi..

Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ketepian,
Bersakit-sakit dahulu, 
Bersenang-senang kemudian.


Ini pantun budi dari nenek moyang kita dahulu. Betapa mereka lebih berpengalaman daripada kita. 

Bukan senang untuk senang, bukan susah untuk susah. Renungkan.

"Buatlah kebaikan, nescaya kita akan temui hati kita padanya."

Saat hati gelisah, berlarilah mendapatkan Dia Yang Maha Mendengar. 

Walau kita cuba untuk berkongsi dengan sesiapa sekalipun orang yang kita percaya dalam hidup ini, mereka masih tidak dapat memahami kita dengan sebaiknya. 

Hanya Allah yang mengetahui apa yang ada dalam hati kita.

Sahabat,

bersabarlah andai kau terasa ianya begitu berat untuk kau lalui dan hadapi.

Kita punya Allah yang Maha Besar. Ingat ya. Allah lebih besar daripada segala apa yang kita hadapi dan lalui itu.

Aku berkongsi bukan bermakna aku hebat. Aku juga manusia. Lemah, lembik, adakalanya tak mampu nak berdiri dengan kaki sendiri.

Siapa kita untuk tidak hidup tanpa Dia? Kita hanya hamba.

Sahabat,

Andai aku lupa, tolong ya, tolong ingatkan aku. Tolong sedarkan aku. Katakan saja yang sebenarnya, agar aku sedar kembali dan berpijak pada jalan yang sepatutnya.

Adakalanya aku terfikir, sampai bila mahu begini? Sampai bila harus aku rasa begini?

Aku punya hidup, yang perlu aku tanam benih-benihnya di sini, agar dapat aku tuai di hari yang abadi kelak.



Jangan dikesalkan dengan apa yang pernah kau lalui. Jangan dikesalkan dengan kesilapan yang kau telah lakukan. 

Manusia yang tidak pernah gagal dan jatuh, adalah lebih merbahaya daripada mereka yang pernah gagal dan jatuh.

Yang pernah jatuh, akan tahu dan faham bagaimana sakitnya jatuh itu, lalu dikemudian hari akan lebih berhati-hati agar tidak jatuh kembali.

Yang sentiasa berada di zon selesa, haruslah berjaga-jaga, risau andai jatuh nanti, tidak tahu bagaimana caranya untuk bangkit kembali.

Kita yang pernah jatuh dan gagal, bangkitlah dengan kekuatan Tuhan kita, agar kita menjadi orang yang LUAR BIASA.


Hari ini dah 2 Mac 2013. Allah masih bagi aku kesempatan. Akan aku teruskan perjalanan ini, sehingga tiba ke destinasi yang dituju.

Buat semua yang membaca, doakan yang terbaik untuk aku ya. 

Jika rindu, jenguklah ruangan ini. Datanglah ke mari. 

Andai ada yang aku silap, mengguris mana-mana hati, maafkanlah aku.

Andai ada yang kalian boleh ambil sebagai peringatan dan pedoman dalam hidup, gunakanlah dengan sebaik mungkin.

Diruangan ini, aku kongsi apa yang aku rasa, aku kongsi secebis kisah hidup aku yang ada. Aku curahkan apa yang terdaya.

Moga ada manfaatkannya buat kalian semua.



Aku pergi dahulu. Buat masa ini, sehingga aku kembali. Entah bila.

Aku perlu ruang baru.

Allah sentiasa ada. 



Terima kasih sudi baca :')






Friday, March 1, 2013

Marah dan Sayang


Marah orang jangan di cari, kesayangan orang jangan diambil
- ustaz Hairudin

Dua perkara ini, jagalah dengan sebaik mungkin.

Jangan suka-suka hati cari pasal dengan orang.

Apa yang orang sayang, jangan kita ambil.

Besar maknanya jika diteliti.

Terlalu besar.



"Moga Allah pelihara hati-hati kita"

Salam Jumaat barakah ^_^