Sunday, June 30, 2013

Jun 2013

Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Segala puji dan puja selayaknya untuk DIA!

2013 sampai di pertengahannya.

Aku masih diberi kesempatan untuk menikmati kehidupan yang sementara ini. Alhamdulillah. Thanks Allah.

Jujurnya dan seriusnya, bulan Jun 2013 ni aku rasa macam berbulan-bulan lamanya.

Subhanallah! Allah create a wonderful life especially this barakah June for me! *oke abaikan english tunggang-langgang. hiuw hiuw.

Jun bermula dengan cuti semester, masa tu dah cuti minggu kedua *kalau x silap.

Seminggu aku habiskan masa di JB. Dan aku keep thinking and wondering until now, why JOHOR? Ada apa dengan Johor?

haha. Of course la tempat aku study sekarang ni kan.

Kenapa ada member baik pun orang Johor jugak? dan kenapa mana pun aku pergi, sampaikan kat event herbalife semuanya kalau berkenalan, tanya asal negeri mana, messstiii Johor.

Johor. Johor. Johor.

Kenapa?

Kenapa?

Kenapa?

Sometimes aku rasa macam ahhh leceh la kau ni hazirah, semua benda kau nak tahu. haha.

But, itulah aku hakikatnya. Seorang yang sentiasa mahu tahu kenapa kenapa dan kenapa. Kenapa macam ni dan kenapa macam tu.

Bila ada persoalan yang timbul dalam fikiran aku ni, aku akan korek jawapan sampai jumpa.

So, aku agak rimas dan tak selesa kalau something yang aku rasa aku perlu tahu tapi disorokkan.

Ahhh again, aku tak tahu kenapa isu ini dibangkitkan. kah3.



Ok, sambung cerita.

Seminggu aku kat Ulu Tiram, such a wonderful place i think!

Dapat berkenalan dengan lebih dekat family my kembar! Again, bila masa aku ada kembar? sila baca entri aku zaman dahulu kala. eh tak yah2.

Aku dan kembar dilahirkan sama tarikh, bulan dan tahun. Yang berbeza hanyalah masa dilahirkan. Ternyata akulah kakakkk. hahaha.

Okey tak yah nak bangga -_-'

Sweet memory bila aku dapat tolong Alang selesaikan soalan matematik. hahaha. Walaupun hakikatnya aku tak de la pandai mana matematik ni tapi aku SUKA. Aku pun tak tahu kenapa.

Aku punya happy malam tu bila dapat tolong sama-sama cari jawapan soalan math hanya Allah je yang tahu.

Pertamanya sebab dah dekat 5 tahun aku tinggalkan subjek wajib dalam SPM tu. Makanya, aku sangat sangat la sangat tak sangka aku dapat tolong Alang jawab soalan math tu.

Doakan Alang straight A untuk SPM tak lama lagi!

Selain daripada tu, aku tolong tanda kertas ujian. haha. Pengalaman manis buat aku tau!

Korang kena faham, aku tak pernah menanda kertas ujian lagi2 untuk paper kesukaan aku iaitu Sejarah.

Aku hanya pernah tolong ayah aku buat assignment project management. It's engineering. Boleh ting-tong kepala. huhu.

So, bila aku diberi kebenaran untuk tanda kertas ujian, aku ter-sangat-lah excited!!

Tengok skema jawapan tu,membuatkan aku faham macam mana nak jawab exam lepas ni.

Syukur, Alhamdulillah!




Minggu seterusnya, aku ke Bangkok!

Seminggu aku kat sana. Alhamdulilah 'ala kulli hal. Herbalife jadi sebab kenapa aku berada di Bangkok.

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.

Sepanjang berada di sana, macam-macam yang aku belajar.

Allah hanya kirim beberapa ujian buat aku sebelum dan selepas aku ke Bangkok!.

Sepanjang berada di sana, semuanya baik-baik belaka.

Allah suruh kita mengembara di bumi ciptaanNya kan. Tentunya penuh dengan hikmah atas saranan Allah tu.

Berada di bumi asing, berlainan bangsa dan bahasa. Buatkan aku lebih menghargai apa yang Allah kurniakan buat aku.

Kita ini insan yang lemah, yang kerdil.

Walaupun ini bukan kali pertama aku naik kapal terbang, tetap jugalah *terpengaruh dengan Dr* aku takjub melihat kebesaran Allah dari dalam kapal terbang.

Makin tinggi kapal terbang membelah angkasa, makin kecil permandangan yang aku lihat, menjadikan aku lebih menginsafi diri.

Allahu Akbar.



Bangkok, A city of life.

Bukalah pintu hati, di mana-mana kita akan dapat lihat kebesaran Allah.

Sebuah bandar yang sangat busy. Penuh dengan kereta, penuh dengan manusia pelbagai tujuan.

Antara yang aku berkesempatan pergi ialah Gems Gallery, Floating Market, HQ Herbalife Bangkok, MBK Mall, kedai makan muslim dan banyak lagi.

InsyaAllah akan aku share dengan lebih panjang lebar di entri yang lain. :-)



Siapa kita hari ini, adalah disebabkan apa yang kita telah lakukan pada masa yang lampau.

Begitulah aku, siapa aku hari ni, dan bagaimana keadaan aku hari ini, adalah hasil daripada keputusan yang aku buat dan apa yang telah aku pelajari pada masa yang lalu.

Tak ada sebab pun nak menutup sesuatu atau disebabkan sesuatu aku tiba-tiba menjadi aku yang sekarang ni.

Hidayah milik Allah.

Dan aku hanya menjadi diri aku sendiri.


Moga bertemu lagi di hari dan masa yang baru! =)



No comments: