Tuesday, April 2, 2013

Life lesson 1

Wahai diri kepunyaan Dia yang Maha Kuasa.
DaripadaNya kita datang..
Maka siapa kita untuk mempersoalkan apa yang Dia beri pada kita?

Manusia memang layak melakukan yang terbaik,
Maka sedaya-upayalah kejar kebahagiaan hanya kerana Dia.
Ya, demi Dia tuhan yang Esa.

Dikala kau rasa kaulah yang paling malang di dunia,
Berjalanlah, dan lihatlah disekelilingmu.
Ada mereka yang masih kelaparan,
Sedangkan kita kekenyangan,
Ada mereka yang kehilangan insan tersayang,
Sedangkan kita masih punya mereka yang kita sayang,
Ada mereka yang tidak punya tempat tinggal selesa,
Sedangkan kita hidup mewah penuh keselesaan.

Dikala kau rasa kaulah yang paling tidak beruntung daripada yang lain,
Mengapa tidak kau lihat pada melimpahnya nikmat yang Allah beri.

Aduhai manusia yang mudah lupa dengan apa yang Dia telah beri.
Ya, kita memang selalu lupa,
Namun mengapa tidak kau peringatkan diri dengan ilmu,
Kerana darinya kau akan rasa sapaan dan belaian tuhanMu.

Allah tidak pernah tinggalkan kita,
sedangkan kitalah yang selalu menjauhi Dia.

Berbeza kita,
apabila ada yang kita sayang pergi dari hidup kita
Kita mengeluh, kita meraung kesakitan.

Sedangkan kita yang seringkali tinggalkan tuhan yang terlalu sayangkan kita,
Tidak sedikitpun dia berganjak daripada kita,
Terus mencurahkan kasih sayangNya walaupun dalam keadaan kita lalai dan leka,
Masih tetap sudi menyapa hati kita dengan cahaya.

Allah rindu rintihanmu wahai hamba yang dicintai.
Allah masih sudi memelukmu dengan limpahan kasih sayangNya.
Allah, Tuhan yang sangat kasih dan cinta padamu.

Bersyukurlah, kerana Dia memilihmu.
Kau bukan calang-calang hamba.
Kau istimewa.
Kau lain daripada yang lain.
Tidak sama seperti mereka.

Semuanya datang daripada Allah.
Jarak bukan satu masalah bagi Dia.
Dia yang Maha Mendengar dan Mengetahui
Tidak sedikitpun apa yang kau sembunyikan
mahupun yang kau bentang terang-terangan dapat diselindungkan daripada Dia.

Allah memberi kerana Dia sayang.
Tidakkah kau berasa bertuah kerana Dia masih sudi menyapa?
Setelah dirimu dikotori lumpur-lumpur dosa?
Tidakkah kau merasa?

Bukankah Dia telah mengingatkan,
Hanya dengan mengingatiNya, hati akan tenang.
Hulurkan tanganmu,
biar kita sama-sama merasa ketenangan itu,
Apa maknanya bahagia jika tidak bersama-sama mereka yang kita sayang.
Aku tidak mahu sendiri!

Daripadanya sesuatu itu datang
Kembalikanlah pada tuan yang memberi,
Kerana Dia yang memberi Dia jugalah pakar dalam memberi rawatan.

Sayang,
Ingat ya,
Tuhan tidak pernah abaikanmu,
Yakinlah dengan Dia!
Senyumlah seindah mentari yang menyinari.
Moga kau dapat menyinari alam ini!





Life lesson
1st day.
SKPB, BP.



Tuhan itu baik, tidak pernah menzalimi hambanya. Dia punya sebab mengapa meletakkan kita dengan keadaan kita yang sekarang. Usah toleh belakang, hargai apa yang kau ada hari ini. Bersyukur dan bergembiralah. Manusia tidak faham tak apa, kerana Allah pasti faham.




No comments: