Monday, April 29, 2013

Life Lesson 15



Maha Suci Allah yang bijak mengatur segala-galanya.

Dialah Tuhan yang Maha Berkuasa, Maha Bijaksana.

Dr : Allah dah aturkan, baiklah tu untuk awak =)



Praktikum yang baru selesai, banyak kenangan yang tercipta. 

Tanda kasih sayangNya yang tidak dapat ditandingi oleh apa-apa sekalipun.



Sekali lagi, Allah perancang dan pengatur terbaik =)

Bukan sekadar biasa-biasa yang Allah beri,

Bagai ayah dan anak. Bukan hanya pada kerja, malah pada kehidupan yang indah ini.



Apa tanda Allah sayang?

Allah hantar dia dan dia dan dia.

Untuk mengingatkan, bagai kata-kata yang datang dari Dia  =)






Saturday, April 27, 2013

Life lesson 14


Subhanallah, Jumaat yang mulia.

Hari ini, hari Jumaat yang istimewa, buat aku dan juga buat mereka.

Buat kami : Cikgu Hazirah, Cikgu Nadiah, Cikgu Husna, Cikgu Adilah, Cikgu Hazman, Cikgu Akmal, Cikgu Haziq, Cikgu Fairuz, Cikgu Naziyan, Cikgu Chuah, Cikgu Yvonne.

Buat murid-murid SKPB.

Hari ini, ada kejutan, ada kegembiraan, ada permainan, ada keseronokkan, ada penghargaan, ada pemberian

dan

yang

paling

penting

ada

tangisan

dari

mereka.



Will miss them so much!

5 zamrud 2013.

Najmi, Zulhilmi, Irfan, Shauqi, Amin, Afsar, Firdaus, Hasif, Hazim dan yang lain-lain.



Dr : Kenapa tudung awak berkuah?

Aku : (senyum) Diorang sapu saya dengan kek. :p



Masa-masa terakhir di kelas, aku dah nampak mata Irfan merah. Irfan, aku panggil dia Imam Muda Irfan. Seorang yang matang dan tenang dalam perlakuan. Bila yang lain beritahu kali terakhir baca al-quran minggu lepas, semalam dan sebagainya, dia satu-satunya yang dah baca al-quran hari itu.

Dalam hati pelik juga kenapa mata Irfan merah dan aku tak sangka pula yang dia rupa-rupanya menangis tadi.


Aku melangkah keluar dari kelas. Sambil bagi kata-kata terakhir untuk mereka.


Tiba-tiba aku nampak Najmi menangis.


Najmi yang selalu bagi respon terbaik dalam kelas. Najmi yang tulisan jawinya sangat cantik sampai aku bandingkan dengan tulisan aku, huhu.

Jawapan yang dia beri hampir kesemuanya jawapan yang aku harapkan murid beri pada setiap langkah pengajaran aku.

Bila Najmi mula menangis, yang lain turut menangis, dan aku juga turut rasa sedih dan menangisi perpisahan ini.


Shauqi. Murid aku yang paling 'baik' yang selalu usik aku dalam kelas. Sampaikan aku pernah marah dia depan semua murid yang lain. Yang banyak mulut dan banyak songeh masa belajar.

Masa tunggu Dr sampai dia la yang acah-acah depan pintu kelas kononnya Dr dah sampai. LOL. Lepas tu, aku berdiri depan kelas, aku buat-buat cemas "Shauqi cepat shauqi cepat, dah sampai dah"

Shauqi buat muka terkejut. Aku gelak. Lepas tu satu kelas gelak juga. huhu

Hari ini Shauqi belanja aku coklat :)

Yang paling berharga, hari ni Shauqi menangis.


Zulhilmi. Zul yang sangat sopan dan baik. Yang bila hati rasa panas je dia la penawar. huhu. Bila aku suruh bagi komen tentang aku mengajar selama sebulan, dia la yang tanya

"Cikgu dah baca semua ke? Ada kecil hati tak cikgu?"


Amin yang comel :) Amin pun nangis juga hari ini. Amin ketua kelas. Dia adalah satu-satunya murid yang tahu bertaranum di dalam kelas.

"cikgu jangan lupa kitaorang"


Masa aku nak kena observe, Firdaus la yang prihatin dan tanya kat aku

"cikgu, apa perasaan sekarang nie?, gementar eh cikgu"

Aku tarik nafas, "macam tahu-tahu je" aku ketawa.

Bila aku suruh tulis "saya tak suka cikgu hazirah mengajar kerana..." dia la yang bising-bising tak nak jawab soalan tu.

"apa ni cikgu, susah la soalan ni'

lepas tu aku paksa juga tulis. Aku cakap "tulis cepat, nanti dah la cikgu tak jumpa awak semua"



Tadi, aku tengah mengajar 2m, tiba-tiba amin and the gang berlari-lari datang kat kelas yang aku tengah mengajar tu.

Amin masuk kelas, terus bagi surat, lepas tu semua tunggu aku kat luar sampai habis masa.

Belum pun aku habis mengajar, diorang ramai-ramai serbu aku, sambil menangis-nangis.

Alahai murid-murid sayang~ :'(





"Jangan sedih, dah jangan menangis, ingat pesan cikgu, solat jangan tinggal. Cikgu ada kat Batu Pahat ni sampai tahun depan, sampai awak semua UPSR. Nanti kita jumpa lagi"


Dr : Simpan dalam hati.


26042013

Wednesday, April 24, 2013

Life lesson 13


Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat 153 yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah swt) dengan sabar dan solat.."

Jika kamu diserang rasa takut, atau kamu diliputi perasaan sedih dan rasa gelisah menguasai perasaanmu, maka bangkitlah segera menuju solat, nescaya rohmu akan kembali padamu dan jiwamu menjadi tenang.

Sesungguhnya solat menjadi penanggung -atas izin Allah swt - untuk menghilangkan kesedihan yang berpanjangan dan kesusahan serta mengusir benih-benih kepedihan.

- Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni

Tuesday, April 23, 2013

Life lesson 12


"Alaaa kau boleh la, kau pandai"

"Susah la kalau bercakap dengan orang 4 rata nie.."

"Patutlah semua orang nak kawan dengan kau, kau pandai"


Hidup ini ada naik dan turunnya. Bagai roda yang berputar. Ada kala kita di atas. Ada kala kita dibawah.

Aku akui aku pernah berada di atas, namun ingat, aku juga pernah berada di bawah.

Aku mungkin pernah berada di puncak pada kaca mata orang lain, sedangkan yang lain tak pernah sedar yang aku pernah berada di bawah satu ketika dahulu.

Orang lain mungkin melihat kejayaan dan kebahagiaan yang aku gapai, tapi tidak menyaksikan betapa peritnya hidup yang aku lalui sebelum berada di puncak.

Lemahnya aku. Jahilnya aku. Hinanya aku sehingga aku merasakan aku tidak punya apa-apa daya untuk aku gapai semua itu.

Yang aku tahu, aku cuma punya DIA. ALLAH.

Allah yang tak pernah tinggalkan aku. Allah yang selalu ada bila aku "terleka".

"Kalau nak, minta dengan Allah"

"Semuanya dengan kekuatan Allah, dari Allah"

"Kau nak tahu satu rahsia? Bangun qiam, doa kuat-kuat, cakap direct dengan Allah apa yang kau nak"

"Tolonglah orang lain, nanti Allah tolong kita"


Moga Allah pelihara hati dan diri aku daripada riak dan takabbur.

Izinkan aku berkongsi.

Semua yang kita ada, kekayaan, kemenangan, kejayaan semuanya daripada Allah semata-mata.

Suatu ketika dahulu, aku pernah nak kan sangat 4 flat tu. Aku doa sampai menangis-nangis dalam sujud yang terakhir.

Maka, sepanjang sem tu, aku belajar betul-betul.

Allah permudahkan jalan aku.

Aku selalu dapat study malam, kalau aku tak boleh study, mengantuk sikit je, aku cepat-cepat pergi ambil wuduk, solat sunat.

Masa tu, solat yang aku selalu buat ialah solat taubat.

Walaupun aku jenis lebih selesa study sampai pagi, Alhamdulillah aku jarang sangat mengantuk dalam kelas.

Masa tu, aku hanya doa-doa-doa-doa-doa.

Sebab aku tahu, "kepandaian" yang Allah pinjamkan untuk aku tu, kalaulah aku gunakan itu sahaja, mustahil aku dapat capai apa yang aku nak.

Semuanya tak akan berlaku tanpa izin Allah.

Aku doa kuat-kuat, sangat bersungguh-sungguh.

Aku teruskan hidup aku, pengajian aku dengan meletakkan sepenuh kepercayaan aku sepenuhnya pada Allah.

"Ya Allah, beri aku pointer 4.00"

Dalam doa aku, aku tak doa 4 flat. Walaupun Allah faham je apa 4 flat tu.

Aku doa Ya Allah beri aku pointer (empat point kosong kosong)

huhu. detail tak aku sebut? ecehhh..

Tapi, hakikatnya itulah yang aku sebut.

"Cemerlangkan semua tugasan, assignment, presentation yang menyumbang pada pointer 4.00 aku, Ya Allah"

"Kau pandulah aku untuk fokus pada tajuk-tajuk yang masuk dalam peperiksaan" >> yang ni aku minta spot dengan Allah.

Alhamdulillah, sepanjang sem tu aku belajar dengan baik. Disebabkan aku bukan jenis study hard, aku perlu study smart la kan. heee~

Sem tu adalah adalah sem yang terbaik pada kesemua-semua assignment yang pernah aku buat. Kebanyakkannya memang aku menaip satu-satu apa yang berkaitan dengan kehendak soalan tu.

Tapi Allah tak bagi begitu sahaja 4 flat tu, tak bagi dengan mudahnya tau.

Sem tu la, laptop aku rosak. Dekat satu sem jugak aku tak guna laptop. Makanya, aku guna laptop ayah aku.

Sem tu jugak masa nak dekat exam, aku baca buku dari kulit ke kulit. huhu.

Again, aku jenis suka sangat buat kerja last minute. Memang bersengkang mata la dibuatnya.

Lepas daripada peristiwa tu, baru aku faham apa yang dikatakan dengan

"Allah tak tengok result kita, tapi Allah tengok usaha yang kita lakukan"

Boleh jadi kerja kita itu sama dengan orang lain, apa yang kita ada, orang lain pun ada juga.

Tapi dengan cara apakah kita dapat membuat menyelesaikan sesuatu kerja itu.

Ok-ok, meh aku bagi contoh, tinggi sangat kot apa aku cakap tadi nanti ada lagi yang cakap susah nak cakap dengan budak 4 rata macam aku. haha

Ada dua orang nak pergi BP Mall. Maka, dua-dua orang itu akan sampai BP Mall.

Yang seorang pergi dengan motor. Yang seorang lagi pergi jalan kaki.

Yang pertama boleh sampai dengan mudahnya. naik motor, ada angin menampar-nampar pipi.

Sedangkan yang kedua habis basah baju sebab perpeluh-peluh jalan kaki. Lepas tu malam tak boleh tidur sebab kaki lenguh jalan jauh.

Usaha. Usaha untuk sampai ke sesuatu tempat.

"Masa kita di atas, kawan kenal siapa kita, Masa kita di bawah, kita kenal siapa kawan kita"

Ayat ni aku pernah baca dekat twitter, Alhamdulillah sekali lagi Allah izin untuk aku rasa sebiji macam ayat ni "
Dua keadaan yang berbeza, masa di atas dan masa di bawah.

Masa ni, kita akan kenal siapa kawan kita, kita akan kenal hati budi kawan kita.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang kurniakan aku kawan-kawan yang selalu bersama aku masa aku susah dan masa aku senang.

Kawan yang hampir tiap-tiap hari akan tanya aku "ko ok x?"

Teman yang walau dia tak luahkan, tapi aku tahu dia sayang aku, hehehe *prasan sikit

Em dah, sambung cerita balik.

Sem tu jugak >> sem aku dapat 4 flat tu, banyak sangat ujian Allah bagi kat aku.

Lepas solat isyak, dah semangat-semangat nak study la kononnya. Sebab malas nak study kan.. huhu

Tiba-tiba, ada orang bagi salam "Assalamualaikum.. ira, busy tak? Nak minta tolong urut"

Masa tu aku tengah pegang buku, belum start study lagi, aku pun terus cakap "tak busy pun, boleh je, meh la"

Selain tu.. esoknya aku ada exam, pagi ke petang aku tak ingat la. Masa tu aku memang tak study apa-apa lagi.

Ada seorang kawan aku demam, dia pun minta tolong aku bawa dia pergi klinik malam tu.

Aku pun temankan dia pergi klinik malam tu. Aku ingat lagi, dekat klinik dia cakap macam ni..

"Sory la susahkan ko, kesian ko tak dapat study"

"Tak apa, nanti Allah tolong aku" jawapan spontan yang aku beri.

Apa yang jadi, mungkin nampak remeh, tapi bagi orang yang bercita-cita besar dan nekad masa tu, ia boleh jadi sesuatu yang sangat besar.

Boleh je kalau kita menolak semua permintaan yang datang, kita beritahu yang kita sibuk nak study, nak dapat 4 flat. Tapi pilihlah untuk membuat kebaikan selagi termampu, lagi-lagi bagi yang sangat-sangat memerlukan pertolongan kita.

Bersyukurlah kerana Allah hantar mereka kepada kita agar kita buat kebaikan, beratkan tabung pahala kita. Tak payah kita sibuk-sibuk nak pergi tanya sorang2, ada apa2 nak aku tolong?

Allah yang hantar mereka untuk kita. Baikkan Allah.

"Disebalik kesusahan, kedukaan, akan ada kesenangan dan kebahagiaan"

Setelah apa yang aku lalui sepanjang sem tu, susah payah aku, Alhamdulillah Allah gantikan dengan kejayaan yang sangat-sangat manis. Sampai aku dah tak ingat kesusahan apa yang aku pernah lalui.

Di suatu pagi yang mulia, di bilik pensyarah, ustaz berkata

"Ada dua orang dapat 4 flat"

Muka excited gila dapat tahu walaupun dalam kepala bayangkan orang lain dapat 4 flat. Iffah Zafirah jadi saksi aku tahu aku dapat 4 flat masa tu. Nasib baik dia pandai simpan rahsia hehe.

Lepas tu terkejut gila bila dah tahu empunya keputusan idaman ramai tu adalah diri sendiri. Muka tak percaya dengan perasaan "Ohhh adakah ini semua mimpi? sila tampar muka saya"

Nasib baik juga aku tak cakap kuat2, kalau tak mesti dah kena tampar dengan mereka-mereka yang ada di situ, huhu.

Ustaz Anuar pun cakap "ooo, ni hazirah rupanya"

Kesannya, setiap kali kelas dia prihatin dengan aku, hehe.


Itulah dia kisah hidup aku. Mana yang baik ambillah, mana yang kurang tegurlah. Aku manusia biasa, hamba Allah yang hina, yang banyak silapnya.

Kadang-kadang, apa yang kita tahu, tidak sama dengan apa yang sebenarnya berlaku.

Manusia boleh menilai, tapi penilaian manusia terbatas, sedangkan Allah tahu segalanya.

Allah tahu sebelum, semasa dan selepas sesuatu perkara itu berlaku.

Allah akan uji kita, dia bagi kita sedikit kesusahan, kegagalan, kekecewaan, kepahitan adalah untuk menjadikan kita dekat dengan Dia, ingat pada Dia, bergantung sepenuhnya pada Dia.

Kita pula, hamba yang lemah, pada siapa lagi kita nak letakkan sepenuh kepercayaan dan harapan? Ya, pada Allah semata-mata.

Sedih, menangis, kecewa, terluka. Itulah lumrah kehidupan. Menangislah andai itu boleh membina kekuatan kita semula. Menangislah dalam pelukan Allah :')

Tangisan kita itu bukan selamanya. Pasti ada sinar kebahagiaan dan kegembiraan di kemudian hari. Itu pasti.

Jangan bersedih. Allah ada bersama kita.


**Berbaki 3 hari di sekolah. Kenapa cepat sangat ni? :'(

Aku berkata pada si A dengan nada gurau "Aku tampar kau karang"
Lalu si B di sebelah berkata "Teringin nak tengok ira tampar orang, lembut je.."
Aku : Apakah? *muka blur

LOL

Sunday, April 21, 2013

Life lesson 11

Kisah si kawan dikenenkan!




Semalam aku duduk di kantin sekolah. Sambil makan dengan seorang kawan, sambil bercerita. Bergosip semua, haha LOL.

Yang lain ada kelas, dah gerak awal, tinggal kami je yang lapang pada masa tu.

Di meja sebelah, ada seorang cikgu.

Selesai makan, aku ambil air masak. Nak minum. Mahu ke meja tempat kami duduk semula, jauh la pulak.

Lalu aku pun buat keputusan duduk di depan cikgu yang sedang makan tu.

Aku tarik kerusi dan duduk. Aku senyum, kemudian aku mula menegur cikgu di depan aku..

" Cikgu mengajar subjek apa?"

Lalu dia pun membalas senyuman dan menjawab "Englissshhh"

"Ooo" Aku senyum lagi. Lalu kami pun berbual-bual.

Kawan yang tadi makan dengan aku, datang dan duduk disebelah. Sama ikut berbual-bual dengan kami.

Tiba-tiba cikgu tu berkata pada kawan di sebelah.

"Awak nak kawan? akak ada seorang cousin, cikgu juga"

Serentak. Aku dan dia ketawa kecil. Aku senyum dan dia dah malu-malu kucing mungkin.

"Haa, dia memang tengah mencari pun kak" Aku menambah sambil tersenyum.

"Habis la kau, bulan depan kahwin" aku mengusik dan ketawa.

"IPG mana, kak?"

"Bukan student IPG, under Johor..."

Aku dah mula blur. Sebab tak tahu apa-apa tentang peluang pekerjaan atau pelajaran kat negeri Johor. Maka, aku banyak mendiamkan diri sambil tersenyum-senyum dan mendengar apa yang mereka borakkan.

Akak tu sempat cerita serba sedikit tentang sepupunya itu.

Mengikut apa yang diceritakan oleh akak tu, memang agak "kena" dengan taste yang si kawan ni cari selama ni.

Lalu sekali-sekala aku menyampuk lagi.

"Dia memang cari yang macam tu pun, kak"

Kami senyum dan ketawa kecil lagi. Seram pula bila dah jadi macam ni.

Awalnya, akak tu tanya umur kami, dan berkata

"Dah 22 tahun dah boleh mula mencari la ni.."

Aku senyum lagi. Masa ni tak ingat la si kawan ada sekali ke tak.


Selesai sesi yang agak "menyeramkan" tu, kami kembali ke bilik guru.

Dan dan dan dan

Ofkos perkara baik macam ni mesti dikongsi dengan rakan-rakan sepelatih sekalian. haha.

Kecoh dibuatnya.

Masing-masing muka berkerut tanda nak sangat tahu ceritanya.



"ssshhhh jangan bising" isyarat tangan diberi, tanda amaran supaya jangan bising supaya yang lain tak dengar.

"Rezeki hari Jumaat ni"

"Ya Allah, aku jadi saksi peristiwa itu" aku berlagu riang.



Again, aku kata pada si kawan,

"ingat, nak kahwin nanti jangan lupa jemput aku, jodoh ko dah sampai kot nie"


Dia yang tak habis lagi rasa seram dia tu bila kena risik, hanya membalas..

"istikharah dulu"


Cerita ini akan jadi kenangan buat kami, buat kami semua satu angkatan yang di sekolah tersebut. Buat kami yang tahu tentang kisah ini. Sebab tak semua duduk bilik guru bawah, huhu.

Aku menjadi saksi apa yang berlaku. Saksi buat seorang kawan yang entah keberapa kali "dirisik" oleh orang ketiga berkaitan dengan jodoh. Err entah untuk ke berapa kali aku pun tak tahu, lupa nak tanya dia huhu.

Menjadi saksi betapa kalutnya budak-budak ni tanya "yang mana? yang mana?"

Sumpah lawak dan memang aku tak akan lupakan apa yang jadi pada hari itu.

Andai tertulis ini perjalanan buat kawan aku, aku doakan yang terbaik =) bila lagi nak merasa nasi minyak ko kan. *peace*

Atau ini petunjuk Tuhan agar hambaNya bersedia untuk melangkah ke alam yang penuh barakah itu.

Bila saatnya? Masih menjadi misteri dan rahsia Ilahi.

Persediaan bukan sehari dua, bukan seminggu dua.

Apa yang penting, menjadi sebelum mencari.

Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Yakinlah, teruskan perjalanan, dan bersabarlah =)



Ini salah satu jalan untuk ke syurga!

Moga beroleh taufiq dan hidayahNya! :')





20042013

Life lesson 10

Muhasabah punya muhasabah diri sendiri.
Cek balik apa yang kurang.
Rupanya memang banyak yang kurang dan tertinggal.

Lagi-lagi bila "sibuk" dan banyak kerja.

Maka, bila dah kenalpasti masalah yang ada,
Aku tiba-tiba terfikir, 
"why not kalau u buat note or list bagi tak lupa"
ceh, konon perasan ckp omputeh dgn diri sendiri, haha.

And lagi sekali, i berkata pada diri i..

"why not kalau u upload list2 u tu"
Boleh share dengan kawan2 yg lain.
Bukan nak tunjuk baik, tapi berusaha jadi baik,

dan 

dan 

dan

kan saling ingat-mengingati itu satu amalan yang sangat bagus lagi baik..

*peace*



mula dengan surah hafazan juzuk amma dulu, dulu masa sem berapa entah dah hafal dah,
tuuu la tak amalkan lagi, kan dah lupa. ishh2 sila mula hafal semula ye diri sendiri!





ok next, ini MUST DO LIST! Iaitu yang diri sendiri mesti pastikan yang tuan punya diri ni MESSSTTIII buat hari-hari.




Ok, gambar-gambar kat bawah ni pulak pecahan-pecahan bagi surah-surah hafazan selain juzuk amma~



tips rajin menghafal buat diri sendiri jugaaa~



Dan yang ini nak pastikan berjaya menghafal dengan cemerlang, 
cett jangan mengelat ok!



 Kata-kata semangat buat diri sendiri, biar sukaaaa dan seronok menghafal =)


Emm, lepas tu letak nama biar tuan yang punya nama sedar dia punya tugas, hehe


Taraaa~ ini la rupa dia yang sebenarnya..



Ok, dah siap, boleh tampal dekat dinding kat meja study ^_^



Moga Allah beri kekuatan untuk istiqamah melaksanakan semua yang di atas~
Moga Allah bimbing hamba yang hina ini meraih kasih dan cintaNya :-)


Moga usaha kecil ini bermanfaat buat kita semua!


Moga kita semua termasuk awak-awak yang sedang membaca sekarang ni memperoleh taufiq dan hidayahNYA! 

Ameen~



*praktikum sampai ke penghujungnya :'(

Wednesday, April 17, 2013

Life lesson 9

Berjaya hafal Al-Quran setelah patah kaki

comel =)

Pada kesempatan ini, kami ingin memberikan satu contoh kisah mengenai hal ini. Saya mendengar kisah ini daripada Dr. Mustafa Umar, seorang ustaz dan tokoh agama di Riau yang sering datang ke Malaysia untuk menyampaikan ceramah dan tazkirah.

Beliau menceritakan bahawa ada seorang ustaz kenalannya di Kuala Lumpur yang anaknya mengalami kemalangan. Kaki anak itu patah menyebabkan dia tidak dapat berjalan selama dua tahun. Dalam usia yang muda anak ini terpaksa menanggung ujian yang cukup berat.

Ibu bapanya mendorong anak ini supaya bersabar dan memberinya semangat agar melakukan aktiviti yang bermanfaat sepanjang dia tidak boleh bergerak.

Maka anak itu pun memutuskan untuk menghafal Al-Quran. Dia pun melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Kerana dia tidak boleh banyak bergerak dan hampir sepanjang masa berada di rumah, mudahlah baginya untuk menghafal Al-Quran. 

Maka dalam waktu dua tahun itu pun dia berjaya menghafal seluruh al-Quran.

Ketika mendengar kisah anak tersebut serta kejayaannya menghafal seluruh al-Quran, Ustaz Mustafa Umar bertanya kepada anak itu, "Kalau demikian, pada pandanganmu mana yang lebih baik, kamu mendapat ujian seperti ini dan kemudian berjaya menghafal seluruh al-Quran atau kaki kamu sihat tetapi kamu tidak ada kesempatan untuk menghafal seluruh al-Quran?"

Anak itu tersenyum, "Ujian ini lebih baik buat saya, ustaz. Kalau saya tidak diberi ujian ini, saya tidak tahu apakah saya ada kesempatan untuk menghafal seluruh al-Quran."



SYED ALWI ALATAS

dipetik dari buku : Bersyukurlah kerana-Nya
(musibah juga mengandungi nikmat)

www.alwialatas.blogspot.com





Maka bersyukurlah andai adakalanya kita terpaksa menempuh onak dan duri dalam kehidupan yang sementara ini =)

Pasti ada kegembiraan di kemudian hari ^_^


Tuesday, April 16, 2013

Life lesson 8



We can use the creation, but not depend on them but Him. Allah told Musa, the same stick you use to lean on can turn into snake that bites you.




We act. We strive. We put our effort. But remember, We have NO power of the results. The results are from Allah. Work hard, but trust HIM.







The people who loves you today and hurts you tomorrow, may love you again the day after. It's all in Allah's control. He controls our hearts.




Prophet Adam scrambled to find his love, Hawwa (Eve), that he walked almost half the globe! Which novel beats that love story?




The heart is the actual lens of how we understand the world. If the lens are dirty, we can't see the world clearly. We must clean those lens




When we are far from Allah, the heart becomes hard. When the heart becomes hard, the eyes become dry.



"When you let go something for the sake of Allah, Allah will always give it back to you in a better form" -YasminMogahed




Saturday, April 13, 2013

Life lesson 7




♥ 10 Amalan Ahli Syurga ♥

Mari kita pakat amalkan...:

Pertama: 
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua:
Melazimi membaca Al-Qur'an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari.

Ketiga:
Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang utuh.

Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: 
Jaga sedekah setiap hari. Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman.

Keenam:
Jaga wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda.

Kelapan : 
Perbaharui Azam dan Tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT

Kesembilan :
Sentiasa ceria dan berfikiran positif kerana itulah watak seorang mukmin sejati.

Kesepuluh :
Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT 
kerana disitulah terletaknya nilai amalan di sisi Allah SWT.



Ayuh bercita-cita ke syurga dan menggapai redhaNya :')

Life lesson 6


Pada setiap perkara itu, ada tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah swt, bagi mereka yang mahu berfikir.

Walau apa pun keadaan dan jalan yang kita mahu lalui ataupun terpaksa kita lalui sekarang ini, yakinlah Allah meletakkan kita pada keadaan yang sangat tepat, sesuai dan terbaik buat kita.

Setiap perkara itu tidak akan terjadi tanpa izinNya :)

Taat semasa dalam kesusahan itu mudah, tetapi taat pada waktu senang itu amat sukar untuk dilaksanakan.

Fitrah manusia akan kembali pada yang suci bersih, kembali pada Allah yang menciptakan. Satu-satunya tempat kita bergantung.

Jadi, apabila manusia rasa susah, rasa tersepit, saat itu diri mereka sedar bahawa yang boleh membantu mereka adalah Allah swt satu-satunya. 

Berbeza apabila kita dalam nikmat kesenangan. Hati gembira, hati senang, lapang. Tak perlu berlapar, perut sentiasa kenyang. Masa inilah manusia akan melengahkan-lengahkan untuk membuat kebaikan. Sedang lalai dan leka. Sebagai contoh, apabila telah masuknya waktu solat,  masih leka dengan aktiviti duniawi daripada menyahut seruanNya.


Allah tidak akan beri kesusahan pada kita tanpa menutupnya dengan kegembiraan. Percayalah dengan Allah.


Beruntungkan jadi orang yang Allah uji. Kerana itu tanda cintaNya pada kita. Tanda rinduNya pada kita hambanya yang hina.

Bergunung-gunung dosa yang kita lakukan, Allah masih tidak pernah sekalipun mengabaikan kita.

Setiap manusia ujiannya berbeza-beza.

Yang kaya, ujiannya begini.
Yang miskin, ujiannya pula begitu.

Yang pandai ujiannya begini
Yang sederhana ujiannya pula begini dan begitu.

Pada semuanya, ada tanda-tanda kebesaran Allah. Ada terselit kasih sayang Allah yang Maha Penyayang dari segala yang penyayang.



Andai benar cinta itu kerana Allah, biarkanlah Allah yang mengatur segalanya hingga keindahan cinta itu datang pada waktunya. 

Selepas pergi kesepian, datanglah kegembiraan. Selepas mampu mengatasi ujian, datanglah kemanisan iman. Semua yang kita buat dan lalui ada hikmahnya.

Seorang yang pernah berjaya ada kisah pahitnya dan Allah telah menukarkan kisah pahitnya menjadi kisah yang paling gembira dalam hidupnya.


Satu perjalanan dan pelajaran dalam kehidupan..



Ini bukan gambar praktikum 1,
Tapi PBS 1 ^_^

Friday, April 12, 2013

Life lesson 5

Kau dan aku mungkin punya rasa yang sama,
Namun jalan kita berbeza.

Kita dan mereka mungkin punya matlamat yang sama,
Tetapi cara kita mungkin berbeza.

Yang indah,
bukan mudah untuk dibina,
bukan sekejap masa yang diperlukan.

Kita hari ini adalah hasil daripada apa yang telah kita lakukan di masa lalu.

Hidup ini sangat indah
Kerana kita punya Dia.
Yang Maha teliti sifatnya =)




Jumaat datang lagi, Alhamdulillah! :) 
Baca suruh Kahfi ramai-ramai jom!
Esok lusa camping kat skola ^_^


*sayang itu hadir lagi, dari Dia yang Maha penyayang! 
maka bersyukurlah keranaNya =)

Thursday, April 11, 2013

Life lesson 4



"I'm so sorry"

If my time would end today would I be ready to go?
And leave all the things I've worked so hard for
And all my friends and everyone I've known?
Never did I ever stop for a moment to think
Of what's staring at me
I've been breaking all the mirrors of reality


I'm so sorry, if only I had just one last chance
I'm so sorry, but now it's too late to change the past, oh

I lived my life in the fast lane, I only lived for today
And never, never really thought about anyone else
It was all about me, myself and I
Never did I ever stop for a moment to think
Of what's staring at me
I've been breaking all the mirrors of reality, oh


And now, now that it's over
I wonder if anyone will remember me
If I had the chance to turn back the hands of time
There are so many things that I would change
I'd live my life, every single breath... for You


I'm so sorry, so sorry
Please forgive me

Irfan Makki

Monday, April 8, 2013

Life lesson 3


Haikal dan hakim :-)

Kalau kat dalam kelas, memang aku dapat cam budak berdua ni, sebab tempat asing-asing. tapi bila kat luar kelas, setiap kali jumpa budak berdua ni aku akan tanya.

"Ni haikal ke hakim?"

Dan tanpa jemu, haikal akan jawab "haikal, tuuuu hakim"

alahai melting aku dibuatnya. haha. apsal entah rasa macam alahai comelnya korang dua orang ni. Oh aku memang suka kembar pun LOL hahaha.

Haikal dengan Hakim. Hakim abang, dan Haikal adik. Eh betul ke? Em jap2, yup betul la.

Selalunya yang lebih aktif adalah si adik iaitu Haikal, yang Hakim si abang lebih tersipu-sipu malu dan aku suka kenakan dia. haha i'm sory my dear.

Korang tahu tak walaupun korang semua comel-comel belaka, tapi berjaya membuatkan keayuan cikgu terhakis sikit demi sikit. haha. Oh kat sekolah ni semua cikgu.. setaraf semuanya tak ada yang dipanggil ustazah, so aku sebagai yang baru dan hanya mengikut flow membahasakan diri aku 'cikgu' juga. Sama je sebab ustaz dan ustazah hanyalah panggilan dalam bahasa arab sahaja. ok no problem.

Aku mengajar darjah 2 dengan 5.

Oh biasalah budak2 umur lapan tahun memang pantang nampak cikgu comel. haha LOL. *perasan lebih.

Budak2 yang masih suci tak ada dosa. Dan fevret diorang adalah kerja sekolah yang aku bagi. Jadi, belajar sikit, buat kerja yang banyak.

Aku rasa kalau aku bawak pensel berkotak-kotak pun memang licin habis sebab semuanya berebut2 nak jawab walaupun lepas angkat tangan dan dipersilakan untuk menjawab...

"err tak tahu cikgu"

Atau jawapan yang dia bagi adalah merapu-rapu. Huh dasar budak kecil comel. Nasib baik la aku jenis suka budak2 haha.

Aduhai anak murid, korang buat cikgu melting sebab semua berebut-rebut nak jawab soalan, nak tolong cikgu hantar buku kat bilik guru.

Aku panggil seorang, sepuluh yang datang. Aku suruh yang sepuluh tu balik tempat sebab kalau ramai-ramai aku tak nak bagi tolong aku, sepuluh yang lain pulak datang. haha T__T

Korang tahu tak yang cikgu nak tergelak nak menangis pun ada bila korang baca doa sangat bersungguh-sungguh kuat gila sampai cikgu rasa macam nak runtuh je kelas tu *nasib baik tingkat dua je

Alahai anak murid. Cikgu touching. Korang tak ada dosa,masih suci bersih. moga Allah bantu cikgu didik korang tentang Islam, tentang betapa indahnya islam itu jika diamalkan dengan penuh penghayatan.

Alahai sayang-sayang cikgu, korang tahu tak cikgu rasa nak tergelak masa cikgu cerita

"Sapa nak tahu, dulu Iblis tu duduk kat dalam syurga"

Korang senyap, lepas tu muka masing-masing tak percaya dan mulut masing-masing ternganga.

"Haaa.. tak tahu kan? nak tak cikgu cerita macam mana iblis boleh kena halau dari syurga?"

Korang masing-masing muka excited nak tahu cerita selanjutnya.

Ok, sekarang cikgu pening kepala nak cerita apa kat korang lagi lepas ni. hahaha.

Alahai anak murid, bila korang berebut-rebut nak tolong cikgu, cikgu doa dalam hati, biar sampai besar korang suka berebut-rebut tolong orang dengan buat kebaikan. :')

Dalam Al-Quran Allah kata "Berlumba-lumba la buat kebaikan"

Sayang-sayang cikgu, masa korang berebut-rebut tu, cikgu teringat ayat ni *sebak

Rasa nak menangis bila korang masing-masing ketagih nak sangat tahu tentang apa yang korang tak tahu. Bila tak faham dengan jujurnya korang akan kata..

"Tak faham la cikgu..."

Attitude oh attitude tuuuu youuuu.. huhu. Perangai korang mengalahkan kami-kami yang dah besar ni belajar. Sebab kadang-kadang tak faham tapi malas nak tanya dan tak de nafsu pun nak tanya yang tukang ajar, semua lebih suka jawab

"Faaaahaaaaammmmm" panjang-panjang tanda kononnya faham sangat-sangat.

Cikgu belajar lagi dari kamu-kamu semua. :')

Aina pulak bila aku tanya "agak-agak kenapa syaitan tu kena halau dari syurga.."

Jawapan yang dia bagi tak lain tak bukan mesti ada... "Sebab nabi Muhammad bla bla bla"

Ainaaaaaa... masa tu Nabi Muhammad tak ada lagi, yang ada hanya malaikat, iblis dan Nabi Adam sahaja.

Berulang-ulang kali aku ingatkan Aina pasal benda ni sebab setiap kali aku tanya mesti jawapan dia masih macam tu. huhu T__T


Mereka suci bersih. Jujur. Kata-kata mereka lahir dari hati. Aku gembira sebab dekat dengan mereka. Andai mereka dijemput Allah sekarang, mereka akan tunggu ibu dan ayah mereka di syurga. Sedangkan aku? :'(

Moga Allah ampunkan dosa-dosa kita. Moga Allah terus bimbing kita untuk terus berada di bawah naunganNya. :')

Aturan Allah sangat cantik, sangat teratur, sangat rapi, sangat mengagumkan. :')

Walau anak-anak itu buat aku jadi 'gangster' balik macam zaman sekolah aku dulu. Bak kata cikgu-cikgu, hilang keayuan haha.



Hari2 aku akan dengar lagu ni "Ketawa bersama, menangis bersama..." dan "putih-putih melati, merah-merah delima, siapa yang baik hati pastiku terima..."

Satu hari liriknya jadi begini... "ketawa bersama, menangis bersama, berpanas pun bersama.." hahahahaha
LOL sebab tak de karen kat kawasan sekitar sampai kol 7 petang hari tuuu... "



Nanti aku update lagi, nak buat rph dengan abm, nanti ada orang membebel lagi kat aku. Nasib baik la aku cool tak suka membebel tau T_T thanks, selalu bising kat aku. Bising tanda care kan kan? haha. aku memang hobi online je keje. Ade blog ni pun memang aku pulun habis, sebab tu genap setahun aku ber-fb, aku off :-)

kalau tak memang akan dengar ayat.. "tu la asyik main fb, twitter, blog.."

"mane ade fb."

"twitter dengan blog"

"=_="

kalau tak cari salah aku memang tak sah kan. haha. Sabar2, sesuatu tu tak datang pada kita melainkan kita boleh hadapi.

Esok perhimpunan, rindu pulak nak nyanyi lagu kami guru malaysia, lagu yang buat aku bersemangat setiap hari Isnin, hoho :p


Thursday, April 4, 2013

Life lesson 2


"Cikgu nak tanya, siapa dalam kelas ni dia jujur?"

Kelas sunyi sepi, tak ada siapa angkat tangan. 

"Dia cikgu, dia bendahari"

"Tak ada sapa cikgu, sebab semua orang ada buat salah"

"Ok la... cikgu nak tanya satu soalan.. jawab dengan jujur"




"Siapa yang pagi tadi dia solat subuh, angkat tangan.. cikgu nak semua jujur"

Yang solat subuh angkat tangan dengan segera, yang lain senyap dan tunduk, hanya yang solat bising2.

"Yang lain kenapa tak solat?"

Senyap lagi, tak ada alasan diberi.

"Siapa sayang Allah angkat tangan..."

Semua yang ada dalam kelas angkat tangan, tak ada seorang pun yang tak angkat tangan.

"Allah ni siapa sebenarnya, siapa Allah tu?"

"Tuhan.."

"Yang ciptakan kita.."

"Tuhan yang kita sembah"

respon mereka dengan yakinnya.


"Haaa.. pandai pun, jadi kenapa tak solat subuh pagi tadi? kata sayang Allah"

Aku bergerak ke belakang.

"Hah yang tak solat ni, cakap dgn cikgu kenapa tak solat"



" Malas"

"Terlupa"

"Bangun lambat"

"Bangun lambat"

"Bangun lambat"

"Hasutan syaitan.."

"Hasutan syaitan? besar sangat ke syaitan tu?"

"Tak besar pun , kecil je"

kawan-kawan yang lain ketawa..

"Tu pun tak boleh lawan"

dan macam-macam alasan lagi yang ada.

"Ingat ya, jangan tinggal solat"

"Solat itu tiang agama, sapa yang runtuhkan...."

"Runtuhkan agama.." sambung murid-murid.

"Allah tak minta kita apa2, tapi Allah yang bagi rezeki kat kita"



****

Kita selalu mengaku sayang Allah, tapi selalu tak ikut apa yang Allah suruh, selalu lalai dan leka.

Anak murid Dr, duplicate Dr doktrin murid2 huhu. 
mencari-cari idea




**dalam kelas ni siapa suara dia kuat?
Masing2 berebut angkat tangan
"saya, cikgu. saya, cikgu. saya berrrzanji"
yang lain kata...
"saya, cikgu. saya masuk musabaqah"
T__T

Tengok si dia yang 'baik' dalam kelas pandai mengaji, aku senyum lagi =)


Hari 2 dan 3
03042013
SKPB, BP

*helaian kertas di dalam Al-Quran itu aku tenung lama, genap tiga tahun, aku senyum lagi =)
kertas itu diterbalikkan, sebaris doa yg ada padanya aku baca di dalam hati. 
Pastinya terkenang kelak tawa sahabat dan "mereka" pada ketika itu, sesungguhnya Allah Maha Penyayang dari yang penyayang ^_^


Tuesday, April 2, 2013

Life lesson 1

Wahai diri kepunyaan Dia yang Maha Kuasa.
DaripadaNya kita datang..
Maka siapa kita untuk mempersoalkan apa yang Dia beri pada kita?

Manusia memang layak melakukan yang terbaik,
Maka sedaya-upayalah kejar kebahagiaan hanya kerana Dia.
Ya, demi Dia tuhan yang Esa.

Dikala kau rasa kaulah yang paling malang di dunia,
Berjalanlah, dan lihatlah disekelilingmu.
Ada mereka yang masih kelaparan,
Sedangkan kita kekenyangan,
Ada mereka yang kehilangan insan tersayang,
Sedangkan kita masih punya mereka yang kita sayang,
Ada mereka yang tidak punya tempat tinggal selesa,
Sedangkan kita hidup mewah penuh keselesaan.

Dikala kau rasa kaulah yang paling tidak beruntung daripada yang lain,
Mengapa tidak kau lihat pada melimpahnya nikmat yang Allah beri.

Aduhai manusia yang mudah lupa dengan apa yang Dia telah beri.
Ya, kita memang selalu lupa,
Namun mengapa tidak kau peringatkan diri dengan ilmu,
Kerana darinya kau akan rasa sapaan dan belaian tuhanMu.

Allah tidak pernah tinggalkan kita,
sedangkan kitalah yang selalu menjauhi Dia.

Berbeza kita,
apabila ada yang kita sayang pergi dari hidup kita
Kita mengeluh, kita meraung kesakitan.

Sedangkan kita yang seringkali tinggalkan tuhan yang terlalu sayangkan kita,
Tidak sedikitpun dia berganjak daripada kita,
Terus mencurahkan kasih sayangNya walaupun dalam keadaan kita lalai dan leka,
Masih tetap sudi menyapa hati kita dengan cahaya.

Allah rindu rintihanmu wahai hamba yang dicintai.
Allah masih sudi memelukmu dengan limpahan kasih sayangNya.
Allah, Tuhan yang sangat kasih dan cinta padamu.

Bersyukurlah, kerana Dia memilihmu.
Kau bukan calang-calang hamba.
Kau istimewa.
Kau lain daripada yang lain.
Tidak sama seperti mereka.

Semuanya datang daripada Allah.
Jarak bukan satu masalah bagi Dia.
Dia yang Maha Mendengar dan Mengetahui
Tidak sedikitpun apa yang kau sembunyikan
mahupun yang kau bentang terang-terangan dapat diselindungkan daripada Dia.

Allah memberi kerana Dia sayang.
Tidakkah kau berasa bertuah kerana Dia masih sudi menyapa?
Setelah dirimu dikotori lumpur-lumpur dosa?
Tidakkah kau merasa?

Bukankah Dia telah mengingatkan,
Hanya dengan mengingatiNya, hati akan tenang.
Hulurkan tanganmu,
biar kita sama-sama merasa ketenangan itu,
Apa maknanya bahagia jika tidak bersama-sama mereka yang kita sayang.
Aku tidak mahu sendiri!

Daripadanya sesuatu itu datang
Kembalikanlah pada tuan yang memberi,
Kerana Dia yang memberi Dia jugalah pakar dalam memberi rawatan.

Sayang,
Ingat ya,
Tuhan tidak pernah abaikanmu,
Yakinlah dengan Dia!
Senyumlah seindah mentari yang menyinari.
Moga kau dapat menyinari alam ini!





Life lesson
1st day.
SKPB, BP.



Tuhan itu baik, tidak pernah menzalimi hambanya. Dia punya sebab mengapa meletakkan kita dengan keadaan kita yang sekarang. Usah toleh belakang, hargai apa yang kau ada hari ini. Bersyukur dan bergembiralah. Manusia tidak faham tak apa, kerana Allah pasti faham.