Sunday, October 20, 2013

Semuanya boleh jika kita MAHU

Selagi kita ada Allah, apa sahaja yang kita hajatkan tiada apa yang mustahil, semuanya boleh dicapai dengan izin Allah.

Tak percaya?

Cubalah!

Gunakan tangan yang kita ada untuk menadah tangan memohon padaNya.

Gunakan anggota badan yang kita ada untuk lakukan solat-solat sunat.

Ketika hamba Allah yang lain sedang tidur, bangunlah. Bentangkan sejadah anda menghadap kiblat. Solatlah seberapa banyak yang anda mahu.

Yakin. Yakinlah bahawa Allah mendengar setiap apa yang kita bicarakan.

Yakinlah Allah tidak akan mensia-siakan walaupun sekecil zarah sekali pun apa yang kita lakukan.

Allah Maha Besar

Allah Maha Kaya

Allah Maha Agung.


Kita berkongsi Allah yang sama :-)


Friday, October 18, 2013

Kunci Kebahagiaan adalah Solat

Kulihat kebahagiaan bukan milik orang yang berharta banyak, 
melainkan kebahagiaan itu hanyalah milik orang yang bertaqwa

Lembaran pertama kebahagiaan dalam daftar buku harian dan kegiatan kesihatan pertama dalam urutan kegiatan di siang hari adalah solat Subuh. 

Oleh sebab itu, mulai saat ini bukalah hari anda dengan solat Subuh. Dengan demikian, anda berada dalam perlindungan dan ikutan janji dengan Allah. 

Anda juga berada dalam pemeliharaan dan penjagaanNya. Dia pasti menjaga anda dari segala yang tidak baik, lalu menunjukkan anda kepada setiap kebaikan, mengarahkan anda kepada setiap keutamaan dan menjaga anda dari segala yang hina. 

Sesungguhnya tidak akan berkat hari-hari yang tidak diawali dengan solat Subuh, kerana Allah tidak akan menjadikan siang hari menjadi dinamik.

Sesungguhnya solat Subuh merupakan awal tanda penerimaan, keberhasilan yang tercatat dalam buku ; tanda kemenangan, kemuliaan, keteguhan dan keberhasilan. 

Selamat bagi setiap orang yang menunaikan solat Subuhnya dan beruntunglah bagi tiap orang yang menunaikan solat Subuhnya. 

Kesejukan hati hanyalah bagi orang yang memelihara solat Subuh; dan kesengsaraan, penderitaan dan kekecewaan hanyalah bagi orang yang melupakan solat Subuhnya.

-Dr Aidh Abdullah Al-Qarni-




Ustaz : Patutlah tak cemerlang, subuh tak cemerlang

Suatu Subuh yang aman damai, 
kelas Hafazan Al-Quran sem 6 2013



*moga menjadi peringatan buat diri sendiri, juga buat yang lain*

May Allah grant us Jannah, Ameen~

Sunday, October 6, 2013

Be a better person.

Dari dalam bas, aku lemparkan pandangan ke luar. Suatu pandangan yang asing bagi aku. Yelah, negara orang kan, mana nak sama dengan negara sendiri.

Aku toleh ke kiri, nampak kereta yang pelbagai warna. Sungguh kota Bangkok itu dipenuhi dengan pelbagai warna kereta model Honda.

Teksi pink dan oren. Sepanjang seminggu di Bangkok, itulah yang aku sangat teruja. Eh, ada satu lagi, teksi motor yang memakai baju berwarna oren.

Pada aku, mereka pandu kereta lagi ganas dari aku.. hehehe. Dengan kepadatan penduduk dan kenderaan, pejalan kaki yang boleh dilihat merata tempat, merancakkan lagi kesibukan kota Bangkok itu.

Namun tolak ansur mereka sangat tinggi. Tengok la cara mereka bertutur, penuh sopan santun dan lemah lembut.

Sawasdee Kap dan Kap kun kap.

2 ayat yang menjadi sebutan kami di sana. Itu je la yang kami tahu pun. Yang lain hampeh.

Macam bahasa anjing dan kucing juga la. hiuw hiuw

Bila aku berada di Bangkok, baru faham macam mana mereka boleh datang ke Malaysia dan jual baju dengan harga yang murah.

Siapa hantu shopping boleh la masukkan Bangkok atau Thailand dalam list ye :D

Bayangkan kebanyakkan barang dijual dengan 10baht 20baht 30baht. Kalau convert duit Malaysia pula sama dengan RM1 RM2 RM3. Murah gilllaaaaaa!!!!!

T-shirt bersepah 10baht dan 20baht.

Nak cari mana baju kat Malaysia ni RM1 dan RM2 ??? Bundle pun mahal kawannn.

Dekat gems gallery pula, err jap. gems means batu permata kalau tak silap. Hoiii murah-murah. Dah la asli sebab kat sana memang tempat gems ni dijumpai hoho.

Masa aku kat airport Penang, lepas solat subuh sebelum nak masuk flight, kami pun berlegar-legar sekitar airport, ada yang makan, pergi tukar duit baht dan macam-macam lagi la.

Tiba-tiba ada sekumpulan warga Jepun masuk dari pintu utama airport. Berjalan dengan sangat teratur dan pantas.

Tiba-tiba aku feeling berada kat Jepun jap bayangkan betapa mereka sangat rajin bekerja dan tidak suka membuang masa.

Tak ada seorang pun pelancong yang aku tengok senang-lenang sambil tolak trolley bag mereka tu sambil cakap-cakap kat kawan mereka. "waahhhh, cantik giilaaa airport Malaysia ni, bersih, sejuk aman dan damai" okey over.

Ok insaf. Lepas nie kena upgrade diri jadi lebih baik hari demi hari. Perubahan memerlukan masa. dan pastinya masa yang dilaburkan untuk kebaikan pada masa hadapan adalah sangat membawa keuntungan pada sesiapa sahaja.

Allah sebagai matlamat. Jadi, jangan lupa apa-apa pun buat sebab Allah okay. Good.

Yakinlah, apa yang kita sedang lalui hari ini tak akan kita dapat lihat hikmahnya pada hari ini juga.

So, get back up dan stay strong. Sebab kita punya Allah Yang Maha Kuasa :-)

Hari ini hari yang indah buat kita semua. Selamat berhujung minggu :D

Saturday, October 5, 2013

Jangan Merasa Tertekan

" Nikmatilah dan bersenang-senanglah 
kerana sesungguhnya segala sesuatu itu 
pasti ada kesudahannya 
sebagaimana ia pun ada permulaannya "

Sesungguhnya, kemampuan tidak merasa tertekan merupakan sifat yang mulia yang dapat membantu menghilangkan kesulitan dan meraih kejayaan. Ia juga dapat mengekalkan keharmonian dan kebahagiaan bersama keluarga. Orang yang bersifat mulia pasti dapat memahami tabiat orang. Dia mampu mengukur kadar perubahan, menyesuaikan dirinya di hadapan orang lain dan boleh menyesuaikan dengan segala keadaan, baik yang nyata mahupun yang tersembunyi.

Tentang kegelisahan, maka orang yang berwawasan luas akan dapat memahami berbagai permasalahan dan menyedarinya bagaimana hendak bertindak ketika menghadapi masalah atau ketika apa yang diinginkannya tidak tercapai. Ia akan memahami bahawa manusia itu adakalanya membenci sesuatu, padahal di dalamnya terkandung kebaikan baginya dan adakalanya dia merasa senang dengan sesuatu, padahal di dalamnya terkandung keburukan baginya. Ia juga akan menyedari bahawa sesungguhnya kebaikan itu hanya ada pada apa yang telah dipilihkan oleh Allah swt.

Seseorang yang berwawasan luas akan sedar bahawa dirinya adalah sebahagian dari alam yang sangat luas. Ia juga sedar bahawa dirinya pasti akan beroleh penyakit, musibah, kesedihan dan juga kegembiraan. Maka, dia tidak akan merasa terkejut dan tidak akan gelisah. 

Sebagaimana yang dirasakan oleh orang yang berakhlak rendah, yang menyangka rendah, yang menyangka bahawa keburukan dan masalahnya hanya menimpa dirinya sendiri atau orang yang menindasnya. Dia merasa nasibnya akan buruk selamanya. 

Orang yang bersifat mulia dan bijaksana tidak akan merasakan perasaan-perasaan buruk seperti itu, kerana dia menyedari tentang tabiat kehidupan dan dia adalah salah satu bahagian dari tabiat tersebut. Sehingga Allah meredhainya dan membebaskan segala upayanya saat ia mencuba untuk mewujudkan perkara yang terbaik bagi dirinya.


.:Bekalan:.

Berbahagialah sekarang bukan esok 


- Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni -



Friday, October 4, 2013

Kaya Hati

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : "Sungguh ajaib perihal orang Mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka ialah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpah musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya." 

(Riwayat Muslim)



Okay Allah, i will be strong, just for YOU.