Wednesday, April 17, 2013

Life lesson 9

Berjaya hafal Al-Quran setelah patah kaki

comel =)

Pada kesempatan ini, kami ingin memberikan satu contoh kisah mengenai hal ini. Saya mendengar kisah ini daripada Dr. Mustafa Umar, seorang ustaz dan tokoh agama di Riau yang sering datang ke Malaysia untuk menyampaikan ceramah dan tazkirah.

Beliau menceritakan bahawa ada seorang ustaz kenalannya di Kuala Lumpur yang anaknya mengalami kemalangan. Kaki anak itu patah menyebabkan dia tidak dapat berjalan selama dua tahun. Dalam usia yang muda anak ini terpaksa menanggung ujian yang cukup berat.

Ibu bapanya mendorong anak ini supaya bersabar dan memberinya semangat agar melakukan aktiviti yang bermanfaat sepanjang dia tidak boleh bergerak.

Maka anak itu pun memutuskan untuk menghafal Al-Quran. Dia pun melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Kerana dia tidak boleh banyak bergerak dan hampir sepanjang masa berada di rumah, mudahlah baginya untuk menghafal Al-Quran. 

Maka dalam waktu dua tahun itu pun dia berjaya menghafal seluruh al-Quran.

Ketika mendengar kisah anak tersebut serta kejayaannya menghafal seluruh al-Quran, Ustaz Mustafa Umar bertanya kepada anak itu, "Kalau demikian, pada pandanganmu mana yang lebih baik, kamu mendapat ujian seperti ini dan kemudian berjaya menghafal seluruh al-Quran atau kaki kamu sihat tetapi kamu tidak ada kesempatan untuk menghafal seluruh al-Quran?"

Anak itu tersenyum, "Ujian ini lebih baik buat saya, ustaz. Kalau saya tidak diberi ujian ini, saya tidak tahu apakah saya ada kesempatan untuk menghafal seluruh al-Quran."



SYED ALWI ALATAS

dipetik dari buku : Bersyukurlah kerana-Nya
(musibah juga mengandungi nikmat)

www.alwialatas.blogspot.com





Maka bersyukurlah andai adakalanya kita terpaksa menempuh onak dan duri dalam kehidupan yang sementara ini =)

Pasti ada kegembiraan di kemudian hari ^_^


No comments: