Tuesday, November 11, 2014

Ruang dan waktu

Bismillah.

Tiada yang indah dan membahagiakan di dunia ini, melainkan dengan mengenal cinta Allah. Bahagia letaknya di hati. Maka beruntunglah orang yang ada Allah di hatinya, dia akan sentiasa merasa bahagia.

Ada harta bahagia, tak punya harta juga bahagia. Ada rumah besar bahagia, tidak punya rumah besar juga bahagia. Berkahwin bahagia malah seandainya belum berkahwin juga turut bahagia. Cukup apa adanya. Begitu kata mereka.

Maha Adilnya Allah. Dia membuat semua manusia boleh merasai nikmat bahagia. Tidak kira miskin atau kaya, kuat atau lemah, besar atau kecil, semuanya boleh memiliki bahagia.

Tika ini aku mula merasakan bahawa sememangnya hidup ini perlu lebih besar daripada ini. Bukan hanya sekadar pergi kelas dan balik dari kelas, membuat tugasan yang diberi oleh pensyarah, melayan drama-drama Melayu, Inggeris mahupun Korea, dan sebagainya.

Hidup perlu lebih besar daripada ini.

Maha Besarnya Allah. Meletakkan aku pada landasan yang akan menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. Dalam berjuta-juta hamba Allah di akhir zaman ini, dipilihnya aku sebagai seorang yang akan bergelar pendidik. InsyaAllah jika diizinkanNya pada awal tahun hadapan akan memulakan perkhidmatan.

Dua tahun kebelakangan ini, terlalu banyak nikmat dan ujian yang Allah beri.

Mengubah semua fikiran yang lama menjadi satu pemikiran yang baru.

Sememangnya hidup ini perlu diberi ruang dan waktu buat diri sendiri dan juga buat mereka di sekeliling kita.

Binalah diri, binalah peribadi dan binalah perancangan yang teliti untuk mengharungi masa depan yang lebih baik.

Berusaha sehabis baik dan serahkan segala-galanya pada Allah. Allah tahu yang terbaik buat kita.




" Pada saya dia mahal, maka saya juga perlu 'mahal' untuknya. "




Terima kasih Allah. Segala puji dan puja hanya untukMu.

Selamat bersiap siaga.

Smile :-)




Catatan 11.11.2014. 11.58pm. Batu Pahat.


Sunday, October 19, 2014

Jalan-jalan Utara

Penghujung 2013, kami sekeluarga ke Utara Semenanjung Malaysia. 
Dari satu negeri ke satu negeri kami jelajahi.
Perjalanan ini bukanlah suatu perjalanan yang dirancang dari awal,
segala-galanya bermula apabila ayah ada mesyuarat di Pulau Pinang.

Maka, secara tak langsung, ayah pun bawa la kami melancong.

Namun percutian kami kali ini tidak disertai oleh si Angah yang pada masa tu ada peperiksaan akhir.
Alhamdulillah, Angah dah pun bekerja sekarang ni.


Adakalanya, bicara dengan gambar itu lebih memberi makna.

Jadi, jom la tengok-tengok gambar yang den sempat snap dulu-dulu.

Betapa indahnya ciptaan Tuhan.

Subhanallah.

















Wednesday, August 20, 2014

D.P.R.I


Daurah Penghayatan Remaja Islam

Siri 2/2014

Jun 2014








Tika ini aku rindu..
Rindu pada kau Daurah..
Moga ada lagi kesempatan untuk bersama...




Tuesday, July 1, 2014

Hilang Bicara

Buka Tutup Buka Tutup Buka dan tutup Buat kesekian kali. "Ketika diri ditarbiah Allah, aku kehilangan kata dan rasa untuk dikongsi dengan manusia. Jiwa ini hanya penuh dialog dan bicara dengan DIA Tuhanku." Sungguh indah dan mengasyikkan rasa ini. - 2 Julai 2014 - 12.05 tengah hari

Monday, May 26, 2014

Al-Quran - DIA Ciptakan Pasangan


" Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir."

( 30 : 21)


Friday, May 23, 2014

Bila Allah Cemburu


Cemburukah Allah?


Ya! Allah juga cemburu.

Kerana kita hamba-Nya ini..
sering melebihkan kecintaan 
kepada yang lain..
Sering memuji dan memuja yang lain..

Bila Allah cemburu, akan ditarik
rasa tenang dari hati kita..
Akan hilang rasa-rasa cinta
dari dalam hati kita..

Terima kasih ya Allah kerana cemburu.
Cinta-Mu dapat kurasa.




Sayyidul Ayyam
23 Rejab 1435H
IPTHO

Sunday, May 18, 2014

Pak Cik Adni

"Kau masih ingat malam tu? Kita ramai-ramai dengan Pak Cik Adni?

Dia ternyata blur. Mungkin sebab lebih fikirkan perut dan nasi di depan mata.

Ya, lapar.

Aku menyambung.." Ala, yang kita duduk ramai-ramai malam tu, pasal kad.. ingat?"

"Ohhh.. haa. ingat-ingat." dia membalas dan ketawa kecil.

"Aku, kau, kau.. malam tu ramai yang try.. ingat tak apa Pak Cik Adni cakap?"

"Ingat. Kau ragu-ragu" dia membalas sambil tersenyum.




Satu sem telah berlalu, namun kenangan yang kami lalui nyata masih segar dalam ingatan. Masih terbayang lagi ketenangan wajah Pak Cik Adni. Orangnya yang bersahaja. Penuh pengalaman.

Kami, anak-anak muda, banyak menerima nasihat daripadanya. Nyata memberi kesan. Sehinggakan ada yang termenung panjang malam itu.

Kisah kita berbeza-beza. Malam itu juga aku belajar banyak perkara. Manusia memberi nasihat daripada pengalaman yang dilalui dan pengamatannya pada dunia ini.

Namun, aku akur juga.

Apa yang Allah tetapkan pasti akan terjadi.

Apa yang Allah rancang, pasti yang terbaik buat diri.



Tuesday, May 13, 2014

Al-Quran - Penyembuh Penyakit di dalam Dada


Wahai manusia! Sungguh, telah datang kepadamu pelajaran (Al-Quran) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman.


Terjemahan : Surah Yunus ayat 57.




Friday, May 9, 2014

Monday, April 14, 2014