Saturday, October 5, 2013

Jangan Merasa Tertekan

" Nikmatilah dan bersenang-senanglah 
kerana sesungguhnya segala sesuatu itu 
pasti ada kesudahannya 
sebagaimana ia pun ada permulaannya "

Sesungguhnya, kemampuan tidak merasa tertekan merupakan sifat yang mulia yang dapat membantu menghilangkan kesulitan dan meraih kejayaan. Ia juga dapat mengekalkan keharmonian dan kebahagiaan bersama keluarga. Orang yang bersifat mulia pasti dapat memahami tabiat orang. Dia mampu mengukur kadar perubahan, menyesuaikan dirinya di hadapan orang lain dan boleh menyesuaikan dengan segala keadaan, baik yang nyata mahupun yang tersembunyi.

Tentang kegelisahan, maka orang yang berwawasan luas akan dapat memahami berbagai permasalahan dan menyedarinya bagaimana hendak bertindak ketika menghadapi masalah atau ketika apa yang diinginkannya tidak tercapai. Ia akan memahami bahawa manusia itu adakalanya membenci sesuatu, padahal di dalamnya terkandung kebaikan baginya dan adakalanya dia merasa senang dengan sesuatu, padahal di dalamnya terkandung keburukan baginya. Ia juga akan menyedari bahawa sesungguhnya kebaikan itu hanya ada pada apa yang telah dipilihkan oleh Allah swt.

Seseorang yang berwawasan luas akan sedar bahawa dirinya adalah sebahagian dari alam yang sangat luas. Ia juga sedar bahawa dirinya pasti akan beroleh penyakit, musibah, kesedihan dan juga kegembiraan. Maka, dia tidak akan merasa terkejut dan tidak akan gelisah. 

Sebagaimana yang dirasakan oleh orang yang berakhlak rendah, yang menyangka rendah, yang menyangka bahawa keburukan dan masalahnya hanya menimpa dirinya sendiri atau orang yang menindasnya. Dia merasa nasibnya akan buruk selamanya. 

Orang yang bersifat mulia dan bijaksana tidak akan merasakan perasaan-perasaan buruk seperti itu, kerana dia menyedari tentang tabiat kehidupan dan dia adalah salah satu bahagian dari tabiat tersebut. Sehingga Allah meredhainya dan membebaskan segala upayanya saat ia mencuba untuk mewujudkan perkara yang terbaik bagi dirinya.


.:Bekalan:.

Berbahagialah sekarang bukan esok 


- Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni -



No comments: