Monday, July 29, 2013

Rahsia Kejayaan kita hamba Allah.

Assalamualaikum.

Bagaimana persiapan kita untuk meraikan 10 terakhir Ramadan?

Sayu je rasanya. Ramadan dah pun sampai ke penghujungnya.

Jom sama-sama tingkatkan ibadah, alunan ayat suci al-quran, solat-solat sunat.

Sesungguhnya Ramadan itu adalah salah satu tanda kasih sayang Allah pada hambaNya.


Beberapa hari yang lepas, Masjid kami didatangi oleh seorang imam atau hafiz dari Gaza.

Alhamdulillah, aku dapat dengar perkongsian beliau mengenai keadaan di tanah kelahiran beliau.

Masa tu, aku tengah mengalami sedikit tekanan disebabkan satu perkara.

Jadi, boleh dikatakan aku sedang stress la masa tu.

Biasa la, manusia mana yang tidak ada masalah kan.


Aku sangat tersentuh bila imam tu cerita serba-sedikit tentang keadaan di negaranya.

Dengan ramainya rakyat yang terbunuh disebabkan kekejaman musuh, ahli keluarga yang tidak bersalah pergi buat selamanya.

Kita di bumi Malaysia?

Ya. Hidup aman damai. Syukur pada Allah.

Lalu, ada satu pertanyaan daripada yang hadir ketika itu yang dilontarkan kepada Imam tersebut..

"Bagaimana cara untuk membebaskan Palestin dari jarak jauh"


Jawapannya:

Doakan la pembebasan Palestin dengan doa-doa ketika Qiamullail, solat-solat sunat tarawikh, doa selepas solat fardhu.

Kemudian, Ustaz Isa mengulas, katanya " Seseorang yang tidak dapat bertemu dengan Allah walaupun sesaat pada sepertiga malam, tidak akan dapat berhadapan dengan musuh".



Singkat dan sekejap rasanya perkongsian daripada Imam tersebut, tapi sangat memberi kesan pada diri aku.

Segala kekuatan daripada Allah.

Hari itu, aku dingatkan dengan satu perkara " Aku baru diuji dengan masalah yang kecil, sedangkan rakyat Palestin Allah uji dengan ujian yang sangat besar "

" Ketika kita didatangi ujian, itulah tanda kasih sayang Allah buat kita, hadapilah dengan kekuatan Allah bukan dengan kekuatan diri sendiri "


Dan beberapa hari kemudian, setelah solat sunat tarawih berimamkan Ustaz Isa, beliau menceritakan serba sedikit mengenai surah yang beliau baca pada malam tersebut.

Kisah Nabi Zakaria yang Allah kurniakan anak ketika usianya telah lanjut dan isterinya pula seorang yang tidak boleh mengandung.

Lalu Allah memperlihatkan kebesaranNya dengan menganugerahkan Nabi Zakaria seorang anak lelaki.

Seterusnya, kisah Mariam yang melahirkan Isa padahal Mariam seorang wanita yang suci dan tidak pernah disentuh lelaki.

Sekali lagi, Allahlah Yang Maha Berkuasa.


Allah mengabulkan setiap doa hambaNya yang berdoa kepadaNya.

Allah Maha Besar dan berkuasa untuk melakukan apa sahaja hanya dengan berkata "Kun"


Ustaz juga pesan :

" Jangan harap kita akan berjaya kalau perjuangan untuk bangun malam solat dua rakaat, kita tewas"

Teruskan berdoa, semoga Allah beri kita kekuatan untuk terus berjuang untuk bangun malam. InsyaAllah kejayaan milik kita baik di dunia mahupun di akhirat yang kekal abadi.

Fighting! :D


Manusia itu sentiasa berada dalam kerugian kecuali bagi mereka yang sering berpesan-pesan pada kebaikan.

**Syukran Jazilan atas pesanan yang dihantar buat diri ini, sahabat :-)

Masih berbaki 10 hari puasa dan berbuka puasa, moga doa kita semua dimakbulkan Allah :-)



*Juga buat yang ada hajat, Allah tempat meminta segala sesuatu. Nanti jangan lupa jemput kitaaa tauuu :-D


*peace*


Thursday, July 25, 2013

Cerita dan Pengajaran

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.

Praktikum minggu pertama telah pun melabuhkan tirainya.

Alhamdulillah. SK Parit Raja, Batu Pahat sangat best. Seriously.

Isnin yang lepas, aku dan kawan-kawan sampai di sekolah agak awal. Kononnya tunggu Guru Besar la sebelum perhimpunan. Rupa-rupanya GB dah pun berada di biliknya lebih awal dari kami datang. Cuma kami je yang tak perasan.

Aku jejakkan kaki kat sekolah tanpa pernah melihat bagaimana rupa dan keadaan sekolah sebelum ni.

Bila masuk je pagar sekolah, jatuh rahang juga la sebab sekolahnya cantik. haha. Besar dan dan err tak tahu nak gambarkan macam mana.

Haa ni aku la. Aku cerita pengalaman aku. Korang yang pernah tengok sekolah ni mungkin berbeza pendapat dengan aku. Em but it's okay no problem. 

Sekolah ni style sekolah baru. Blok A, blok B dan Blok C bercantum, membentuk seolah-olah U. Tapi bentuk U style kotak punya. huhu

First time masuk sekolah tu, masing-masing ada perasaan "Memang sesat punya la kat sekolah ni".

Lalu seorang antara kami berempat bersuara, "Kita tengok siapa yang sesat dulu."

LOL. Tak boleh blah kan. haha


Kami disambut mesra oleh semua cikgu-cikgu. Baik guru perempuan mahupun lelaki. Ustaz dan juga Ustazah. Turut tak ketinggalan anak-anak murid yang kiut miut. 

Murid-murid kat sini kurang 100 orang daripada sekolah yang sebelum ni, iaitu seramai 700++ orang.

Alhamdulillah, aku diberi peluang mengajar Tahun 4 dan Tahun 1.

Comel kan? hehe

Again. Kelas Zamrud ni memang ada jodoh agaknya dengan aku. Dulu 5 zamrud.

Sekarang 1 Zamrud dan 4 Zamrud.

Alhamdulillah seronok sangat sebab dapat anak murid yang best. Sampai aku yang pening nak buat aktiviti apa untuk mereka ni.

Aktif kemain korang ye. Siap la aku kerjakan nanti. haha. Baru seminggu kan.

Kelas dengan 4Z yang pertama, masuk dengan cikgu yang bimbing aku. Belum pun aku diperkenalkan, diorang dah bising-bising tanya aku siapa. 

Bila akak tu cakap je aku akan mengajar diorang selama 2 bulan, masing-masing bersorak. "Yeaaaa.." panjang-panjang.

Alhamdulillah. Again, aku sangat bersyukur pada Allah.


Darjah 1 pulak. Aku terpaksa tegas dengan diorang. So, tak ada la kelas tu bising teruk-teruk lepas tu rasa macam cikgu dia tak wujud kat depan.

Dan kali ni aku banyak denda murid-murid. Yang tak solat subuh, berdiri lepas tu istighfar 40 kali (untuk darjah 4). Dengan aku-aku sekali rasa nak menangis masa zikir ni. Moga ada manfaat buat mereka. 

Kemudian, tak lupa juga aku beritahu mereka tentang makna istighfar tu sebab rata-ratanya tak tahu pun apa maknanya.

Darjah satu pun lebih kurang, contoh..sangat ramai yang tak bawa buku teks bahasa arab. Jadi aku memang angin la. Kali pertama aku warning je walaupun agak ramai yang tak bawa buku. Kemudian aku suruh berzikir 10 kali.

Baru aku faham macam mana rasanya menjadi seorang guru. Nak kan anak muridnya berjaya. Sampaikan hati aku selalu je kata "ni jiwa aku". eceh.

Dalam ramai-ramai yang tak siap kerja yang aku suruh buat, ada seorang je anak murid aku yang cepat-cepat tadah tangan tanda nak terima hukuman. 

Unexpected. Sebab zaman dah berubah. Bukan macam dulu. Kalau dulu memang rotan tu jadi makanan tangan dengan badan je pun. Aku, of course salah seorang yang melalui zaman tersebut. Lagi-lagi dengan Pak Cik Azman. haha.

Ayah aku garang. Err dia tegas la sebenarnya. Sebab dia la ayah yang sangat sporting dan supportive di hati aku. 

Aku ingat lagi, satu hari tu kononnya aku merajuk la dengan ayah. Jadi aku memang senyap je dengan ayah hari tu. Kalau tak silap hari ahad la masa tu. Hari tu juga aku nak balik Batu Pahat.

Dia dah besarkan aku lebih dari 20 tahun, jadi dah tentu dia sangat faham perangai aku, walaupun aku tak sedar pun tentang benda ni. Sejak matang ni baru sedar. haha

Dia cakap apa-apa pun aku diam kan je. Angguk tak geleng pun tak. 

Lepas tu nak dijadikan cerita, aku ambil kain dan air sebaldi, nak lap kereta. Sikit je pun nak lap tu. Ayah pula masih bercerita dengan aku dan aku masih diam tak bagi respon apa-apa.

Lepas tu dia perasan yang air dalam baldi tu tak bersabun. Ayah ingat aku nak basuh kereta. 

Dia pun datang kat aku sambil bawa sabun lepas tu letak sabun dalam baldi. haha.

Masa tu hati aku je yang bercakap.. "nak lap kereta je la ayah". Tapi tu semua kata-kata dalam diri aku saja. Ayah tak dengar pun.

Merajuk la kononnya kan masa tu, jadi aku diamkan je masa ayah letak sabun tu. Tak bantah apa-apa pun. Apatah lagi nak menghalang ayah bancuh air dengan sabun tu.

Oh ayah, tiba-tiba rindu plak kat ayah hehe. 

Ayah sangat sporting. Kalau aku bising-bising mengadu itu mengadu ini, selalunya dia akan kata, "tak apa la tu", tanda mempositifkan sesuatu perkara. Sampaikan aku memang terpengaruh dengan cara dia ni tau. huhu.

Hasilnya, sebab tu kadang-kadang aku boleh terima sesuatu yang orang susah nak terima. 

Haa yang ni korang jangan nak memandai-mandai cakap bukan-bukan.

Jaga la mulut. Allah bagi mulut satu je. Aku sangat tak faham kenapa sesetengah orang suka nak mencari kesalahan orang lain. Pembaca setia blog ni, aku tak tahu apa yang korang cari dan sebab apa korang datang kat sini. 

Tapi ingat la Allah tahu semua benda. Yang berniat baik cepat-cepat la ucap Alhamdulillah, memuji Allah. Yang berniat tak baik sila la beristighfar mohon ampun dengan Allah. 

Haishh, walaupun aku tak nak tahu. Tapi kalau ada orang cakap yang buruk negatif pasal aku, mesti akan sampai juga kat pengetahuan aku ni.

Allahu Allah. Aku serahkan korang dekat Allah. Walaupun jujurnya aku tak faham kenapa suka sangat nak cakap benda negatif ni. 

Aku rasa tak salah pun aku nak cakap pasal benda baik. Tak kan la aku nak update blog pasal ayat Al-Quran pun korang nak mengata. TAK FAHAM TAK FAHAM.

Aku cerita pasal anak murid aku, kawan baik aku ke. Pergh sedap-sedap je cakap aku macam tak cukup kasih sayang. Hahaha. Yang mengata tu kot yang tak cukup kasih sayang.

Hellllooo tolong baca ni ok. Alhamdulillah Allah limpahkan aku dengan kasih sayang yang cukup ok. Aku sangat bersyukur. Ada keluarga yang selalu sokong aku, sayang aku. Mak ayah yang terbaik. Adik-beradik, para kawan baik yang memang baik gila gila ah. Yang bukan setakat kawan gelak je beb. Kawan susah, tersepit, air mata semua ada.

Boleh tak jaga hati dan mulut kita masing-masing. Tak yah susah-susah nak tolong jaga mulut orang lain la. Mulut sendiri dulu.

Haihh. This is my site. So, faham-faham je la okay.

Aku nak marah korang yang cakap pasal aku dan kawan-kawan? Ohh please la buang masa aku la. Baik la aku fikir pasal benda lain. Baca Al-Azkar Imam Nawawi lagi best. Daripada buat dosa kering.

Tapi pada yang berkenaan, terima kasih la ye transfer pahala extra untuk aku dan kawan-kawan aku.

Aku doakan Allah beri taufiq dan hidayah buat anda semua lagi-lagi dalam bulan Ramadan ni. 


Yang tak ada kena mengena dengan cerita kat atas tu, ambil la pengajaran. Jom pakat ramai-ramai kita jaga hati, jaga mulut, jaga supaya jangan sakitkan hati orang lain.

Ingat la, sekali kita rosakkan kepercayaan orang pada kita, tak mungkin dia boleh meletakkan semula kepercayaan tu pada kita. 

Janganlah lepas dah rosak sesuatu hubungan baru nak buat tindakan nak ambil hati orang tu balik. Jaga la hati kawan kita tu baik-baik.

Yang penting, macam Ustaz kata, taat perintah Allah, Allah akan jaga kita.


Jangan pandang remeh pada semua perkara walaupun sekecil-kecil benda. Yang kecil boleh bawa kesan yang besar. Apatah lagi bagi perkara yang besar kan?


Buat semua sahabat aku, baik yang dekat mahupun jauh. Sahabat daripada Allah, kurniaan Allah dan hadiah buat diri aku, hamba yang hina ini. Terima kasih untuk segalanya. Semoga sahabat sentiasa di dalam peliharaan Allah swt sentiasa. Dikurniaan Taufiq dan hidayahNya.



Pertanyaan buat diri aku ni membentak minda aku. "Hazirah, kenapa dalam ramai-ramai hamba Allah, Allah pilih kau sebagai golongan yang orang panggil Ustaz/Ustazah?" "Kenapa dalam berjuta-juta rakyat Malaysia yang lagi hebat-hebat, Allah letak kau dalam persekitaran penuh didikan Islam?"


Ini jawapannya :

"Sebab KAU insan terpilih"


Segala puji bagi Allah. 

Allah Maha Besar.


I'm MUSLIMAH and USTAZAH =)





*Gaya penulisan aku bukanlah seperti Pahrol Mohd Juoi yang indah menyusun kata. Bukan juga seperti Kak Fatimah Syarha dan Hilal Asyraf.

Aku bermula dari bawah, orang biasa dan biasa-biasa je. *ceh merendah diri. Yang hebat hanyalah Allah.

Jangan risau. Kau mungkin bukan Ustaz dan Ustazah, namun kita masih serupa. HAMBA ALLAH. Aku juga biasa-biasa. Tapi aku mahu kau ingat, yang biasa-biasa boleh jadi Luar Biasa.

Kerana Taufiq dan Hidayah Allah tak mengenal siapa. Miskin atau kaya, tua atau muda, berpangkat tinggi atau rendah.

Ayuh kejar cinta Allah.

Segala kekuatan datang dari Allah.

20072013

Friday, July 19, 2013

DIA mendidik

Halus

Mulus

dan

Tulus.


Adakalanya berbisa, 
bagai meracun diri pada zahirnya, 
namun sedang membina sesuatu yang luar biasa dari dalamnya.

Tiada yang berlaku di dunia ini melainkan pasti ada hikmahnya.

Dan seperti biasa, 

tanpa lelah dan jemu

Tanpa mengharap balasan..

DIA MENDIDIK

Tiadalah lain melainkan untuk kebaikan dan berada disampingNYA selamanya.



Wednesday, July 17, 2013

Ramadan


Imagine it was raining $100 bills. Wouldn't we try everything to collect it?

In Ramadan it's raining something more valuable! Mercy of Allah.

-Yasmin Mogahed