Tuesday, September 10, 2013

Pesanan melalui Jam Tangan



Pagi itu aku masuk ke kelas seperti biasa. 4 Zamrud. Hari sebelumnya, rakan sepraktikum, Irwan sampaikan satu pesanan pada aku.

"Ira, budak 4Z cakap, esok masuk kelas senyum je"

Jeng Jeng Jeng Jeng

Lalu disusuli dengan pertanyaan dari Iwan "Kau selalu marah diorang ke?"

"Bila diorang bising, aku tengokkan je dulu, lepas tu aku membebel"

-_-'

Sebelum aku sampai kelas pagi tu, aku disambut oleh anak murid yang berlari-lari ke arah aku.

"Cikgu, nak tolong bawak"

"Cikgu tak bawak banyak barang pun la" aku membalas.

Akhirnya aku akur dengan permintaan si anak murid, lalu aku hulur buku yang aku pegang untuk dia bawa.


Sampai di depan pintu kelas yang tertutup, pintu pun dibuka. Ramai-ramai nanyi lagu "happy birthday" yang tak berapa nak jadi. haha

Tapi aku ketawa kan aje. Sebab rasa macam comel sangat. Ouhhh.

Aku dah senyum lebar-lebar je masa tu. Dalam kelas plak, ada 2 belon yang tak habis ditiup tergantung di tengah-tengah kelas.

MasyaAllah.

Dah dekat 2 minggu hari lahir aku berlalu tapi setiap hari anak-anak murid aku sambut birthday aku, sama ada secara langsung dan tak langsung.

Hari tu, mereka buat sambutan boleh dikira agak besar la juga.

Tak ada la sampai jamuan semua. Hanya ucapan diberi.


Ehh lari jauh plak ni. Ok sambung.

Macam biasa, dah masuk kelas, masa untuk beri salam, tengah baca doa 2 orang anak murid aku datang ke depan menghulur 2 benda kat aku.

Aku tadah tangan baca doa, dapat hadiah pulak. MasyaAllah.

Meleret-leret senyum aku masa tengah baca doa. Tak boleh nak bercakap terima kasih pun sebab aku agak fokus untuk baca doa masa tu.

Selesai baca doa, semua dah duduk. Aku masih lagi senyum senyum senyum senyum. Bahagia terasa, ecewah.

Mula-mula aku buka kad, yang mereka buat sendiri.

Lepas tu aku pun tanya, siapa bagi hadiah ni. Lepas tu semua jawab "satu kelas"

Oh Allah. Hanya Allah je yang faham apa perasaan aku masa tu. Aku rasa terharu sangat. Masa ni belum buka hadiah lagi dah rasa nak nangis. Okey tipu. Rasa sebak je. hehe.

Aku pun sampaikan ucapan aku. Rasa terima kasih aku, lepas tu aku cakap..

"Nak bodek cikgu eh ni?" Sambil buat muka penuh persoalan. haha. Terasa jahat plak.

"Eh tak laaa" ramai-ramai jawab, menggambarkan lagi keikhlasan mereka buat semua tu untuk aku.

Sekarang ni pun aku masih dapat bayangkan muka Syamerul (ketua kelas) yang menggeleng serius masa aku kata dia orang nak bodek aku tuu. haha


Kemudian, mereka semua request untuk aku buka hadiah yang baru je aku terima. Serius dalam hati masa tu tengok bungkusan kecil ni, tak ada apa pun yang terbayang dalam otak aku masa tu. Sebab terlalu happy.

"Buka la cikgu, pakai sekarang" kata salah seorang di antara mereka.

Aku pun tiba-tiba tertanya-tanya dalam hati masa tu "Pakai? Gelang ke?"

Itulah sangkaan aku bila dengar perkataan "pakai" masa tu. Siapa sangka, kanak-kanak berusia 10 tahun boleh beri hadiah yang sangat berharga bagi aku.

Anak-anak murid nyanyikan lagu happy birthday ramai-ramai sambil bertepuk tangan menanti aku buka hadiah.

Aku pulak rasa berdebar gila. Rasa macam tak nak buka je masa tu. Aku tak tahu nak buat reaksi apa depan mereka. Aku takut muka aku nanti buat mereka sedih je nanti. Yela, mana la tahu diorang nak muka aku muka terkejut gila macam nak melompat masa tengok hadiah tu, tapi aku relaks je biasa.

Aku kan cool. hahaha. (mungkin kenyataan ini akan disangkal oleh iffah dan wanie lagi sekali macam masa diorang nafikan bila aku kata aku pendiam!) haha

Dengan perlahan-lahan dan berhati-hati, aku pun buka hadiah.

Ya Allah! Terkejut aku. Bukan sebab ada cicak ke ada katak ke dalam kotak tu. Tapi sebab ini!

Taraaa~ MasyaAllah!



Tahu tak yang aku memang terkejut dan langsung tak menjangka mereka bagi aku hadiah ni. Jam tangan. SEIKO okeh. Warna Gold. It's nice!

Serius aku sangat suka.

Aku sebak. Pertamanya, sebab aku memang nak kan jam tangan, atau dengan erti kata lain aku tengah survey jam untuk aku beli. jam tangan pink yang aku pakai tu tali dia tercabut-cabut. Terbuka sana, terbuka sini. Ganas betul aku pakai jam -_-'

Dalam hati aku masa tu, tak sangka Allah bagi jam tangan kat aku dengan cara ini.

Ya Allah, Ya Wahhab. Yang Maha Pemberi.

Sekali lagi, Allah memperlihatkan kebesaran DIA pada aku. Terus pada aku. DIRECT. Tak ada sembunyi-sembunyi punya.

Inilah rezeki yang tak di sangka-sangka. Aku tak pernah minta pada anak murid aku untuk mereka bagi aku jam tangan.

Tapi dengan Izin Allah, mereka memilih jam tangan untuk beri pada aku, disaat aku memerlukan jam tangan. Terima kasih Allah :') Terima kasih murid-murid :')


Aku ingat sampai sekarang apa yang Guru Besar kata masa bagi ucapan, tak pasti la masa perhimpunan atau meeting, aku pun lupa huhu. Beliau kata macam ni..

"Rezeki kita sentiasa ada selagi anak-anak murid ada di sekolah"

Aku yang cetek ilmu pengetahuan ni blur blur je dengar ayat ni. Aku mula menilai, mentafsir dan mengkaji secara sendiri tentang ayat tersebut. Macam-macam benda aku fikir. haha. Over kan.

Tak dinafikan aku agak sedikit mempersoalkan benda ni, sebab masa tu tak tercapai akalmu bak kata penyanyi Elyana. haha. Ehh tak ada kaitan.

Namun, bila aku merenung apa yang GB cakap tu, lama-lama aku semakin faham. 

1) Ilmu yang kita curahkan pada mereka, menjadi ilmu yang bermanfaat bila mereka amalkan apa yang kita ajar. Akan menjadi pencen kubur kita juga satu hari nanti. MasyaAllah. Rezeki. Pahala yang mengalir.

2) Mengajar. Of course dapat gaji. Tapi dapat juga lebih dari tu, bila mereka berjaya, boleh tolong mak ayah, masyarakat, negara. Rezeki, sebab negara dan agama punya insan berjaya. Aminn~

3) Bidang pendidikan. Rezeki sebab kita akan ada peluang untuk sentiasa upgrade ilmu yang kita ada, untuk dicurahkan pada murid.

4) Rezeki sebab anak murid bagi hadiah. Contoh, jam tangan.. hehehe

5) Sila fikir sendiri. 


Tahu tak jam tangan ini menjadikan aku rasa semakin bersyukur dan tak mahu complain apa-apa lagi. Seperti Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni pernah tulis dibukunya.

"Jangan kita fikir bahawa hidup ini indah belaka, tak ada kekecewaan, tangisan dan kelukaan"

Jadi, aku manusia biasa, sudah tentu mengalami seperti yang Dr tulis di bukunya. Ada kala Allah uji. Kita manusia biasa sering goyah, kurang sabar, rasa tertekan dan sebagainya.

Cukup hanya dengan pesanan dari Allah kepada aku melalui jam tangan ni, cukup buatkan aku sedar.

" Allah beri semua yang aku mahu. Allah tak pernah kecewakan aku. Allah tak minta apa-apa pun melainkan untuk aku bersujud dan menyembah DIA dengan sebenar-benarnya. Jadi, tak ada apa-apa alasan sekali pun untuk aku tak ikut semua suruhan Allah"

Pada mata kasar yang orang lain nampak, ianya sebuah jam tangan yang "berjenama", yang mahal. Yang aku dapat. Jam tangan ni bukanlah hadiah pertama yang aku dapat daripada murid kelas 4Z.

Tapi pada aku, jam tangan ini lebih bernilai daripada segala-galanya, kerana ianya ada pesanan Tuhan buat aku hambaNya yang hina.

Segala puji dan puja hanya layak untuk Allah.

Tiada yang lain.


Ya Allah, berkati kami. Jadikan kami hambaMu yang soleh dan solehah, mentaatiMu sedaya upaya kami~


No comments: