Tuesday, April 23, 2013

Life lesson 12


"Alaaa kau boleh la, kau pandai"

"Susah la kalau bercakap dengan orang 4 rata nie.."

"Patutlah semua orang nak kawan dengan kau, kau pandai"


Hidup ini ada naik dan turunnya. Bagai roda yang berputar. Ada kala kita di atas. Ada kala kita dibawah.

Aku akui aku pernah berada di atas, namun ingat, aku juga pernah berada di bawah.

Aku mungkin pernah berada di puncak pada kaca mata orang lain, sedangkan yang lain tak pernah sedar yang aku pernah berada di bawah satu ketika dahulu.

Orang lain mungkin melihat kejayaan dan kebahagiaan yang aku gapai, tapi tidak menyaksikan betapa peritnya hidup yang aku lalui sebelum berada di puncak.

Lemahnya aku. Jahilnya aku. Hinanya aku sehingga aku merasakan aku tidak punya apa-apa daya untuk aku gapai semua itu.

Yang aku tahu, aku cuma punya DIA. ALLAH.

Allah yang tak pernah tinggalkan aku. Allah yang selalu ada bila aku "terleka".

"Kalau nak, minta dengan Allah"

"Semuanya dengan kekuatan Allah, dari Allah"

"Kau nak tahu satu rahsia? Bangun qiam, doa kuat-kuat, cakap direct dengan Allah apa yang kau nak"

"Tolonglah orang lain, nanti Allah tolong kita"


Moga Allah pelihara hati dan diri aku daripada riak dan takabbur.

Izinkan aku berkongsi.

Semua yang kita ada, kekayaan, kemenangan, kejayaan semuanya daripada Allah semata-mata.

Suatu ketika dahulu, aku pernah nak kan sangat 4 flat tu. Aku doa sampai menangis-nangis dalam sujud yang terakhir.

Maka, sepanjang sem tu, aku belajar betul-betul.

Allah permudahkan jalan aku.

Aku selalu dapat study malam, kalau aku tak boleh study, mengantuk sikit je, aku cepat-cepat pergi ambil wuduk, solat sunat.

Masa tu, solat yang aku selalu buat ialah solat taubat.

Walaupun aku jenis lebih selesa study sampai pagi, Alhamdulillah aku jarang sangat mengantuk dalam kelas.

Masa tu, aku hanya doa-doa-doa-doa-doa.

Sebab aku tahu, "kepandaian" yang Allah pinjamkan untuk aku tu, kalaulah aku gunakan itu sahaja, mustahil aku dapat capai apa yang aku nak.

Semuanya tak akan berlaku tanpa izin Allah.

Aku doa kuat-kuat, sangat bersungguh-sungguh.

Aku teruskan hidup aku, pengajian aku dengan meletakkan sepenuh kepercayaan aku sepenuhnya pada Allah.

"Ya Allah, beri aku pointer 4.00"

Dalam doa aku, aku tak doa 4 flat. Walaupun Allah faham je apa 4 flat tu.

Aku doa Ya Allah beri aku pointer (empat point kosong kosong)

huhu. detail tak aku sebut? ecehhh..

Tapi, hakikatnya itulah yang aku sebut.

"Cemerlangkan semua tugasan, assignment, presentation yang menyumbang pada pointer 4.00 aku, Ya Allah"

"Kau pandulah aku untuk fokus pada tajuk-tajuk yang masuk dalam peperiksaan" >> yang ni aku minta spot dengan Allah.

Alhamdulillah, sepanjang sem tu aku belajar dengan baik. Disebabkan aku bukan jenis study hard, aku perlu study smart la kan. heee~

Sem tu adalah adalah sem yang terbaik pada kesemua-semua assignment yang pernah aku buat. Kebanyakkannya memang aku menaip satu-satu apa yang berkaitan dengan kehendak soalan tu.

Tapi Allah tak bagi begitu sahaja 4 flat tu, tak bagi dengan mudahnya tau.

Sem tu la, laptop aku rosak. Dekat satu sem jugak aku tak guna laptop. Makanya, aku guna laptop ayah aku.

Sem tu jugak masa nak dekat exam, aku baca buku dari kulit ke kulit. huhu.

Again, aku jenis suka sangat buat kerja last minute. Memang bersengkang mata la dibuatnya.

Lepas daripada peristiwa tu, baru aku faham apa yang dikatakan dengan

"Allah tak tengok result kita, tapi Allah tengok usaha yang kita lakukan"

Boleh jadi kerja kita itu sama dengan orang lain, apa yang kita ada, orang lain pun ada juga.

Tapi dengan cara apakah kita dapat membuat menyelesaikan sesuatu kerja itu.

Ok-ok, meh aku bagi contoh, tinggi sangat kot apa aku cakap tadi nanti ada lagi yang cakap susah nak cakap dengan budak 4 rata macam aku. haha

Ada dua orang nak pergi BP Mall. Maka, dua-dua orang itu akan sampai BP Mall.

Yang seorang pergi dengan motor. Yang seorang lagi pergi jalan kaki.

Yang pertama boleh sampai dengan mudahnya. naik motor, ada angin menampar-nampar pipi.

Sedangkan yang kedua habis basah baju sebab perpeluh-peluh jalan kaki. Lepas tu malam tak boleh tidur sebab kaki lenguh jalan jauh.

Usaha. Usaha untuk sampai ke sesuatu tempat.

"Masa kita di atas, kawan kenal siapa kita, Masa kita di bawah, kita kenal siapa kawan kita"

Ayat ni aku pernah baca dekat twitter, Alhamdulillah sekali lagi Allah izin untuk aku rasa sebiji macam ayat ni "
Dua keadaan yang berbeza, masa di atas dan masa di bawah.

Masa ni, kita akan kenal siapa kawan kita, kita akan kenal hati budi kawan kita.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang kurniakan aku kawan-kawan yang selalu bersama aku masa aku susah dan masa aku senang.

Kawan yang hampir tiap-tiap hari akan tanya aku "ko ok x?"

Teman yang walau dia tak luahkan, tapi aku tahu dia sayang aku, hehehe *prasan sikit

Em dah, sambung cerita balik.

Sem tu jugak >> sem aku dapat 4 flat tu, banyak sangat ujian Allah bagi kat aku.

Lepas solat isyak, dah semangat-semangat nak study la kononnya. Sebab malas nak study kan.. huhu

Tiba-tiba, ada orang bagi salam "Assalamualaikum.. ira, busy tak? Nak minta tolong urut"

Masa tu aku tengah pegang buku, belum start study lagi, aku pun terus cakap "tak busy pun, boleh je, meh la"

Selain tu.. esoknya aku ada exam, pagi ke petang aku tak ingat la. Masa tu aku memang tak study apa-apa lagi.

Ada seorang kawan aku demam, dia pun minta tolong aku bawa dia pergi klinik malam tu.

Aku pun temankan dia pergi klinik malam tu. Aku ingat lagi, dekat klinik dia cakap macam ni..

"Sory la susahkan ko, kesian ko tak dapat study"

"Tak apa, nanti Allah tolong aku" jawapan spontan yang aku beri.

Apa yang jadi, mungkin nampak remeh, tapi bagi orang yang bercita-cita besar dan nekad masa tu, ia boleh jadi sesuatu yang sangat besar.

Boleh je kalau kita menolak semua permintaan yang datang, kita beritahu yang kita sibuk nak study, nak dapat 4 flat. Tapi pilihlah untuk membuat kebaikan selagi termampu, lagi-lagi bagi yang sangat-sangat memerlukan pertolongan kita.

Bersyukurlah kerana Allah hantar mereka kepada kita agar kita buat kebaikan, beratkan tabung pahala kita. Tak payah kita sibuk-sibuk nak pergi tanya sorang2, ada apa2 nak aku tolong?

Allah yang hantar mereka untuk kita. Baikkan Allah.

"Disebalik kesusahan, kedukaan, akan ada kesenangan dan kebahagiaan"

Setelah apa yang aku lalui sepanjang sem tu, susah payah aku, Alhamdulillah Allah gantikan dengan kejayaan yang sangat-sangat manis. Sampai aku dah tak ingat kesusahan apa yang aku pernah lalui.

Di suatu pagi yang mulia, di bilik pensyarah, ustaz berkata

"Ada dua orang dapat 4 flat"

Muka excited gila dapat tahu walaupun dalam kepala bayangkan orang lain dapat 4 flat. Iffah Zafirah jadi saksi aku tahu aku dapat 4 flat masa tu. Nasib baik dia pandai simpan rahsia hehe.

Lepas tu terkejut gila bila dah tahu empunya keputusan idaman ramai tu adalah diri sendiri. Muka tak percaya dengan perasaan "Ohhh adakah ini semua mimpi? sila tampar muka saya"

Nasib baik juga aku tak cakap kuat2, kalau tak mesti dah kena tampar dengan mereka-mereka yang ada di situ, huhu.

Ustaz Anuar pun cakap "ooo, ni hazirah rupanya"

Kesannya, setiap kali kelas dia prihatin dengan aku, hehe.


Itulah dia kisah hidup aku. Mana yang baik ambillah, mana yang kurang tegurlah. Aku manusia biasa, hamba Allah yang hina, yang banyak silapnya.

Kadang-kadang, apa yang kita tahu, tidak sama dengan apa yang sebenarnya berlaku.

Manusia boleh menilai, tapi penilaian manusia terbatas, sedangkan Allah tahu segalanya.

Allah tahu sebelum, semasa dan selepas sesuatu perkara itu berlaku.

Allah akan uji kita, dia bagi kita sedikit kesusahan, kegagalan, kekecewaan, kepahitan adalah untuk menjadikan kita dekat dengan Dia, ingat pada Dia, bergantung sepenuhnya pada Dia.

Kita pula, hamba yang lemah, pada siapa lagi kita nak letakkan sepenuh kepercayaan dan harapan? Ya, pada Allah semata-mata.

Sedih, menangis, kecewa, terluka. Itulah lumrah kehidupan. Menangislah andai itu boleh membina kekuatan kita semula. Menangislah dalam pelukan Allah :')

Tangisan kita itu bukan selamanya. Pasti ada sinar kebahagiaan dan kegembiraan di kemudian hari. Itu pasti.

Jangan bersedih. Allah ada bersama kita.


**Berbaki 3 hari di sekolah. Kenapa cepat sangat ni? :'(

Aku berkata pada si A dengan nada gurau "Aku tampar kau karang"
Lalu si B di sebelah berkata "Teringin nak tengok ira tampar orang, lembut je.."
Aku : Apakah? *muka blur

LOL

No comments: