Saturday, September 28, 2013

Kenangan Bangkok 2013


Suvarnabumi Airport, Thailand.


Team kami yang ke Extravaganza bangkok 2013.

Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk membantu agamaMu, berilah kami kecekalan untuk terus membantu meningkatkan taraf ekonomi umat Islam, kurniakan kebaikan dari sisiMu buat kami di dunia dan akhirat. 

Jadikan kami hambaMu yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.



Dunia ini landasan ke akhirat.

Mana mungkin kita boleh ke sana andai tidak melalui dengan jayanya kehidupan di dunia ini.


Mengembaralah, kerana dengan melalui perjalanan akan membuatkan kita semakin bersyukur dan menghargai kehidupan anugerah Tuhan buat kita.

Bukankah Allah berfirman, bagi mereka yang bersyukur nescaya akan ditambah lagi nikmat ke atasnya.



Dan kehidupan ini tiada gunanya andai tidak bermatlamat untuk mencari redha Ilahi.

Friday, September 27, 2013

Istikharah dan Musyawarah

"Tidak akan rugi orang yang bermusyawarah dan tidak akan menyesal orang yang beristikharah"

Segala puji dan puja hanya layak untuk Allah, pastinya Tuhan semesta alam. Hanya DIA yang satu.

Praktikum dah pun melabuhkan tirainya dan aku kini telah menjalani kuliah seperti kebiasaannya bagi mereka yang bergelar pelajar.

2 bulan praktikum. Alhamdulillah, banyak yang aku dan kawan-kawan lalui sepanjang praktikum.

Yang lepas dah pun menjadi sejarah, jadi hari ni aku nak cerita tentang sejarah praktikum 2 aku. Yang sangat sangat sangat best bagi aku. Note : BAGI AKU.

Syukur sangat sebab Allah datangkan rasa seronok dan bahagia di sekolah ini. Sampaikan seorang daripada 3 orang kawan baik aku ni cakap kat aku " Kalau macam ni setahun pun aku sanggup praktikum" 

Ok kita akan masuk dalam mood flash back, jadi sila pakai tali pinggang keledar anda sekarang, hehehe.

Sedia.

Sebelum berakhirnya sem 5, semua kawan-kawan dah pilih sekolah mana yang mereka akan pergi untuk praktikum 2, tak terkecuali bagi kami.

Jujurnya, sesi memilih sekolah ni memang sangat stress. Sebab semua sekolah yang dipilih seakan tidak kena. Ada je yang menjadi penghalang untuk pilih sekolah ni.

Contohnya, baru nak pilih sekolah ni, dah ada kawan kelas yang dah cop, jadi terpaksa la pergi cari sekolah lain. Sekolah sekian-sekian pun macam tak kena sangat, banyak traffic light nak ke sekolah, nanti kalau apa-apa hal akan menyusahkan diri sendiri.

Sekolah ni, sekolah tu, macam-macam benda yang membuatkan kami terpaksa tak pilih sekolah berkenaan.

Sehinggalah kami memilih sekolah yang dah pun kami pergi praktikum 2 ni. Ni pun ada cabaran juga (nak cakap masalah tak best sebab negatif)  .

Tanya semua yang pernah praktikum kat sekolah ni, ada bagi feedback yang ok, ada yang cakap tak ok.
Jujurnya, sedikit sebanyak memang mengganggu gugat diri kami.

Yela, sapa nak kalau tak ok, sedangkan kita kat sana 2 bulan dan kalau boleh tak nak la perkara-perkara macam ni mengganggu kerja dan persekitaran kita.

Masa tu dah bagi nama sekolah dah pun kat unit praktikum. Disebabkan respon yang tak best kami terima daripada beberapa orang, berbelah bagi juga la nak buat kat sini.

Alhamdulillah, Allah bagi hidayah. Terima kasih Allah :-)

Kami pun sepakat ramai-ramai buat solat sunat Istikharah. Minta pertolongan Allah. Tanya kat Allah, bagus tak sekolah ni untuk kami.

Kawan aku pun kata " Ala, nanti kalau dapat sekolah lain-lain macam mana?"

" Kita cakap la kat Allah. Ya Allah, kami nak buat praktikum sama-sama, sekolah mana yang terbaik untuk kami. Allah kan faham"

Lepas tu bila bincang balik nak tukar sekolah ke tak.. Alhamdulillah, masing-masing rasa tetap hati dengan sekolah ni.

Walaupun sekolah ni telah di-reject la kononnya dengan semua orang. Tapi dengan izin Allah, Allah izinkan kami untuk memilih sekolah ini.

ALLAH TIDAK MENGECEWAKAN

Itulah Allah, Tuhan kita yang satu. Yang tidak pernah mengecewakan hambaNya. Lebih-lebih lagi yang meminta petunjuk dan kasih sayangNya.

Daripada mula kami jejakkan kaki kat sekolah ni, semua urusan terasa dipermudahkan. Murid-murid ok, sekolah ok, GB ok, guru-guru banyak membantu, serius macam satu keluarga.

Sampaikan masa hari-hari last sebelum tamat praktikum minggu lepas, semua cikgu-cikgu terasa dengan pemergian kita orang ni. Amboi apa dahsyat sangat ayat aku ni, hahaha.

Betullll. Sampaikan ada cikgu yang kata " Nanti dia orang tak ada, sunyi la bilik guru ni "

Aku tak nampak apa-apa yang buruk, yang aku lalui dan aku rasai, semua bagus-bagus. Tak dinafikan setiap perkara ada baik dan buruknya.

Aku dapat rasa Allah memberi rasa bahagia itu pada aku sehingga terasa cabaran yang datang amat kecil dan mudah untuk aku tempuh.

Alhamdulillah dengan pensyarah yang cool dan seronok, guru pembimbing yang kreatif dan banyak memberi kebebasan pada kami untuk mengajar mengikut keselesaan kami, dan semua cikgu-cikgu yang banyak sangat tolong kami.

Sampaikan masa Unit Praktikum datang sekolah dan kami masing-masing tengah serabut, cikgu-cikgu la yang banyak bagi semangat.

"Tak apaaaa. Mesti cemerlang punya la ni"

Begitulah kata guru kaunseling. Kami sengih je la. Dia tak tahu masing-masing tengah cuak nak menghadap 'baginda'. haha

Sekolah ni sangat aktif. Banyak program. Lagi-lagi Panitia Agama Islam. Hampir 80% program dikendalikan oleh Panitia Agama Islam.

Kami guru pelatih, tak terkecuali diberi ruang dan peluang di dalam setiap program. Yang best, sebab semua antara kami merasa menjadi Master of Ceremony atau MC la kan yang biasa hehehe.

Praktikum 1 yang lepas, aku dah merasa jadi MC masa hari perkhemahan. Dengan teks tak ada dan baru dipilih beberapa minit sebelum majlis mula, memang on the spot punya teks aku buat. Terima kasih kawan-kawan praktikum 1 yang banyak membantu =)

Jadi, praktikum 2 program yang terawal iaitu Majlis Khatam Al-Quran, dapat la mensumbang suara eh salah menyumbang suara emas yang aku ada haha.

Program yang kedua, Sambutan Hari Raya peringkat sekolah, si kawan, Hazman yang mensumbangkan suara dia pulak. Lepas tu perasan suara sedap hahaha.

Next, masa penutup Hari Kemerdekaan, si kawan Irwan punya turn pula. Tapi kali ni Irwan tak jadi MC sorang-sorang, sekali dengan si sahabat Nadiah juga.

Tahniah kawan-kawan! Masing-masing ada bakat terpendam, insyaAllah digilap lama-lama akan berkilat jugaaa yee :-D

Banyak lagi pengalaman yang kami dapat. InsyaAllah sangat-sangat memberi manfaat buat diri dan yang lain.

ISTIKHARAH DAN MUSYAWARAH

Kenapa aku cerita pasal praktikum 2? Kat sini aku nak kaitkan dengan Istikharah dan Musyawarah. Tak akan rugi dan tak akan menyesal bila kita laksanakan 2 perkara ni. Allah akan makin sayang kat kita.

Praktikum 2, Alhamdulillah, Allah beri kebahagiaan pada kami. Rasa best sangat, tak tahu nak terangkan macam mana. Mungkin ini yang Allah kata tak akan menyesal tu kan.

Semuanya dari Allah.

Alhamdulillah, business Herbalife pun semakin berkembang dan berjalan lancar, Allah semakin menguatkan hati aku dan rakan-rakan meskipun masih ada suara sumbang di depan, belakang, atas, bawah, kiri dan kanan.

Setakat makhluk yang bersifat lemah yang berkata-kata, apalah sangat, celah gigi je kot. Aku ada Allah. Kau tak takut Allah? Teruskan mengata :-)

Macam Ustaz selalu pesan dalam kelas, bila sayang jangan terlampau sayang, bimbang akan bertukar jadi benci, bila benci jangan pula melampau-lampau bimbang akan jatuh hati dan sayang.

Aku tercari-cari sebab kenapa Allah jodohkan aku dengan Herbalife. Kenapa aku perlu teruskan, kenapa Allah mudahkan journey aku dalam Herbalife. Sampaikan Allah izinkan aku pergi Bangkok dengan mudahnya, masa tu tengah cuti sem.

Korang yang bukan dalam family Herbalife, tak akan faham. Sebab ini didikan Allah buat diri aku, hehe. Thanks Allah.

DIDIKAN ALLAH

Berniaga. Bukan senang. Bukan senang nak jadi usahawan yang berkualiti. Kita nak mencari keredhaan Allah, bukan fokus nak cari duit.

Allah uji kebergantungan aku dengan DIA. Allah lah yang lebih tahu ujian bentuk apa yang sesuai dengan aku.

Allah sangat kreatif. Dengan pengantaraan Herbalife, banyak sangat mengubah diri aku menjadi yang lebih baik.

Kat sini aku belajar, hidayah Allah tak mengenal siapa. Ada orang mendapat hidayah daripada bidang muzik yang diceburi, lakonan dan macam-macam lagi.

Pada mulanya memang mereka jahil, tapi andai dengan izin Allah mereka memperoleh hidayah, mereka lah yang lebih kuat pegangan dan imannya.

Tugas kita, tunjukkan yang baik, beritahu apa yang patut, ajak mereka ke arah kebaikan, berikan kata-kata yang baik, dan bukannya dengan mengutuk, mengeji dan mencaci. Ingat, Allah yang beri Hidayah. Bukan kita.

Hampir setahun aku mencari WHY Herbalife aku. apa itu WHY herbalife? Dengan erti kata lain kenapa aku buat herbalife, atau apa yang akan buat aku stay, aku tanya Allah. Aku cari jawapan. Kadang-kadang Allah hantar jawapan dengan cara yang tak disangka-sangka.

Bulan Ramadan yang lepas, Alhamdulillah aku dapat berita daripada seorang kawan, yang Atok dia setakat hari tu masih lagi mampu berpuasa penuh, berbanding dengan tahun lepas yang ada hari yang terpaksa atok kawan ni tak puasa atas faktor-faktor kesihatan.

Allah..

Yang memberi kekuatan hanyalah Allah, kita yang lemah hanya berusaha dengan kemampuan kita yang terbatas.

Hanya Allah sahaja yang tahu, di saat aku mencari jawapan dalam bulan Ramadan, puasa, Allah datangkan jawapan dengan puasa juga.

Lintasan hati itu adalah hidayah Allah. Ustaz yang kata ye aku ulang je ayat ni hehehe.

Aku rasa seronok bila Allah bagi kekuatan pada aku untuk aku minta tolong dan tanya Allah pada setiap perkara yang aku nak lakukan.

Aku rasa seronok bila aku dapat kongsi dengan semua team aku. Lagi-lagi adik aku yang juga buat bisnes Herbalife ni.

Allah mudahkan semua urusan. Allah tarik rasa kecewa dan sedih dari diri aku, sehingga aku rasa macam kuat sangat. (Tiada daya dan kekuatan tanpa daya dan kekuatan Allah)

Business ada turun dan naik, ada laju ada slow. Bila slow Allah ajar aku apa yang aku kurang dan apa yang sepatutnya aku lakukan.

Allah sentiasa tunjukkan jalan untuk aku, sampaikan bila aku berada di tahap paling bawah sekali dalam hidup, Allah masih sediakan ruang untuk aku teruskan perjalanan.

Ini cerita jatuh bangun aku dalam perniagaan. Apsal rasa matang sangat eh apa yang aku tulis ni. hahahaha

Kawan aku selalu kata kat aku " Kau kuat ira, bla bla bla bla... "

Hai kawan, aku tahu kau selalu baca blog aku ni, hahaha.

Kawan, semuanya dari Allah, Allah yang kuatkan aku, tapi sebelum tu Allah juga yang hantar sesuatu sehingga aku rasa sangat down dan mengakui bahawa hanya Allah yang kuat dan layak aku minta pertolongan.

I'm searching for something since i was 19 years old. 2010 kalau tak silap.

Masa tu aku dah mula fikir apa aku nak dalam hidup ni, apa aku nak capai, hubungan aku dengan Allah, apa aku nak jadi (sebab aku nakal) hehehe. Dan masa tu juga aku mula ada dreams nak berubah.

Penantian 3 tahun aku mencari kekuatan untuk menjadi aku yang sekarang. 3 tahun bukan sekejap. Lama.

Akhirnya, Allah bagi apa yang aku hajatkan bila aku dah betul-betul layak untuk menerimanya dan telah bersedia.


Amboi laju je aku menaip. Aku nak fokuskan ni je. Letak Allah nombor satu pada setiap perkara. Jangan lupa istikharah dan musyawarah bila nak buat keputusan. Apa-apa hajat, jangan lupa bagitahu Allah.

Sebab Allah akan plan dan create a very wonderful life untuk kita :-)


p/s : Ada fokus group aku kena handle. Pergi dulu.


25092013
Terima kasih bagi Pizza~ Moga Allah melimpahkan rezekinya serta seluruh ahli keluarganya. Amin~




Si Dia

"suami awak nanti mesti tahu sebab dia kan business man"

suatu pagi itulah lawak paling kelakar yang menyentap hati keluar dari mulut seorang kawan.

Walaupun dengan nada yang lawak dan aku akui aku turut gelak sama. Tapiiiii...

Hoi, i'm serious it's not funny kawan!

Bagi aku laaaa....

Sejak aku berumur 19 tahun, aku dah mula mencari dan memikirkan sesuatu tentang hidup aku.

Banyak yang aku fikir.

Dan kata-kata yang keluar dari mulut seorang kawan yang sangat rapat dengan aku tu membuatkan aku mula berfikir kembali.

Si Dia yang tak diketahui siapa dan entah di mana.

Walau kononnya ada calon di depan mata.



"Setia pada dia, hanya akan dapat aku beri kesetiaan itu hanya apabila aku setia pada DIA yang Satu. Tuhan semesta alam"


Buat kau yang berkata, kau mungkin tak tahu tentang ini melainkan kau baca ini. hehe.

Tapi aku nak ucapkan terima kasih, kerana mengingatkan aku untuk setia pada DIA dan dia.

Maka, langkah awal untuk aku setia pada dia adalah dengan mengutamakan DIA dan orang-orang yang sepatutnya aku setia pada ketika ini. Bukan pada mereka yang belum layak.

Sekian.



Amboi, awat laju je aku taip pagi ni ek, hehehe.

p/s : Blog aku suka hati aku la nak cerita apa.

Tuesday, September 10, 2013

Pesanan melalui Jam Tangan



Pagi itu aku masuk ke kelas seperti biasa. 4 Zamrud. Hari sebelumnya, rakan sepraktikum, Irwan sampaikan satu pesanan pada aku.

"Ira, budak 4Z cakap, esok masuk kelas senyum je"

Jeng Jeng Jeng Jeng

Lalu disusuli dengan pertanyaan dari Iwan "Kau selalu marah diorang ke?"

"Bila diorang bising, aku tengokkan je dulu, lepas tu aku membebel"

-_-'

Sebelum aku sampai kelas pagi tu, aku disambut oleh anak murid yang berlari-lari ke arah aku.

"Cikgu, nak tolong bawak"

"Cikgu tak bawak banyak barang pun la" aku membalas.

Akhirnya aku akur dengan permintaan si anak murid, lalu aku hulur buku yang aku pegang untuk dia bawa.


Sampai di depan pintu kelas yang tertutup, pintu pun dibuka. Ramai-ramai nanyi lagu "happy birthday" yang tak berapa nak jadi. haha

Tapi aku ketawa kan aje. Sebab rasa macam comel sangat. Ouhhh.

Aku dah senyum lebar-lebar je masa tu. Dalam kelas plak, ada 2 belon yang tak habis ditiup tergantung di tengah-tengah kelas.

MasyaAllah.

Dah dekat 2 minggu hari lahir aku berlalu tapi setiap hari anak-anak murid aku sambut birthday aku, sama ada secara langsung dan tak langsung.

Hari tu, mereka buat sambutan boleh dikira agak besar la juga.

Tak ada la sampai jamuan semua. Hanya ucapan diberi.


Ehh lari jauh plak ni. Ok sambung.

Macam biasa, dah masuk kelas, masa untuk beri salam, tengah baca doa 2 orang anak murid aku datang ke depan menghulur 2 benda kat aku.

Aku tadah tangan baca doa, dapat hadiah pulak. MasyaAllah.

Meleret-leret senyum aku masa tengah baca doa. Tak boleh nak bercakap terima kasih pun sebab aku agak fokus untuk baca doa masa tu.

Selesai baca doa, semua dah duduk. Aku masih lagi senyum senyum senyum senyum. Bahagia terasa, ecewah.

Mula-mula aku buka kad, yang mereka buat sendiri.

Lepas tu aku pun tanya, siapa bagi hadiah ni. Lepas tu semua jawab "satu kelas"

Oh Allah. Hanya Allah je yang faham apa perasaan aku masa tu. Aku rasa terharu sangat. Masa ni belum buka hadiah lagi dah rasa nak nangis. Okey tipu. Rasa sebak je. hehe.

Aku pun sampaikan ucapan aku. Rasa terima kasih aku, lepas tu aku cakap..

"Nak bodek cikgu eh ni?" Sambil buat muka penuh persoalan. haha. Terasa jahat plak.

"Eh tak laaa" ramai-ramai jawab, menggambarkan lagi keikhlasan mereka buat semua tu untuk aku.

Sekarang ni pun aku masih dapat bayangkan muka Syamerul (ketua kelas) yang menggeleng serius masa aku kata dia orang nak bodek aku tuu. haha


Kemudian, mereka semua request untuk aku buka hadiah yang baru je aku terima. Serius dalam hati masa tu tengok bungkusan kecil ni, tak ada apa pun yang terbayang dalam otak aku masa tu. Sebab terlalu happy.

"Buka la cikgu, pakai sekarang" kata salah seorang di antara mereka.

Aku pun tiba-tiba tertanya-tanya dalam hati masa tu "Pakai? Gelang ke?"

Itulah sangkaan aku bila dengar perkataan "pakai" masa tu. Siapa sangka, kanak-kanak berusia 10 tahun boleh beri hadiah yang sangat berharga bagi aku.

Anak-anak murid nyanyikan lagu happy birthday ramai-ramai sambil bertepuk tangan menanti aku buka hadiah.

Aku pulak rasa berdebar gila. Rasa macam tak nak buka je masa tu. Aku tak tahu nak buat reaksi apa depan mereka. Aku takut muka aku nanti buat mereka sedih je nanti. Yela, mana la tahu diorang nak muka aku muka terkejut gila macam nak melompat masa tengok hadiah tu, tapi aku relaks je biasa.

Aku kan cool. hahaha. (mungkin kenyataan ini akan disangkal oleh iffah dan wanie lagi sekali macam masa diorang nafikan bila aku kata aku pendiam!) haha

Dengan perlahan-lahan dan berhati-hati, aku pun buka hadiah.

Ya Allah! Terkejut aku. Bukan sebab ada cicak ke ada katak ke dalam kotak tu. Tapi sebab ini!

Taraaa~ MasyaAllah!



Tahu tak yang aku memang terkejut dan langsung tak menjangka mereka bagi aku hadiah ni. Jam tangan. SEIKO okeh. Warna Gold. It's nice!

Serius aku sangat suka.

Aku sebak. Pertamanya, sebab aku memang nak kan jam tangan, atau dengan erti kata lain aku tengah survey jam untuk aku beli. jam tangan pink yang aku pakai tu tali dia tercabut-cabut. Terbuka sana, terbuka sini. Ganas betul aku pakai jam -_-'

Dalam hati aku masa tu, tak sangka Allah bagi jam tangan kat aku dengan cara ini.

Ya Allah, Ya Wahhab. Yang Maha Pemberi.

Sekali lagi, Allah memperlihatkan kebesaran DIA pada aku. Terus pada aku. DIRECT. Tak ada sembunyi-sembunyi punya.

Inilah rezeki yang tak di sangka-sangka. Aku tak pernah minta pada anak murid aku untuk mereka bagi aku jam tangan.

Tapi dengan Izin Allah, mereka memilih jam tangan untuk beri pada aku, disaat aku memerlukan jam tangan. Terima kasih Allah :') Terima kasih murid-murid :')


Aku ingat sampai sekarang apa yang Guru Besar kata masa bagi ucapan, tak pasti la masa perhimpunan atau meeting, aku pun lupa huhu. Beliau kata macam ni..

"Rezeki kita sentiasa ada selagi anak-anak murid ada di sekolah"

Aku yang cetek ilmu pengetahuan ni blur blur je dengar ayat ni. Aku mula menilai, mentafsir dan mengkaji secara sendiri tentang ayat tersebut. Macam-macam benda aku fikir. haha. Over kan.

Tak dinafikan aku agak sedikit mempersoalkan benda ni, sebab masa tu tak tercapai akalmu bak kata penyanyi Elyana. haha. Ehh tak ada kaitan.

Namun, bila aku merenung apa yang GB cakap tu, lama-lama aku semakin faham. 

1) Ilmu yang kita curahkan pada mereka, menjadi ilmu yang bermanfaat bila mereka amalkan apa yang kita ajar. Akan menjadi pencen kubur kita juga satu hari nanti. MasyaAllah. Rezeki. Pahala yang mengalir.

2) Mengajar. Of course dapat gaji. Tapi dapat juga lebih dari tu, bila mereka berjaya, boleh tolong mak ayah, masyarakat, negara. Rezeki, sebab negara dan agama punya insan berjaya. Aminn~

3) Bidang pendidikan. Rezeki sebab kita akan ada peluang untuk sentiasa upgrade ilmu yang kita ada, untuk dicurahkan pada murid.

4) Rezeki sebab anak murid bagi hadiah. Contoh, jam tangan.. hehehe

5) Sila fikir sendiri. 


Tahu tak jam tangan ini menjadikan aku rasa semakin bersyukur dan tak mahu complain apa-apa lagi. Seperti Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni pernah tulis dibukunya.

"Jangan kita fikir bahawa hidup ini indah belaka, tak ada kekecewaan, tangisan dan kelukaan"

Jadi, aku manusia biasa, sudah tentu mengalami seperti yang Dr tulis di bukunya. Ada kala Allah uji. Kita manusia biasa sering goyah, kurang sabar, rasa tertekan dan sebagainya.

Cukup hanya dengan pesanan dari Allah kepada aku melalui jam tangan ni, cukup buatkan aku sedar.

" Allah beri semua yang aku mahu. Allah tak pernah kecewakan aku. Allah tak minta apa-apa pun melainkan untuk aku bersujud dan menyembah DIA dengan sebenar-benarnya. Jadi, tak ada apa-apa alasan sekali pun untuk aku tak ikut semua suruhan Allah"

Pada mata kasar yang orang lain nampak, ianya sebuah jam tangan yang "berjenama", yang mahal. Yang aku dapat. Jam tangan ni bukanlah hadiah pertama yang aku dapat daripada murid kelas 4Z.

Tapi pada aku, jam tangan ini lebih bernilai daripada segala-galanya, kerana ianya ada pesanan Tuhan buat aku hambaNya yang hina.

Segala puji dan puja hanya layak untuk Allah.

Tiada yang lain.


Ya Allah, berkati kami. Jadikan kami hambaMu yang soleh dan solehah, mentaatiMu sedaya upaya kami~