Saturday, April 13, 2013

Life lesson 6


Pada setiap perkara itu, ada tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah swt, bagi mereka yang mahu berfikir.

Walau apa pun keadaan dan jalan yang kita mahu lalui ataupun terpaksa kita lalui sekarang ini, yakinlah Allah meletakkan kita pada keadaan yang sangat tepat, sesuai dan terbaik buat kita.

Setiap perkara itu tidak akan terjadi tanpa izinNya :)

Taat semasa dalam kesusahan itu mudah, tetapi taat pada waktu senang itu amat sukar untuk dilaksanakan.

Fitrah manusia akan kembali pada yang suci bersih, kembali pada Allah yang menciptakan. Satu-satunya tempat kita bergantung.

Jadi, apabila manusia rasa susah, rasa tersepit, saat itu diri mereka sedar bahawa yang boleh membantu mereka adalah Allah swt satu-satunya. 

Berbeza apabila kita dalam nikmat kesenangan. Hati gembira, hati senang, lapang. Tak perlu berlapar, perut sentiasa kenyang. Masa inilah manusia akan melengahkan-lengahkan untuk membuat kebaikan. Sedang lalai dan leka. Sebagai contoh, apabila telah masuknya waktu solat,  masih leka dengan aktiviti duniawi daripada menyahut seruanNya.


Allah tidak akan beri kesusahan pada kita tanpa menutupnya dengan kegembiraan. Percayalah dengan Allah.


Beruntungkan jadi orang yang Allah uji. Kerana itu tanda cintaNya pada kita. Tanda rinduNya pada kita hambanya yang hina.

Bergunung-gunung dosa yang kita lakukan, Allah masih tidak pernah sekalipun mengabaikan kita.

Setiap manusia ujiannya berbeza-beza.

Yang kaya, ujiannya begini.
Yang miskin, ujiannya pula begitu.

Yang pandai ujiannya begini
Yang sederhana ujiannya pula begini dan begitu.

Pada semuanya, ada tanda-tanda kebesaran Allah. Ada terselit kasih sayang Allah yang Maha Penyayang dari segala yang penyayang.



Andai benar cinta itu kerana Allah, biarkanlah Allah yang mengatur segalanya hingga keindahan cinta itu datang pada waktunya. 

Selepas pergi kesepian, datanglah kegembiraan. Selepas mampu mengatasi ujian, datanglah kemanisan iman. Semua yang kita buat dan lalui ada hikmahnya.

Seorang yang pernah berjaya ada kisah pahitnya dan Allah telah menukarkan kisah pahitnya menjadi kisah yang paling gembira dalam hidupnya.


Satu perjalanan dan pelajaran dalam kehidupan..



Ini bukan gambar praktikum 1,
Tapi PBS 1 ^_^

No comments: