Monday, July 29, 2013

Rahsia Kejayaan kita hamba Allah.

Assalamualaikum.

Bagaimana persiapan kita untuk meraikan 10 terakhir Ramadan?

Sayu je rasanya. Ramadan dah pun sampai ke penghujungnya.

Jom sama-sama tingkatkan ibadah, alunan ayat suci al-quran, solat-solat sunat.

Sesungguhnya Ramadan itu adalah salah satu tanda kasih sayang Allah pada hambaNya.


Beberapa hari yang lepas, Masjid kami didatangi oleh seorang imam atau hafiz dari Gaza.

Alhamdulillah, aku dapat dengar perkongsian beliau mengenai keadaan di tanah kelahiran beliau.

Masa tu, aku tengah mengalami sedikit tekanan disebabkan satu perkara.

Jadi, boleh dikatakan aku sedang stress la masa tu.

Biasa la, manusia mana yang tidak ada masalah kan.


Aku sangat tersentuh bila imam tu cerita serba-sedikit tentang keadaan di negaranya.

Dengan ramainya rakyat yang terbunuh disebabkan kekejaman musuh, ahli keluarga yang tidak bersalah pergi buat selamanya.

Kita di bumi Malaysia?

Ya. Hidup aman damai. Syukur pada Allah.

Lalu, ada satu pertanyaan daripada yang hadir ketika itu yang dilontarkan kepada Imam tersebut..

"Bagaimana cara untuk membebaskan Palestin dari jarak jauh"


Jawapannya:

Doakan la pembebasan Palestin dengan doa-doa ketika Qiamullail, solat-solat sunat tarawikh, doa selepas solat fardhu.

Kemudian, Ustaz Isa mengulas, katanya " Seseorang yang tidak dapat bertemu dengan Allah walaupun sesaat pada sepertiga malam, tidak akan dapat berhadapan dengan musuh".



Singkat dan sekejap rasanya perkongsian daripada Imam tersebut, tapi sangat memberi kesan pada diri aku.

Segala kekuatan daripada Allah.

Hari itu, aku dingatkan dengan satu perkara " Aku baru diuji dengan masalah yang kecil, sedangkan rakyat Palestin Allah uji dengan ujian yang sangat besar "

" Ketika kita didatangi ujian, itulah tanda kasih sayang Allah buat kita, hadapilah dengan kekuatan Allah bukan dengan kekuatan diri sendiri "


Dan beberapa hari kemudian, setelah solat sunat tarawih berimamkan Ustaz Isa, beliau menceritakan serba sedikit mengenai surah yang beliau baca pada malam tersebut.

Kisah Nabi Zakaria yang Allah kurniakan anak ketika usianya telah lanjut dan isterinya pula seorang yang tidak boleh mengandung.

Lalu Allah memperlihatkan kebesaranNya dengan menganugerahkan Nabi Zakaria seorang anak lelaki.

Seterusnya, kisah Mariam yang melahirkan Isa padahal Mariam seorang wanita yang suci dan tidak pernah disentuh lelaki.

Sekali lagi, Allahlah Yang Maha Berkuasa.


Allah mengabulkan setiap doa hambaNya yang berdoa kepadaNya.

Allah Maha Besar dan berkuasa untuk melakukan apa sahaja hanya dengan berkata "Kun"


Ustaz juga pesan :

" Jangan harap kita akan berjaya kalau perjuangan untuk bangun malam solat dua rakaat, kita tewas"

Teruskan berdoa, semoga Allah beri kita kekuatan untuk terus berjuang untuk bangun malam. InsyaAllah kejayaan milik kita baik di dunia mahupun di akhirat yang kekal abadi.

Fighting! :D


Manusia itu sentiasa berada dalam kerugian kecuali bagi mereka yang sering berpesan-pesan pada kebaikan.

**Syukran Jazilan atas pesanan yang dihantar buat diri ini, sahabat :-)

Masih berbaki 10 hari puasa dan berbuka puasa, moga doa kita semua dimakbulkan Allah :-)



*Juga buat yang ada hajat, Allah tempat meminta segala sesuatu. Nanti jangan lupa jemput kitaaa tauuu :-D


*peace*


No comments: