Monday, March 31, 2014

Kembali Lagi


Di situ seolah-olah tegaknya kamar sufi tempat ego dan takbur tersembam ke bumi. Ketika insan dipagut keresahan, kegelisahan dan ketidaktentuan, barulah semua berpaut kepada Allah. Lalu, aku merasakan saat resah ini hakikatnya satu anugerah, untuk aku kembali semua kepada Mu, ya Allah.


Ya, Allah... pengharapan ku pada mu terlalu tinggi. Tetapi aku sedar, aku berdosa. Terlalu banyak kesalahan dan kekhilafan ku kepada Mu. Namun mampukah aku berpaling dari Mu? Tidak, walau dosa ku setinggi gunung tetapi pengampunan Mu jauh lebih tinggi. Lebih tinggi dari langit yang tujuh. Telah aku ungkapkan kata-kata itu melalui lirik-lirik nasyid yang ku tuliskan, namun seakan-akan baru kini aku merasakan. Aku kembali, aku kembali kepada Mu Tuhan.


Ibu- ibu Dalam Hidup Kita
- Genta Rasa
- Pahrol Mohamad Juoi

Monday, March 17, 2014

Cerita Murid Cemerlang UPPM 1



UPPM 1

Seperti yang aku janjikan, siapa yang dapat A bagi Mata Pelajaran Pendidikan Islam, aku akan bagi hadiah.

Ujian berakhir, aku pun mula menanda kertas.

Kira-kira markah, 
ada seorang dapat 99%.
Aku tolak satu markah sebab tertinggal satu perkataan je.

Alhamdulillah! 19 orang dapat A bagi Pendidikan Islam.

7 orang : 90% - 99%
12 orang : 80% - 89%


Ini untuk mereka. 

Untuk yang dapat markah 90% - 99%, dapat hadiah key chain (jauh beli ni tau, dari Penang).

Bagi yang dapat 80% - 89% dapat buku nota.

Sesi menerima kertas ujian dan hadiah


Muka-muka excited (tak semua dalam gambar). 



Si Juara : Harith Haikal 
Untuk yang paling cemerlang, lagi special la hadiahnya. 
Buku nota, hadiah dari Penang dan dari Cameron Highland.

Tahniah buat semua yang cemerlang!
Yang lain jangan putus asa, usaha lagi sungguh-sungguh.


Ya Allah, kau berkatilah semua anak didikku.
Jadikan mereka hambaMu yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.

SKSTKB 2014



17 Mac 2014

Wednesday, March 12, 2014

Januari. Februari. Mac


Kluang.

Januari. Februari. Mac.



Berjauhan dengan keluarga.
Berjauhan dengan rakan-rakan yang dah hampir 5 tahun bersama.
Berjauhan dengan 'ehem-ehem'... 


Dan 

 Di depan mata bersama si kembar tersayang.


Aku akui aku agak 'home sick' dan 'iptho sick' pada awalnya.
Sebab aku kan sentimental punya orang. hehehe.
Terlalu banyak kenangan yang tercipta.



Alhamdulillah, kisah ini Allah yang tentukan. 
Apa-apa pun berbalik pada Dia.
Lewat pertanyaan aku pada Dia..
Maka Dia memberi jawapan dengan menghadiahkan kehidupan yang indah ini untuk aku.


Saat berjauhan,
saat mata yang boleh memandang hanya 'sejengkal' ini 
tidak mengetahui perihal dia dan dia dan dia di sana,
Ada MATA HATI yang terbuka.


***

Kehidupan yang baru di tempat yang baru.

Terlalu banyak yang aku lalui.

Sehingga buatkan aku selalu tak sempat nak coretkan sesuatu di sini.

Masa dan perhatianku dicuri oleh kehidupan berpraktikum!




Untuk Tuan Penasihat yang setia.

Yang Setia menghulurkan buah fikiran, pandangan dan nasihat walaupun berjauhan.



Moga dipermudahkan segala urusan dan dipelihara olehNya :-)