Saturday, April 27, 2013

Life lesson 14


Subhanallah, Jumaat yang mulia.

Hari ini, hari Jumaat yang istimewa, buat aku dan juga buat mereka.

Buat kami : Cikgu Hazirah, Cikgu Nadiah, Cikgu Husna, Cikgu Adilah, Cikgu Hazman, Cikgu Akmal, Cikgu Haziq, Cikgu Fairuz, Cikgu Naziyan, Cikgu Chuah, Cikgu Yvonne.

Buat murid-murid SKPB.

Hari ini, ada kejutan, ada kegembiraan, ada permainan, ada keseronokkan, ada penghargaan, ada pemberian

dan

yang

paling

penting

ada

tangisan

dari

mereka.



Will miss them so much!

5 zamrud 2013.

Najmi, Zulhilmi, Irfan, Shauqi, Amin, Afsar, Firdaus, Hasif, Hazim dan yang lain-lain.



Dr : Kenapa tudung awak berkuah?

Aku : (senyum) Diorang sapu saya dengan kek. :p



Masa-masa terakhir di kelas, aku dah nampak mata Irfan merah. Irfan, aku panggil dia Imam Muda Irfan. Seorang yang matang dan tenang dalam perlakuan. Bila yang lain beritahu kali terakhir baca al-quran minggu lepas, semalam dan sebagainya, dia satu-satunya yang dah baca al-quran hari itu.

Dalam hati pelik juga kenapa mata Irfan merah dan aku tak sangka pula yang dia rupa-rupanya menangis tadi.


Aku melangkah keluar dari kelas. Sambil bagi kata-kata terakhir untuk mereka.


Tiba-tiba aku nampak Najmi menangis.


Najmi yang selalu bagi respon terbaik dalam kelas. Najmi yang tulisan jawinya sangat cantik sampai aku bandingkan dengan tulisan aku, huhu.

Jawapan yang dia beri hampir kesemuanya jawapan yang aku harapkan murid beri pada setiap langkah pengajaran aku.

Bila Najmi mula menangis, yang lain turut menangis, dan aku juga turut rasa sedih dan menangisi perpisahan ini.


Shauqi. Murid aku yang paling 'baik' yang selalu usik aku dalam kelas. Sampaikan aku pernah marah dia depan semua murid yang lain. Yang banyak mulut dan banyak songeh masa belajar.

Masa tunggu Dr sampai dia la yang acah-acah depan pintu kelas kononnya Dr dah sampai. LOL. Lepas tu, aku berdiri depan kelas, aku buat-buat cemas "Shauqi cepat shauqi cepat, dah sampai dah"

Shauqi buat muka terkejut. Aku gelak. Lepas tu satu kelas gelak juga. huhu

Hari ini Shauqi belanja aku coklat :)

Yang paling berharga, hari ni Shauqi menangis.


Zulhilmi. Zul yang sangat sopan dan baik. Yang bila hati rasa panas je dia la penawar. huhu. Bila aku suruh bagi komen tentang aku mengajar selama sebulan, dia la yang tanya

"Cikgu dah baca semua ke? Ada kecil hati tak cikgu?"


Amin yang comel :) Amin pun nangis juga hari ini. Amin ketua kelas. Dia adalah satu-satunya murid yang tahu bertaranum di dalam kelas.

"cikgu jangan lupa kitaorang"


Masa aku nak kena observe, Firdaus la yang prihatin dan tanya kat aku

"cikgu, apa perasaan sekarang nie?, gementar eh cikgu"

Aku tarik nafas, "macam tahu-tahu je" aku ketawa.

Bila aku suruh tulis "saya tak suka cikgu hazirah mengajar kerana..." dia la yang bising-bising tak nak jawab soalan tu.

"apa ni cikgu, susah la soalan ni'

lepas tu aku paksa juga tulis. Aku cakap "tulis cepat, nanti dah la cikgu tak jumpa awak semua"



Tadi, aku tengah mengajar 2m, tiba-tiba amin and the gang berlari-lari datang kat kelas yang aku tengah mengajar tu.

Amin masuk kelas, terus bagi surat, lepas tu semua tunggu aku kat luar sampai habis masa.

Belum pun aku habis mengajar, diorang ramai-ramai serbu aku, sambil menangis-nangis.

Alahai murid-murid sayang~ :'(





"Jangan sedih, dah jangan menangis, ingat pesan cikgu, solat jangan tinggal. Cikgu ada kat Batu Pahat ni sampai tahun depan, sampai awak semua UPSR. Nanti kita jumpa lagi"


Dr : Simpan dalam hati.


26042013

No comments: